Maklumat video dari wartawan/pembaca pemberita TV9 di sini:
Antaranya menceritakan tentang :
1) Pelaburan emas yang betul
2) Skim cepat kaya bertopengkan emas
3) Amaran Bank Negara Malaysia mengenai pelaburan emas
4) Tempat-tempat membeli emas
Jika anda mahukan maklumat terperinci, sila lihat sumber berikut:
Panduan Memilih Akaun Emas di Bank http://goo.gl/280Qf
Panduan Melabur Emas Fizikal dan Bukan Fizikal http://bit.ly/kitabemas
Panduan Melabur Dengan Perak - Saingan Emas http://goo.gl/8o7jZ
Salam ceria
Sunday, September 25, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Sedutan Artikel MWanita - MANA PELABURAN TERBAIK - ASB, EMAS, PERAK
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MANA PELABURAN TERBAIK - ASB, EMAS, PERAK
Bil 1452 Sept 2011
Seorang investor melakukan penelitian demi penelitian, berhati-hati dalam mengambil risiko dan keuntungan sebelum melaburkan wang beliau. Seorang spekulator hanya memberi wangnya kemudian berharap agar pulangannya seperti yang dimimpikan. Sebagai contoh mari kita pertimbangkan samada mahu melabur dalam satu alat pelaburan yang sudah mula mendapat perhatian iaitu perak. Dalam tahun 2009 dahulu emas yang menjadi rebutan. Katakan kita membayangkan diri kita sebagai bakal pelabur (bukan spekulator) perak untuk mempelbagaikan portfolio kita. Ini selari dengan hukum pelaburan "jangan letak semua telur-telur ke dalam satu bakul sahaja". Kita pergi mendapatkan ilmu dahulu tentang kebaikan melabur dalam perak dari pelbagai sumber. Saya berikan beberapa tips......
Pertama kita dapatkan carta pergerakan harga perak dan juga emas sebagai perbandingan. Di sini saya tunjukkan cuma untuk tempoh 5 tahun sahaja, kalau hendak tafsir pelbagai masa lain boleh rujuk website yang saya berikan. (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MANA PELABURAN TERBAIK - ASB, EMAS, PERAK
Bil 1452 Sept 2011
Seorang investor melakukan penelitian demi penelitian, berhati-hati dalam mengambil risiko dan keuntungan sebelum melaburkan wang beliau. Seorang spekulator hanya memberi wangnya kemudian berharap agar pulangannya seperti yang dimimpikan. Sebagai contoh mari kita pertimbangkan samada mahu melabur dalam satu alat pelaburan yang sudah mula mendapat perhatian iaitu perak. Dalam tahun 2009 dahulu emas yang menjadi rebutan. Katakan kita membayangkan diri kita sebagai bakal pelabur (bukan spekulator) perak untuk mempelbagaikan portfolio kita. Ini selari dengan hukum pelaburan "jangan letak semua telur-telur ke dalam satu bakul sahaja". Kita pergi mendapatkan ilmu dahulu tentang kebaikan melabur dalam perak dari pelbagai sumber. Saya berikan beberapa tips......
| Pakej Pelaburan Silver |
Sunday, September 18, 2011
Satu browser yang menggabungkan 3 enjin
Tidak semestinya browser default yang dibungkus dalam sistem operasi komputer kita dapat memberikan pengalaman melayari internet yang menguja. Ada website pula yang tidak dipaparkan dengan baik dalam browser tertentu, akibatnya kita kena ada dua atau tiga jenis browser yang berbeza.
Apa kata kalau kita ada satu browser yang ada tiga enjin (IE - Trident ,Firefox - Gecko dan Chrome/Safari - Webkit)?. Jadi kalau perlu enjin yang lain tidak perlu tukar browser tetapi tukar enjin sahaja tanpa menggunakan add-in. Anda boleh download versi install biasa atau install secara portable (maksud portable boleh dibawa dalam USB anda untuk digunakan dalam komputer lain walaupun komputer itu tiada program berkenaan). Muat turun di sini
http://www.lunascape.tv/
Ada banyak lagi ciri yang mungkin dapat menggembirakan anda. Selamat mencuba!

Sedutan Artikel MIDI - KADAR INFLASI PERIBADI
Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Berdasarkan rekod Indeks Harga Pengguna (IHP) di negara ini, purata jangka panjang inflasi ialah tiga peratus. Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index mengukur kadar inflasi sesuatu negara. Definasi teknikal " Indeks ini mengukur perubahan peratusan dalam kos membeli sebakul barangan dan perkhidmatan yang dilakukan oleh satu kumpulan populasi pada satu jangkamasa tertentu." Untuk mengira indeks ini satu tinjauan bulanan akan dilakukan terhadap lebih 400 barangan yang dijual di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Tugas ini dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Mari kita lihat bagaimana kadar inflasi rasmi negara dikira berasaskan IHP, kemudian kita boleh menganggar kadar inflasi peribadi diri keluarga.
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: KADAR INFLASI PERIBADI
Bil 120 Sept 2011
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng memberikan komen berikut tentang kadar inflasi dalam lapuran Berita Harian bertarikh 18 Februari 2011. "Kadar inflasi antara 2.8 peratus hingga tiga peratus di negara ini bagi tahun ini secara relatifnya adalah baik jika mengambil kira kenaikan ketara harga komoditi."Tajuk: KADAR INFLASI PERIBADI
Bil 120 Sept 2011
Berdasarkan rekod Indeks Harga Pengguna (IHP) di negara ini, purata jangka panjang inflasi ialah tiga peratus. Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index mengukur kadar inflasi sesuatu negara. Definasi teknikal " Indeks ini mengukur perubahan peratusan dalam kos membeli sebakul barangan dan perkhidmatan yang dilakukan oleh satu kumpulan populasi pada satu jangkamasa tertentu." Untuk mengira indeks ini satu tinjauan bulanan akan dilakukan terhadap lebih 400 barangan yang dijual di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Tugas ini dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Mari kita lihat bagaimana kadar inflasi rasmi negara dikira berasaskan IHP, kemudian kita boleh menganggar kadar inflasi peribadi diri keluarga.
Untuk perincian perkiraan melalui jadual dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Thursday, August 25, 2011
10 Saham Defensif Cadangan OSK Research Untuk 2011
Ketua Bahagian Penyelidikan OSK Research mencadangkan sektor defensif seperti:
Media, Kesihatan, Pengguna dan Telekomunikasi untuk tahun 2011 ini.
Contohnya 10 saham berikut:

- AirAsia Berhad
- Axiata Group Berhad
- Guinness Anchor Berhad
- KPJ Healthcare Berhad
- Media Chinese Berhad
- Petronas Gas Berhad
- QL Resources Berhad
- Supermax Berhad
- Telekom Malaysia Berhad
- TRC Synergy Berhad
Sunday, August 21, 2011
Sedutan Artikel MWanita - ENAM BAHAYA KEWANGAN MENANTI ANAK KITA
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : ENAM BAHAYA KEWANGAN MENANTI ANAK KITA
Bil 1448 August 2011
....Seorang ayah yang saya temui semasa memberi seminar memberitahu isi hatinya begini, "Budaya kita tentang kewangan menganggap ia perkara yang boleh diletakkan ditepi sehingga saat-saat ia diperlukan. Ibu-bapa saya sendiri tidak pernah mengajar saya. Sistem pendidikan juga tidak menitikkan ilmu kewangan sebagai salah satu subjek wajib dari rendah hingga peringkat tertinggi. Generasi kita kalau belajar pun akibat minat sahaja." Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil turut melahirkan kebimbangan beliau ketika memberi ulasan di Berita Harian terbitan tahun 2009 tentang lapuran 120 pemuda berusia di bawah umur 25 tahun di negara ini diisytihar muflis sejak 2005 angkara kad kredit.
Sekarang kita ikuti 6 bahaya yang menanti jika anda tidak mengajar anak tentang kemahiran kewangan.
Bahaya Pertama- Terlalu bergantung kepada ibu-bapa.........
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Perisian PDF ke Word Converter Dulu Berbayar Kini Percuma
##########################################################
Amaran: Saya tidak memberi sebarang support atau
bertanggung-jawab sekiranya sistem anda menghadapi masalah
selepas menggunakan perisian atau tips ini.

Perisian berbayar ini kini diberi percuma (freeware).
Perisian asal dibangunkan oleh AnyBizSoft.
Mereka memberi versi 2.5.3 percuma tetapi 3.0.0 kena bayar.
Wondershare pula membeli AnyBizSoft dan secara rasmi menukar
status versi 3.0.0 kepada freeware.
==================================
Wondershare PDF to Word Converter
Versi freeware : v3.0.0
OS: Windows 7 32bit/2003/XP/Vista
Saiz muat turun: 6.2 MB
http://goo.gl/Zptpa
==================================
Untuk mendapat maklumat terkini tentang berita seperti ini, sila
daftar emel anda di website saya atau klik link berikut.
http://goo.gl/TQh2w

Sedutan Artikel MIDI - ENAM KEMAHIRAN KEWANGAN
Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
1)Bagaimana Menghargainya
2)Bagaimana Menguruskannya
3)Bagaimana Menyimpannya
4)Bagaimana Melaburkannya
5)Bagaimana Menghasilkannya
6)Bagaimana Melindunginya
Kemahiran 1 merupakan teras utama kerana jika ia tidak sebati dengan jiwa maka penguasaan kelima-lima yang lain tidak menjanjikan kejayaan duniawi lebih-lebih lagi di akhirat biarpun pengamalnya seorang pakar. Dalam falsafah ugama sendiri ditekankan kemahiran ini dengan membandingkan manusia yang cuma bertindak sebagai penjaga amanah harta yang dianugerah Tuhan dari semasa ke semasa sepanjang hayatnya.
Kemahiran 2 ditempatkan lebih tinggi berbanding Kemahiran 5 kerana ramai orang yang bergaji besar menghadapi masalah kewangan atau masalah aliran tunai harian. Kehidupan mereka dibiayai oleh hutang kerana gagal menjiwai Kemahiran 2 iaitu pengurusan wang.......
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: ENAM KEMAHIRAN KEWANGAN
Bil 119 15 Ogos 2011
......Sekarang saya sajikan enam kemahiran kewangan iaitu:Tajuk: ENAM KEMAHIRAN KEWANGAN
Bil 119 15 Ogos 2011
1)Bagaimana Menghargainya
2)Bagaimana Menguruskannya
3)Bagaimana Menyimpannya
4)Bagaimana Melaburkannya
5)Bagaimana Menghasilkannya
6)Bagaimana Melindunginya
Kemahiran 1 merupakan teras utama kerana jika ia tidak sebati dengan jiwa maka penguasaan kelima-lima yang lain tidak menjanjikan kejayaan duniawi lebih-lebih lagi di akhirat biarpun pengamalnya seorang pakar. Dalam falsafah ugama sendiri ditekankan kemahiran ini dengan membandingkan manusia yang cuma bertindak sebagai penjaga amanah harta yang dianugerah Tuhan dari semasa ke semasa sepanjang hayatnya.
Kemahiran 2 ditempatkan lebih tinggi berbanding Kemahiran 5 kerana ramai orang yang bergaji besar menghadapi masalah kewangan atau masalah aliran tunai harian. Kehidupan mereka dibiayai oleh hutang kerana gagal menjiwai Kemahiran 2 iaitu pengurusan wang.......
Untuk perincian Kemahiran 4 sampai 6 dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Wednesday, August 10, 2011
Apabila komputer anda "crash" gunakan perisian ini...
Perisian ini mengandungi peralatan untuk menghidupkan semula komputer yang tiba-tiba terkena serangan jantung atau terpaksa masuk ICU - Unit Rawatan Rapi. Harga setiap lesen USD 59.95 tetapi anda boleh mendapatkannya PERCUMA sehingga 12 Ogos 2011 pukul 10.00 GMT ini.
Maklumat lanjut tentang apa yang boleh dilakukan oleh perisian lihat ini http://goo.gl/wYRm3
Cara mendapat dengan percuma
1) Daftar dan dapatkan info (melalui email) untuk akses percuma di sini http://goo.gl/ySIqG
2) Kemudian download perisian di sini http://goo.gl/h5oGb
Semoga anda mendapat manfaat.

Wednesday, July 27, 2011
Sedutan Artikel MIDI - LAGI CEPAT SIMPAN LEBIH UNTUNG
Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
X tanpa berlengah terus memulakan langkah . Lihat Jadual untuk X. Dia yang berusia 30 tahun akhirnya mengumpul 226,809 pada akhir 20 tahun . Jumlah modal beliau 72,000 jadi nisbah untung 3.15 (nisbah jumlah terkumpul melawan jumlah modal)......
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: LAGI CEPAT SIMPAN LEBIH UNTUNG
Bil 117 Julai 2011
......Apakah faedahnya jika seseorang itu mula menabung secepat mungkin dan tidak mengambil sebarang wang keluar dari tabungnya sehingga sampai matlamat. Kita lihat situasi tiga insan X,Y dan Z yang prihatin akan masalah kewangan yang bakal dialaminya semasa tua nanti. Mereka berdua tidak mahu terlalu bergantung kepada wang pencen atau simpanan KWSP. X,Y dan Z berusia 30 tahun dan berhasrat membina satu tabung yang akan matang selepas 20 tahun. Pulangan purata setahun dari tabung ini ialah 10 peratus dan jumlah caruman bulanan ialah RM300 atau RM3,600 setahun.Tajuk: LAGI CEPAT SIMPAN LEBIH UNTUNG
Bil 117 Julai 2011
X tanpa berlengah terus memulakan langkah . Lihat Jadual untuk X. Dia yang berusia 30 tahun akhirnya mengumpul 226,809 pada akhir 20 tahun . Jumlah modal beliau 72,000 jadi nisbah untung 3.15 (nisbah jumlah terkumpul melawan jumlah modal)......
Untuk melihat jadual terperinci X,Y dan Z dan analisanya dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Tuesday, July 26, 2011
Sedutan Artikel MWanita - MESEJ DALAM PENYATA KAD KREDIT
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MESEJ DALAM PENYATA KAD KREDIT
Bil 1444 July 2011
....Saya berpeluang berbincang secara peribadi dengan kaunselor-kaunselor AKPK tentang karenah pengguna perbankan yang datang memohon bantuan. Berkaitan hutang kad kredit yang menggunung ramai pelanggan AKPK sebenarnya tidak menyedari maklumat atau amaran yang diberikan dalam penyata mereka. Tak tahu saya samada ini sebab malas, sikap tidak ambil kisah atau masalah membaca. Kadang-kadang ada pengadu yang tidak percaya dan menyalahkan pihak bank kerana menindas mereka walhal dari segi akad, pelanggan telah bersetuju bahawa bank akan mengenakan caj sedemikian dan sanggup dikenakan tindakan undang-undang jika tidak melangsaikan hutang mengikut akad.........
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MESEJ DALAM PENYATA KAD KREDIT
Bil 1444 July 2011
....Saya berpeluang berbincang secara peribadi dengan kaunselor-kaunselor AKPK tentang karenah pengguna perbankan yang datang memohon bantuan. Berkaitan hutang kad kredit yang menggunung ramai pelanggan AKPK sebenarnya tidak menyedari maklumat atau amaran yang diberikan dalam penyata mereka. Tak tahu saya samada ini sebab malas, sikap tidak ambil kisah atau masalah membaca. Kadang-kadang ada pengadu yang tidak percaya dan menyalahkan pihak bank kerana menindas mereka walhal dari segi akad, pelanggan telah bersetuju bahawa bank akan mengenakan caj sedemikian dan sanggup dikenakan tindakan undang-undang jika tidak melangsaikan hutang mengikut akad.........
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Tuesday, June 28, 2011
Sedutan Artikel MWanita-SENAPANG MESIN DENGAN PERANGKAP EKONOMI
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SENAPANG MESIN DENGAN PERANGKAP EKONOMI
Bil 1440 June 2011
.....Cuba lihat pusingan perangkap ekonomi ini. Katakan gaji pekerja awam ditingkatkan. Pekedai pula macam kucing nampak ikan, selamba cuba naikkan harga. Pihak pekerja swasta pun ingin juga mengalami kenaikan gaji atau gaji minima. Penyelesaian secara kenaikan gaji atau elaun cuma bersifat sementara. Ia hanya menangguhkan masalah. Ini kerana kerajaan pun mempunyai simpanan terbatas. Keadaan ini sama seperti keluarga di rumah. Isteri, anak, datuk atau nenek akan meminta tambahan belanja atau duit poket dari ketua keluarga (si bapa). Si bapa tidak boleh cetak duit sewenang-wenangnya kerana tegahan undang-undang. Sama juga dengan kerajaan. Kenalah guna diplomasi kewangan, mana yang tidak meruncing ditangguh serta dicari jalan penyelesaian.
Kalau anda benar-benar serius mahukan sumber ilmu yang sistematik dari peringkat asas ke tahap lanjutan seperti peluru berangkai dalam senapang mesingan,hubungi saya tetapi awas tidak semuanya percuma.

Wednesday, June 08, 2011
Sedutan Artikel MWanita - KOS KEWANGAN JIKA MENUNGGU ATAU MENANGGUH
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KOS KEWANGAN JIKA MENUNGGU ATAU MENANGGUH
Bil 1438 June 2011
.....Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Dari segi pengiraan nilai masa wang dalam sistem kewangan konvensional jawapannya terletak pada keajaiban "compound interest". Setiap hari anda menunggu, setiap jam yang anda menangguh adalah mirip membakar sebahagian daripada wang akan datang anda. Sudah semestinya keputusan anda memerlukan sedikit pengorbanan. Misalnya berkorban agar keperluan didahulukan dan kehendak ditangguhkan selama mungkin. Satu lagi pengorbanan ialah berdasarkan babak berikut dari filem Tamil klasik.
Tapi sebelum itu ingat tak kos menanti yang kita kira bersama-sama di atas. Ada banyak faktor yang boleh mengganggu hasrat seseorang untuk mengelak kos tersebut. Tetapi kita boleh mengatasinya dengan mengamalkan strategi tertentu. Contohnya bagaimana “menggunakan” orang yang anda sayangi untuk berjimat dengan lebih banyak. Atau bagaimana menjamin 100% yang anda tidak akan terlebih belanja ketika keluar membeli belah. Atau bagaimana mengetahui dengan lebih jelas hakikat kedudukan kewangan anda sekarang. Apakah satu ayat yang sangat berkuasa untuk dilafazkan jika anda ingin sentiasa berjimat? Apakah perbelanjaan yang kita sepatutnya boleh jimatkan secara konsisten pada setiap bulan? Hubungi saya melalui email atau sms untuk mendapat 15 strategi secara percuma dan 30 lagi pada kadar yang berpatutan. Wajib ada email kalau tiada pinjam kawan punya atau buka akaun gmail dengan segera.

Sedutan Artikel MWanita - KAITAN PELABURAN HARTANAH DENGAN ROTI CANAI
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KAITAN PELABURAN HARTANAH DENGAN ROTI CANAI
Bil 1437 June 2011
Bagus sangat ke melabur dalam hartanah ini? Satu persoalan yang sudah bermain-main di kalangan manusia semenjak tanah mula dijual beli. Dalam tahun 1626 wakil pentadbiran Belanda iaitu Gabenor Peter Minuit membeli Pulau Manhattan daripada puak Red Indian tempatan secara tukar barang dengan barangan seperti manik, kain dan kapak bernilai USD24 (nilai wang ini diukur pada kurun ke 19). Selain contoh ini terdapat banyak bukti sejarah yang mengesahkan bahawa pembelian hartanah memang menguntungkan.
Berbalik kepada zaman 1Malaysia. Tidak dinafikan risiko melabur dalam hartanah agak tinggi, kalau rugi, bukan rugi seringgit dua malah senang-senang boleh menjadi negatif beribu, berpuluh ribu atau terus muflis. Pakar pelaburan biasanya menyenaraikan beberapa sebab mereka yang gagal dalam pelaburan hartanah ini:

- Tak ada panduan yang betul, sekadar main tikam-tikam.
- Membeli dikawasan lokasi yang silap.
- Lokasi yang dipilih lambat membangun
- Pemaju yang tidak beretika atau terpaksa gulung tikar walaupun jujur .
- Suka dengar kepada spekulasi dan khabar angin terutamnyaa melalui internet.
(Untuk pembacaan seterusnya tentang kaitan dengan roti canai dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Hubungi saya di email atau sms untuk mendapatkan ebook dan video digital dalam Bahasa Malaysia tentang strategi pelaburan hartanah dari seorang pakar pelabur Bumiputera yang low profile.Tuesday, May 31, 2011
Sedutan Artikel MWanita - MERANCANG PENGAGIHAN PAMPASAN PERLINDUNGAN
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MERANCANG PENGAGIHAN PAMPASAN PERLINDUNGAN
Bil 1436 Mei 2011
......Jalan penyelesaian yang praktikal dan rendah kosnya ialah insurans atau takaful. Bil saya sebut kos maksud saya bukan premium atau sumbangan. Dengan caruman bulanan dua digit sahaja akaun untuk isteri jika berlaku musibah boleh meningkat 5 ke 6 digit. Tetapi awas pastikan polisi/sijil masih aktif DAN penamaan dirancang dengan betul. Aspek penamaan yang betul kurang diberikan perhatian oleh segelintir konsultan takaful. Cara penamaan wasi dan waris berbeza dalam Akta Takaful dan Akta Insuran bagi kedua-dua pelanggan Islam dan bukan Islam. Walaupun suami menamakan isterinya dalam borang penamaan isterinya tidak semestinya secara automatik menerima 100% pampasan tersebut. Ini lebih ketara lagi jika berugama Islam. Sebabnya isteri terpaksa membahagi-bahagikan pampasan tersebut kepada pewaris-pewaris sah seperti ibubapanya dan anak-anak. Dalam situasi tertentu bahagian isteri dalam sistem Faraid (pembahagian pusaka Islam) hanyalah 1/8 dari harta pusaka tersebut.Bagi suami yang berugama Islam pastikan jumlah perlindungan yang dipohon mencukupi. Mengapa? (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, May 23, 2011
Sedutan Artikel MWanita - WANG POKET DARI IKLAN SYARIKAT KORPORAT
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : WANG POKET DARI IKLAN SYARIKAT KORPORAT
Bil 1435 Mei 2011
......sudah tentu sukar bagi orang biasa seperti kita berjumpa satu persatu dengan syarikat korporat dan memeterai perjanjian di mana mereka membayar kita untuk perkhidmatan kita. Jadi elok kita menggunakan pihak ketiga yang akan melakukannya untuk kita. Lebih mustahak lagi pihak ini memang diakui dan biasa berurusniaga dengan syarikat-syarikat korporat seperti New Straits Times (NST),The Star,Berita Harian, Coca Cola,Bata, Intel,uMobile, CIMB Bank dan Nike.
(Hubungi saya untuk mendapat kursus ebook wang dari iklan syarikat korporat dalam Bahasa Malaysia. Ia mengandungi 10 Module dari a hingga z yang menerangkan bagaimana bermula dari "zero ke hero".)
Di Malaysia ada dua pihak ketiga sedemikian yang saya akan panggil N dan I. Mereka menjadi orang tengah antara kita dengan syarikat-syarikat di atas. Kita tidak perlu membayar yuran sebaliknya kita yang akan dibayar dengan syarat kita memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan korporat N atai I. Apa yang kita perlu ada ialah sebuah blog (ini percuma pun boleh) dan ilmu bagaimana diterima masuk dalam rangkaian pengiklanan N dan I. Satu lagi ialah ilmu dalaman iaitu bagaimana ingin bermula dengan langkah yang betul kerana pemilihan antara pihak ketiga N atau I ini boleh menentukan pendapatan pasif kita enam bulan dari sekarang. Mudah mendapat kelulusan N tetapi pendapatan di masa akan datang terbatas. Pendapatan dari I pula lebih lumayan tetapi mereka mempunyai kriteria pemilihan yang lebih ketat. Ramai blogger berpengalaman sendiri tidak tahu pantang larang yang dikenakan oleh I menyebabkan permohonan mereka ditolak...(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, May 17, 2011
Sedutan Artikel MWanita - GRADUAN BIAYA HIDUP DENGAN HUTANG
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GRADUAN BIAYA HIDUP DENGAN HUTANG
Bil 1434 Mei 2011
Bagi mereka yang Muslim, barangkali perlu membaca kembali Al Quran atau meneliti Hadis dari segi aspek pengurusan kewangan Islam. Berikut beberapa petikan yang boleh menjadi permulaan untuk menimbulkan keinsafan sebelum terpaksa berjumpa kaunselor AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) atau diisytihar muflis sebelum meniti usia 35 tahun.
Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja."
(Surah Al-Dukhan: ayat 31).
Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana.
(Surah Al-Furqan: ayat 67)
Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Surah Al-Israk: ayat 27)
Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya "Peranan Nilai dan Akhlaq Dalam Ekonomi Islam" memberi contoh pembaziran yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara disedari atau tidak. Walaupun contoh yang diberikan oleh beliau mungkin tidak relevan untuk golongan muda tetapi apa yang kita ambil ikhtibar di sini ialah mentaliti yang perlu diserap. Contoh yang diberikan beliau; mengabaikan ternakan dan tanaman, tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh dimakan, membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur, tidak menyelenggara rumah kediaman, kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak. (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sedutan Artikel MIDI - RM42B HARTA BEKU SALAH SIAPA
Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Contohnya tuntutan hartanah yang melibatkan Kanun Tanah Negara (National Land Code) atau peraturan pejabat pusaka yang memang banyak karenah. Bukan semua waris mempunyai sikap rajin dan kesabaran yang boleh dibanggakan. Cumanya sekiranya jumlahnya tuntutan tidak padan dengan proses kos pengagihan pusaka dari A ke Z, lebih baik ambil dulu apa yang boleh atau lupakan habuan di hayat ini. Biar cucu atau cicit menuntut mencuba nasib pula.....
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: RM42B HARTA BEKU SALAH SIAPA
Bil 113 Mei 2011
......Ada pembaca (Muslim dan Bukan Muslim) pernah bertanya kepada saya samada perlu atau tidak instrumen pengurusan pusaka untuk mentadbirkan harta pusaka. Jawapan saya dari segi mutlak memang tak perlu sebab ada undang-undang yang boleh membantu. Tetapi inilah masalahnya, apakah prosesnya mudah, atau adakah sanggup menunggu jangkamasa yang lama turun naik mahkamah, atau sanggup menggadaikan harta sendiri dahulu sementara menanti harta pembahagaian dan seribu satu macam atau lagi. Sekiranya proses perundangan di negara kita secekap sistem pengangkutan awam kita (senyum sinis) maka mungkin kita tidak perlu perkhidmatan perancang pusaka atau penulis wasiat. Malangnya ini bukan fakta yang terjadi. Maksud saya masalah-masalah perundangan, bukan pasal menyumbat rezeki ratusan perancang pusaka Islam dan bukan Islam di Malaysia. Tajuk: RM42B HARTA BEKU SALAH SIAPA
Bil 113 Mei 2011
Contohnya tuntutan hartanah yang melibatkan Kanun Tanah Negara (National Land Code) atau peraturan pejabat pusaka yang memang banyak karenah. Bukan semua waris mempunyai sikap rajin dan kesabaran yang boleh dibanggakan. Cumanya sekiranya jumlahnya tuntutan tidak padan dengan proses kos pengagihan pusaka dari A ke Z, lebih baik ambil dulu apa yang boleh atau lupakan habuan di hayat ini. Biar cucu atau cicit menuntut mencuba nasib pula.....
Untuk mengetahui salah siapa dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Tuesday, May 10, 2011
Sedutan Artikel MWanita - DILEMA PEMINDAHAN DARI AKAUN KWSP KE UNIT AMANAH
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DILEMA PEMINDAHAN DARI AKAUN KWSP KE UNIT AMANAH
Bil 1433 Mei 2011
Kalau peserta seminar bertanya kepada saya, "Elok ke pemindahan dari akaun kwsp ke unit amanah ini?, jawapan saya Ya dan Tidak bergantung kepada profil kewangan masing-masing. Tujuan saya menulis ialah untuk menjelaskan bahawa sekali lagi pendidikan kewangan yang rendah di negara kita akan mengundang bukan sahaja salah faham sedemikian malah lain-lain pelaburan yang sudah dan bakal ada di dalam atau luar negara.
Melabur dalam unit amanah ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging theory). Sebaliknya jika melabur secara lump-sum, samada secara tunai mahupun menerusi pemindahan dari KWSP, anda perlu beri perhatian kepada timing : iaitu bila nak beli dan bila nak jual? Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi dalam pelaburan anda.
Contoh: Anda beli pada harga jualan 1.00. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, anda memeriksa harga dan mendapati harga belian 1.05 sen, anda boleh jual semula unit amanah anda untuk mendapatkan keuntungan. Jika tidak mahu menjual pun tidak mengapa kerana ada kemungkinan harga boleh naik lebih tinggi dari itu. Tapi bagaimana kalau harga menurun, di sini anda boleh cut loss maksudnya keluar dari pelaburan ini atau ambil peluang untuk tambah unit kerana apabila harganya naik boleh jual semula untuk dapat untung.
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DILEMA PEMINDAHAN DARI AKAUN KWSP KE UNIT AMANAH
Bil 1433 Mei 2011
Kalau peserta seminar bertanya kepada saya, "Elok ke pemindahan dari akaun kwsp ke unit amanah ini?, jawapan saya Ya dan Tidak bergantung kepada profil kewangan masing-masing. Tujuan saya menulis ialah untuk menjelaskan bahawa sekali lagi pendidikan kewangan yang rendah di negara kita akan mengundang bukan sahaja salah faham sedemikian malah lain-lain pelaburan yang sudah dan bakal ada di dalam atau luar negara.
Contoh: Anda beli pada harga jualan 1.00. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, anda memeriksa harga dan mendapati harga belian 1.05 sen, anda boleh jual semula unit amanah anda untuk mendapatkan keuntungan. Jika tidak mahu menjual pun tidak mengapa kerana ada kemungkinan harga boleh naik lebih tinggi dari itu. Tapi bagaimana kalau harga menurun, di sini anda boleh cut loss maksudnya keluar dari pelaburan ini atau ambil peluang untuk tambah unit kerana apabila harganya naik boleh jual semula untuk dapat untung.
(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Sedutan Artikel MIDI- LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT
Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Nor Shamsiah Mohd. Yunus ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit. Kita akan lihat implikasi 6 syarat berikut:
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT
Bil 112 Mei 2011
Saya petik falsafah berikut dari seorang sahabat tatkala bertanya kenapa dia memiliki kad kredit. Jawab beliau, "Visa atau MasterCard itu hanyalah sebagai alat untuk kegunaan manusia, terpulang kepada manusia bagaimana mahu menggunakannya. Jika digunakan secara jahil buruklah akibatnya dan andai digunakan secara bijak boleh membawa mendapat manfaat bagi mereka yang menggunakannya."Tajuk: LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT
Bil 112 Mei 2011
Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Nor Shamsiah Mohd. Yunus ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit. Kita akan lihat implikasi 6 syarat berikut:
Untuk perincian 6 syarat dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)