Thursday, October 29, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - FAIL RAHSIA 0201- KISAH Encik X AGENSI Y

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: FAIL RAHSIA 0201- KISAH Encik X DAN AGENSI Y
Bil 1354 Oct-Nov 2009

Encik X mengalami masalah hutang yang berserabut (butiran terperinci dalam artikel Mingguan Wanita). Dia tidak mahu diistiharkan muflis kerana beliau akan kehilangan rumah yang didiami keluarga serta ke semua harta yang berada di atas nama beliau. Lebih membimbangkan lagi beliau mungkin kehilangan pekerjaan beliau sekiranya beliau muflis. Keadaan ini telah memaksa beliau untuk mendapatkan bantuan Agensi Y kerana keadaan keluarga beliau kini terancam.

Agensi Y telah mengambil beberapa langkah di dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Encik X. Langkah pertama adalah untuk menyelesaikan masalah beliau sebagai penjamin bagi pinjaman perumahan dan kerugian selepas jualan hartanah tersebut. Dalam kes ini, Agensi Y berjaya mendapat kelulusan bank untuk memansuhkan penalti kaedah dan tuntutan yang berkaitan. Bank juga bersetuju untuk memansuhkan 50% dari pinjaman asas ke atas kerugian yang berjumlah lebih RM60,000 and bersetuju untuk bakinya dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM600 untuk tempoh 7 tahun......

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Kepada mereka yang mengalami masalah seperti Encik X boleh email atau SMS  kepada saya untuk cara menghubungi dan identiti Agensi Y)

Wednesday, October 28, 2009

Update!!! - Seminar Percuma Peluang Perniagaan Emas Public Gold

Penganjur seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold terpaksa menyediakan jadual tambahan disebabkan permintaan tinggi untuk Bandar Sunway KL dan kawasan Utara Semenanjung.
Untuk lihat slot-slot baru klik link ini.

Jika anda benar - benar ingin mempelajari bagaimana menjana keuntungan dengan emas yang sebenar - benarnya, Ebook Emas - Emas Yang Hilang dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas patut anda miliki sekarang.Dapatkannya di http://bit.ly/4sYc3a

Monday, October 26, 2009

Sedutan Artikel Majallah MIDI - SEJAUH MANA PERLINDUNGAN H1N1 KITA

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk: SEJAUH MANA PERLINDUNGAN H1N1 KITA   
Bil 75 Oct 2009


....Dalam artikel lepas saya perkenalkan beberapa kesilapan kewangan yang sering dilakukan samada disedari atau tidak. Berdasarkan kehebohan wabak H1N1, kita lihat lebih dekat akan kesilapan "Perlindungan terhadap risiko kehidupan yang tidak memadai." Wanita sering alpa bahawa mereka terdedah kepada risiko kesihatan yang kritikal. Kalau pada usia muda mungkin boleh diterima tetapi pada usia 40-an ke atas, risiko badan mengalami "kerosakan" atau "kelesuan" bukan lagi satu isu yang boleh diperlekehkan.

Keraguan di kalangan masyarakat timbul apabila timbul berita kes sebenar bahawa kematian atau penghospitalan akibat H1N1 tidak akan dipertimbangkan tuntutan. Sememangnya dalam kontrak insurans atau takaful ada banyak pengecualian tentang tuntutan-tuntutan yang tidak akan dibayar. Ini lumrah dalam industri insurans. Sebab musababnya tidak saya bincangkan disini, mereka yang berminat boleh membeli buku saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat di toko-toko buku di luar sana. Persoalannya sudahkah anda meneliti apa yang sebenarnya tersirat dalam kontrek perlindungan yang dibeli baru-baru ini atau sepuluh tahun lepas.
 ........
 
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, October 25, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - HIDUP KAYA TANPA RIBA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: HIDUP KAYA TANPA RIBA
Bil 1353 Oct 2009

Bila disebut riba dalam konteks kewangan, ramai mungkin teringat kepada riba yang wujud atas pinjaman daripada institusi kewangan konvesional. Tetapi riba boleh berevolusi mengikut masa. Asalnya menurut Hadis, "Riba itu terdiri dari 70 pintu, serendah-rendah dosanyaadalah seperti berzina dengan ibu sendiri." (Dilapurkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi daripada Abu Hurairah). Semasa bertugas dalam industri perancangan kewangan peribadi ada ramai pelanggan Muslim mengajukan persoalan berkisar isu-isu seperti berikut:
  • Siapakah tokoh jutawan Muslim yang dapat dijadikan idola?
  • Bolehkah saya hidup kaya tanpa riba?
  • Benarkah orang Islam yang zuhud tidak boleh kaya?
  • Bagaimanakah menyucikan kekayaan yang terbina dengan riba
  • Apakah strategi membina kekayaan tanpa mengenepikan prinsip-prinsip Islam

Jawapan terperinci dalam buku "Hidup Kaya Tanpa Riba"....
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Yang berminat boleh beli buku ini di toko-toko buku terkemuka atau hubungi saya dengan SMS atau email.

Video Anthony Robbins menemubual 2 usahawan kantoi akademik


Video ini kira-kira 40 minit.
Anthony Robbins seorang pakar motivasi antarabangsa menemubual Frank Kern dan John Reese.
Kern dan Reese dua anak muda yang tidak mempunyai kelulusan akademik tetapi sudah bergelar jutawan.
Banyak prinsip yang boleh dikorek dari video ini dan juga kira-kira 700 komen yang menyusul.

Prinsip-prinsip ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bidang perniagaan yang bakal
atau sudah diceburi. Kalau tiada masa melihat sekarang download dulu dan lihat kembali di masa
yang lebih sesuai. Klik link di bawah.
http://tonyrobbinstraining.com/320/interview-with-frank-kern-and-john-reese/

Saturday, October 24, 2009

Perniagaan Internet dan Teks Ucapan Bajet 2010 Malaysia

Teks ucapan penuh boleh download (versi pdf) disini.
Biar kita petik 4 perkara dahulu daripada teks ucapan panjang itu:

1) Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
2) Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
3) Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
4) Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

Hmmm, nampaknya pelajar universiti sudah boleh berjinak-jinak dengan perniagaan internet, bukan?

Seminar Percuma Peluang Perniagaan Emas Public Gold

Salam sejahtera,


Kalau berminat sila hadiri Roadshow: Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold (PPEPG)yang bermula 19 Okt 09 - 4 Nov 09 di seluruh negara. Ianya bermula pada Isnin 19 Okt 09 di Kota Bharu dan diikuti di Kuala Terengganu dan seterusnya pusing satu Malaysia.

Nak daftar percuma SEKARANG? Klik link ini.

Jika anda benar - benar ingin mempelajari bagaimana menjana keuntungan dengan emas yang sebenar - benarnya, Ebook Emas - Emas Yang Hilang dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas patut anda miliki sekarang. Dapatkannya di sini.

Monday, October 19, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SIAPA YANG BERSALAH-KES KAD PERUBATAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SIAPA YANG BERSALAH-KES KAD PERUBATAN
Bil 1352 Oct 2009

Semasa saya mengendalikan latihan untuk penasihat insuran/takaful, seorang peserta mendedahkan dilemanya," Tapi Tuan,kalau saya tidak menceritakan perkara yang sebenarnya, pelanggan tidak tertarik untuk mengambil polisi/sijil. Rugilah masa dan wang saya mengejarnya selama berminggu-minggu." Pada mulanya saya anggap ini satu situasi yang timbul akibat kaedah pemasaran yang kurang cekap atau masalah tidak cukup prospek berkualiti. Namun ketika minum petang saya berkesempatan mendengar pengakuan ini pula dari peserta lain,"Kalau saya dedahkan kelemahan/kekurangan pelan syarikat saya nanti habislah peluang saya untuk pergi bercuti percuma. Lagi teruk prospek akan mengambil dengan agen lain."

Sebagai satu contoh konkrit saya gunakan produk medikal kad ataupun kad perubatan. Agen yang tidak beretika atau kurang profesional(akibat kurang pengalaman atau latihan agensi yang rapuh) sering menceritakan perkara berikut:.......

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Bekas Presiden Bursa Malaysia mendedahkan rahsia pelaburan emas

Dato Salleh Khalid, Bekas Presiden Bursa Malaysia dalam akhbar Utusan online mendedahkan beberapa aspek tentang pelaburan emas. Petikan kata-katanya:

".... Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari..."

Berita penuh baca disini.

Friday, October 09, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita- PEMIKIRAN KEWANGAN IMAM AL-GHAZALI

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PEMIKIRAN KEWANGAN IMAM AL-GHAZALI
Bil 1351 Oct 2009


......Beberapa pendapat Imam al-Ghazali:
Manusia tidak akan mengumpul harta melainkan untuk tiga tujuan berikut iaitu :
a. Simpanan untuk anak-anak
b. Mengekalkan pemerintahan atau kuasa
c. Mendapatkan tempat(kuasa) yang lebih tinggi

Manusia itu perlu kepada mata wang bagi mudahkan urusan mereka. Sebagai contoh orang yang ingin membeli makanan sedang mereka memiliki kasut, maka menjadi sesuatu yang sukar untuk menilai kadar makanan yang bagaimana sesuai bagi sepasang kasut. Seterusnya keperluan manusia yang pelbagai dan hajat mereka kepada mata wang itu sendiri dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi manusia yang lain.....

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, October 05, 2009

Sedutan Artikel Majallah MIDI - SELAMAT DATANG KE DUNIA KEWANGAN (dengan pembetulan)

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk: SELAMAT DATANG KE DUNIA KEWANGAN  
Bil 74 Oct 2009


....Justeru itu tiada jalan lain kecuali merancang, berdoa, melaksanakan, memantau, rancang,berdoa dan seterusnya. Perjalanan kewangan seseorang itu selalunya penuh onak dan duri. Oleh itu elok jika ada mentor, kawan penyokong dan bantuan agensi luaran. Tetapi lebih hebat jika ada bantuan dari segi spiritual. ........

Mempelajari ilmu kewangan ada persamaannya dengan mempelajari ilmu tasauf atau bersolat. Bila belajar sembahyang/solat, mula-mula belajar teori secara lisan atau bergambar melalui telinga atau mata. Kemudian si murid akan berusaha mempraktikkan solat sesuai dengan teori-toeri yang baru dipelajarinya. Kadang-kadang dia bermotivasi sebab ada peperiksaan atau rotan. Walaubagaimanapun kekhusyukan dan ketinggian mutu solatnya cuma akan dapat dirasainya setelah benar-benar menghadapkan diri kepada Tuhan.

Sekarang cuba lihat antara kesilapan-kesilapan kewangan berikut, yang mana sudah dilakukan sepanjang hayat anda:.......
 
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, October 01, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - MASALAH ALIR TUNAI PERNIAGAAN DAN PERSENDIRIAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: MASALAH ALIR TUNAI PERNIAGAAN DAN PERSENDIRIAN  
Bil 1350 Oct 2009

Sekali sekala saya akan membuka fail rahsia saya yang mengandungi soalan-soalan dari pembaca ruangan ini. Kali ini pembaca Puan Z. Berikut jawapan saya yang telah diedit sedikit supaya boleh diamalkan secara global. Sebelum itu peringatan dari saya : "Segala nasihat yang diberi sebagai panduan sahaja. Untuk sessi kaunseling kewangan yang sebenar memerlukan pengumpulan maklumat terperinci dan perjumpaan dengan seorang yang bertauliah dalam bidang masing-masing." 

Soalan asal Puan Z seperti berikut: "Saya seorang wanita berniaga menghadapi masalah alir tunai setelah kematian suami. Wang pampasan yang diberikan oleh syarikat tempat suami bekerja dulu sudah habis buat belanja dalam masa setahun. Pendapatan bulanan saya selama ini sebanyak empat ribu ringgit dirasakan tidak mencukupi lagi. Sewa premis perniagaan bakal dinaikkan. Wang pusingan untuk membiayai perjalanan kedai saya guna kad kredit. Hutang kad kredit mula di luar kawalan. Saya juga perlu membayar ansuran rumah, ansuran kereta di samping baki pinjaman peribadi arwah suami saya.Dalam situasi kewangan peribadi sekarang bagaimana saya mahu memperbaiki kesihatan kewangan perniagaan pada masa yang sama?"    

Jawapan saya:....
 
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, September 23, 2009

Sedutan artikel Mingguan Wanita - RAHSIA PELABURAN KUNO KINI DIDEDAHKAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: RAHSIA PELABURAN KUNO INI KINI DIDEDAHKAN  
Bil 1349 Sept Oct 2009

Kepada pembaca semua boleh teka apa agaknya pelaburan ini:
  • Harganya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Purata kenaikan sekitar 27% setahun berbanding ASB yang pulangannya 12% setahun.
  • Boleh dicairkan di Malaysia dan dimana-mana di seluruh dunia biarpun dilanda peperangan.
  • Tidak boleh dimanipulasikan kerana kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah.
  • Kalis inflasi

(Jika mahukan perincian digital bagaimana memaanfaatkan pelaburan kuno ini dalam zaman sains dan teknologi ini secara bijak, klik di sini untuk maklumat lanjut sementara jualannya masih dibuka kepada umum.)

........... 
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, September 18, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - AYAH,IBU DAN REZEKI KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: AYAH,IBU DAN REZEKI KEWANGAN  
Bil 1348 Sept Oct 2009



....Begitulah dendangan lagu "Ayah dan Ibu" penyanyi asal A Rahman yang kemudiannya dinyanyikan semula oleh Sudirman. Apa kaitan lagu ini dengan perancangan kewangan? Saya percaya pembaca yang sudah mengikuti ruangan saya selama 6 tahun, tentu perasan akan unsur-unsur spiritual dalam bidang kewangan peribadi. Jika ada getaran negatif dalam hubungan manusia dengan alam dan dengan Pencipta, perancangan kewangan yang dirancang seolah-olah tidak menjadi. Ada banyak sebab mengapa halangan ini boleh berlaku biarpun usaha demi usaha dijalankan. Salah satu ialah sikap seseorang kepada ibu-bapanya. Dalam ertikata lain sejauh mana baktinya kepada ibu-bapa.

"Sabda Nabi Muhammad bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi)"...................
 
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda)

Sunday, September 13, 2009

Sangat Lucu Tapi Ada Mesej - HANG TUAH GAGAL SPM

Kalau nak faham kelucuan dan mesej video ini kena tau sikit-sikit loghat utara. Bagi saya selepas gelak berdekah-dekah terutamanya di dua tiga mint terakhir, saya terpanggil untuk melihat aspek pengajarannya pula contohnya:
1) Gagal akademik bukan bererti gagal dalam hidup atau tidak boleh kaya
2) Selalunya gagal akademik disebabkan faktor-faktor luaran - cari pasal sendiri
3) Pendekatan menghadapi peperiksaan sangat penting - bukan studi 24 jam atau siang malam

Anda bagaimana, apa mesejnya atau sekadar menghibur hati, komenlah di bawah.

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PENCEN KERAJAAN DENGAN PENCEN SWASTA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PENCEN KERAJAAN DENGAN PENCEN SWASTA 
Bil 1347 Sept Oct 2009

Isu pesaraan tidak boleh dipandang remeh DAN duit KWSP atau pencen memang tidak cukup untuk pesaraan yang boleh mengekalkan gaya hidup asal. Kita tidak lagi boleh berpura-pura lari dari masalah ini dengan alasan seperti:
  1. Dah terlewat! Saya baru bersara
  2. Dengan izin Tuhan segalanya akan terurus dengan sendiri
  3. Oh, saya sudah ada KWSP/Pencen/insurans. Itu sudah lebih dari cukup!
  4. Rumah dan tanah kan ada - kalau sesak jual sahaja...
  5. Saya ada 10 tahun lagi untuk bersara - banyak masa untuk merancang
(Jika mahukan perincian digital bagaimana rahsia mengurus KWSP secara bijak, klik di sini untuk maklumat lanjut sementara jualannya masih dibuka kepada umum.)

 
Kita bandingkan kisah Puan Mariam dam Puan Christina. Puan Mariam bekerja dengan kerajaan sementara Puan Christina dengan pihak swasta. Puan Mariam tidak berapa risau walaupun menerima pencen yang sedikit kerana bayaran pencennya adalah tetap sehingga beliau meninggal dunia. Tetapi beliau tdak menerima bayaran berjumlah besar sekaligus ketika bersara. Adakah ini menjadi masalah kepadanya. Bagi pesara mempunyai profil risiko rendah, ini bukanlah satu masalah kerana yang penting jaminan menerima pencen setiap bulan selagi hidup........... 
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Ebook pengurusan KWSP (tidak semestinya melalui unit amanah sahaja) boleh dibeli di sini.)


Wednesday, September 09, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BAGAIMANA KESIHATAN AKAUN KWSP ANDA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: BAGAIMANA KESIHATAN AKAUN KWSP ANDA 
Bil 1346 Sept Oct 2009

Sepatutnya semasa tempoh bekerja kita manfaatkan sepenuhnya simpanan sebagai dana persaraan. Malah kerajaan Malaysia telah menyediakan KWSP sebagai "simpanan paksaan" namun masih ramai yang tidak ambil endah akan keberkesanannya. Mungkin ramai yang belum menggunakan kelebihan ini kerana kekurangan ilmu atau mudah kata tidak tahu apakah kelebihan KWSP yang sebenar. Di bawah saya berikan beberapa langkah permulaan. Jika mahukan perincian digital bagaimana rahsia mengurus KWSP secara bijak, klik di sini untuk maklumat lanjut sementara jualannya masih dibuka kepada umum. Berikut tips ringkas:

1. Menetapkan sasaran - Ini akan merencanakan berapa wang yang diperlukan untuk hidup tanpa tertekan DAN bagaimana anda akan menyediakan dananya. Bersedialah jika perlu untuk bekerja lebih masa, separuh masa atau pasangan bekerja semula.

2. Di mana tempat menghabiskan sisa hidup - Faktor ini akan mempengaruhi perbelanjaan asasi. Adakah tempat tinggal itu bakal bebas hutang, atas tanah atau betul-betul terlekat di bumi. Tidak salah kalau sanggup berpindah ke lokasi yang lebih murah selepas menjual rumah lama. Duit keuntungan jualan boleh menambahkan lagi dana pesaraan. ............

Ebook pengurusan KWSP (tidak semestinya melalui unit amanah sahaja) boleh dibeli di sini.
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.


Wednesday, August 26, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - RANCANGAN PERNIAGAAN YANG MEMIKAT HATI BANK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: RANCANGAN PERNIAGAAN YANG MEMIKAT HATI BANK 
Bil 1345 Ogos/Sept 2009

Ketika berbual dengan rakan saya yang bekerja di sebuah institusi kewangan, beliau mendedahkan perkara berikut. Majikan beliau terpaksa menolak permohonan pinjaman perniagaan bukan kerana calun tidak layak tetapi rancangan perniagaan pemohon tidak bermaya. Bahasa sebenar yang digunakan dalam mesyuarat penilaian, "Their business plan sucks!". Dalam pengurusan kewangan peribadi "rancangan perniagaan" jarang disediakan kecuali kalau mendapat bantuan dari seorang perancang kewangan. Jadi bagi mereka yang memang mahu bekerja makan gaji sampai akhir hayat, "rancangan perniagaan" tidak menarik. Tetapi bagi mereka yang mahu mengurus kewangan ala usahawan, menulis rancangan perniagaan (RP) untuk mengurus wang mesti dipelajari.........

Kalau tidak mampu menghadiri seminar atau mengupah orang menulis RP, boleh beli buku dahulu contohnya "RANCANGAN PERNIAGAAN" karangan bersama En Hardimam Md Yatim dan Cik Syarifah Akmam. Mereka menyampaikan fakta dari pengalaman menjadi pensyarah kurikulum keusahawanan di universiti dan trainer dalam bidang pembangunan keusahawanan............

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    (Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KEKELIRUAN PERANAN AKPK

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KEKELIRUAN PERANAN AKPK 
    Bil 1344 Ogos 2009

    Saya ada menerima sungutan dari peserta seminar tentang perasaan dukacita mereka ketika cuba menyelesaikan masalah hutang mereka dengan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) . Setelah saya tanya lebih mendalam, saya dapati perasaan dukacita ini timbul kerana apa yang diharapkan tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya dilakukan oleh AKPK. Harapnya dalam artikel ini saya dapat memadamkan kekeliruan peranan sebenar AKPK.

    Mula-mula sekali fahami betul-betul apa itu AKPK. Ia adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk:
    • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu
    • Memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka
    Sekiranya seseorang mempunyai masalah pinjaman dengan sebuah penyedia perkhidmatan kewangan, terlebih dahulu cuba bincang terus dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Sekiranya masih gagal mencapai penyelesaian boleh cuba rujuk kes ke AKPK untuk bantuan. AKPK tidak menyediakan bantuan kewangan. Saya tekankan sekali lagi bahawa jangan harap satu sen pun dari AKPK sebab ia bukannya tertakluk kepada Akta Perbankan. Wang untuk pembayaran hutang yang empunya hutang mesti datang dari poket sendiri. .......
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Monday, August 17, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KESAKTIAN WANG RM1

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KESAKTIAN WANG RM1 
    Bil 1343 Ogos 2009

    Lihat kembali wang kertas RM1 yang anda punyai. Segala-galanya bermula dari wang sekecil inilah. Ekonomi sekecil keluarga dan gudang sebesar khazanah negara bermula dari wang RM1 berpangkat rendah ini. Sedarilah akan kesaktiannya. Ia mempunyai kuasa untuk merahmati anda dan generasi anda zaman berzaman. Lakukanlah pengorbanan sekarang untuk kekayaan di masa depan.

    Jika direnungkan sedalam-dalamnya wang sebenarnya bukan sahaja satu konsep fizikal. Ia mempunyai ciri "spiritual". Dengan perancangan yang teliti anda bukan sahaja dapat menjaga diri anda sendiri, malahan orang tersayang dan juga untuk generasi akan datang. Jadi kalau anda tidak bermotivasi untuk melakukan bagi diri anda sendiri lakukanlah untuk mereka yang lain.

    Tetapi apa kata kalau segala perancangan anda (contohnya untuk mula satu pelan pelaburan yang sistematik) sengaja ditangguhkan? Adakah anda akan mengalami kerugian? Mari kita siasat berapakan kos menunggu ini (the cost of delay)..........
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.