Friday, May 28, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CARA BUAT LEBIH HUTANG DARI HARTA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CARA BUAT LEBIH HUTANG DARI HARTA
Bil 1384 June 2010
....Bila agaknya kita mula didedahkan kepada wang? Cuba ingat kembali semasa zaman kanak-kanak, kalau tidak dapat maju ke zaman remaja dan seterusnya zaman dewasa. Kalau ada pembaca yang merasakan mereka baru dapat ingatan semasa zaman dewasa usah merasa terkejut kerana anda tidak keseorangan. Bagaimanakah kita mempelajari tentang wang dan peranannya sebagai kuasa kewangan? Cuba lihat samada senarai di bawah merupakan sumber pengalaman anda:

1.Daripada penerbitan seperti buku, majalah dan suratkhabar
2.Daripada pengaruh kawan-kawan,didikan keluarga dan media seperti tv dan radio
3.Secara cuba jaya, kadang-kadang manis kadang-kadang pahit

Hampir 99 peratus dari kita tiada pendidikan formal tentang aspek kewangan - maksud saya ialah bagaimana mengurus kewangan dengan berjaya; bukannya mempelajari dari segi akauntan atau ahli ekonomi. Malahan di universiti sendiri tiada matapelajaran wajib tentang pengurusan kewangan untuk semua mahasiswa tahun satu ke tahun akhir. Kalau ada cuma ditawarkan dalam program tertentu seperti program pentadbiran bisnes, program kewangan atau ekonomi. Bayangkan mahasiswa tahun akhir universiti tidak tahu yang berikut:.....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.) (Semua pengetahuan kewangan peribadi yang saya kumpul sehingga sekarang dibukukan sebagai enam buku dalam Bahasa Malaysia yang mesra pembaca.)

Wednesday, May 26, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - GUBAHAN IRAMA DAN LAGU UNTUK PORTFOLIO ANDA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GUBAHAN IRAMA DAN LAGU UNTUK PORTFOLIO ANDA   
Bil 1383 May 2010
....Bagi mereka yang berminat mengkaji lebih mendalam, semua pengetahuan kewangan yang telah saya curahkan selama ini boleh dirujuk kembali di perpustakaan dan buku-buku kewangan. Saya sendiri sehingga tahun 2010 sudah menulis enam buku bertemakan kewangan peribadi dalam Bahasa Malaysia yang mesra pembaca.
Baiklah kembali kepada bagaimana menggubah IRAMA DAN LAGU UNTUK PORTFOLIO.Sebelum itu anda mesti sudah tahu tiga perkara berikut:
1) Apakah profil risiko anda - iaitu konservatif, sederhana atau aggresif
2) Apakah jangkamasa wawasan kewangan anda?
3) Berapakah jumlah yang ingin anda laburkan samasa sekaligus (lump sum) atau seragam (regular)?

Setelah mendapatkan maklumat di atas gunakan 2 rujukan berikut......
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sunday, May 16, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - TIPS PELABURAN PETER LYNCH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TIPS PELABURAN PETER LYNCH 
Bil 1382 May 2010
Learn to Earn: A Beginner's Guide to the Basics of Investing and Business....Dari mana nak dapat ilmu permulaan? Ada 2 sumber - dari sumber penerbitan dan kedua dari sumber kemanusiaan . Sumber penerbitan daripada buku,majallah,buku,internet dan sumber kemanusiaan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam selok-belok pelaburan. Orang seperti ini ialah penasihat unit amanah, remisier saham, pengurus dana dan perancang kewangan yang bertauliah. Tetapi sekalipun anda mempunyai kesemua individu ini untuk nasihat ingatlah itu cuma nasihat. Anda mesti tahu asas-asas pelaburan dan akhirnya membuat keputusan sendiri. Jangan berharap untuk mendapat tip-tip yang boleh mencepatkan kaya.
Panduan ini bukannya ciptaan saya sendiri tetapi diberikan oleh mahaguru pelaburan terkenal iaitu Peter Lynch yang menguruskan dana Fidelity Magellan (dana top ranking di Amerika Syarikat) dengan jayanya selama 13 tahun berturut-turut. Renung-renungkanlah - maksudnya amat mendalam bagi pelabur junior mahupun pelabur senior.......
Hubungi saya melalui emel atau sms untuk mendapatkan panduan pelaburan (bukan karangan Peter Lynch) dalam BAHASA MALAYSIA dalam format digital dan juga buku biasa . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sedutan Artikel Majallah MIDI - ELAK MISKIN LEPAS BERSARA

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: ELAK MISKIN LEPAS BERSARA  
Bil 89 May 2010
.....Tetapi jika ingin membina perniagaan juga pastikan pesara atau bakal pesara mempunyai wang yang cukup untuk menikmati taraf hidup yang sama jika perniagaan "asyik demam panas". Dalam erti kata lain pesara mempunyai pelan kecemasan untuk menyuntik wang untuk perniagaan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga mulakan dengan perniagaan tersebut dengan modal yang kecil, bila perniagaan semakin berkembang, barulah di tambah modal yang di perolehi daripada hasil perniagaan tersebut bukan dari sumber kewangan pesara yang terhad.
Sebelum bersara segala hutang piutang seperti rumah,kereta dan peribadi perlu dilangsaikan melainkan rumah tersebut mempunyai kadar sewa yang lagi tinggi daripada bayaran bulanan. Jika keadaan ini wujud, pesara mungkin tidak perlu menjual rumah tersebut untuk menyelesaikan hutang terutama jika pinjaman perumahan mempunyai beberapa tahun sahaja selepas besara untuk dilunaskan sepenuhnya.
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan panduan bagaimana bersedia untuk pesaraan dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, May 09, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERLUKAH BUAT PINJAMAN UNTUK MODAL BISNES BARU

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PERLUKAH BUAT PINJAMAN UNTUK MODAL BISNES BARU  
Bil 1381 May 2010
....Pengetahuan orang tempatan mengenai teknik pinjaman modal atau dana untuk perniagaan amat kurang. Peliknya kerajaan kita menyediakan berbagai dana dan peruntukan untuk menolong golongan usahawan. Saya mengaku bahawa ada pendapat usahawan senior yang tidak menggalakkan meminjam modal dari agensi pembiayaan pada ketika memulakan bisnes. Alasan mereka dari segi sejarah dan pengalaman mereka, modal pinjaman akan menjadi beban walhal bisnes yang dilakukan belum memperolehi untung pasti. Break-even pun belum tentu dan silap haribulan tidak cukup untuk membiayai operasi asas pun.
(Hubungi saya untuk mendapatkan panduan rahsia mendapat pinjaman modal dalam BAHASA MALAYSIA SECARA digital lengkap dengan spreadsheet excel.Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar)
 Jadi bagaimana kita membuat keputusan samada masih mahu melakukan pinjaman untuk bisnes. Kaedah pertama ialah melihat samada hutang (tak kira untuk bisnes atau bukan bisnes)dicam sebagai kategori hutang baik:....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, April 30, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - FI DAN KEMATANGAN KEWANGAN ANDA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : FI DAN KEMATANGAN KEWANGAN ANDA 
Bil 1379 May 2010
... ....Petua 8. Dapatkan pertolongan dari perancang kewangan yang profesional. Mereka adalah berpengetahuan, dilatih secara profesional dan berpengalaman - mereka boleh menolong untuk menganalisa keperluan anda dan memberi jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk anda membuat keputusan yang baik.

Bagi pembaca lelaki, petua-petua di atas masih boleh digunapakai. Ada beberapa cara untuk meningkatkan FI anda seperti belajar membezakan pendapat dan fakta. Belajar mengesahkan informasi yang diterima sebelum mengikutinya. Belajar dan faham "undang-undang" permainan wang. Contohnya jika tidak faham secara terangan mengenai pelaburan misteri untung besar yang diperkenalkan saudara anda, jangan melabur. Sedar tentang trend kewangan di sekeliling . Kemudian trend ini boleh disemak dengan data sejarah sebelumnya mengenai bisnis atau urusan kewangan diminati.
Mari kita lihat satu scenario. .........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sedutan Artikel Majallah MIDI - RISIKO MENJADI CETI TAK RASMI

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: RISIKO MENJADI CETI TAK RASMI    
Bil 88 May 2010
.....Jadi sanggupkah kita menjadi ceti tak rasmi atas dasar simpati? Ayat Al Quran paling panjang dalam surah yang paling panjang ialah mengenai hutang. “Wahai orang yang beriman Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Jangan penulis menolak untuk menulisnya sebagaimana Allah telah mengajar kepadanya…. Al Baqarah 282. Mengambil iktibar dari ayat di atas kita boleh beri tetapi dengan syarat menulisnya selepas mempertimbangkan tip-tip yang diberikan di atas.
(Hubungi saya untuk mendapatkan panduan bagaimana mahu menjadi ceti tak rasmi yang bijaksana dalam BAHASA MALAYSIA DIGITAL. Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, April 25, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SOAL KOS DALAM PEMILIHAN PRODUK PELABURAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SOAL KOS DALAM PEMILIHAN PRODUK PELABURAN 
Bil 1378 April 2010
Ramai bakal pelabur mengamalkan pendekatan cetek dalam memilih produk pelaburan yang sesuai dengan mereka. Dalam artikel-artikel lepas saya dedahkan beberapa skema pelaburan palsu yang dilapurkan dalam akhbar. Kenapa pelabur mudah tertipu? Jawabnya kerana tidak tahu memilih antara intan dan kaca. Persoalan utama yang sering mereka titikberat ialah  berapa besar untung. Mereka kurang bertanya tentang tiga aspek iaitu:
  1. Apakah profil saya sebagai pelabur
  2. Apakah tahap risiko produk (bukan agak-agak tetapi ada pengukuran kualitatif)
  3. Berapakah kos semasa mula melabur dan semasa menjual pelaburan
Saya akan sentuk aspek ketiga dalam artikel ini. Maklumat terperinci ada diberikan dalam buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah". Bila kita melabur bukan sahaja keuntungan yang harus dikejar tetapi kena pikir juga pasal kos kemasukan kerana kos ini akan mengikis modal permulaan kita. Sekiranya kita membuka satu akaun pelaburan dengan wang 1,000 dan kos pelaburan ialah 5% maka modal kita selepas ditolak 5% tadi akan jadi RM950. Selain kos wang kena juga pertimbangkan kos masa kita untuk memantau prestasi, menyelidik dan kesan psikologi. Tanpa mempertimbangkan isu keuntungan, yang mana lebih mahal kosnya pelaburan, unit amanah atau pelaburan terus dalam Bursa Malaysia?
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, April 19, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PANDUAN MENGURUS WANG GAJI

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PANDUAN MENGURUS WANG GAJI 
Bil 1377 April 2010
Barangkali ramai pembaca yang mengalami nasib seperti yang diceritakan oleh bekas graduan ini.
"Dahulu selepas tamat belajar apabila dapat wang gaji, kesemuanya habis dibelanjakan. Semua orang tahu bahawa hari yang paling mengembirakan adalah ketika menerima gaji! Malangnya hari-hari yang berlalu selepas itu taklah seindah mana!
Tetapi bekas graduan ini sedar mendapat ijazah bukan beerti pembelajaran ilmu tamat, malah baru bermula. Ini yang dipanggil meloncat dari universiti rasmi ke "University Of Hard Knocks". Ini kesannya mengikut cerita beliau:
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya sudah mampu menyimpan RM1,500 setiap bulan tanpa menghadapi sebarang masalah! Selain berjaya membuat simpanan, mendapatkan polisi perlindungan, serta melabur dalam beberapa produk kewangan, saya juga telah berjaya melangsaikan hutang pinjaman peribadi dan pinjaman pelajaran saya hanya dalam tempoh 4 tahun biarpun tempoh keseluruhannya menjangkau 10 tahun!
(Hubungi saya untuk mendapatkan panduan mengurus wang pendapatan seperti bekas graduan di atas, dalam BAHASA MALAYSIA DIGITAL. Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)
Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang "University of Hard Knocks" ini, ia memang tidak didaftarkan di bawah Kemmenterian Pengajian Tinggi. Ia juga tidak menggajikan pensyarah atau memberi sebarang bantuan pelajaran. Kadangkala namanya juga dikenali sebagai "University Kehidupan". 
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sedutan Artikel Majallah MIDI - SIMPANAN BULANAN UNTUK PESARAAN

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: SIMPANAN BULANAN UNTUK PESARAAN   
Bil 87 April 2010
Untuk menganggarkan jangka hayat secara purata, dapatkan umur anda dan jangkamasa hayat dapat ditentukan. Contohnya jika seorang itu berumur 40 tahun maka dia dijangka meninggal pada usia 77 tahun, kalau wanita pula ialah 82 tahun.
Perhatikan 2 pola berikut:
  • Lebih tua seseorang lebih lama dia dijangka hidup
  • Wanita hidup lebih lama berbanding dengan lelaki
Apa maksud statistik di atas (Jadual 1)?. Walaupun kita belum sampai usia 50-an perancangan pesaraan perlu dilakukan atas kesedaran berikut:
  1. Selepas bersara jangka hayat kita masih lama - masih jauh lagi perjalanan hidup
  2. Masa muda ialah satu-satunya harapan cerah untuk menabung bagi hari tua (the golden years)
  3. Mesti anggar dari sekarang apakah keperluan apabila bersara kelak
Kita kaji satu kiraan untuk penabungan pesaraan yang ringkas bagi Puan Kay yang bekerja sendiri setelah bekerja makan gaji sebaik sahaja tamat tingkatan lima. Kiraan dan pemantauan sebenar lebih rumit sehingga memerlukan simulasi komputer dan kemasukan data-data lain. Bagi mereka yang kurang senang dengan komputer boleh rujuk cara perkiraan manual menggunakan jadual sahaja dalam buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah dan Rahsia Mengurus Insurans Hayat.......

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, April 01, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CORONG KEHIDUPAN ANDA BAGAIMANA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CORONG KEHIDUPAN ANDA BAGAIMANA  
Bil 1376 April 2010
Dalam seminar, saya kadang-kadang membawa satu corong yang yang sengaja dibocorkan di dua tempat. Rajah corong yang sama secara skematik dipetik dari buku saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat. Bayangkan anda mempunyai satu corong (funnel) gergasi untuk menyimpan semua aset anda yang telah dikumpul dulu, kini dan akan datang. Dalam corong ini anda akan masukkan secara beransur-ansur pendapatan hasil gaji atau perniagaan. Anda berharap bahawa suatu masa nanti anda boleh mengeluarkan wang dari bawah corong tersebut untuk digunakan bila diperlukan kelak.

Malangnya corong anda seperti corong orang lain, sebenarnya mempunyai dua lubang yang berfungsi sebagai sumber kebocoran yang mungkin menyebabkan wang yang anda mahu tidak keluar bila ditadah dengan tangan. Dua lubang ini ialah:..................
 
Kata Dr. Yusof al-Qaradhawi pula, "Tugas manusia dalam memegang harta itu serupa dengan seseorang yang diamanahkan untuk memegang satu tabung kebajikan. Dia harus menjaga tabung itu dan hanya diizinkan untuk membelanjakannya sesuai dengan kehendak pemilik harta yang asal. Alasannya harta itu sememangnya bukan miliknya dan dia tidak akan kerugian apa-apa dalam mendermakannya."..............
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, March 26, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - DILEMA SEORANG PEMIUTANG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DILEMA SEORANG PEMIUTANG   
Bil 1375 March 2010
Selama ini saya banyak menulis tentang aspek hutang dari sudut PENGHUTANG. Ya, yang jadi mangsa ialah penghutang makanya nasib mereka patut dibela. Kisah mereka patut diceritakan dalam drama dan suratkhabar. Berpuluh-puluh panduan sudah ditulis berkenaan dengan sistem untuk membantu penghutang melangsaikan hutang mereka. Tetapi bak kata pepatah, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Kesedaran ini membawa saya melakukan penyelidikan untuk melihat hutang dari kacamata PEMIUTANG pula.       
(Email saya di ilmudigital@gmail.com saya untuk maklumat lanjut tentang ebook digital "Bertindak Agar Tidak Kehilangan Wang Akibat Memberi Hutang Kepada Orang Lain". Selepas anda membaca ebook ini anda mampu menyiapkan diri anda untuk menjadi seorang PEMIUTANG yang bijak. Mampu merasai ketenangan serta keceriaan walaupun memberi hutang pada orang lain. Wang tidak kehilangan malah hubungan dengan si Penghutang juga tidak terjejas.)
Ramai orang sibuk memperkatakan bagaimana menguruskan hutang yang ada tetapi berapa ramaikah yang membincangkan bagaimana untuk menangani dan berhadapan dengan orang yang berhutang. Tidak dinafikan kalau dikumpulkan rekod hutang-hutang tak rasmi, tanpa bunga, tanpa faedah, yang diberikan atas dasar simpati dan kepercayaan, nilainya  boleh mencecah ratusan juta ringgit.
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sedutan Artikel Majallah MIDI - TIPS PENJIMATAN POWER

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk:TIPS PENJIMATAN POWER   
Bil 86 March 2010
Mari kita buat satu kiraan pantas hasil mengamalkan teknik penjimatan. Katakan secara puratanya satu teknik mampu memberi penjimatan sebanyak RM10 sebulan. Ini bermaksud 1 teknik = RM 10.00 dan jika 20 teknik = RM200.00. Bermaksud dalam sebulan anda mampu memperolehi RM200.00 penjimatan wang anda. Jika anda teruskan usaha anda dengan dalam setahun anda mampu berjimat sebanyak RM200 x 12 bulan = RM2400 setahun.
Kesan negatif keborosan disebut dalam Al Quran. ‘Makan dan minumlah dan jangan kamu boros, sesungguhnya Tuhan tidak menyukai golongan pemboros.’ – Surah al-A’araf: 31.
Elakkan diri menjadi seorang pembazir kerana sifat demikian tidak direstui dalam Al Quran ‘Sesungguhnya golongan pembazir adalah sahabat-sahabat syaitan.’- Surah al-Israk: 27.
===============================
(Email saya di ilmudigital@gmail.com untuk maklumat lanjut tentang e-book digital Tips Penjimatan Power  yang terbukti berkesan mampu menjimatkan ratusan wang perbelanjaan sebulan. Anda tidak lagi perlu berada dalam keadaan cemas ketika hujung bulan akibat kehabisan wang belanja. Di samping mampu kumpul modal bagi perniagaan di masa depan, anda juga tak semestinya perlu ubah hidup secara drastik.)
===============================
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, March 21, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BISNES AFFILIATE JADI PEMBAYAR HUTANG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BISNES AFFILIATE JADI PEMBAYAR HUTANG   
Bil 1374 Marc 2010
....buat masa ini tidak ada undang-undang khusus yang mengawal program affiliate. Undang-undang bisnes umum di mana kalau program itu sah di sisi undang-undang dan produknya halal maka boleh saja. Cuma jangan keliru antara program  affiliate dengan MLM (Multi Level Marketing). MLM perlu dapat pengesahan pihak berkuasa. Tetapi teknik pemasaran affiliate boleh diapplikasikan dalam MLM. Lagi satu fakta yang penting ialah bisnes affiliate ini bukan skim kumpul duit orang (deposit haram).

Walaupun panduan yang dibeli amat asas, tapi ianya berjaya membuka minda Puan M untuk memulakan bisnes beliau sendiri. Beliau yakin, dengan pelaburan awal ilmu RM100 beliau akan mampu mengubah hidupnya. Pikir punya pikir mungkin akibat hutang inilah Puan M boleh bertindak untuk mencuba. Ini kerana apabila terdesak barulah keyakinan itu akan datang. Tetapi pembaca semua janganlah tiru Puan M bulat-bulat, jangan menunggu sehingga terdesak baru mahu bertindak........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, March 15, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - AL-GHORM BIL GHONM

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk:AL-GHORM BIL GHONM  
Bil 85 March 2010
"Al-ghorm bil ghonm", begitulah bunyinya dalam Arab yang bermaksud "tidak ada hasil tanpa risiko". Dalam transaksi ekonomi syariah, risiko untuk kehilangan modal adalah salah satu resiko investasi yang harus di jalani dan di lalui. Tak kira pelabur yang berpengalaman atau yang masih hijau boleh terpedaya dengan maklumat pulangan semata-mata. Bila sebut pasal melabur kebanyakan orang akan terus bertanya berapakah pulangannya. Kalau pulangannya besar timbullah keinginan untuk mencuba nasib. Di samping pulangan ada dua soalan juga yang patut ditanya iaitu berkaitan KOS dan RISIKO. Dalam artikel ini saya bincangkan soal risiko.
 

Satu pepatah pelaburan Inggeris pula memberi amaran "There is no free lunch". Maksudnya tidak ada pelaburan yang percuma, pelaburan terbaik dengan kos terendah sekali pun mempunyai umpan berbisa iaitu risiko. Berikut Jadual Pulangan Risiko Set A yang dipetik dari buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah", boleh dibeli di kedai-kedai buku utama. Saya menggunakan contoh unit amanah sebagai ilustrasi semata, prinsipnya boleh diamalkan kepada mana-mana akaun pelaburan.

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Saturday, March 13, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - ALAHAI LAGI SKIM PENIPUAN PELABURAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : ALAHAI LAGI SKIM PENIPUAN PELABURAN   
Bil 1373 Marc 2010

....saya terpanggil untuk menulis artikel berkaitan dengan penipuan skim emas yang terbaru. Ini petikan dari berita:
"PULAU PINANG -Keghairahan 60 pelabur untuk mendapatkan keuntungan segera dengan menyertai satu skim pelaburan emas yang dijalankan oleh sebuah syarikat lebur apabila kesemuanyamereka diperdaya dan mengalami kerugian kira-kira RM25 juta. Modus operandi syrikat itu menjual jongkong emas seberat satu kilogram dengan harga di antara RM135,000 dan RM150,000. Ketua jabatan siasatan jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata..."

Sekiranya pelabur mempunyai ilmu pelaburan asas (tidak semestinya merujuk kepada emas), berikut beberapa perkara yang mereka harus siasat atau bertanya lanjut sebelum meneruskan pelaburan:
  • Pelaburan dipantau atau tidak oleh kerajaan
  • Pulangan bulanan
  • Jaminan belian semula
  • Proses jual dan beli mengikut harga semasa
  • Belian semula dalam tempoh jangkapendek
  • Denda kalau jual awal
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sunday, March 07, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - PSIKOLOGI DI SEBALIK HUTANG

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk:PSIKOLOGI DI SEBALIK HUTANG  
Bil 84 Feb 2010
......Jadi kenapa masih ada statistik sedemikian yang saya petik dari akhbar-akhbar tempatan:
Kedegilan 23 artis terkenal melangsaikan hutang bukan saja mengakibatkan mereka diisytihar bankrap, malah berdepan masalah lebih serius apabila enggan berunding dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

  • 81 atlit dari sektor sukan muflis
  • Golongan berusia 35 hingga 44 tahun antara yang paling banyak berdepan dengan pengisytiharan muflis.
  • Sehingga April 2009, rakyat Malaysia mempunyai tunggakan hutang kad kredit berjumlah RM22.4 bilion.
  • Sehingga 9 Ogos 2009 sebahagian besar daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah hutang
  • Sehingga Oktober 2008, terdapat sejumlah 18,532 kes kegagalan pembayaran balik PTPTN yang dirujuk ke mahkamah.
Mereka yang belum ada hutang atau hutang yang terkawal juga perlu ambil ikhtibar.Siapa yang boleh memberi jaminan yang mereka kekal dapat mengawal kewangan dan hutang?  Saya katakan begitu kerana zaman sekarang produk-produk hutang yang ditawarkan amat menarik dan mampu mengelirukan sesiapa sahaja. Tanpa ilmu pengurusan hutang, kebarangkalian menghadapi masalah hutang amatlah besar!

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, February 24, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - OD-CARA GUNA DUIT BANK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : OD-CARA GUNA DUIT BANK   
Bil 1371 Feb 2010


....Kelebihan OD ialah dari segi keanjalannya. Walaupun had RM 25,000, tetapi selagi belum guna sesen pun tidak akan dikenakan caj/faedah. Kalau guna sehingga RM 1,000 maka hutang yang perlu diselesaikan adalah RM 1,000 + faedah/untung bank. Jika had RM 25,000 tetapi sudah guna RM 5,000 anda boleh bayar cuma faedah/untung bank sahaja. Baki had OD sekarang hanya tinggal RM 20,000 selagi mana hutang RM 5,000 yang asal tidak dibayar. Bandingkan dengan  term loan,di mana tiap-tiap bulan ada sejumlah bayaran. Tetapi OD tidak ada sejumlah bayaran tetap. Apakah muslihatnya? Interest/kadar untung dikira mengikut hari.....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, February 19, 2010

Sedutan Artikel MW- ILMU BISNES TSHIRT DIBUNGKUS SIAP

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: ILMU BISNES TSHIRT DIBUNGKUS SIAP  
Bil 1370 Feb 2010
....Satu contoh perniagaan yang tidak susah tetapi boleh dilakukan secara offline dan online ialah bisnes mencetak T-shirt. Saya akan perincikan bagaimana dalam dunia informasi sekarang mudah untuk seorang yang berfikiran positif untuk menjalankan bisnes ini dalam masa dua minggu sahaja. Saya pilih contoh bisnes ini kerana ciri-ciri seperti :
1. Boleh dibuat secara online atau offline.
2. Tak memerlukan simpan stok barang dalam rumah.
3. Modal yang sangat rendah, tidak perlu beli mesin cetak baju
4. Boleh dibuat secara sambilan.

5. Bisnes ini tidak akan tepu kerana sentiasa mempunyai permintaan tidak mengira musim.
6. Anda tentukan sendiri untung margin, samada untung besar atau untung kecil atau untung sederhana.
7. Tidak memerlukan pengalaman malah boleh bermula sekarang.
Ingat bahawa bisnes lain yang mempunyai ciri-ciri di atas (kecuali ciri ke 6) pun boleh diusahakan. Dalam artikel ini saya memberikan peta dan perkara-perkara am yang patut difikir sebelum terjun ke bidang perniagaan. Di zaman dahulu berikut perkara-perkara yang perlu difikirkan oleh bakal usahawan T-shirt:....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, February 12, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - TIPS PENJIMATAN DIBONGKAR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: TIPS PENJIMATAN REALISTIK AKHIRNYA DIBONGKAR 
Bil 1369 Feb 2010

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Setiap hari berjuta-juta rakyat Malaysia hidup dari satu bulan gaji ke bulan gaji yang lain tanpa dapat menabung atau melabur. Jalan pendek fikir mereka ialah mengejar peluang-peluang buat duit dengan cepat. Tetapi ramai yang tidak sedar jalan penyelesaian sudah berada di depan mata. Jika anda berani berdepan dengan perbelanjaan seharian dan berjimat seberapa banyak setiap kali ada peluang, tidak mustahil untuk menghasilkan tabungan beribu-ribu ringgit di masa depan.

Mari kita buat satu kiraan pantas hasil mengamalkan teknik penjimatan. Katakan secara puratanya satu teknik mampu memberi penjimatan sebanyak RM20 sebulan. Ini bermaksud 1 teknik = RM 20.00 dan jika 20 teknik = RM400.00. Bermaksud dalam sebulan anda mampu memperolehi RM400.00 penjimatan wang anda. Jika anda teruskan usaha anda dengan dalam setahun anda mampu berjimat sebanyak RM400 x 12 bulan = RM4800 setahun.
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)