Saturday, April 29, 2017

9 Fakta Tentang Saya Yang Pertama Di Malaysia

(SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI. TERIMA KASIH!!!)

Berikut fakta tentang pencapaian saya sebagai penulis di Malaysia sehingga sekarang:


  • Penulis bukan Muslim pertama mendapat Sijil Perancangan Kewangan Islam kelolaan Hijrah Advisory Group tahun 2003.
  • Penulis bukan Melayu pertama yang menulis ruangan sendiri Mengurus Kewangan dalam Mingguan Wanita keluarga majalah Kumpulan Karangkraf.
  • Penulis berbangsa India yang pertama menulis untuk syarikat penerbitan PTS, sebuah syarikat penerbitan Syariah compliant serta mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi.
  • Penulis pertama menulis buku cara melabur unit amanah mesra pembaca dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis pertama menulis buku cara mengurus insurans hayat mesra pembaca dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis pertama menulis buku kerjaya perancang kewangan mesra pembaca dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis berbangsa India pertama menulis panduan lengkap buat duit sebagai penasihat insurans, penasihat takaful dan penasihat unit amanah dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis berbangsa India yang pertama terpilih sebagai calon dalam Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular Book Store 2008 Kategori Melayu Non-Fiksyen.
  • Penterjemah Malaysia yang pertama menterjemahkan salah satu buku siri pemasaran mahaguru pemasaran Jay Conrad Levinson "Guerrilla Marketing".