Sunday, June 27, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-CUKAI KAD KREDIT SATU PERBANDINGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CUKAI KAD KREDIT SATU PERBANDINGAN
Bil 1388 Jun 2010
Dalam pembentangan bajet 2010, kerajaan telah mengumumkan pengenaan cukai sebanyak RM50 atas setiap kad kredit utama/prinsipal Manakala kad kredit tambahan pula dikenakan RM 25 bagi setiap kad. Cukai ini dikutip oleh bank sebagai perantaraan sahaja tetapi akhirnya akan masuk gudang kerajaan. Tetapi percayakah bahawa tidak semua pengguna kad kredit sedar akan caj tambahan yang bakal dimasukkan dalam penyata. Bukan itu sahaja, ada pula golongan yang mempunyai kad kredit tidak kisah dengan RM50 yang dikenakan malah boleh tersenyum berkata "Oh, tak kisah itu dah boleh settle guna duit orang lain........

Tetapi kalau kita semak kembali fungsi kad kredit sebagai alat kecemasan pengorbanan sekecil RM50 boleh diabaikan. Contohnya sebagai bayaran pendahuluan semasa menanti "letter of guarantee" semasa mendapatkan rawatan di hospital swasta. Bukan semua kad perubatan insurans/takaful menyediakan kemasukan automatik karpet merah untuk kemasukan tidak terancang. Masih ada prosedur yang perlu diikuti akibatnya kelewatan boleh sampai berjam-jam. Dalam kes ini kebiasaannya pihak hospital akan meminta bayaran pendahuluan. Jadi kad kredit boleh digunakan dahulu, selepas surat jaminan dah sampai bayaran kad kredit asal boleh dioffset.........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan tajuk TIGA  ebook berkaitan pengurusan hutang atau kesemua 14 EBOOK meliputi topik kewangan sehingga topik  keusahawanan. )

Video Temubual Saya - Tak Salah Kalau Berhutang

Tonton video saya dengan tv selangor "Tak Salah Kalau Berhutang"

Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Saturday, June 26, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - TABUNG PENDIDIKAN ANAK DULU DAN SEKARANG

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: TABUNG PENDIDIKAN ANAK DULU DAN SEKARANG
Bil 91 June 2010
Saya ingin menyarankan agar ibu bapa menilai semula apa yang mereka sediakan untuk tabungan pendidikan anak-anak mereka. Adakah anda benar-benar yakin perancangan lepas, bernilai katakan RM50,000 pada masa tersebut, masih relevan sekarang dengan keadaan inflasi dan segala barangan serta perkhidmatan yang setiap tahun naik . Berita baiknya ialah di negara kita ada bermacam jenis pelan pendidikan contohnya insurans, takaful, unit amanah, hartanah dan saham. Kesesuaiannya bergantung kepada keperluan dan kemampuan setiap individu. Ada yang boleh melabur sendiri, ada yang tidak dapat berbuat demikian. Ada pula yang hanya ada sedikit wang lebihan untuk disimpan. Buku-buku saya, Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang, Rahsia Melabur Unit Amanah dan Rahsia Mengurus Insurans Hayat membandingkan kesesuaian, kekuatan dan kelemahan pelan-pelan tersebut.

Kenapa tidak ibu-ibu yang kerap berjumpa di salun atau butik berbincang tentang pendidikan anak pula. Lupakan sebentar topik-topik seperti resepi masakan atau kes poligami artis. Ini satu dialog antara 3 orang wanita berbeza keturunan tentang perancangan pendidikan anak mereka.
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai 14 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Video Temubual Saya - Bhg 2 - Kesilapan Kewangan Yang Sering Dilakukan

Tonton video saya dengan tv selangor "Bhg 2 - Kesilapan Kewangan Yang Sering Dilakukan"

Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Sunday, June 20, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KONSEP 4 P-K, KONSEP 5 P-K DAN ZAKAT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KONSEP 4 P-K, KONSEP 5 P-K DAN ZAKAT
Bil 1387 Jun 2010
......Sistem perancangan konvensional menitikberatkan 4 aspek perancangan kewangan iaitu penghasilan kekayaan, pengumpulan kekayaan, perlindungan kekayaan dan seterusnya pengagihan kekayaan (konsep 4 P-K). Proses 4 P-K ini jelas mengikuti kitaran hidup seorang manusia iaitu dari lahir sehingga meninggal. Menurut perancangan kewangan Islam kitaran sedemikian tidak lengkap kerana perlu mempertimbangkan bukan sahaja semasa hayat tetapi juga di alam baqa. Jadi konsep 4 P-K dikembangkan oleh seorang perancang kewangan Islam kepada konsep 5 P-K. Apakah unsur kelima ini? Ia adalah "pembersihan kekayaan" atau zakat.

Sebagai perbandingan, dalam kitab Injil, konsepnya dipanggil "tithing" atau persepuluhan. Jemaah Kristian digalakkan mengeluarkan 10% dari hasil pertanian dan penternakan sebagaimana ayat berikut dalam Leviticus 27:30-32:.......
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan senarai 14 EBOOK dari topik kewangan kepada topik keusahawanan. )

Saturday, June 19, 2010

Video Temubual Saya - Bhg 1 - Kesilapan Kewangan Yang Sering Dilakukan

Tonton video saya dengan tv selangor "Bhg 1 - Kesilapan Kewangan Yang Sering Dilakukan"

Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Wednesday, June 16, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita -- MENDIDIK ANAK PINTAR KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MENDIDIK ANAK PINTAR KEWANGAN
Bil 1386 Jun 2010
......Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi yang tidak asing lagi pernah berkata, "Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi kesan ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak". Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan beliau tetapi ingin mengubahsuai sedikit perenggan di atas kepada:
"Semua anak dilahirkan pintar kewangan, tetapi yang memberi kesan ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan kejayaan kewangan anak".
Jadi apa yang saya akan sampaikan di sini tidak asing lagi dalam dunia pendidikan kanak-kanak cuma artikel saya ini bertujuan memberi pendedahan bahawa kepintaran yang dimaksudkan bukan setakat akademik,sukan,muzik dan sebagainya tetapi juga dari segi kewangan. Apatah lagi sebagai ibu-bapa pasti sedar bahawa soal kewanganlah mempunyai kesan mendalam dalam kehidupan duniawi. Kelahiran si anak sendiri membuktikan suasana kelam kabut kepada ibu bapa tanpa ilmu perancangan kewangan.
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan EBOOK yang memperincikan pelbagai kaedah berkaitan topik di atas beserta dengan sumber permainan untuk merangsang minda anak-anak. )

Tuesday, June 15, 2010

Video Temubual Saya - Teknik Memaksa Simpan Wang

Tonton video saya dengan tv selangor " Teknik Memaksa Simpan Wang"

Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Posting Dalam Blog Pembaca Buku Saya - Bisnes Afiliate Jadi Pembayar Hutang

Seorang pembaca buku-buku saya menulis komen berikut:

"i luv ur book.
simple n easy.
i have rahsia mengurus insurans hayat
& rahsia melabur dalam unit amanah.
tahniah.."

Beliau juga menyiarkan imej tulisan saya dalam Mingguan Wanita bertajuk "Bisnes Affiliate Jadi Pembayar Hutang" dalam blognya "Ediana". Lihat di sini.
Apa itu Bisnes Affiliate? Jawapan dan kaedahnya baca di sini.

Terima kasih Ediana kerana menyuntik semangat buat saya untuk terus berkarya.

Saturday, June 05, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-- KAEDAH JINAKKAN HUTANG KAD KREDIT SECARA KREATIF

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KAEDAH JINAKKAN HUTANG KAD KREDIT SECARA KREATIF
Bil 1385 June 2010
......Saya tidak syorkan pembaca melihat jawapan perenggan diatas sebagai satu lesen mutlak untuk mendapatkan kad kredit. Lihat sahaja istilah-istilah di atas. Jika tidak faham dan tidak tahu mengkoordinasikan alat-alat yang disebutkan sepintas lalu, lubang hutang yang dikorek bakal menjadi lebih dalam. Tetapi bagi mereka yang khatam ilmu pengurusan kad kredit ini suatu masa dahulu (sebelum kerajaan mengenakan GST RM50)tidak mustahil untuk memilikki 10 kad kredit pada suatu masa. Apatah lagi bank-bank turut berlumba-lumba menaburkan pelbagai godaan dan promosi bukan sahaja untuk pelanggan tetapi juga pasukan jurujual mereka.  Terdapat beberapa kaedah untuk kita melarikan diri daripada cengkaman faedah kad kredit yang tinggi contohnya Pindahan Baki, Pinjaman peribadi, Overdraft ASB dan Plan Ansuran......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya untuk mendapatkan perincian berjadual dan kes kajian teknik menjinakkan kad kredit. Biarpun anda sudah bersumpah tidak mahu berkenalan dengan kad kredit,ia masih relevan kerana dalamnya ada ilmu tersembunyi bagaimana sistem kewangan mengeksploitasi OPM - Other People Money. )

Sedutan Artikel Majallah MIDI - JURANG ANTARA KEBOLEHAN DAN KEJAYAAN KEWANGAN

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: JURANG ANTARA KEBOLEHAN DAN KEJAYAAN KEWANGAN   
Bil 90 May 2010
Pemerhatian saya membawa kepada 3 sebab kenapa wanita Malaysia belum lagi mengambil peranan penting dalam proses perancangan kewangan keluarga.
  1. Pertamanya ialah secara amnya wanita mempunyai aset yang kurang berbanding dengan lelaki. Bukan bermaksud tidak pernah menjana pendapatan tapi kerana faktor luaran seperti mengorbankan kerjaya demi mendidik anak. Ini membawa kepada anggapan bahawa dengan kurangnya aset maka kuranglah juga tanggungjawab kewangan. Sebenarnya kekurangan asetlah yang  menyebabkan bertambah pentingnya proses pengekalan dan penambahan nilai aset yang sedia ada. 
  2. Keduanya ialah sikap suami/bapa/saudara lelaki lain yang tidak mengendahkan perancangan kewangan. Penyakit ini berjangkit kepada wanita yang berkenaan - akibatnya perancangan kewangan hilang kepentingan dalam hidup mereka.
  3. Ketiganya ialah faktor tradisi di mana wanita Malaysia membenarkan suami mereka mengawal hampir sepenuhnya hal ehwal kewangan keluarga. Peranan wanita mungkin terhad sebagai pemegang amanah sahaja.
Saya ambil satu contoh iaitu aspek pelaburan........
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Video Temubual Saya 3 sebab belajar ilmu kewangan"

Tonton video saya dengan tv selangor " 3 sebab belajar ilmu kewangan"

Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Friday, May 28, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CARA BUAT LEBIH HUTANG DARI HARTA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CARA BUAT LEBIH HUTANG DARI HARTA
Bil 1384 June 2010
....Bila agaknya kita mula didedahkan kepada wang? Cuba ingat kembali semasa zaman kanak-kanak, kalau tidak dapat maju ke zaman remaja dan seterusnya zaman dewasa. Kalau ada pembaca yang merasakan mereka baru dapat ingatan semasa zaman dewasa usah merasa terkejut kerana anda tidak keseorangan. Bagaimanakah kita mempelajari tentang wang dan peranannya sebagai kuasa kewangan? Cuba lihat samada senarai di bawah merupakan sumber pengalaman anda:

1.Daripada penerbitan seperti buku, majalah dan suratkhabar
2.Daripada pengaruh kawan-kawan,didikan keluarga dan media seperti tv dan radio
3.Secara cuba jaya, kadang-kadang manis kadang-kadang pahit

Hampir 99 peratus dari kita tiada pendidikan formal tentang aspek kewangan - maksud saya ialah bagaimana mengurus kewangan dengan berjaya; bukannya mempelajari dari segi akauntan atau ahli ekonomi. Malahan di universiti sendiri tiada matapelajaran wajib tentang pengurusan kewangan untuk semua mahasiswa tahun satu ke tahun akhir. Kalau ada cuma ditawarkan dalam program tertentu seperti program pentadbiran bisnes, program kewangan atau ekonomi. Bayangkan mahasiswa tahun akhir universiti tidak tahu yang berikut:.....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.) (Semua pengetahuan kewangan peribadi yang saya kumpul sehingga sekarang dibukukan sebagai enam buku dalam Bahasa Malaysia yang mesra pembaca.)

Wednesday, May 26, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - GUBAHAN IRAMA DAN LAGU UNTUK PORTFOLIO ANDA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GUBAHAN IRAMA DAN LAGU UNTUK PORTFOLIO ANDA   
Bil 1383 May 2010
....Bagi mereka yang berminat mengkaji lebih mendalam, semua pengetahuan kewangan yang telah saya curahkan selama ini boleh dirujuk kembali di perpustakaan dan buku-buku kewangan. Saya sendiri sehingga tahun 2010 sudah menulis enam buku bertemakan kewangan peribadi dalam Bahasa Malaysia yang mesra pembaca.
Baiklah kembali kepada bagaimana menggubah IRAMA DAN LAGU UNTUK PORTFOLIO.Sebelum itu anda mesti sudah tahu tiga perkara berikut:
1) Apakah profil risiko anda - iaitu konservatif, sederhana atau aggresif
2) Apakah jangkamasa wawasan kewangan anda?
3) Berapakah jumlah yang ingin anda laburkan samasa sekaligus (lump sum) atau seragam (regular)?

Setelah mendapatkan maklumat di atas gunakan 2 rujukan berikut......
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sunday, May 16, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - TIPS PELABURAN PETER LYNCH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TIPS PELABURAN PETER LYNCH 
Bil 1382 May 2010
Learn to Earn: A Beginner's Guide to the Basics of Investing and Business....Dari mana nak dapat ilmu permulaan? Ada 2 sumber - dari sumber penerbitan dan kedua dari sumber kemanusiaan . Sumber penerbitan daripada buku,majallah,buku,internet dan sumber kemanusiaan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam selok-belok pelaburan. Orang seperti ini ialah penasihat unit amanah, remisier saham, pengurus dana dan perancang kewangan yang bertauliah. Tetapi sekalipun anda mempunyai kesemua individu ini untuk nasihat ingatlah itu cuma nasihat. Anda mesti tahu asas-asas pelaburan dan akhirnya membuat keputusan sendiri. Jangan berharap untuk mendapat tip-tip yang boleh mencepatkan kaya.
Panduan ini bukannya ciptaan saya sendiri tetapi diberikan oleh mahaguru pelaburan terkenal iaitu Peter Lynch yang menguruskan dana Fidelity Magellan (dana top ranking di Amerika Syarikat) dengan jayanya selama 13 tahun berturut-turut. Renung-renungkanlah - maksudnya amat mendalam bagi pelabur junior mahupun pelabur senior.......
Hubungi saya melalui emel atau sms untuk mendapatkan panduan pelaburan (bukan karangan Peter Lynch) dalam BAHASA MALAYSIA dalam format digital dan juga buku biasa . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sedutan Artikel Majallah MIDI - ELAK MISKIN LEPAS BERSARA

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: ELAK MISKIN LEPAS BERSARA  
Bil 89 May 2010
.....Tetapi jika ingin membina perniagaan juga pastikan pesara atau bakal pesara mempunyai wang yang cukup untuk menikmati taraf hidup yang sama jika perniagaan "asyik demam panas". Dalam erti kata lain pesara mempunyai pelan kecemasan untuk menyuntik wang untuk perniagaan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga mulakan dengan perniagaan tersebut dengan modal yang kecil, bila perniagaan semakin berkembang, barulah di tambah modal yang di perolehi daripada hasil perniagaan tersebut bukan dari sumber kewangan pesara yang terhad.
Sebelum bersara segala hutang piutang seperti rumah,kereta dan peribadi perlu dilangsaikan melainkan rumah tersebut mempunyai kadar sewa yang lagi tinggi daripada bayaran bulanan. Jika keadaan ini wujud, pesara mungkin tidak perlu menjual rumah tersebut untuk menyelesaikan hutang terutama jika pinjaman perumahan mempunyai beberapa tahun sahaja selepas besara untuk dilunaskan sepenuhnya.
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan panduan bagaimana bersedia untuk pesaraan dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, May 09, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERLUKAH BUAT PINJAMAN UNTUK MODAL BISNES BARU

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PERLUKAH BUAT PINJAMAN UNTUK MODAL BISNES BARU  
Bil 1381 May 2010
....Pengetahuan orang tempatan mengenai teknik pinjaman modal atau dana untuk perniagaan amat kurang. Peliknya kerajaan kita menyediakan berbagai dana dan peruntukan untuk menolong golongan usahawan. Saya mengaku bahawa ada pendapat usahawan senior yang tidak menggalakkan meminjam modal dari agensi pembiayaan pada ketika memulakan bisnes. Alasan mereka dari segi sejarah dan pengalaman mereka, modal pinjaman akan menjadi beban walhal bisnes yang dilakukan belum memperolehi untung pasti. Break-even pun belum tentu dan silap haribulan tidak cukup untuk membiayai operasi asas pun.
(Hubungi saya untuk mendapatkan panduan rahsia mendapat pinjaman modal dalam BAHASA MALAYSIA SECARA digital lengkap dengan spreadsheet excel.Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar)
 Jadi bagaimana kita membuat keputusan samada masih mahu melakukan pinjaman untuk bisnes. Kaedah pertama ialah melihat samada hutang (tak kira untuk bisnes atau bukan bisnes)dicam sebagai kategori hutang baik:....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, April 30, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - FI DAN KEMATANGAN KEWANGAN ANDA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : FI DAN KEMATANGAN KEWANGAN ANDA 
Bil 1379 May 2010
... ....Petua 8. Dapatkan pertolongan dari perancang kewangan yang profesional. Mereka adalah berpengetahuan, dilatih secara profesional dan berpengalaman - mereka boleh menolong untuk menganalisa keperluan anda dan memberi jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk anda membuat keputusan yang baik.

Bagi pembaca lelaki, petua-petua di atas masih boleh digunapakai. Ada beberapa cara untuk meningkatkan FI anda seperti belajar membezakan pendapat dan fakta. Belajar mengesahkan informasi yang diterima sebelum mengikutinya. Belajar dan faham "undang-undang" permainan wang. Contohnya jika tidak faham secara terangan mengenai pelaburan misteri untung besar yang diperkenalkan saudara anda, jangan melabur. Sedar tentang trend kewangan di sekeliling . Kemudian trend ini boleh disemak dengan data sejarah sebelumnya mengenai bisnis atau urusan kewangan diminati.
Mari kita lihat satu scenario. .........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Sedutan Artikel Majallah MIDI - RISIKO MENJADI CETI TAK RASMI

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: RISIKO MENJADI CETI TAK RASMI    
Bil 88 May 2010
.....Jadi sanggupkah kita menjadi ceti tak rasmi atas dasar simpati? Ayat Al Quran paling panjang dalam surah yang paling panjang ialah mengenai hutang. “Wahai orang yang beriman Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Jangan penulis menolak untuk menulisnya sebagaimana Allah telah mengajar kepadanya…. Al Baqarah 282. Mengambil iktibar dari ayat di atas kita boleh beri tetapi dengan syarat menulisnya selepas mempertimbangkan tip-tip yang diberikan di atas.
(Hubungi saya untuk mendapatkan panduan bagaimana mahu menjadi ceti tak rasmi yang bijaksana dalam BAHASA MALAYSIA DIGITAL. Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, April 25, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SOAL KOS DALAM PEMILIHAN PRODUK PELABURAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SOAL KOS DALAM PEMILIHAN PRODUK PELABURAN 
Bil 1378 April 2010
Ramai bakal pelabur mengamalkan pendekatan cetek dalam memilih produk pelaburan yang sesuai dengan mereka. Dalam artikel-artikel lepas saya dedahkan beberapa skema pelaburan palsu yang dilapurkan dalam akhbar. Kenapa pelabur mudah tertipu? Jawabnya kerana tidak tahu memilih antara intan dan kaca. Persoalan utama yang sering mereka titikberat ialah  berapa besar untung. Mereka kurang bertanya tentang tiga aspek iaitu:
  1. Apakah profil saya sebagai pelabur
  2. Apakah tahap risiko produk (bukan agak-agak tetapi ada pengukuran kualitatif)
  3. Berapakah kos semasa mula melabur dan semasa menjual pelaburan
Saya akan sentuk aspek ketiga dalam artikel ini. Maklumat terperinci ada diberikan dalam buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah". Bila kita melabur bukan sahaja keuntungan yang harus dikejar tetapi kena pikir juga pasal kos kemasukan kerana kos ini akan mengikis modal permulaan kita. Sekiranya kita membuka satu akaun pelaburan dengan wang 1,000 dan kos pelaburan ialah 5% maka modal kita selepas ditolak 5% tadi akan jadi RM950. Selain kos wang kena juga pertimbangkan kos masa kita untuk memantau prestasi, menyelidik dan kesan psikologi. Tanpa mempertimbangkan isu keuntungan, yang mana lebih mahal kosnya pelaburan, unit amanah atau pelaburan terus dalam Bursa Malaysia?
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)