Wednesday, October 22, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - INFORMASI KEWANGAN DALAM BEG ANDA TANPA MERUJUK INTERNET

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: INFORMASI KEWANGAN DALAM BEG ANDA TANPA MERUJUK INTERNET  
Edisi : Bil 1301 Okt 2008
......Satu alternatif bagi masalah di atas terutamanya bagi mereka yang tidak mahir menggunakan enjin carian internet ialah dengan memiliki satu buku rujukan sahaja. Tapi jangan sampai terlalu tebal atau susah dibawa ke sana kemari. Memang ada buku sebegitu di pasaran yang digelar MYBOOK, saiznya kecil sampai boleh masuk ke dalam kompartmen kereta atau beg tangan wanita. Naskah yang ada sekarang dalam Bahasa Inggeris sahaja. Terjemahan ke Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin sedang diusahakan. Projek penerbitan MyBook disokong oleh Kementerian Pelancongan, kesihatan, Pelajaran Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia......
.......Mereka yang ingin mendapatkan buku MyBook ini boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Harganya RM50 tidak termasuk belanja pos. Oh ya hampir terlupa saya mendedahkan satu ciri unik yang tidak terdapat dalam buku rujukan lain. Pemilik buku ini akan diberikan baucher dan kupon bernilai kira-kira RM40,000 
......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, October 21, 2008

Artikel Kewangan Temuramah Saya Dengan Majallah Maskulin Nov 08

Saya ditemuramah untuk artikel Majallah Maskulin Nov 08 berkaitan kad kredit. 
Artikel nya bertajuk "I love Credit Card - Menyenangkan atau Membebankan" .
Saya berbicara tentang empat faktor penyalahgunaan kad kredit. 
Nak tahu apa dia?
Dapatkan Majallah Maskulin di kedai buku, gerai buku berhampiran anda anda atau langgan disini .

Friday, October 17, 2008

Sedutam Artikel Mingguan Wanita -OH BANGAU OH BANGAU BILA NAK MELABUR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: OH BANGAU OH BANGAU BILA NAK MELABUR  
Edisi : Bil 1300 OKTOBER 2008
....."Macam mana nak melabur,ekonomi tengah gawat". Atau jawapan lain "Macam mana aku nak melabur raya dah dekat". 

Kalau tidak ada duit kerana sudah habis belanja kenalah buat kajian terhadap diri sendiri untuk mengurangkan ketagihan kebiasaan membeli-belah? Cuba tanya diri anda beberapa soalan seperti:
1) Apa yang membuat hati anda tergerak untuk membeli-belah?
2) Kenapa anda perlu sangat memilikki barangan tersebut?
3) Kalau saya beli sekarang mengikut naluri liar, apakah yang bakal saya korbankan?
Kalau sudah terperangkap dalam pusat membeli belah tarik nafas panjang dan keluar dari pusat tersebut selama sekurang-kurangnya 15 minit. Bayangkan kembali imbasan imej kanak-kanak kebuluran, mangsa malapetaka alam, rancangan TV3 "BERSAMAMU" atau tangisan mereka yang sakit memerlukan rawatan perubatan tapi duit tak cukup.
Katakan sudah ada wang lebihan timbul pula masalah takut atau was-was. Untuk mengatasinya cuba yang berikut:
............


Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, October 12, 2008

Sedutan Artikel - GERGASI BERUMUR 158 TAHUN PUN BOLEH KECUNDANG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: GERGASI BERUMUR 158 TAHUN PUN BOLEH KECUNDANG  
Edisi : Bil 1299 Oct 2008
......Bagi pembaca yang rajin mengikuti perkembangan ekonomi sejagat pasti sudah kenal nama LEHMAN Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika Syarikat berusia 158 tahun. Usia yang lebih tua dari jangkamasa hidup manusia. Bank gergasi ini mengumumkan kebankrapannya ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah mengukuhkan pasaran kewangan yang dilanda krisis gadai janji serta perumahan. Ya tidak sangka gergasi pun boleh ditumbangkan oleh masalah hutang.


Tidakkah ada penyelamat dari bank-bank lain? Nampaknya tiada setakat artikel ini ditulis. Pengumuman sebenarnya dilakukan selepas usaha saat akhir untuk mencari pembeli bank pelaburan bermasalah itu, gagal. Kenapa pula tidak ada bantuan dari saudara mara korporat atau pesaing LEHMAN Brothers? Adakah kerana sistem kapitalis yang mengamalkan semangat persaingan "dog eats dog" atau "its a jungle out there"? Bunuh atau kena bunuh, hapus atau dihapuskan. Salah satu "saudara penyelamat " bank Britain Barclays berkata ia menarik diri daripada rundingan itu kerana bimbang terpaksa menjamin komitmen dagangan firma AS berusia 158 tahun itu. Mereka tidak boleh dipersalahkan juga kerana kita sesama saudara sendiri akan berfikir puluhan kali sebelum bersetuju menjadi penjamin hutang.     ......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sedutan Artikel - MASALAH TUNTUTAN INSURANS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MASALAH TUNTUTAN INSURANS 
Edisi : Bil 1298 Okt 2008
......Siapa yang bersalah? Memang benar syarikat yang menjalankan pengoperasian secara tidak profesional sehingga menyebabkan kemuflisan patut menerima hukuman. Bagaimana dengan badan pemantau, apakah mereka sepatutnya mencipta prosedur untuk mengenalpasti syarikat mana yang menunjukkan tanda-tanda kegawatan atau perkhidmatan selepas jualan yang semakin merosot mutunya? Di negara kita kawalan dan pantauan telah diperketatkan dan industri insurans/takaful mesti mempamerkan pengoperasian yang lebih dari tahap "biasa". Bagaimana dengan pihak penasihat atau agen-agen? Bukankah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga akaun setiap pelanggan? Memang benar ada agen yang tidak begitu bertanggung-jawab memberikan perkhidmatan selepas jualan. Tetapi itu cuma segelintir, sangat kecil. Majoriti agen atau penasihat insurans dan takaful adalah individu istimewa kerana kerjaya penasihat insurans atau perancang kewangan bukannya mudah malah memerlukan sifat "ingin berkhidmat" yang boleh mengalahkan Wakil Parlimen sekali. ......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, October 09, 2008

1089 Naskah Buku Saya Dipesan Oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Saya mendapat berita dari Penerbit PTS bahawa buku saya Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah dipesan 1089 naskah oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk dibekalkan kepada semua perpustakaan desa. Saya merasa terharu kerana dengan ini pembaca di desa boleh meningkatkan IQ kewangan mereka terutamanya berkait dengan ilmu asas pelaburan. Terima kasih juga untuk pihak editorial dan pemasaran PTS yang membantu mempromosikan buku saya kepada pegawai-pegawai PNM.

Thursday, September 25, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 4 Akhir

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Pelaburan Alternatif Bhg 4 Akhir  - Strategic Land Alliance 

Edisi : Bil 1297 Sept 2008

......"Tetapi En X tidak mahu mempelajari cara menggunakan internet, membuat transaksi forex atau mengamalkan  sebarang sistem. Samada dia tidak ada masa atau kurang yakin dia masih mahu menangguk air dari sungai wang forex dengan beberapa jaminan kewangan. Berikut angan-angannya:
  1. Mendapat aliran tunai secara berkala setiap 6 bulan setara dengan katakan 6 peratus dari pada modal permulaan.
  2. Jangkamasa pelaburan yang pendek iaitu 2 tahun sahaja
  3. Pada akhir 2 tahun (lebih tepat lagi selepas 2 tahun satu bulan)mendapat balik modal asal dan keuntungan 
  4. Jaminan modal asal - iaitu pada akhir 2 tahun mesti ada jaminan dapat balik modal
  5. Tidak mahu mengendalikan sebarang urusniaga forex malah mahu goyang kaki sahaja
  6. Kalau boleh tidak mahu membayar yuran pengurusan atau membayar yuran yang sangat kecil
Berita baik untuk En X, angan-angannya bukan seperti Mat Jenin. Pelaburan sedemikian memang wujud. Ada pilihan akaun syariah dan bukan syariah....... 
Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, September 18, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 3

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Saham Amanah Pelaburan Hartanah-REIT
Edisi : Bil 1296 SEPT 2008
......Sama seperti idea "landbanking" (LB) yang saya ceritakan minggu lepas, pelabur boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk melakukan semua peringkat kerja. Tetapi ada beberapa ciri yang menyebabkan pelaburan hartanah di luar negara ini tidak serupa dengan LB. Antara ciri-ciri yang mustahak:
  • Penggunaan akaun pelanggan yang ditadbirkan oleh satu badan guaman yang berkecuali
  • Mesti menyediakan pelan arkitek
  • Menggunakan secara intensif khidmat konsultan perancangan tempatan yang arif dengan situasi tempatan
  • Pulangan yang dijangkakan dikira berdasarkan angka penilaian yang diberikan oleh kerajaan setempat
  • Sebahagian daripada pegangan pelaburan (plot tanah) dimiliki oleh pengurusan pihak ketiga
  • Membeli cuma tanah yang menurut polisi perancangan kerajaan tempatan
  • Pelabur diberi opsyen dua jenis waranti untuk mengurangkan risiko pelaburan di samping memberi jalan keluar yang menguntungkan pelabur
  • Jika pihak pengurusan masih belum menutup atau mengizinkan penjualan produk berkaitan, pelabur boleh memilih untuk mendapatkan dua jenis pulangan - perkembangan modal (capital growth) dan pembayaran berkala setiap tahun yang dijamin peratusannya, bukannya hanya perkembangan modal sahaja.......
Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, September 11, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 2

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 2
Edisi : Bil 1295 SEPT 2008
......Beberapa kelebihan melabur dalam pakej landbanking ini bagi pelabur-pelabur kecil:
  • Tidak perlu menanggung kos tahunan yang biasanya ditanggung oleh pihak pemaju kepada pihak ketiga seperti kerajaan, badan tempatan, urusan perundangan yang berpusat di luar Malaysia.
  • Pelabur boleh menstrukturkan kontrak beli/jual supaya mengandungi jaminan perlindungan modal secara menandatangani perjanjian pembelian atau harga opsyen (option price).
  • Pelabur dapat surat geran bukti pembelian yang boleh dipindahmilik kepada waris mengikut undang-undang pusaka di negeri masing-masing
Konsep ini bukannya baru tetapi sudah lama digunakan oleh jutawan-jutawan hartanah seperti Donald Trump, Bob Hope, Roy Sakioka,Howard Hughes dan Li Kah Shing. Mereka sedar akan hukum hartanah iaitu - tambah status kepada sebidang tanah dengan meletakkan satu "pelan konsep",mohon kepada kerajaan dan sekiranya diluluskan dapat keuntungan berlipat ganda. Keuntungan yang boleh dikongsi beramai-ramai jika dikawal selia oleh satu badan pengurusan......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, September 08, 2008

Buku Saya Rahsia Melabur Unit Amanah DiUlas dalam Millenia

Ulasan buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah dalam MILENIA Muslim keluaran September 2008. 

Google Memperkenalkan browser terbarunya Google Chrome

Kepada pembaca yang belum kenal Google baca sejarahnya.
Dalam bulan September 2008 Google memperkenalkan browser terbaru di Internet iaitu Google Chrome atau kadang-kadang dipanggil The Chrome. Nak cuba guna download disini.
Posting blog ini saya tulis menggunakan The Chrome dan setakat ini tidak ada masalah. Memang saya tidak dapat menggunakan kehebatan add-ons Firefox atau widget Opera namun saya berpuas hati. Lagipun ini baru peringkat percubaan (beta) untuk The Chrome, pastinya dengan faktor masa ia akan bertambah baik.

Oh ya satu sejarah lagi dicipta dalam Internet.Buat pertama kalinya pihak Google telah memperkenalkan falsafah rekabentuk The Chrome dengan menggunakan komik. Menarik sekali!!!

Friday, September 05, 2008

Petikan Artikel Saya Dalam Yahoo Groups - SURAT TERBUKA DARIPADA PENASIHAT UNIT AMANAH

Sewaktu meredah lautan internet saya terserempak dengan posting dalam yahoo groups artikel saya yang lama dalam Mingguan Wanita. Artikel asal bertajuk "SURAT TERBUKA DARIPADA PENASIHAT UNIT AMANAH".

Ini catatan penulis posting tersebut:
"*Dipetik dari Majalan Mingguan Wanita 20-27 Julai 2007. Artikel asal adalah karangan saudara Sunthara Segar, seorang perancang kewangan yang popular ketika ini. Sebahagian artikel diolah semula dan ditambah sedikit frasa bagi memantapkan lagi isi cerita. Terima kasih kepada penulis dalam menyampaikan idea-idea beliau dengan begitu kreatif sekali".

Posting sebenar di "Yahoo groups" oleh beliau di sini. Anda yang tidak sempat membaca artikel tersebut dalam majallah hard copy boleh membacanya sekarang.

(Terima kasih kepada Safiona Lazarus yang post article - boleh hubungi saya kalau terbaca bahagian ini)

Thursday, September 04, 2008

SEDUTAN ARTIKEL MW- SKEMA PENGURUSAN AGRO-Pelaburan Alternatif 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Pelaburan Alternatif Bhg 1 - Skema Pengurusan Agro

Edisi : Bil 1294 Sept 2008

......Soalan yang pasti ingin diketahui pelabur ialah apakah pulangan yang bakal diperolehi. Selalunya kita sudah biasa dengan pulangan dividen iaitu satu aliran pulangan sahaja. Mereka yang pernah melabur dalam hartanah pasti tidak puas hati dengan satu aliran sahaja, sebab itu pelaburan hartanah biasanya memberikan dua aliran iaitu aliran bulanan contohnya sewa dan peningkatan modal (keuntungan) bila harga hartanah naik di masa hadapan. Pelaburan SPA ini biasanya mempunyai pulangan berikut kepada pelabur:

  • Dalam 3 tahun pertama satu pulangan tetap (misalnya 8 peratus setahun)
  • Dalam tahun keempat sehingga tahun matang (contohnya tahun ke 20) satu pulangan yang tidak tetap bergantung kepada harga pasaran permintaan dunia (contohnya 13-16%)
  • Keuntungan hasil jualan tanah/ladang selepas tahun matang

Walaupun pelabur melabur dalam satu usahasama pertanian melibatkan tanah ladang,pelabur tidak diberi geran tetapi diberi dua dokumen iaitu "Sijil Penanam" dan "Perjanjian Sesama Pengurusan dengan Pelabur". ......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Muat turun prospektus dan borang perjanjian.


Thursday, August 28, 2008

SEDUTAN ARTIKEL- PADAH TRAGEDI KEMATIAN SERENTAK KEPADA ANAK-Bahagian 2 Akhir

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PADAH TRAGEDI KEMATIAN SERENTAK KEPADA ANAK-Bahagian 2 Akhir

Edisi : Bil
1293 29 Ogos 2008

......Dalam wassiyah Casem dan Maria boleh memasukkan,antara lain, perkara-perkara berikut:

  • Perlantikan Wasi, Pentadbir dan Pemegang Amanah - dalam amalan eloklah dilantik satu badan korporat bukannya individu.
  • Menyatakan niat pembahagian harta pusaka (atau pun wang insurans) samada melibatkan Faraid atau tidak - ini tertakluk kepada persetujuan di antara semua waris Faraid nanti. Dalam Wasiat Islam pembahagian harta pusaka tidak boleh dilakukan sesuka hati pewasiat berbanding dengan Wasiat bukan Islam.
  • Hak harta sepencarian boleh digariskan dengan jelas dan adil

Seterusnya lapisan perlindungan kedua ialah Dokumen Pengisytiharan Hibah yang disediakan bersama dengan Surat Ikatan Amanah. Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan secara tidak langsung tidak perlu difaraidkan (bagi Islam). Ini berdasarkan definasi Hibah sebagai pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik harta hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, August 25, 2008

SEDUTAN ARTIKEL MW - Padah Tragedi Kematian Serentak Kepada Anak - Bahagian 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PADAH TRAGEDI KEMATIAN SERENTAK KEPADA ANAK-Bahagian 1

Edisi : Bil 1292 22-28 Ogos 2008

......Katakan kita kaji kes berikut: Casem seorang ayah, Maria isterinya selama 5 tahun dan seorang anak perempuan berusia 3 tahun. Namanya sicilik itu Suzi, mereka semua tinggal di sebuah rumah dua tingkat tanpa beban hutang. Nilai ekonomi Casem dianggarkan kira-kira RM400,000. Menyedari bahawa dia "under-insured" Casem menambahkan nilai perlindungan di samping menggalakkan Maria mengambil satu polisi lain khusus untuk wanita. Dalam polisi insurans/takaful Casem meletakkan nama Maria sebagai penama biasa. Begitu juga dengan Maria,dia menamakan Casem sebagai penama. Logik mereka ialah tidak patut melibatkan Suzi kerana dia masih kecil. Mungkin betul, mungkin juga satu kesilapan besar.......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, August 19, 2008

Buku saya Dalam TOP 20 Buku Profesional di Alamanda Putrajaya

Terima kasih kepada semua pembaca yang saya hormati kerana menjadikan buku Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah dalam kedudukan kedua 20 buku terlaris terbitan PTS di MPH Alamanda, Putrajaya. Kepercayaan pembaca mendorong saya menulis buku pendidikan kewangan yang tidak boleh diabaikan lagi dalam dunia global sekarang.

Julai 2008 TOP 20 Buku Profesional di Alamanda Putrajaya

1. Rahsia Bisnes Orang Cina
2. Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3. Buat Duit Dari Rumah
4. Hendak Susah Ataupun Senang
5. Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah
6. Teknik Efektif Internet Marketing
7. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
8. Buat Duit Dengan MLM
9. Rahsia Bisnes Mamak
10. Rancangan Perniagaan
11. Mengurus Konflik
12. Memotivasi Pekerja
13. Supaya Poket Tidak Kosong Lagi
14. Menjadi Jutawan MLM
15. Kerja Berpasukan
16. Rahsia Minda Jutawan
17. Rahsia Orang Kaya Damansara
18. Kemahiran Memimpin
19. Duit Banyak Bertambah Banyak
20. Rahsia Bisnes Orang Jepun

Thursday, August 14, 2008

SEDUTAN ARTIKEL - Apa Yang Tak Kena?

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Apa Yang Tak Kena?

Edisi : Bil 1291 15-21 Ogos 2008

......Selesai dengan fakta jalanan kita lihat pula beberapa berita dari media yang rasmi akhbar yang memetik kata-kata orang-orang bijak pandai. Saya sendiri tidak faham kenapa pandangan dan kiraan mereka tidak secocok. Siapa yang bercakap benar? Kenapakah prestasi dan angka statistik sihat yang digambarkan tidak kelihatan di kalangan "man-in-the-street".

Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times melapurkan Gabenor Bank Negara sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus. Bulan lalu (Jun) beliau meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus.

Beberapa hari kemudian, Reuters melapurkan Perdana Menteri Malaysia sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh. Seterusnya pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus.

CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini. Apa yang tak kena? ................

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, August 12, 2008

Khusus Untuk Rakan Bloggers

I'm evaluating a multi-media course on blogging from the folks at Simpleology. For a while, they're letting you snag it for free if you post about it on your blog.

It covers:

  • The best blogging techniques.
  • How to get traffic to your blog.
  • How to turn your blog into money.

I'll let you know what I think once I've had a chance to check it out. Meanwhile, go grab yours while it's still free.

Nak belajar Cara Survive Di KL?


Adakah anda seorang wanita berumur 14-80 tahun? Jika ya pastinya hidup di kota ini amat mencabar dengan berleluasanya kegiatan rompak, ragut, rogol yang semakin menjadi. Elok belajar sedikit sebanyak teknik mempertahankan diri yang asas. Juga akan disentuh langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Kalau anda seorang lelaki kenapa tidak "belanja" teman wanita, anak, isteri, adik beradik dan ibu sendiri ke seminar ini:

TAJUK: City Survival Training for Females

Facilitator: Kapten K Balasupramaniam (siapa beliau)

Harga tiket: RM100 (Dafter sebelum 15 August ini RM68 sahaja) Beli 5 - 1 percuma

Tempat: Bangunan Suruhanjaya Sekuriti (peta disini.)

Tarikh: 5 hb Sept 2008   1.00 - 6.00 pm

Orang untuk dihubungi: Ms Yen  03-7781 1993  atau 016-2289455.

Monday, August 11, 2008

Tak Kenal Maka Tak Cinta- Jangan Kutuk Dulu

Dalam perjumpaan sesama konsultan kewangan (penjual produk kewangan) sering berlaku perbandingan produk sehingga menimbulkan perdebatan yang agresif. Contohnya mana satu pelaburan yang lebih bagus unit amanah atau insurans/takaful berkait pelaburan? Mana satu syarikat yang menawarkan kad perubatan terbaik? Dan macam-macam lagi. Kalau diketahui pelanggan sampai boleh timbul syak wasangka atau ketidakpastian untuk membeli . Semasa mengikuti kuliah/kelas CFP (Certified Financial Planner) dahulu saya secara tak langsung menjadi penonton dalam satu perdebatan.

Seorang pemuda begitu lantang mencemuh produk dan dasar pengurusan Syarikat X. Di kalangan kami ada seorang agen insuran Cina yang senior (rambut putih salji) yang meredakan keadaan lalu menceritakan kisah seorang pendita Cina klasik dengan seorang anak muda yang mengutuk subjek kesusasteraan Cina lama. Si pendita mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar basah, gadaikanlah dengan harga satu tael saja" . Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua dan dibawa ke pasar. Tiada respon. Pemuda itu kembali berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"

"Sekarang juallah cincin itu kepada saudagar permata di bandar dengan harga seribu tael, "ujar sang pendita. Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu. Bila hal tersebut dikhabarkan kepada si pendita tadi ini jawapannya. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu mengutuk , jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."