Wednesday, May 30, 2012

BHG 2 - IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 2 Akhir
Bil 1488 Mei 2012

......Kali ini saya akan persembahkan ikhtibar dari aspek pengurusan kewangan alir tunai dan menyentuh sedikit tentang syarikat O2 pula. Bagi pembaca yang ketinggalan artikel bahagian pertama saya jelaskan sedikit tentang syarikat O2. Saya gunakan SRK (syarikat pembuat roti dan kek) sebagai kajian kes kerana walaupun masalah kewangan dialami olehnya tetapi ada beberapa organisasi yang turut melabur dalam syarikat berkenaan. Organisasi-organisasi tersebut mewakili sebilangan besar pelabur/penyimpan yang rata-rata buta ilmu pelaburan. Kebanyakan ahli/pelabur ini tidak mempunyai ilmu pelaburan atau tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna produk kewangan. O1 dan O2 (bukan nama sebenar) mempunyai pegangan saham dalam syarikat SRK. O1 dan O2 mempunyai peranan menjaga kepentingan atau ahli/pelabur di bawah payung mereka. O1 mempunyai pertalian rapat dengan proses penyenaraian sebuah badan milik FELDA di pasaran saham. O2 pula ialah sebuah organisasi alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dalam instrumen pelaburan patuh Syariah. Pegangan saham O2 dalam SPR, syarikat bermasalah di atas, ialah sekitar 20 peratus.

Adakah penyimpan di O2 maklum tentang hal ini dan meminta penerangan daripada pihak pengurus dana yang mengendalikan wang mereka? Di Malaysia malangnya kesedaran hak-hak pelabur begitu rendah sekali sehingga kita tidak dapat mendengar bisikan sedemikian. Tetapi kalau demonstrasi jalanan tidak sukar untuk menyuarakan bantahan atau meminta penjelasan. Inilah situasi kesedaran kewangan rakyat di negara kita tidak kira golongan muda,profesional atau yang sudah berusia. Barangkali kerana tahu mentaliti sedemikian, sehingga artikel ini ditulis, pihak O2 mengambil pendirian mendiamkan diri dahulu atas alasan memberi masa kepada syarikat SRK membaiki kedudukan kewangannya........
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, May 21, 2012

IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 1
Bil 1487 Mei 2012

......Sebuah syarikat tersenarai yang tersenarai di Bursa Malaysia (syarikat pembuat roti dan kek, biar kita namakan SRK) mengalami kerugian dan saham menjunam sehingga serendah 20.5 sen sahaja. Ini akibat kegagalan anak-anak syarikat menjelaskan komitmen kewangan atau hutang sebanyak RM 5.37 juta kepada tiga bank tempatan. Lantas Bursa Malaysia meletakan syarikat ini dalam perhatian. Kedudukan kecairan dan kemampuan modal cair juga diturun-nilaikan oleh agensi penilai kewangan (rating agency) RAM. Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta. Akibat kemelut kewangan itu, tiga pegawai kanannya digantung tugas termasuk pengarah urusannya.

Ada dua pembelajaran dari sudut pandangan kita sebagai seorang pelabur dan dari segi pengurusan kewangan peribadi walaupun contoh di atas melibatkan entiti korporat. Dalam bahagian satu artikel ini saya mengupas aspek pelaburan dahulu.

Dari sudut pelabur kita mesti pantau sendiri pelaburan kita, jangan terlalu bergantung kepada penasihat kita atau lembaga pengurusan syarikat berkenaan. Saya gunakan SRK sebagai kajian kes kerana walaupun masalah kewangan dialami olehnya tetapi ada beberapa organisasi yang turut melabur dalam syarikat berkenaan. Lebih panas lagi organisasi-organisasi tersebut mewakili sebilangan besar pelabur/penyimpan yang rata-rata buta ilmu pelaburan. Kebanyakan ahli/pelabur ini tidak mempunyai ilmu pelaburan atau tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna produk kewangan.......
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, May 15, 2012

BOLASEPAK EURO 2012 DENGAN PERMAINAN KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BOLASEPAK EURO 2012 DENGAN PERMAINAN KEWANGAN
Bil 1486 Mei 2012

.......Lihat sahaja permainan bolasepak. Setiap pemain mempunyai dan mahir menggunakan "teknik-teknik" mengawal bola, melakukan tendangan percuma dan lain-lain. Tetapi ini tidak menjamin kemenangan pasukan tersebut. Sebab itu jurulatih harus memikirkan "strategi" di mana para pemain boleh digabungkan untuk mengatasi kemampuan lawan. Bagaimana pula "strategi" ini diperturunkan kepada semua pemain? Melalui sistem seperti sistem 4-4-2. Dan apa pula yang menentukan bagaimana sistem itu harus dicorakkan - ya, melalui hukum-hukum asas permainan bolasepak.

Contohnya sistem Total Football yang diasaskan oleh Jack Reynold semasa mengendalikan pasukan Ajax Amsterdam daripada Belanda. Begitu juga gaya Anti-Football atau Ultra-defensive. Meskipun dibenci penonton kerana tidak menghiburkan, pasukan Rangers berjaya menggunakannya untuk memastikan keputusan seri ketika menentang Barcelona semasa edisi Kejuaraan Juara-Juara Eropah tahun 2007.

FC Barcelona sebenarnya mempunyai corak permainan mereka yang digelar Tiki-taka. Gaya permainan hantaran pendek, pergerakan pasukan secara total dan mengekalkan penguasaan bola ini juga dipraktikkan pasukan antarabangsa Sepanyol.......
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, May 07, 2012

TEMPAT MENGADU BILA TERSILAP LANGKAH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TEMPAT MENGADU BILA TERSILAP LANGKAH
Bil 1485 Mei 2012

.......Kebanyakan mereka yang terkena lebih rela mendiamkan diri tetapi pujian harus diberikan kepada penulis emel di atas kerana berusaha membuat aduan kepada pihak polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Saya simpati dengan situasi beliau dan mereka yang mengalami nasib yang sama. Memang susah hendak dapat kembali duit kita walaupun separa apabila ia telah dipusing-pusing untuk membayar kos operasi syarikat dan habuan janji pengguna.
Saya membalas email beliau antara lainnya dengan mencadangkan jalan berikut:

A) Sediakan dokumen yang berkaitan dan juga jika ada bukti bertulis aduan yang sudah dibuat kepada tiga pihak yang disebutkan iaitu POLIS, SSM dan KPDNKK. Gunakannya semasa melakukan kegiatan di bahagian B di bawah.

B) Beberapa tempat untuk buat aduan. Layari laman web jika ada untuk menghubungi kakitangan yang relevan. Cuba buat aduan secara online kerana kadang-kadang itu satu cara mendapat perhatian mereka. Kemudian follow-up dengan satu pertemuan mata dengan mata. Saya tidak menjamin sebarang kejayaan kerana memang sukar untuk mendapat kembali wang pelaburan skim cepat kaya.

1) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Laman web : http://www.sc.com.my,
Pergi ke Tab yang mmepunyai kunci kata "cara buat aduan"
E-mel : cau@seccom.com.my

(Untuk senarai beberapa organisani lain dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)