Monday, November 28, 2011

Sedutan Artikel MWanita - KATAK REBUS


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KATAK REBUS   
Bil 1462 Nov  2011
....Ya,memang tak salah bacaan anda, bukan mee rebus tetapi katak rebus. Saya tidak bermaksud untuk memperkenalkan masakan eksotik terbaru tetapi tentang eksperimen klasik ahli fisiologi German Friedrich Goltz. Beliau membuktikan bahawa jika seekor katak dimasukkan dalam periuk berisi air dan memanaskannya dengan perlahan, si katak tidak akan melarikan diri malah mungkin merasa seronok.
Ramai orang lebih selesa berkelakuan seperti si katak mengharapkan permasalahan mereka bersifat sementara dan akan kembali pulih seperti sebelumnya. Mereka menenteramkan diri sama seperti katak yang mengharapkan air di dalam periuk kembali sejuk. Mereka tidak melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini seperti katak yang masih belum melompat keluar. Walaupun air dah panas seumpama taraf kehidupan yang semakin meningkat.
Bagaimana pendatang asing yang datang sehelai sepinggang boleh membina kehidupan yang lebih selesa? Mereka mulakan perniagaan seperti menjual pisang goreng secara kecil-kecilan di bawah pokok. .....
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, November 22, 2011

DVD Ripper Percuma daftar sebelum 29 Nov 2011

DVD Ripper Percuma Full Version

Mesti didaftarkan sebelum 29 Nov 2011.
Download di sini http://goo.gl/0vWc7
Kemudian install dan masukkan kod pendaftaran.
Kod Pendaftaran untuk bypass trial period
http://bit.ly/rsxgQz

Butiran perisian dalam Bahasa Inggeris:

Windows-based DVD ripper software capable of ripping both DVD
disc and DVD ISO image to mainstream videos, such as rip DVD to
AVI, DVD to MP4, H.264, MPEG, WMV, MOV, FLV, 3GP, etc. It can
also help users faultlessly convert DVD (including encrypted
DVD) to iPhone/4S, iPad, iPod, Apple TV, Android, HTC, Samsung,
XOOM, Galaxy Tab, PSP, etc.

Latest version is built in 3 innovative DVD copy modes to meet
users' up-to-date DVD backup demands - clone DVD disc to ISO
image; copy DVD title to multi-track MPEG2 file with all
videos/audios/subtitles; backup main content of a DVD for
playing on PC, PS3, Xbox, Media Center, etc.

Friday, November 11, 2011

Sedutan Artikel MWanita - PERISIAN KEWANGAN PANTAU CASHFLOW


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PERISIAN KEWANGAN PANTAU CASHFLOW  
Bil 1460 Nov  2011
....Baru-baru ini saya berkesempatan menguji perisian kewangan buatan warga Malaysia yang pada pendapat saya ringkas tetapi efektif untuk mengurus aliran tunai. Ia kecil, ringan dan boleh digunakan dalam komputer biasa, notebook,netbook dan sistem seperti iPac dan Galaxy Tab. Pengguna Windows, Linux atau Mac tiada masalah menggunakannya. Salah satu masalah pengguna ialah mempelajari menggunakan perisian kewangan yang baru. Bukan perisian ini kerana ada video-video terperinci yang menerangkan penggunaannya secara langkah demi langkah. Bagi mereka yang tidak pernah membuat penyata wang masuk dan keluar, dua bulan sampel penyata sebenar turut diberikan. Jadi pengguna baru boleh terus guna sampel ini  dengan mengubah data atau memasukkan data mereka sendiri. Hubungi saya untuk melihat satu sampel video bagaimana menggunakan perisian ini bertajuk "Bajet Bulanan".
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, November 02, 2011

Sedutan Artikel MWanita - BELANJAWAN NEGARA DAN PAKAR EBOOK


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BELANJAWAN NEGARA DAN PAKAR EBOOK   
Bil 1459 Nov  2011
....Kenapa saya menulis ayat-ayat di atas? Beberapa minggu lepas saya ada menulis sebuah artikel bercorak keusahawanan tentang bagaimana dua wanita menggunakan deria keusahawanan mereka untuk menjana pendapatan. Seorang dengan menjalankan bisnes pemasaran produk coklat secara langsung di samping menganjur kursus mengajar membuat coklat. Beliau memang ada kemahiran dapur melakukannya. Seorang lagi tidak mempunyai kemahiran sedemikian tetapi masih berupaya menggunakan deria keusahawanannya untuk menjadikan coklat satu pendapatan. Beliau melakukannya dengan "mencuri" pengalaman dari rakannya tadi lantas membukukannya menjadi ebook. Saya tidak menerangkan lebih lanjut tentang model bisnes wanita penulis ebook tadi. Beberapa pembaca menghubungi saya untuk meminta penjelasan lanjut. Jadi ini dia.
Model bisnes ebook ini bukannya jenis di mana kita menjual hasil tulisan orang lain. Kita yang tulis sendiri tajuk yang berdasarkan pengalaman dan kepakaran kita. Dalam ertikata lain kita menukarkan ilmu yang pernah kita dapat kepada wang daripada membiarkan ia dibawa ke kubur atau diperturunkan kepada beberapa pekerja bawahan.......
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.Jika anda mahu melihat model bisnes ebook ini dengan lebih mendalam rujuk kursus pakar ebook reborn ini.