Wednesday, August 22, 2012

PELABURAN SONGSANG TETAPI PATUH UNDANG-UNDANG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PELABURAN SONGSANG TETAPI PATUH UNDANG-UNDANG 
Bil 1501 OGOS 2012
....Dalam permainan kewangan pengurusan hutang yang cekap juga dipanggil pelaburan songsang (reverse investment). Pengurusan hutang perumahan ada tiga strategi - pertama dengan refinance, keduanya dengan mengurangkan pinjaman bulanan dan ketiga dengan merombak kembali kontrak pinjaman perumahan asal. Kalau lebih berani boleh gabungkan sekali ketiga-tiga kaedah. Kesemua kaedah ada kosnya sendiri. Kikiskanlah sikap bahawa dalam dunia ini semua kena ada subsidi atau free.

Balik kepada 3 kaedah di atas. Yang mana yang terbaik? Ini bergantung kepada situasi kewangan, jenis pembiayaan samada Islamik atau bukan Islamik, disiplin dan psikologi kewangan pengguna. Jenis Islamik buat masa ini tidak mudah dirombak kerana akad sangat berbeza dengan pinjaman konvensional. Apa yang akan saya kupas adalah strategi ketiga. Penjelasan saya di sini elok dimanfaatkan bersama seorang perancang kewangan atau konsultan pinjaman. Jika buat sendiri mungkin salah langkah.....
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, August 13, 2012

KEGUNAAN PAJAK GADAI ISLAM SEBAGAI SENJATA KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KEGUNAAN PAJAK GADAI ISLAM SEBAGAI SENJATA KEWANGAN  
Bil 1500 OGOS 2012
....Bagi mengawal dan melindungi kepentingan pengguna, maka Akta Pajak Gadai telah dibentangkan dan dikuatkuasakan pada tahun 1972. Seterusnya ia dipinda pada tahun 1982 dan sekali lagi pada tahun 1983. Akta ini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dalam tahun 2000-an, pajak gadai sudah mula digunakan sebagai satu alat kewangan khusunya pembiayaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan masing-masing. Samada golongan bekerja makan gaji atau berniaga di sinilah tempat mendapat pembiayaan pada kos yang lebih rendah atau sebagai sandaran kecemasan bila ada keperluan tunai yang terdesak. Tetapi ada sedikit kepincangan kerana sistem pajak gadai konvensional kerap melakukan penyelewengan seperti:......
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Hubungi saya untuk mendapatkan buku panduan digital ilmu rahsia pajak gadai konvesional dan sistem Islam (Ar Rahnu), lapan teknik-teknik manipulasi emas melalui Ar Rahnu dan perbincangan terperinci mengapa ada kalanya memajak emas lebih baik daripada membuat pinjaman bank.

Tuesday, August 07, 2012

KESAHIHAN PATUH SYARIAH SEBUAH SYARIKAT EMAS TERJAWAB

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KESAHIHAN PATUH SYARIAH SEBUAH SYARIKAT EMAS TERJAWAB 
Bil 1499 OGOS 2012
Akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah menjawab secara terang-terangan salah satu soalan yang dikemukakan oleh salah seorang peserta seminar saya dalam tahun 2011 berkaitan dengan kesahihan operasi pelaburan emas secara syariah. Pada masa tersebut saya tidak dapat menjawab dengan nyata kerana syarikat terlibat masih dalam pemerhatian pihak tertentu.
Apa gerangan perkembangan terbaru tersebut? Saya petik kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin. Selepas meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat (yang kita akan panggil GM), didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa.
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, July 14, 2012

DONGENG BOLEH MENJADI KISAH BENAR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DONGENG BOLEH MENJADI KISAH BENAR
Bil 1495 JULAI 2012
Saya ambil contoh Dongeng 1. Pelabur yang mempercayai dongeng ini menyebabkan mereka cuba "menilik" pergerakan pasaran. Ada yang bernasib baik berjaya macam cerita "Nujum Pak Belalang" tetapi bagi setiap yang bernasib baik sepuluh pasti kecundang. Mereka membuat andaian cetek bahawa melabur unit amanah sama dengan main saham.
Tetapi jika anda ada ilmu lanjutan dan tahu mengurus risiko pelaburan unit amanah, dongeng 1 boleh dijadikan satu kisah benar. Maksudnya anda boleh applikasi kaedah yang digunakan dalam 'menilik" saham untuk memerah pulangan yang jarang diperolehi pelabur unit amanah yang sekadar melabur secara automatik. Contohnya strategi seperti melabur secara seragam bulanan atau tiga bulan sekali. Bukan bererti taktik pelaburan sebegini tidak berguna. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai profil risiko tertentu yang tidak ada masa mempelajari atau memantau secara serius. Jadi jangan pula mengharap pulangan yang besar-besar sehingga modal boleh berganda tiga empat kali. Hubungi saya jika anda tidak puas hati selama ini dengan prestasi unit amanah   anda. Kalau tidak dapat praktik ilmu lanjutan ini secara seorangan, saya boleh cadangkan orang yang boleh melakukannya bagi pihak anda.  
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Wednesday, June 20, 2012

VIAGRA UNTUK UNIT AMANAH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : VIAGRA UNTUK UNIT AMANAH
Bil 1491 JUN 2012

.....Adakah rajah ini bermaksud unit amanah boleh mengatasi pulangan pelaburan lain? Jawapannya ialah ya jika pelabur tahu menggunakan strategi pada masa yang betul. Biar saya jelaskan, dalam rajah ada dua tiang berlabel unit amanah, satu hijau dan satu coklat cerah/oren masing-masing dengan purata 28% dan 10%. Tiang pelaburan emas berwarna biru pula berada ditengah-tengah. Pencapaian 28% unit amanah (tiang hijau) ialah akibat satu strategi pelaburan yang tidak diketahui ramai pelabur biasa termasuk penasihat mereka. Jadi timbul anggapan umum bahawa unit amanah memberi pulangan yang tidak menguja. Anggapan ini ada kalanya betul (lihat tiang unit amanah oren)kerana pelabur biasa tidak sedar pelaburan ialah satu seni.

Biasanya pelabur yang mampu menjana pulangan tinggi dari portfolionya lebih suka mendiamkan diri, melakukan penyelidikan dan memperbaiki prestasi daripada membuang masa berdebat dengan orang. Ilmu cuma boleh dimanfaatkan oleh mereka yang bersedia menerimanya dan tahu mengamalkannya. Namun ada seorang individu yang sanggup berkongsi strategi pelaburannya dengan mereka yang sudah bersedia. Rajah dalam artikel ini sebenarnya hasil perkongsian beliau kepada saya. Beliau sanggup menulis buku digital (tidak dijual di kedai) menerangkan kaedah sebenar beliau menjana pulangan sedemikian daripada pelaburan unit amanah milik sendiri. Hubungi saya jika anda berminat mendapatkan viagra untuk unit amanah ini.
Untuk perincian penuh artikel termasuk Rajah 1 dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Wednesday, June 13, 2012

PRODUK KEWANGAN WARGA EMAS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PRODUK KEWANGAN WARGA EMAS
Bil 1490 JUNE 2012

Dari segi kewangan anak-anak boleh membeli produk kewangan warga emas untuk ibu-bapa mereka. Produk ini sebenarnya mampu dibeli sendiri oleh ibu-bapa tetapi lebih manis kalau dibeli oleh anak sebagai penghargaan. Memandangkan produk pelaburan memerlukan masa panjang yang tidak dapat dipastikan pulangannya, maka lebih sesuai dipertimbangkan produk jenis insuran atau takaful untuk mereka.
Ada dua kategori perlindungan sedemikian, yang pertama skim yang disediakan sebagai kebajikan oleh kerajaan negeri. Yang kedua skim yang dijual oleh syarikat-syarikat insuran dan takaful tempatan.

Contohnya satu skim insuran warga emas telah diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri Kelantan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Warga emas mendapat perlindungan hayat dan kecacatan kekal di mana RM 1500 akan diserahkan kepada keluarga (wasi) simati pada hari kematian untuk pengurusan kematian dan tujuan berkaitan. Sejak program ini dijalankan, seramai 108,032 warga emas telah didaftarkan iaitu 85% dari jumlah warga emas yang terdapat di negeri Kelantan. Walaupun program ini bukan berasaskan keuntungan, impak besar program ini dapat dirasai diseluruh negeri. Skim kebajikan serupa turut dilaksanakan di Selangor dikenali Skim Mesra Warga Emas, Kedah (Skim Kafallah) dan Pulau Pinang (Penghargaan Warga Emas).
Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

DAPAT VSS NAK LABUR ATAU BERBISNES

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DAPAT VSS NAK LABUR ATAU BERBISNES
Bil 1489 Mei 2012

Scenario cerita wanita ini:
1. Suami mendapat lambakan wang dari VSS
2. Rakan suami mengajak beliau jadi rakan kongsi
3. Suami menolak kerana tidak minat sebab tidak yakin dengan model perniagaan tersebut.
4. Suami mempunyai profil risiko rendah di mana pendapatan mesti tetap supaya terjamin.
5. Isteri tetap mahu suami puan mencuba dunia perniagaan.
6. Isteri merasa bahawa suami tidak mempunyai keyakinan atau tidak minat untuk jadi usahawan.

Katakan wanita tadi meminta pandangan kita bagaimana cara untuk membuat suaminya yakin dengan bisnes dan maklumat tentang peluang bisnes yang boleh dijalankan secara bersendirian oleh suami tanpa berkongsi dengan orang lain. Apa agaknya jawapan anda? Pembaca boleh hantar saranan ke emel saya ilmudigital@gmail.com. Sebagai pencetus idea-idea saya berikan satu sampel jawapan seperti berikut:

Pertama sekali rencanakan perbincangan dengan suami tentang rancangannya selepas keluar dari alam makan gaji. Ada orang menganggap ini satu kemerdekaan dari majikan tetapi tanpa persediaan mental dan pengalaman boleh juga memakan diri. Mengikut pengalaman saya hampir 80 peratus penerima VSS menceburkan diri dalam perniagaan dan baki masih mahu bekerja di bawah majikan. Dari 80 peratus tadi hanya sebilangan kecil sahaja yang berjaya....
Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Wednesday, May 30, 2012

BHG 2 - IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 2 Akhir
Bil 1488 Mei 2012

......Kali ini saya akan persembahkan ikhtibar dari aspek pengurusan kewangan alir tunai dan menyentuh sedikit tentang syarikat O2 pula. Bagi pembaca yang ketinggalan artikel bahagian pertama saya jelaskan sedikit tentang syarikat O2. Saya gunakan SRK (syarikat pembuat roti dan kek) sebagai kajian kes kerana walaupun masalah kewangan dialami olehnya tetapi ada beberapa organisasi yang turut melabur dalam syarikat berkenaan. Organisasi-organisasi tersebut mewakili sebilangan besar pelabur/penyimpan yang rata-rata buta ilmu pelaburan. Kebanyakan ahli/pelabur ini tidak mempunyai ilmu pelaburan atau tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna produk kewangan. O1 dan O2 (bukan nama sebenar) mempunyai pegangan saham dalam syarikat SRK. O1 dan O2 mempunyai peranan menjaga kepentingan atau ahli/pelabur di bawah payung mereka. O1 mempunyai pertalian rapat dengan proses penyenaraian sebuah badan milik FELDA di pasaran saham. O2 pula ialah sebuah organisasi alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dalam instrumen pelaburan patuh Syariah. Pegangan saham O2 dalam SPR, syarikat bermasalah di atas, ialah sekitar 20 peratus.

Adakah penyimpan di O2 maklum tentang hal ini dan meminta penerangan daripada pihak pengurus dana yang mengendalikan wang mereka? Di Malaysia malangnya kesedaran hak-hak pelabur begitu rendah sekali sehingga kita tidak dapat mendengar bisikan sedemikian. Tetapi kalau demonstrasi jalanan tidak sukar untuk menyuarakan bantahan atau meminta penjelasan. Inilah situasi kesedaran kewangan rakyat di negara kita tidak kira golongan muda,profesional atau yang sudah berusia. Barangkali kerana tahu mentaliti sedemikian, sehingga artikel ini ditulis, pihak O2 mengambil pendirian mendiamkan diri dahulu atas alasan memberi masa kepada syarikat SRK membaiki kedudukan kewangannya........
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, May 21, 2012

IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 1
Bil 1487 Mei 2012

......Sebuah syarikat tersenarai yang tersenarai di Bursa Malaysia (syarikat pembuat roti dan kek, biar kita namakan SRK) mengalami kerugian dan saham menjunam sehingga serendah 20.5 sen sahaja. Ini akibat kegagalan anak-anak syarikat menjelaskan komitmen kewangan atau hutang sebanyak RM 5.37 juta kepada tiga bank tempatan. Lantas Bursa Malaysia meletakan syarikat ini dalam perhatian. Kedudukan kecairan dan kemampuan modal cair juga diturun-nilaikan oleh agensi penilai kewangan (rating agency) RAM. Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta. Akibat kemelut kewangan itu, tiga pegawai kanannya digantung tugas termasuk pengarah urusannya.

Ada dua pembelajaran dari sudut pandangan kita sebagai seorang pelabur dan dari segi pengurusan kewangan peribadi walaupun contoh di atas melibatkan entiti korporat. Dalam bahagian satu artikel ini saya mengupas aspek pelaburan dahulu.

Dari sudut pelabur kita mesti pantau sendiri pelaburan kita, jangan terlalu bergantung kepada penasihat kita atau lembaga pengurusan syarikat berkenaan. Saya gunakan SRK sebagai kajian kes kerana walaupun masalah kewangan dialami olehnya tetapi ada beberapa organisasi yang turut melabur dalam syarikat berkenaan. Lebih panas lagi organisasi-organisasi tersebut mewakili sebilangan besar pelabur/penyimpan yang rata-rata buta ilmu pelaburan. Kebanyakan ahli/pelabur ini tidak mempunyai ilmu pelaburan atau tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna produk kewangan.......
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, May 15, 2012

BOLASEPAK EURO 2012 DENGAN PERMAINAN KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BOLASEPAK EURO 2012 DENGAN PERMAINAN KEWANGAN
Bil 1486 Mei 2012

.......Lihat sahaja permainan bolasepak. Setiap pemain mempunyai dan mahir menggunakan "teknik-teknik" mengawal bola, melakukan tendangan percuma dan lain-lain. Tetapi ini tidak menjamin kemenangan pasukan tersebut. Sebab itu jurulatih harus memikirkan "strategi" di mana para pemain boleh digabungkan untuk mengatasi kemampuan lawan. Bagaimana pula "strategi" ini diperturunkan kepada semua pemain? Melalui sistem seperti sistem 4-4-2. Dan apa pula yang menentukan bagaimana sistem itu harus dicorakkan - ya, melalui hukum-hukum asas permainan bolasepak.

Contohnya sistem Total Football yang diasaskan oleh Jack Reynold semasa mengendalikan pasukan Ajax Amsterdam daripada Belanda. Begitu juga gaya Anti-Football atau Ultra-defensive. Meskipun dibenci penonton kerana tidak menghiburkan, pasukan Rangers berjaya menggunakannya untuk memastikan keputusan seri ketika menentang Barcelona semasa edisi Kejuaraan Juara-Juara Eropah tahun 2007.

FC Barcelona sebenarnya mempunyai corak permainan mereka yang digelar Tiki-taka. Gaya permainan hantaran pendek, pergerakan pasukan secara total dan mengekalkan penguasaan bola ini juga dipraktikkan pasukan antarabangsa Sepanyol.......
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, May 07, 2012

TEMPAT MENGADU BILA TERSILAP LANGKAH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TEMPAT MENGADU BILA TERSILAP LANGKAH
Bil 1485 Mei 2012

.......Kebanyakan mereka yang terkena lebih rela mendiamkan diri tetapi pujian harus diberikan kepada penulis emel di atas kerana berusaha membuat aduan kepada pihak polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Saya simpati dengan situasi beliau dan mereka yang mengalami nasib yang sama. Memang susah hendak dapat kembali duit kita walaupun separa apabila ia telah dipusing-pusing untuk membayar kos operasi syarikat dan habuan janji pengguna.
Saya membalas email beliau antara lainnya dengan mencadangkan jalan berikut:

A) Sediakan dokumen yang berkaitan dan juga jika ada bukti bertulis aduan yang sudah dibuat kepada tiga pihak yang disebutkan iaitu POLIS, SSM dan KPDNKK. Gunakannya semasa melakukan kegiatan di bahagian B di bawah.

B) Beberapa tempat untuk buat aduan. Layari laman web jika ada untuk menghubungi kakitangan yang relevan. Cuba buat aduan secara online kerana kadang-kadang itu satu cara mendapat perhatian mereka. Kemudian follow-up dengan satu pertemuan mata dengan mata. Saya tidak menjamin sebarang kejayaan kerana memang sukar untuk mendapat kembali wang pelaburan skim cepat kaya.

1) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Laman web : http://www.sc.com.my,
Pergi ke Tab yang mmepunyai kunci kata "cara buat aduan"
E-mel : cau@seccom.com.my

(Untuk senarai beberapa organisani lain dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, April 28, 2012

LIMA TAPISAN MEMILIH PELABURAN PATUH SHARIAH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : LIMA TAPISAN MEMILIH PELABURAN PATUH SHARIAH
Bil 1484 April 2012

.......TAPISAN PERTAMA - Menyemak keputusan samada harus, halal atau haram yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negeri dan kebangsaan. TAPISAN KEDUA - Menyemak pendapat badan berkanun yang menjaga kepentingan pelabur seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia. TAPISAN KETIGA - Apakah perincian akad pelaburannya? Kalau jelas maka mudah untuk membuat keputusan, kalau tidak jelas barangkali ia tidak patuh syariah. TAPISAN KEEMPAT iaitu samada ada unsur jaminan modal. TAPISAN KELIMA iaitu peratusan campuran pelaburan dalam industri halal dan haram.
(Untuk perincian setiap tapisan dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, April 23, 2012

PELABURAN HARTANAH MAYA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PELABURAN HARTANAH MAYA
Bil 1483 April 2012

Apa beza hartanah fizikal dengan hartanah maya ini? Hartanah fizikal melibatkan keadaan tanah dan bangunan tetapi hartanah maya merujuk kepada aset internet seperti laman web. Kos untuk hartanah fizikal biasanya sangat tinggi dibandingkan dengan kos hartanah maya. Hartanah fizikal mempunyai risiko tinggi berbanding hartanah maya. Hartanah fizikal melibatkan banyak perkara yang merimaskan seperti undang-undang negara dan badan tempatan. Hartanah maya boleh selesai urusniaga jual beli dalam masa dalam tiga ke lima hari. Tidak perlu kertas kerja sebanyak urusan hartanah fizikal.

Seperti pelaburan hartanah fizikal mereka yang mahu membuat keuntungan dari jual beli hartanah ini wajib mendapat ilmu yang mantap supaya tidak kecewa nanti. Dari penyelidikan saya, ada sebuah kursus digital dalam Bahasa Malaysia mengajar bagaimana membeli, mencantikkan dan menjual hartanah maya ini supaya pembeli di peringkat antarabangsa pun tertarik hendak beli. Lebih mustahak ialah pasaran mana. Contohnya kalau kita mahu jual beli saham mesti buat di pasaran saham. Kursus ini menjelaskan dan memberi panduan di pasaran mana patut lakukan urusniaga dan bagaimana berinteraksi dengan bakal pembeli di situ. Hubungi saya untuk mendapatkan preview kursus ini secara percuma.

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Testimoni pembaca dari Sabah tentang buku terbaru saya

Pembaca dari Sabah ini (Tuan Ruzlam) juga terlibat dalam servis kewangan iaitu pelaburan unit amanah. Jika anda berada di sekitar kawasan geografinya boleh meminta beliau memberi taklimat produk. Beliau ada membaca buku-buku saya seperti Rahsia Melabur Unit Amanah dan Urus Wang Masa Gawat.
Berikut testimoni beliau, pandangan dari seorang yang terlibat secara langsung dalam industri kewangan.

Friday, April 13, 2012

KAEDAH MENGKELASKAN REKOD/DOKUMEN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KAEDAH MENGKELASKAN REKOD/DOKUMEN
Bil 1482 April 2012

Langkah pertama pastikan anda sudah ada satu sistem fail. Fail ini boleh dalam bentuk fail fizikal contohnya "fail kertas" atau bentuk digital misalnya "folder komputer". Sekarang bahagikan semua fail anda kepada 2 kategori, yang 'aktif' dan yang 'tidak aktif'.
KATEGORI AKTIF
Ertinya fail untuk dokumen yang diperlukan dengan cepat atau bila-bila masa sahaja. Contohnya seperti:
1. Bil-bil yang belum dibayar
2. Semua bil yang telah dijelaskan dalam setahun lepas. Kalau boleh ditandakan dengan tarikh bayaran, nombor cek, tanda dibayar dengan tunai. Kalau dibayar dengan tunai cuba dapatkan pihak yang menerima wang tadi meletakkan tandatangan srta tanda "DIBAYAR" beserta tarikh. Lagi bagus kalau boleh dapat resit dan staplekan pada bil berkenaan.
3. Penyata-penyata akaun semasa semenjak 12 bulan lepas..........

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, April 06, 2012

TANGANI DUA CABARAN BESAR GRADUAN BARU


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TANGANI DUA CABARAN BESAR GRADUAN BARU
Bil 1481 April 2012
Jika anda seorang graduan baru yang sedang membaca artikel ini hebohkan kandungannya kepada rakan-rakan lain yang senasib. Jika anda seorang graduan yang bernasib baik sudah bekerja selama enam bulan masih ada cabaran kewangan yang menanti maka teruskan pembacaan artikel ini. Untuk pembaca lain yang mempunyai anak atau saudara kesayangan yang baru lulus universiti, zaman anda dan zaman mereka sudah banyak berbeza. Kalau boleh sebarkan artikel ini kepada pengetahuan mereka.
Bagi saya ada dua cabaran yang mesti ditangani oleh graduan baru iaitu cabaran memasarkan diri mereka di kacamata bakal majikan dan kedua cabaran kewangan yang sedang menanti untuk membaham mangsa yang kurang bersedia. Sebenarnya kedua-dua cabaran ini boleh ditangani dengan mudah andaikata persediaan telah dibuat semenjak di Tahun 1 di universiti atau kolej.  Persediaan yang saya maksudkan ialah memupuk mentaliti yang sepadan dan asas ilmu kewangan yang kukuh. Bagaimana kalau sudah bukan lagi di Tahun 1 atau sudah bekerja beberapa tahun? Teruskan pembacaan dan anda pasti menemui dua pelan tindakan yang saya sarankan.  

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, April 02, 2012

KURANG TINDAKAN MASYARAKAT ISLAM DALAM PENGURUSAN PUSAKA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KURANG TINDAKAN MASYARAKAT ISLAM DALAM PENGURUSAN PUSAKA
Bil 1480 Mac 2012
Saya dapati dalam semua aspek perancangan kewangan, perancangan pusaka paling diabaikan oleh masyarakat Melayu. Kalau saya menulis artikel berkaitan pelaburan,menjana kekayaan, mengurus hutang,merancang takaful pasti akan menerima sms atau email minta jawapan kepada pelbagai keraguan. Lain ceritanya dengan perancangan pusaka. Dalam perancangan kewangan Syariah khususnya,perancangan pusaka sebenarnya mempunyai prioriti yang lebih tinggi kerana jika seseorang itu meninggal dunia sukar bagi arwah untuk bangun semula melakukan sesuatu. Sedangkan kalau dia rugi dalam pelaburan atau menjadi muflis akibat hutang beliau masih boleh bangkit membetulkan kesilapannya.
Ini satu situasi yang pernah dijadikan kes kajian dalam kelas kursus perancangan pusaka dihadiri perancang kewangan yang terdiri dari Islam dan bukan Islam. Wanita Islam ini bercerai di negeri X dan setahun kemudian bekas suami meninggal dunia. Mereka mempunyai tiga anak dan semuanya dipelihara oleh ibu bapa mentua.
Ibu bapa mentua sudah mendapatkan sijil faraid dan dalam proses pembahagian harta pusaka. Isteri menerima sejumlah wang daripada KWSP kerana arwah menamakannya sebagai penama. Masalah dalaman timbul bila ibu bapa mentua meminta semua wang KWSP yang diperolehi isteri atas alasan isteri tidak berhak menerima wang KWSP. Perkara itu membuka mata si isteri hak beliau dan anak terhadap wang KWSP dan harta lain.  

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, March 24, 2012

TEKNIK MELABUR DENGAN PENYATA CASH FLOW


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TEKNIK MELABUR DENGAN PENYATA CASH FLOW
Bil 1479 Mac 2012
Sekarang saya hendak beri sedikit motivasi kepada mereka yang tidak pernah atau malas benar untuk membuat penyata wang masuk wang keluar ini. Antara rungutan orang yang paling banyak saya dengar dalam bab-bab nak melabur ialah tiada modal untuk bermula. Tetapi kalau beli spot rim kereta baru, merokok dua kotak sehari, makan tengahari dan makan malam semua di luar, beli pakaian berjenama, guna gadget IT yang terkini dan sebagainya ada pula modal. Tak apa kita lupakan ayat lepas. Bagaimana kalau dengan memantau penyata wang masuk wang keluar ini ada peluang untuk melabur katakan dalam emas? Saya berikan dua sumber untuk kajian anda, kedua-duanya ada sampel percuma yang bernilai untuk kesihatan kewangan anda.
Pertama, kursus menggunakan Excel/Google Docs untuk membina penyata, memantau dan menganalisa secara bergambar corak cashflow anda. (Klik sini).
Kedua kursus secara digital atau pos biasa, bagaimana menggunakan duit gaji sahaja untuk melabur dalam emas hasil dari penyata cash flow anda. (Klik sini).

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sunday, March 18, 2012

FOREX ITU HARAM ATAU HALAL SEBENARNYA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : FOREX ITU HARAM ATAU HALAL SEBENARNYA 
Bil 1478 Mac 2012
Satu persoalan yang sering diperdebatkan di kalangan pelabur matawang semenjak sedekad lepas. Akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing dan membuat keputusan berikut dipetik dari laman web www.e-fatwa.gov.my:
"Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf."
Jika benar ia diharamkan kenapa Bank Negara membenarkan pula? Untuk menyelesaikan kekeliruan ini mari kita fahami definasi Forex. Forex berasal daripada perkataan Foreign Exchange merujuk kepada urusan pertukaran wang asing di antara satu negara dengan negara lain mengikut kadar yang tertentu. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) hanya membenarkan urusniaga Forex dijalankan menerusi peniaga diiktiraf seperti bank-bank tempatan dan pengurup wang.........
(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sunday, March 11, 2012

Pandangan Tentang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : Pandangan Tentang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia 
Bil 1477 Mac 2012
Imej dari beritametro.net
Di sini saya kumpulkan jawapan saya kepada soalan daripada pembaca yang keliru dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA. Oleh sebab pelaksanaan skema ini baru bermula dan tiada prestasi sejarah maka saya sendiri kurang arif tentang kehebatan skema ini kepada umum. Saya juga menjangka ada beberapa perubahan yang bakal dibuat pada tahap operasi apabila skema ini semakin matang. Frasa yang bertanda merah patut diberi perhatian mendalam. Dalam penulisan artikel ini saya tidak berpihak kepada mana-mana puak tetapi menganalisa secara jujur dan terbuka bagi faedah orang awam.  Antara tajuk perbincangan:
Adakah Ia Patuh Syariah, Adakah Pulangan Dijamin, Cara Sumbang Modal 5,000, Faedah Kepada Rakyat, dan Siapa Yang Layak Memohon.
(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)