Thursday, October 01, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - MASALAH ALIR TUNAI PERNIAGAAN DAN PERSENDIRIAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: MASALAH ALIR TUNAI PERNIAGAAN DAN PERSENDIRIAN  
Bil 1350 Oct 2009

Sekali sekala saya akan membuka fail rahsia saya yang mengandungi soalan-soalan dari pembaca ruangan ini. Kali ini pembaca Puan Z. Berikut jawapan saya yang telah diedit sedikit supaya boleh diamalkan secara global. Sebelum itu peringatan dari saya : "Segala nasihat yang diberi sebagai panduan sahaja. Untuk sessi kaunseling kewangan yang sebenar memerlukan pengumpulan maklumat terperinci dan perjumpaan dengan seorang yang bertauliah dalam bidang masing-masing." 

Soalan asal Puan Z seperti berikut: "Saya seorang wanita berniaga menghadapi masalah alir tunai setelah kematian suami. Wang pampasan yang diberikan oleh syarikat tempat suami bekerja dulu sudah habis buat belanja dalam masa setahun. Pendapatan bulanan saya selama ini sebanyak empat ribu ringgit dirasakan tidak mencukupi lagi. Sewa premis perniagaan bakal dinaikkan. Wang pusingan untuk membiayai perjalanan kedai saya guna kad kredit. Hutang kad kredit mula di luar kawalan. Saya juga perlu membayar ansuran rumah, ansuran kereta di samping baki pinjaman peribadi arwah suami saya.Dalam situasi kewangan peribadi sekarang bagaimana saya mahu memperbaiki kesihatan kewangan perniagaan pada masa yang sama?"    

Jawapan saya:....
 
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, September 23, 2009

Sedutan artikel Mingguan Wanita - RAHSIA PELABURAN KUNO KINI DIDEDAHKAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: RAHSIA PELABURAN KUNO INI KINI DIDEDAHKAN  
Bil 1349 Sept Oct 2009

Kepada pembaca semua boleh teka apa agaknya pelaburan ini:
  • Harganya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Purata kenaikan sekitar 27% setahun berbanding ASB yang pulangannya 12% setahun.
  • Boleh dicairkan di Malaysia dan dimana-mana di seluruh dunia biarpun dilanda peperangan.
  • Tidak boleh dimanipulasikan kerana kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah.
  • Kalis inflasi

(Jika mahukan perincian digital bagaimana memaanfaatkan pelaburan kuno ini dalam zaman sains dan teknologi ini secara bijak, klik di sini untuk maklumat lanjut sementara jualannya masih dibuka kepada umum.)

........... 
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, September 18, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - AYAH,IBU DAN REZEKI KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: AYAH,IBU DAN REZEKI KEWANGAN  
Bil 1348 Sept Oct 2009



....Begitulah dendangan lagu "Ayah dan Ibu" penyanyi asal A Rahman yang kemudiannya dinyanyikan semula oleh Sudirman. Apa kaitan lagu ini dengan perancangan kewangan? Saya percaya pembaca yang sudah mengikuti ruangan saya selama 6 tahun, tentu perasan akan unsur-unsur spiritual dalam bidang kewangan peribadi. Jika ada getaran negatif dalam hubungan manusia dengan alam dan dengan Pencipta, perancangan kewangan yang dirancang seolah-olah tidak menjadi. Ada banyak sebab mengapa halangan ini boleh berlaku biarpun usaha demi usaha dijalankan. Salah satu ialah sikap seseorang kepada ibu-bapanya. Dalam ertikata lain sejauh mana baktinya kepada ibu-bapa.

"Sabda Nabi Muhammad bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi)"...................
 
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda)

Sunday, September 13, 2009

Sangat Lucu Tapi Ada Mesej - HANG TUAH GAGAL SPM

Kalau nak faham kelucuan dan mesej video ini kena tau sikit-sikit loghat utara. Bagi saya selepas gelak berdekah-dekah terutamanya di dua tiga mint terakhir, saya terpanggil untuk melihat aspek pengajarannya pula contohnya:
1) Gagal akademik bukan bererti gagal dalam hidup atau tidak boleh kaya
2) Selalunya gagal akademik disebabkan faktor-faktor luaran - cari pasal sendiri
3) Pendekatan menghadapi peperiksaan sangat penting - bukan studi 24 jam atau siang malam

Anda bagaimana, apa mesejnya atau sekadar menghibur hati, komenlah di bawah.

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PENCEN KERAJAAN DENGAN PENCEN SWASTA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PENCEN KERAJAAN DENGAN PENCEN SWASTA 
Bil 1347 Sept Oct 2009

Isu pesaraan tidak boleh dipandang remeh DAN duit KWSP atau pencen memang tidak cukup untuk pesaraan yang boleh mengekalkan gaya hidup asal. Kita tidak lagi boleh berpura-pura lari dari masalah ini dengan alasan seperti:
  1. Dah terlewat! Saya baru bersara
  2. Dengan izin Tuhan segalanya akan terurus dengan sendiri
  3. Oh, saya sudah ada KWSP/Pencen/insurans. Itu sudah lebih dari cukup!
  4. Rumah dan tanah kan ada - kalau sesak jual sahaja...
  5. Saya ada 10 tahun lagi untuk bersara - banyak masa untuk merancang
(Jika mahukan perincian digital bagaimana rahsia mengurus KWSP secara bijak, klik di sini untuk maklumat lanjut sementara jualannya masih dibuka kepada umum.)

 
Kita bandingkan kisah Puan Mariam dam Puan Christina. Puan Mariam bekerja dengan kerajaan sementara Puan Christina dengan pihak swasta. Puan Mariam tidak berapa risau walaupun menerima pencen yang sedikit kerana bayaran pencennya adalah tetap sehingga beliau meninggal dunia. Tetapi beliau tdak menerima bayaran berjumlah besar sekaligus ketika bersara. Adakah ini menjadi masalah kepadanya. Bagi pesara mempunyai profil risiko rendah, ini bukanlah satu masalah kerana yang penting jaminan menerima pencen setiap bulan selagi hidup........... 
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Ebook pengurusan KWSP (tidak semestinya melalui unit amanah sahaja) boleh dibeli di sini.)


Wednesday, September 09, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BAGAIMANA KESIHATAN AKAUN KWSP ANDA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: BAGAIMANA KESIHATAN AKAUN KWSP ANDA 
Bil 1346 Sept Oct 2009

Sepatutnya semasa tempoh bekerja kita manfaatkan sepenuhnya simpanan sebagai dana persaraan. Malah kerajaan Malaysia telah menyediakan KWSP sebagai "simpanan paksaan" namun masih ramai yang tidak ambil endah akan keberkesanannya. Mungkin ramai yang belum menggunakan kelebihan ini kerana kekurangan ilmu atau mudah kata tidak tahu apakah kelebihan KWSP yang sebenar. Di bawah saya berikan beberapa langkah permulaan. Jika mahukan perincian digital bagaimana rahsia mengurus KWSP secara bijak, klik di sini untuk maklumat lanjut sementara jualannya masih dibuka kepada umum. Berikut tips ringkas:

1. Menetapkan sasaran - Ini akan merencanakan berapa wang yang diperlukan untuk hidup tanpa tertekan DAN bagaimana anda akan menyediakan dananya. Bersedialah jika perlu untuk bekerja lebih masa, separuh masa atau pasangan bekerja semula.

2. Di mana tempat menghabiskan sisa hidup - Faktor ini akan mempengaruhi perbelanjaan asasi. Adakah tempat tinggal itu bakal bebas hutang, atas tanah atau betul-betul terlekat di bumi. Tidak salah kalau sanggup berpindah ke lokasi yang lebih murah selepas menjual rumah lama. Duit keuntungan jualan boleh menambahkan lagi dana pesaraan. ............

Ebook pengurusan KWSP (tidak semestinya melalui unit amanah sahaja) boleh dibeli di sini.
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.


Wednesday, August 26, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - RANCANGAN PERNIAGAAN YANG MEMIKAT HATI BANK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: RANCANGAN PERNIAGAAN YANG MEMIKAT HATI BANK 
Bil 1345 Ogos/Sept 2009

Ketika berbual dengan rakan saya yang bekerja di sebuah institusi kewangan, beliau mendedahkan perkara berikut. Majikan beliau terpaksa menolak permohonan pinjaman perniagaan bukan kerana calun tidak layak tetapi rancangan perniagaan pemohon tidak bermaya. Bahasa sebenar yang digunakan dalam mesyuarat penilaian, "Their business plan sucks!". Dalam pengurusan kewangan peribadi "rancangan perniagaan" jarang disediakan kecuali kalau mendapat bantuan dari seorang perancang kewangan. Jadi bagi mereka yang memang mahu bekerja makan gaji sampai akhir hayat, "rancangan perniagaan" tidak menarik. Tetapi bagi mereka yang mahu mengurus kewangan ala usahawan, menulis rancangan perniagaan (RP) untuk mengurus wang mesti dipelajari.........

Kalau tidak mampu menghadiri seminar atau mengupah orang menulis RP, boleh beli buku dahulu contohnya "RANCANGAN PERNIAGAAN" karangan bersama En Hardimam Md Yatim dan Cik Syarifah Akmam. Mereka menyampaikan fakta dari pengalaman menjadi pensyarah kurikulum keusahawanan di universiti dan trainer dalam bidang pembangunan keusahawanan............

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    (Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KEKELIRUAN PERANAN AKPK

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KEKELIRUAN PERANAN AKPK 
    Bil 1344 Ogos 2009

    Saya ada menerima sungutan dari peserta seminar tentang perasaan dukacita mereka ketika cuba menyelesaikan masalah hutang mereka dengan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) . Setelah saya tanya lebih mendalam, saya dapati perasaan dukacita ini timbul kerana apa yang diharapkan tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya dilakukan oleh AKPK. Harapnya dalam artikel ini saya dapat memadamkan kekeliruan peranan sebenar AKPK.

    Mula-mula sekali fahami betul-betul apa itu AKPK. Ia adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk:
    • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu
    • Memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka
    Sekiranya seseorang mempunyai masalah pinjaman dengan sebuah penyedia perkhidmatan kewangan, terlebih dahulu cuba bincang terus dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Sekiranya masih gagal mencapai penyelesaian boleh cuba rujuk kes ke AKPK untuk bantuan. AKPK tidak menyediakan bantuan kewangan. Saya tekankan sekali lagi bahawa jangan harap satu sen pun dari AKPK sebab ia bukannya tertakluk kepada Akta Perbankan. Wang untuk pembayaran hutang yang empunya hutang mesti datang dari poket sendiri. .......
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Monday, August 17, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KESAKTIAN WANG RM1

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KESAKTIAN WANG RM1 
    Bil 1343 Ogos 2009

    Lihat kembali wang kertas RM1 yang anda punyai. Segala-galanya bermula dari wang sekecil inilah. Ekonomi sekecil keluarga dan gudang sebesar khazanah negara bermula dari wang RM1 berpangkat rendah ini. Sedarilah akan kesaktiannya. Ia mempunyai kuasa untuk merahmati anda dan generasi anda zaman berzaman. Lakukanlah pengorbanan sekarang untuk kekayaan di masa depan.

    Jika direnungkan sedalam-dalamnya wang sebenarnya bukan sahaja satu konsep fizikal. Ia mempunyai ciri "spiritual". Dengan perancangan yang teliti anda bukan sahaja dapat menjaga diri anda sendiri, malahan orang tersayang dan juga untuk generasi akan datang. Jadi kalau anda tidak bermotivasi untuk melakukan bagi diri anda sendiri lakukanlah untuk mereka yang lain.

    Tetapi apa kata kalau segala perancangan anda (contohnya untuk mula satu pelan pelaburan yang sistematik) sengaja ditangguhkan? Adakah anda akan mengalami kerugian? Mari kita siasat berapakan kos menunggu ini (the cost of delay)..........
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Thursday, August 06, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH 50 USAHAWAN WANITA BERJAYA

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KISAH 50 USAHAWAN WANITA BERJAYA
    Bil 1342 Ogos 2009

    Menurut Larry C. Farrel seorang penulis buku berkaitan keusahawanan (buku "Getting Entrepreneurial") 70% manusia berhasrat menjadi usahawan, hanya 15% akan meneruskan niatnya dan hanya 5% akan berjaya. Jadi sanggupkah anda menghadapi cabaran? Bagi mereka yang masih ragu saya cadangkan buku "50 KISAH USAHAWAN WANITA BERJAYA " karangan Puan Norlela Zubir. Beliau melakukan kajian dan menemubual usahawan-usahawan wanita tempatan. Setiap usahawan yang kisahnya diceritakan dalam buku ini memiliki bisnes maju dan berdaya tahan serta menyimpan kisah istimewa membangun dan mempertahankan bisnes masing-masing.   Golongan sasaran pembaca (tidak semestinya insan bergelar wanita sahaja):
    1. Mereka yang takut menceburi bidang perniagaan
    2. Mereka yang kehilangan pasangan dan perlukan motivasi untuk belajar berdikari
    3. Mereka bergelar remaja yang tidak bijak dari segi akademik tetapi percaya kepada kemampuan sendiri
    4. Pelajar universiti yang harus terima hakikat mempunyai ijazah tidak lagi bererti jaminan pekerjaan
    5. Mereka yang sudah bergelar usahawan tetapi mahukan inspirasi tambahan dan idea baharu
    6. Mereka yang malu berjumpa sendiri dengan mentor-mentor secara "live'  ...........

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    (Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

    Monday, August 03, 2009

    RISIKO HANTAR LAPTOP UNTUK SERVICE

    Sebelum menghantar laptop atau komputer untuk dibaiki, pilih betul-betul juruteknik atau kedai. Ini bagi mengelak data peribadi dan data perbankan dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ada juga juruteknik yang akan memberikan diagnosa yang salah kerana mahu mendapat untung. Lihat video di bawah tentang satu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa di England untuk memerangkap mereka yang terlibat.

    Sunday, July 26, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - YANG MANA BENAR DAN YANG MANA PALSU

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: YANG MANA BENAR DAN YANG MANA PALSU
    Bil 1340 Julai 2009

    .....Setelah melengkapkan diri dengan ilmu di atas, berikut beberapa iklan yang saya sempat kutip secara offline dan online. Nombor telefon dan laman website sengaja saya keluarkan atas tujuan melindungi mereka yang kurang arif tapi mudah digoda. Cuba nilaikan sendiri rasa-rasanya yang mana benar dan yang mana palsu.

    Duit Cara Mudah
    Income $500-$1000 Seminggu
    Hanya promote website & Daftar FREE


    Buat Apa Engko Kerja?
    Buang Masa Dan Buang Beras Aje
    Klik Cara Buat Duit Lagi Senang!


    JADILAH JUTAWAN FOREX
    Ketahuilah Rahsia $10,000 Sehari
    Teknik Hebat Jutawan FOREX


    RM1k tiap minggu
    Termudah.InsyaAllah confirm untung
    Diakui medc+utm.Jum daftar percuma.
    ...........

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Friday, July 24, 2009

    Newsflash - Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

    (Jika anda terlibat secara langsung atau tak langsung hubungi nombor-nombor atau alamat disini.)

    Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram. Berita penuh baca di sini.

    Sunday, July 19, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH DARI RIMBA-PAK-MAN-TELO-DI NEGARA OMPUTEH

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KISAH DARI RIMBA-PAK-MAN-TELO-DI NEGARA OMPUTEH
    Bil 1339 Julai 2009

    Lokasi: Sebuah kawasan di Taman Rimba Templer yang belum diterokai pasangan kekasih.
    Masa: Pukul 2 petang waktu Malaysia
    Yang Hadir: Sang Kerengga,Siamang,Enggang,Landak Raya yang sentiasa prihatin dengan nasib yang dialami manusia

    Sang Kerengga: Salam kawan-kawan, mana yang lain tak nampak muka?
    Siamang : Cuaca panas dia orang tengah tidur tu. Apa berita hari ini Enggang,saya nampak ada keratan suratkhabar terlekat di kaki awak.
    Enggang: Ini aku ambil semasa berjumpa saudara aku yang sudah menjadi penghuni sangkar manusia. Ada dua tiga mukasurat.
    Landak Raya: Bagi aku tengok mukasurat terakhir asal jangan tulisan Tamil atau China sudah.
    (Bunyi unggas ketika Landak Raya membaca sebentar keratan suratkhabar)
    Sang Kerengga: Bagi tau dulu sikit-sikit Landak, nanti boleh baca sampai habis.
    Landak Raya: Ini pasal kes Pak Man Telo.
    Siamang: Pak Man Telo atau Osman Hamzah yang jual labu peram itu.
    Landak Raya:  Bukan dia tapi Pak Man Telo di Amerika. Nama dia Bernard L. Madoff.........

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Sunday, July 12, 2009

    Buku Saya Buat Duit Sebagai Agen Insuran/Takaful - TOP 20 Non Fiction MPH sehingga 5 Julai 2009

    Buku Saya Buat Duit Sebagai Agen Insuran/Takaful menduduki tangga ke 17 dalam senarai TOP 20 Non Fiction MPH (sehingga 5 Julai 2009). Scroll ke bawah untuk senarai penuh beserta nama penulis-penulis lain yang hebat-hebat belaka.


    1. Najib Razak: Prime Minister of Malaysia Author : Chamil Wariya

    2. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: His Life Journey Leading to the Declaration of Independence (1903 - 1957) Author : E. Yu

    3.Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar) Author : Dato' Ismail Kamus

    4.Buat Duit dengan Blog: Rahsia Menjana Wang Cara Mudah (Bisnes & Pengurusan) Author : Yazid Yahaya

    5.Saya Pun Melayu Author : Zaid Ibrahim

    6.Nak Jadi Jadi Author : Dr H.M. Tuah Iskandar al – Haj

    7.Buat Duit dengan Affiliate (Bisnes & Pengurusan) Author : Azahari Abdul Rahman

    8.Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain Author : Afareez Abd Razak Al-Hafiz

    9.Life is an Open Secret: Ramadan Special - 25 Inspirational Stories from Ordinary Life Experiences Author : Zabrina A. Bakar

    10.Rahsia Pemasaran Facebook Author : Nasrul Amri Samsudin

    11.Catatan Hati Nik Nur Madihah: Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan Author : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal; et. al.

    12.D is for Depression Author : Choong Khuat Hock

    13.Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography Author : E. Yu

    14.Aku Terima Nikahnya Author : Hasrizal Abdul Jamil

    15.Quranic Law of Attraction: Serlahkan Potensi Diri Secara Optimum dengan Kuasa Tarikan Berteraskan Quran Author : Rusdin S. Rauf

    16.Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata Author : Ann Wan Seng

    17.Buat Duit sebagai Ejen Insuran & Takaful (Bisnes & Pengurusan) Author : Sunthara Segar

    18.Nation Before Self and Values that Do Not Die Author : Yuen Yuet Leng

    19.I'm Not Sick, Just a Bit Unwell: Life with Neurofibromatosis Author : Yvonne Foong

    20. Buat Duit dengan Foto (Bisnes & Pengurusan) Author : Muhamad bin Ali

    Thursday, July 09, 2009

    Sedutan Artikel - BAGAIMANA MENGURUS HARTA PUSAKA

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: BAGAIMANA MENGURUS HARTA PUSAKA
    Bil 1338 Julai 2009

    ...Dari pengalaman saya orang ramai selalu keberatan untuk berjumpa peguam atau penasihat kewangan untuk meminta nasihat berkaitan kedudukan perancangan pusaka mereka kerana beberapa sebab. Antaranya takut dipengaruhi untuk membeli produk, tidak mahu membayar yuran yang tinggi (kalau RM10 tak apa) atau memang phobia kalau berbincang pasal hal-hal mati seolah-olah malaikat maut tidak akan datang menjenguk satu hari nanti. Bagi mereka saya cadangkan buku "Bagaimana Mengurus Harta Pusaka" karangan En Mohd Fitri Abdul Rahman. Beliau menyampaikan fakta bukan dari teori semata tetapi dari pengalaman sebagai pegawai Seksyen Pembahagian Pusaka dalam salah satu pejabat negeri Jabatan Tanah dan Galian. Golongan sasaran pembaca:
    1. Rakyat Malaysia yang kurang memahami undang-undang dan prosedur pembahagian pusaka termasuk persoalan faraid
    2. Para waris dan orang awam yang membuat permohonan pembahagian harta pusaka
    3. Pengamal undang-undang
    4. Pelajar universiti dalam jurusan yang berkaitan
    Satu keistimewaan buku ini ialah ia sesuai dijadikan panduan untuk KEDUA-DUA Islam dan bukan Islam....

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
    Untuk memesan buku ini, email atau SMS saya di 017-8719444 untuk maklumat lanjut.

    Wednesday, July 08, 2009

    Seminar Pelaburan Percuma - 18 July 2009 Bukit Kiara 9pagi ke 1pm

    The KLCI has gone up by more than 30% from a low of 840 points on 17 March 2009 to a high of 1,096 points on 15 June 2009, and now appears to be consolidating.   What’s Next:
    • Is it going to be a recovery or a slum?
    • Is it going to be V-Shape, L-Shape or U- Shape recovery?
    • What are the sectors to be investing?
    • What are the stocks to put on your watch list?
    These are the key questions that will be addressed at the FREE EVENT Mid Term 2009 Review and Outlook on 18 July 2009 at the Auditorium, SIME DARBY CONVENTION CENTER, Bukit Kiara.

    (Saya bukan penceramah ya! Mereka yang berminat boleh hubungi saya untuk bantuan pendaftaran. Berikan Nama, No HP, Kerjaya  dan/atau email dengan lengkap)

    Thursday, July 02, 2009

    Buku Terbaru Saya Sudah Di Pasaran - Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah.

    Buku Terbaru Saya Sudah Di Pasaran - Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah.
    Harga RM16.00 Semenanjung RM18.00 Sabah/Sarawak.
    Tarikh Terbit: 3 July 2009.
    Jumlah Muka Surat : 208 halaman
    Sinopsis dan Isi Kandungan disini (scroll ke bawah sikit).

    Boleh dibeli di MPH, Popular atau Gramedia. Kalau mahu order secara pos terus dengan saya, email ke ilmudigital@gmail.com atau sms kepada nombor hp 017-8719444 beserta maklumat berikut :
    1. Nama penuh:
    2. Alamat penghantaran buku:
    3. Nombor handphone:
    4. Email: 
    5. Kerjaya sekarang: 
    Boleh juga beri maklumat dengan menulis pada komen kepada posting ini.

    Sunday, June 28, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - YANG MANA EMAS YANG MANA SUASA

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: YANG MANA EMAS YANG MANA SUASA 
    Bil 1336 June 2009
    ...Dalam keadaan ketandusan sumber wang, pengguna bakal berhadapan dengan pelbagi skim-skim Internet baru, yang menawarkan ganjaran menarik dengan modal yang rendah. Seringkali ramai yang tertarik dan menyertainya. Namun akhirnya apa yang dijanjikan itu tidak kesampaian dan modal yang dikeluarkan itu lesap begitu sahaja. Beberapa contoh model bisnes Internet yang diragui:

    • Duit Pendahuluan Nigerian atau asal dari Afrika
    • Gunakan Pc Anda Untuk Pendapatan
    • Memeriksa Produk
    • Mengisi Surat
    • Peluang Kerja Di Rumah
    • Pendapatan Melalui Resensi Buku
    • Pendapatan Melalui Survey Online Berbayar
    • Penipuan Melalui Email Dan Iklan Classified Online

    Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, demi mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingat petua-petua perlindungan yang berikut samada untuk skim bisnes atau skim pelaburan: .........
      
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Thursday, June 18, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CARA MURAH MERANCANG PUSAKA OLEH ISTERI UNTUK ISTERI

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: CARA MURAH MERANCANG PUSAKA OLEH ISTERI UNTUK ISTERI
    Bil 1335 June 2009
    ...Tidak ramai wanita berugama Islam yang maklum walaupun dirinya dinamakan suami sebagai penama insurans/takaful, si isteri bukanlah secara automatik penerima 100% pampasan tersebut. Sebaliknya dia perlu membahagi-bahagikan pampasan tersebut kepada pewaris-pewaris sah seperti ibubapanya dan anak-anak. Bahagian isteri dalam sistem Faraid (pembahagian pusaka Islam) hanyalah 1/8 dari harta pusaka tersebut. Jadi jika jumlah perlindungan dalam polisi ialah RM50,000, bahagian untuk isteri ialah RM6,250. Berapa lama wang sebegitu boleh bertahan?
    (Nota: Ada syarikat insurans atau takaful yang menawarkan borang penamaan atau prosedur penamaan yang membenarkan proses pengagihan yang lebih saksama mengikut kemahuan sebenar pemegang polisi. Oleh kerana ketika artikel ini ditulis tidak banyak contoh pertikaian yang di bawa ke mahkamah keberkesanannya masih belum teruji.Jika perkara ini menjadi keutamaan kepada anda elok benar kalau memilih syarikat sedemikian.)...........Jadi bagaimana caranya--> murah tapi berkesan?
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Sunday, June 14, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Didik Anak Jadi Usahawan

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: Didik Anak Jadi Usahawan
    Bil 1334 June 2009

    ...Memulakan bisnes adalah jalan terbaik bagi anak-anak mempelajari pelbagai kemahiran dalam hidup di samping membina keyakinan diri. Ibu-bapa boleh membantu anak-anak berjaya dengan memberi tunjuk ajar berkenaan langkah-langkah memulakan bisnes. Bagaimana kalau mereka sendiri tiada pengalaman dalam bisnes?
    Satu cara ialah dengan menggalakkan anak-anak bermain permainan "board-game" seperti Catur Bestari.
    Bermain sahaja tidak cukup. Ibu-bapa masih kena menanam sikap keusahawanan dari semasa ke semasa. Caranya diberi dalam buku "DIDIK ANAK JADI USAHAWAN" karya Siti Faaizah Ismail. Berikut petikan sinopsis dari buku tersebut:

    "Bermula daripada mengenali psikologi, minat dan potensi dalam diri anak-anak, buku ini mendedahkan seribu satu rahsia berkenaan strategi mendidik anak menjadi usahawan sejak kecil. Rata-rata ibu bapa hari ini inginkan kejayaan daripada anak-anak dalam apa sahaja yang mereka ceburi. Setiap bakat dan minat yang ada pada diri anak-anak sebaik-baiknya tidak disia-siakan begitu sahaja, malah ia perlu disalurkan kepada peluang perniagaan yang sentiasa terbuka di depan mata..............

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
    Untuk memesan buku ini, email atau SMS saya di 017-8719444 untuk maklumat lanjut.

    Sunday, June 07, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BAGAIMANA MENILAI SEBUTHARGA INSURANS/TAKAFUL

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: BAGAIMANA MENILAI SEBUTHARGA INSURANS/TAKAFUL
    Bil 1333 June 2009
    ...Saya petik contoh daripada buku saya "Rahsia Mengurus Insurans Hayat". Dalam buku ini saya ceritakan pelbagai perkara yang jarang diceritakan secara mendalam oleh industri insurans. Bukannya ini menandakan industri insurans atau wakil mereka menyembunyikan fakta tetapi produk kewangan memang sukar diterangkan dalam pertemuan setengah jam. Pembeli juga mempunyai tanggung-jawab untuk menyiasat sendiri di samping membuat penilaian sendiri.Sekarang mari kita ikuti satu situasi petikan dari Bab 8: Bagaimana Menilai Sebutharga Pelan Insurans:
    Situasi:
    Encik A kini berusia 30 tahun, tidak merokok dan sudah berkeluarga sendiri . Dia ingin membeli sebuah polisi asas yang memberikan perlindungan asas sebanyak 200,000 dan juga mahu menyumbang kepada simpanan untuk tempoh jangkapanjang kira-kira 20 tahun. Dia telah meminta sebutharga dari beberapa syarikat insurans. Kini dia keliru dengan mana satu pelan yang harus diambilnya. Andaikan dia lebih mementingkan perlindungan dibandingkan dengan simpanan dan sanggup membayar secara tahunan.
    Akibat kekurangan ruang kita tidak dapat berbincang dengan mendalam jadi saya tunjukkan contoh sebutharga insurans bertempoh sahaja..............

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Monday, June 01, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - GAWAT MEMAKSA KITA ROMBAK PEMIKIRAN KEWANGAN

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: GAWAT MEMAKSA KITA ROMBAK PEMIKIRAN KEWANGAN
    Bil 1332 June 2009

    ...Kegawatan ekonomi global sekarang memberi peluang tersembunyi untuk kita merombak semula pemikiran kewangan kita. Kalau dahulu tiada motivasi untuk meningkatkan pendapatan kini ia menjadi satu pilihan serius. Katakan sudah ada peningkatan pendapatan,kenapa tidak lihat samada ada cara mengurangkan perbelanjaan hidup. Salah satu kaedah mengurangkan perbelanjaan hidup dengan menurunkan tahap kehidupan (living standard). Ini memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi. Dalam masyarakat bandar yang sentiasa terdedah kepada pelbagai godaan dan masalah, bukit yang didaki nampak makin curam. Kadang-kadang kehendak pasangan dan anak-anak boleh memaksa seseorang itu melupakan perancangan kewangannya. Tidak cukup dengan itu jalan sekarang mungkin nampak terang, tapi hantu inflasi pula sedang menunggu di sebalik simpang di sana. Perbelanjaan akan meningkat, dana pendidikan anak-anak bagaimana?, Gaji perlu ditingkatkan selaras dengan kenaikan inflasi. Gaji boleh dinaikkan dengan lebihkan masa kerja tetapi masa pun terhad, tenaga bekerja pun terhad. Program insuran jangan diabaikan terutamanya insuran perubatan, bayangkan kalau bil hospital tiba-tiba datang sampai RM10,000 simpanan akan terkikis. Nak bina semula RM10,000 bukannya senang terutamanya bagi seorang dengan pendapatan bulanan kasar cuma RM1000.

    Beberapa tips cepat jimat duit di hujung bulan:.............

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Friday, May 29, 2009

    Temui saya di Mines Resort City Sempena Read Malaysia 2009

    Sempena acara Read Malaysia 2009 saya akan mempromosikan soal "financial literacy" dan semua buku-buku saya:
    Tarikh: 1 Jun 2009, Isnin
    Masa: 2.30pm - 3.30pm
    Tempat: Booth PTS (D11 - D12), Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa, MINES Resort City, KL.

    Dapatkan tandatangan peribadi saya jika anda membeli buku-buku saya di booth PTS. Kupon diskaun buku PTS boleh download di sini. Kupon boleh digunakan untuk buku-buku PTS lain sepanjang 29 Mei 2009 - 7 Jun 2009, dari 11.00 pagi - 10.00 malam.

    Alat Memeriksa dan Memantau Harga Terkini Unit Amanah

    Bagi mereka yang ingin memantau pergerakan harga unit amanah di Malaysia, anda boleh semak di widget "Harga Unit Amanah" ini. Pergi ke sebelah kanan dan scroll ke bawah sehingga nampak kotak widget "Harga Unit Amanah". Anda boleh:


    1. memilih ikut kategori Syarikat Unit Amanah
    2. menapis dana kegemaran anda melalui "Favourites"
    3. gunakan graf kecil "sparkline" untuk melihat pergerakan harga mengikut masa
    4. gunakan graf kecil "sparkline" untuk membandingkan corak harga antara dana-dana berbeza kategori
    5. dan lain-lain bergantung imaginasi masing-masing

    Elok juga dapatkan buku saya (beli online di sini) bagi mendapatkan penerangan tambahan tentang "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah".
    Nota: Buku Terbaru saya "Buat Duit Sebagai Konsultan Unit Amanah" kini dalam peringkat terakhir tapisan pihak editor.

    Thursday, May 28, 2009

    Ekspo Kewangan 2009 di KLCC - 30 dan 31 May 2009

    Ayuh kalau ada masa berkunjunglah ke KLCC untuk mengetahui cara-cara menggandakan wang anda dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini. Tapi sesi Bahasa Malaysia tidak ada.

    "Themed as Growing Your Money In Turbulent Times, The 5th Public Business Financial Expo 2009 (PBF Expo), an annual financial exhibition & seminar event organized by Money Compass magazine has been officially scheduled on May 30, 31 this year at Kuala Lumpur Convention Centre. The Opening ceremony will be officiated by YB Dato’ Wira Chor Chee Heung, Deputy Minister of Finance."

    Brochure untuk umum download di sini. Di bawah video semasa tahun 2008.

    Friday, May 22, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - LAPAN DONGENGAN PELABURAN

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: LAPAN DONGENGAN PELABURAN
    Bil 1331 May 2009
    ...Dari pengalaman saya, mereka yang sentiasa mengadu pasal kerugian pelaburan tidak mengetahui asas pelaburan dan sepatutnya tidak harus melabur dahulu. Mereka juga mungkin tidak sedar tentang dongeng-dongeng pelaburan yang kerap disebarkan oleh penasihat-penasihat yang tidak beretika. Malahan dalam instrumen pelaburan yang terkawal seperti unit amanah sendiri ada dongeng. Dongeng pelaburan tidak jauh berbeza antara instrumen-instrumen pelaburan di merata dunia. Dalam buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" contohnya saya menceritakan dengan terperinci 8 dongeng berikut:

    1. Unit Amanah Sama Dengan Saham
    2. Unit Amanah Adalah Pelaburan Berisiko Tinggi
    3. Unit Amanah Pelaburan Yang Mahal
    4. Lebih Kecil Harga Unit Lebih Banyak Untungnya
    5. Lebih Baik Prestasi Lampau Lebih Bagus Dana
    6. Melabur Dalam Dana Baru Lebih Menguntungkan
    7. Lebih Kerap Pengagihan Untung Lebih Bagus Dana Tersebut
    8. Unit Split atau Belahan Unit Lebih Menguntungkan
    Saya ambil contoh Dongeng 1.............

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Monday, May 18, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita -BUMIPUTERA KURANG PENDIDIKAN PELABURANKAH?

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: BUMIPUTERA KURANG PENDIDIKAN PELABURANKAH?
    Bil 1330 May 2009
    ...Yang menarik perhatian saya ialah penyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, "Bagaimanapun peruntukan 51 peratus kepada pelabur bumiputera masih boleh dilanggan." Kenapakah sambutan bukan bumiputera begitu menggalakkan sehingga menyapu bersih kuota seperti rekod-rekod berikut:
    • Pada 2006 unit amanah itu habis dilanggan dalam tempoh 27 minit.
    • Pada 2008 sebanyak 490 juta unit yang diperuntukkan untuk bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh enam jam 10 minit.
    Apakah mungkin kerana pendidikan pelaburan di kalangan bumiputera sangat kurang? Apakah kerana bahan bacaan yang sering dibaca oleh golongan bumiputera lebih berunsurkan hiburan, kisah suka duka cinta atau bacaan sampah? Seminar-seminar pengurusan kewangan yang dianjurkan, biarpun kadang-kadang percuma, kurang dihadiri golongan bumiputera. Sedangkan golongan bukan bumiputera berpusu-pusu menangguk timba di perigi ilmu bila saja ada peluang. Ada rakan saya yang memberi pendapat mungkin kerana bahan bacaan dalam kewangan lebih kepada Inggeris. Mungkin benar, jadi saya dan beberapa penulis di Malaysia mengorak langkah menulis dalam Bahasa Malaysia. Contohnya buku-buku saya bertajuk Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi, Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah, Rahsia Mengurus Insurans Hayat, Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful dan Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang......
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Tuesday, May 12, 2009

    Temui saya dalam Apa Kata Wanita bersama pengacara Zamzarina

    Unit Ehwal Semasa TV, Jabatan Penyiaran Malaysia menjemput saya sebagai tetamu rancangan Apa Kata Wanita yang disiarkan di TV1. Butir-butir rancangan seperti berikut :

    Rancangan : APA KATA WANITA ( SEGMEN ALAHAI KHATIJAH ) bersama Zamzarina
    Tarikh : 17 MEI 2009 (AHAD)
    Tempat : STUDIO 1, WISMA TV,ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR
    Masa Siaran : 10.00 PG - 11.00 PG (SIARAN LANGSUNG)

    Sunday, May 10, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KUIZ CELIK PELABURAN

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KUIZ CELIK PELABURAN Bil 1329 May 2009

    Dua belas Kuiz ini dipetik daripada buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" terbitan PTS Profesional.  Ia bukan satu kuiz siapa yang mendapat jawapan terbaik tetapi ia direkabentuk untuk menyediakan kayu pengukur sejauh mana pemahaman seseorang itu tentang asas pelaburan dan berapa banyak lagi ilmu yang patut ditimba. Kalau lebih banyak salah atau banyak yang tidak tahu lagi bagus, sebab ini mencadangkan sepatutnya orang itu belum bersedia melabur. Jika melabur membabi buta pasti ada risiko rugi ataupun ditipu orang yang tidak bertanggung jawab........

    Contoh satu jawapan lengkap :
    Soalan 8-    En Jamil inginkan RM200,000 dalam masa 15 tahun lagi. Lebih cepat dia mula menabung lebih kurang jumlah yang perlu disimpan kerana:
    Jawapan:     Kadar faedah di atas simpananya akan bertokok (compunding)
    Keterangan:     Dunia kewangan berasaskan kepada wang bekerja menghasilkan wang. Ini kerana hikmat faedah kompaun (compunding interest), duit menghasilkan cucu seterusnya cicit walaupun tiada modal tambahan. Bayangkan kesannya kalau modal tersebut ditambahkan dari sebulan ke sebulan. Jadi kalau anda melengahkan melabur untuk satu wawasan tertentu jumlah yang anda perlu simpan lebih besar.
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Thursday, April 30, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERMAINAN CATUR BESTARI MEMUPUK HIKMAH BISNES

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: CATUR BESTARI MEMUPUK HIKMAH BISNES Bil 1328 Apr/May 2009

    ......Sekarang ini ramai siswa/siswazah menganggur. Tak kira lepasan Diploma dan Ijazah masing-masing menunggu giliran untuk mendapat peluang pekerjaan. Peratusan kadar pengangguran mereka sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Mereka yang tidak jemu menghadiri temuduga demi temuduga berdepan peluang tipis kerana terpaksa bersaing dengan beribu yang meminta. Ada pula yang mengalami maslah komunikasi Bahasa Inggeris.
    Tapi bagaimana kalau mereka ini telah diberi pendidikan atau simulasi tentang cara-cara menjadi usahawan. Bukan melalui subjek akademik tetapi melalui permainan bergelar CATUR BISTARI

    Antara maklumbalas dari pemain-pemain:
    1) Satu permainan yang menjana pemikiran ke arah semangat usahawan.
    2) Sangat menarik disamping menajamkan minda untuk menyusun strategi.
    3) Setiap usahawan patut mencuba untuk bermain catur bistari supaya minda mereka terbuka tentang dunia perniagaan sebenar.
    4) Pendedahan kepada cabang bisnes dan pengurusan kewangan dalam mencapai matlamat perniagaan.

     
    Mereka yang berminat untuk memesan permainan hebat CATUR BISTARI ini boleh menghubungi saya Sunthara di 017-8719444 untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan.
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Friday, April 24, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERANCANGAN KEWANGAN 10 MINIT

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: PERANCANGAN KEWANGAN 10 MINIT Bil 1327 Apr 2009

    ......Kali ini saya akan ajarkan penggunaan perisian perancangan kewangan yang mengambil masa singkat sahaja untuk mendapatkan jawapan. Perisian ini saya gelarkan "Perancang Kewangan 10 minit". Ia sesuai digunakan oleh orang biasa dan mereka yang terlibat dalam kerjaya menasihati pelanggan dalam produk dan perkhidmatan kewangan. Oleh kerana ia direkabentuk untuk kemudahan penggunaan orang biasa maka sudah tentu ia tidak boleh dinobatkan sebagai jaguh antara perisiasn kewangan yang digunakan oleh perancang kewangan profesional.

    Dalam masa 10 minit sahaja seorang pengguna yang mempunyai sedikit kemahiran komputer dan matematik sekolah rendah sudah boleh melihat hala tuju perancangan kewangannya. Perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia masih dalam pembangunan . Mereka yang berminat untuk mendapatkan perisian ini(bukan percuma)boleh menghubungi saya untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. Akhir kata saya petik pesanan Nabi Muhammad yang boleh kita semua amalkan untuk kebaikan dengan perancangan kewangan yang bijak, "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, masa berharta sebelum masa miskin, lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati."
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Sunday, April 19, 2009

    Kupon Diskaun Buku-Buku Saya Di Pesta Buku KL 2009

    Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, kupon diskaun disediakan bagi pembeli di booth PTS. Download kupon  di sini dan bawa ke gerai berkaitan. Mohon jasa baik kalian untuk membuat sebaran kupon diskaun ini kepada rakan-rakan. Diskaun antara 20-25 peratus.

    Baca juga post berkaitan kehadiran saya di Pesta Buku hari Sabtu 25 hb 2009 ini.

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CARTA ORANG-ORANG KAYA

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: CARTA ORANG-ORANG KAYA Bil 1326 Apr 2009

    ......Majalah Malaysian Business keluaran Februari 2008 telah menyenaraikan 10 orang yang terkaya di Malaysia berdasarkan jumlah pegangan saham yang dilaporkan di bursa saham dan lain-lain pegangan saham yang boleh dinilaikan pada 18 Januari 2008. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 84, kekal sebagai orang terkaya Malaysia. Manakala bumiputra yang berada dalam senarai tersebut adalah dua orang iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Tan Sri Azman Hashim.
    Berikut adalah senarai penuh 10 orang (senarai sebenar ada 40 orang): ......

    Mari kita bandingkan pula carta yang sama kali ini dari pandangan majallah Forbes Asia mengikut nilai AS$ 
    :.........

    ........Jika kita melihat sejarah jutawan-jutawan ini pasti tercatit bahawa mereka dahulunya hampir sama seperti orang miskin yang ada sekarang. Dalam ertikata lain mereka juga miskin tetapi bukan miskin dalam erti sebenarnya. Merka tidak pernah miskin dalam fikiran mereka. Seorang yang muflis pun harus berfikiran begitu. Kemuflisan berkaitan wang pasti dapat diperbaiki. Sebaliknya kemiskinan yang bersarang dalam buah fikiran kepala kita sulit untuk diperbaiki apatah lagi mahu diubah.
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Wednesday, April 15, 2009

    Temui saya di PWTC KL Sessi Pelancaran Buku Terbaru dan Konsultansi


    Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
    Masa: 2 - 3 pm
    Tempat: Gerai PTS; No. 72 - 79, Bersebelahan Dewan Tun Hussien Onn, PWTC.

    Deskripsi Program:
    • Penjualan Buku Terbaru Saya "Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful 
    • Sesi Konsultansi Berkaitan Insurans dan Unit Amanah 
    • Sessi Autograf Semua Buku Saya

    Thursday, April 09, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Perisian Perancangan Pusaka Bukan Islam

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: Perisian Perancangan Pusaka Bukan Islam Bil 1325 Apr 2009

    ......Kini tiba giliran mereka yang bukan berugama Islam. Bagi mereka keseluruhan harta boleh dibahagikan melalui wasiat dan keinginannya sendiri. Bagi perancang kewangan, penasihat insuran/takaful, penasihat unit amanah dan orang awam pastinya perisian ini sangat berguna. Penasihat kewangan berugama Islam sendiri patut mempelajari kegunaan perisian ini demi memberi nasihat yang betul kepada pelanggan-pelanggan yang tidak berugama Islam. Bagi agen insuran perisian ini membolehkan mereka membuktikan kepada pelanggan yang sedia ada mengapa penting membuat wasiat di samping meninjau kembali program insuran yang sedia ada.....Ia direkabentuk untuk membolehkan pengguna membandingkan sendiri kesan pengagihan harta di bawah situasi berikut: 
    1)Pengagihan secara paksa oleh kerajaan - ini kerana tiada wasiat yang ditulis.
    2)Melalui wasiat
    3)Melalui allokasi aset dalam wasiat
    4)Bagaimana kesannya kalau waris bertukar
    5)Bagaimana kesannya kalau perkadaran agihan berubah
    6)Bagaimana kesannya wasiat yang di buat di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak...


    Perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia masih dalam pembangunan . Mereka yang berminat untuk mendapatkan perisian ini(bukan percuma)boleh menghubungi saya untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. Akhir kata saya petik Sabda Nabi Muhammad yang relevan untuk semua manusia tanpa mengira ugama, "Secerdik-cerdik manusia ialah yang paling banyak ingatnya kepada kematian serta yang paling banyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat. - Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya. 
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Thursday, April 02, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SOAL JAWAB KALKULATOR KEWANGAN HP

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: SOAL JAWAB KALKULATOR KEWANGAN HP 
    Edisi : Bil 1324 Apr 2009
    ......Saya menerima pertanyaan daripada pembaca dan juga peserta seminar berkaitan dengan kalkulator kewangan yang sesuai untuk kegunaan sendiri atau diberikan sebagai hadiah. Dalam artikel ini saya susun soalan-soalan tersebut di samping memberi jawapan terkini kepada soalan yang dahulunya tidak dapat dijawab kerana tiada kalkulator sedemikian dalam pasaran. Contoh soalan ....
     
    Soalan 6 - Bagaimanakah kalkulator sedemikian berguna kepada pelajar PMR atau STPM?
    Jawapan: Melalui pendedahan kepada kalkulator sebegini, para pelajar boleh didedahkan kepada  bidang berikut yang boleh diceburi secara serius di masa akan datang. Antara bidangnya Perniagaan dan Kewangan, Perbankan/Insurans dan Perancangan Kewangan, Penilaian Pelaburan,Bon dan Pasaran Saham.

    Soalan 7 - Bagaimanakah kalkulator sedemikian berguna kepada seorang bakal peminjam?
    Jawapan: Katakan En A ingin membandingkan satu pinjaman peribadi (andaian tiada yuran tambahan) sebanyak 15,000 dengan bunga 6 peratus setahun dibayar balik selepas 5 tahun. Ada dua iklan X dan Y. Iklan X menawarkan kadar bunga flat rate sementara iklan Y menawarkan kadar bunga secara "compounding". Menggunakan kalkulator kewangan seperti HP20b ini, jumlah kena dibayar semula dan bayaran bulanan bagi iklan X (flat rate) ialah RM19,500 dan RM325 masing-masing. Tetapi nilai bagi Y (compounding) pula ialah RM17,400 dan RM290. Jelas pinjaman dengan kaedah flat rate tidak menjadi pilihannya..... 
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Wednesday, March 25, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERISIAN PENGIRAAN FARAID

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: PERISIAN PENGIRAAN FARAID  

    Edisi : Bil 1323 Mac 2009
    ......Sabda Nabi Muhammad, "Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka - Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Masaud.Kini ada perisian di pasaran yang membungkus semua maklumat di atas disamping sebuah kalkulator Faraid serba mudah. Namanya Faraid FastGuide2 keluaran anak syarikat Rockwills Corporation Sdn Bhd. Proses mendapat jawapan semudah mengklik tetikus.


    Bukan itu sahaja,bagi mereka yang baru berjinak dengan Ilmu Faraid perisian ini memberikan latarbelakang teori berikut (antara lain):

    1) Apa itu Faraid, Rasionalisasi di sebalik Faraid dan Asas Faraid mengikut Al Quran
    2) Apa itu pusaka dan apakah harta si mati yang boleh dikelaskan sebagai pusaka?
    3) Jadual ringkasan ciri-ciri instrumen perancangan pusaka secara Islam 



    4) Bagaimana waris ditentukan dalam perancangan pusaka Islam serta pengkelasan waris-waris Faraid
    5) Perkiraan melibatkan kes-kes "aul"


    Perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia masih dalam pembangunan . Mereka yang berminat untuk mendapatkan perisian ini (bukan percuma) boleh menghubungi saya untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. Akhir kata saya petik Sabda Nabi Muhammad, "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku. - Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.....

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Thursday, March 19, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PELABURAN ALTERNATIF EMAS

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: PELABURAN ALTERNATIF EMAS 

    Edisi : Bil 1322 Mac 2009
    ......Negara kita pernah mengalami keadaan seperti ini yakni semasa zaman pendudukan Jepun dulu. Tanya sahaja kepada warga emas yang hidup di zaman itu. Kesimpulannya kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas. Pelabur profesional mengamalkan strategi pemelbagaian jadi kenapa tidak memasukkan emas dalam portfolio pelaburan yang ada sekarang. Ada dua jenis pelaburan emas iaitu membeli emas fizikal atau menggunakan akaun simpanan emas tajaan bank. Emas fizikal untuk tujuan pelaburan contohnya ialah seperti Dinar Emas Kelantan, syiling emas dijual di bank seperti Syiling Kijang Emas dan wafer atau jongkong emas.

    Di Malaysia pula ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Pelabur menyertai skim sedemikian bukanlah atas sebab emas fizikal tetapi kerana dijanjikan pulangan. Hati-hati dengan skim sedemikian kerana ia kerap kali melanggar syariah dan ada unsur penipuan. Tetapi lain halnya kalau membeli emas fizikal (contohnya seperti dalam gambar) dari pihak ketiga . Satu strategi simpanan secara kecil-kecilan diberikan dalam Jadual 1 di bawah....
    .atau seperti Jadual 2 ....
     

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Wednesday, March 18, 2009

    Ebook Percuma - Mengapa Kami Bantah PPSMI


    Nota:Posting ini bukannya menyokong mana-mana pihak tetapi memberikan informasi untuk penilaian secara adil. Pendapat dan falsafah peribadi saya tiada kaitan di sini.

    Debat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang berjalan hebat sekarang. Hujah menyokong banyak diberikan dalam media massa tetapi hujah membangkang kurang diketahui umum. Download hujah membangkang versi penuh pdf  disini. Dalam 200 mukasurat buku ini adalah koleksi terbaik artikel dan kertas kerja kumpulan profesor-profesor yang menentang PPSMI. Versi hardcopy boleh dibeli di kedai buku MPH atau dengan pesanan online dari www.bookcafe.com.my.

    Buku Terbaru Saya Bakal Terbit - Buat Duit Sebagai Ejen Insurans/Takaful

    Buku Terbaru Saya Bakal Terbit - Buat Duit Sebagai Ejen Insurans/Takaful.
    Khabar angin semasa Pesta Buku April ini. Nanti saya akan maklumkan berita semasa (contohnya harga) apabila diberitahu penerbit. Sesiapa yang nak pre-order boleh email kepada saya di ilmudigital@gmail.com atau sms kepada nombor hp 017-8719444 beserta maklumat berikut untuk database saya:
    1. Nama penuh:
    2. Alamat penghantaran buku:
    3. Nombor handphone:
    4. Email: 
    5. Kerjaya sekarang: 
    Boleh juga beri maklumat dengan menulis pada komen kepada posting ini.

    Monday, March 16, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - GAWAT EKONOMI AKAN DATANG, PERGI DAN DATANG LAGI

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: GAWAT EKONOMI AKAN DATANG, PERGI DAN DATANG LAGI 

    Edisi : Bil 1321 Mac 2009
    ......Jika rangsangan ialah berita "kegawatan ekonomi" di segenap sudut media massa maka satu cara ialah mencari maklumat positif yang membuktikan kegawatan itu sebenarnya satu bayangan dalam minda sahaja. Kalaupun ia berlaku jangan ambil bahagian, DO NOT PARTICIPATE! Sebagai satu langkah permulaan saya dedahkan beberapa fakta sedemikian. Para pembaca kemudian boleh memantau berita di bawah atau mencari bukti-bukti sendiri di sekeliling.

    Rangkaian pasaraya Mydin menawarkan 1200 kerja kosong untuk hipermarket baru di Melaka, Kubang Kerian dan Kedah. Mereka mempunyai 5,000 pekerja, 20 peratus darinya warga asing, tetapi tidak akan memberhentikan mana-mana pekerjanya sekarang.


    Sindiket judi ditumpaskan polis beroperasi di Johor Baharu, jumlah judi RM172.8 juta. Dari mana datangnya wang ini, bayangkan kalau ia disuntik untuk urusniaga yang halal.


    480 pekerja Panasonic di Melaka bakal diberhentikan tetapi bukan dengan tangan kosong. Pakej pemberhentian termasuk 1.2 gaji bulanan dan faedah pemberhentian dalam bentuk tunai. Dipercayai ada antara pekerja bakal mendapat sehingga RM300,000. Ada pekerja juga ditawarkan pekerjaan baru dalam sektor pertanian dan keusahawanan bergantung kepada citarasa masing-masing.


    Jumlah wang yang dikutip oleh pusat-pusat perjudian diiktiraf seperti TOTO dan Magnum. Ini lagi dahsyat jumlahnya. Kalau benar ekonomi gawat sudah tentu pusat-pusat ini senyap sunyi atau ditutup terus....
     

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Sunday, March 08, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - DEFINASI ASET MENGIKUT JUTAWAN DAN AKAUNTAN

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: DEFINASI ASET MENGIKUT JUTAWAN DAN AKAUNTAN 

    Edisi : Bil 1320 Mac 2009
    "...Kisah ini saya nukilkan berdasarkan prinsip-prinsip dalam buku "Rich Dad Poor Dad" karya Encik Robert Kiyosaki. Salah satu konsep yang dipertikaikan beliau ialah konsep ASET di mana konsep ASET atau HARTA berbeza sekali dengan definasi profesor universiti. En Robert,juga seorang jutawan, membuktikan bagaimana pentafsiran berbeza inilah penyebab utama mengapa salah seorang ayah angkatnya bergelar Rich Dad sementara ayah sebenarnya bergelar Poor Dad. 

    Arakian tersebut kisah seorang eksekutif berusia 30-an bernama Ramli. Ramli tinggal di sebuah pangsapuri sering membeli suratkhabar di sebuah gerai kecil berdekatan pondok sekuriti. Kita panggil sahaja penjual suratkhabar itu Samy. Hampir setiap pagi Ramli lengkap berpakaian pejabat, bertali leher bersepatu Alan Delon akan membeli suratkhabar Berita Harian. "Apa macam Samy? Bisnes ada baik ka?" Si Samy pula akan membalas sapaan mesra Ramli sambil tersenyum lebar melihatkan gigi palsu emasnya. ""Serupa juga ini bisnes. Kadang kadang baik, kadang-kadang sikit untung, Tuhan juga kasi." Ramli senyum lalu masuk ke dalam kereta Perodua Kancilnya. Memang cerah masa depan anak muda ini yang memegang jawatan akauntan di sebuah gedung pakaian besar........
    ."
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.