Friday, November 19, 2010

Sedutan Artikel MWanita - AMANAT JUTAWAN DARI KOTA SINGA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : AMANAT JUTAWAN DARI KOTA SINGA
 Bil 1410 Nov 2010 
...........Barangkali ramai dari kita tidak mengenali jutawan Melayu dari negara jiran iaitu Singapura. Abang Abu adalah seorang usahawan yang berwibawa dan sungguh terkenal di sana. Beliau banyak memberi nasihat yang bernas dan membina kepada umum tentang perniagaan, cara terbaik mengendalikan kewangan dan kehidupan sebenar sebagai seorang jutawan. Tetapi perjalanan hidup beliau suatu masa dulu boleh mengalahkan drama TV........
Para pembaca sekelian terutamanya mereka yang pernah mengadu nasib dengan saya, itulah titik permulaan Abang Abu. Beliau menjadi jutawan 4 tahun kemudian, ketika berumur 26 tahun! Beliau boleh menyerah kalah tetapi tidak sedemikian. Di manakah titik permulaan anda? Adakah kita mahu menunggu terkena dugaan berat dari Tuhan baru nak bermula?   Dalam seminarnya Abang Abu secara tak langsung mendedahkan teknik menggunakan wawasan kecil bagi membantu mana-mana orang mencapai status seorang jutawan:........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Hubungi saya melalui email atau sms handphone untuk mendapat sampel penuh video bocor kira-kira 10 minit dari seminar  Abang Abu yang mengandungi tips kewangan jutawan (format mp4).

Sunday, November 14, 2010

Sedutan Artikel MIDI - CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG
Bil 102 Nov 2010
......... Bagaikan adegan dalam drama sinatron, beliau telah menyerahkan apa sahaja yang beliau miliki malah menggunakan kad kredit ke tahap maksimum bagi membantu perniagaan suami. Suami kemudiannya diberi taklimat oleh rakan. Menurut tilikan mereka pelaburan yang dibuat ke atas perniagaan yang kini berada ditahap membimbangkan akan dapat membantu menaikkan perniagaan itu semula apabila pelaburan tambahan dibuat. Disebabkan oleh tindakan suami yang tidak tahu mengurus dan melabur wang, Puan Yati kini berada di dalam keadaan tertekan setelah semua kad kredit mencapai tahap maksimum malah akaun bank beliau turut berada di tahap sifar tiap hujung bulan.Mana-mana wanita yang menghampiri usia warga emas inginkan persaraan yang selesa. Tetapi Puan Yati sebaliknya dibebani dengan hutang piutang yang banyak. Jatuh pula dugaan kedua. Disebabkan tidak sanggup bersemuka dengan bebanan hutang yang menimbun, suami beliau telah menceraikan beliau dan meninggalkan beban hutang sebanyak RM70,000. Puan Yati tidak percaya dengan nasib yang menimpanya dan dihantui dengan fikiran yang kusut untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak.........
(Hubungi saya melalui email atau handphone untuk maklumat lanjut bagaimana kes seperti Puan Yati dapat diselesaikan tanpa perlu bersemuka dengan institusi-insitusi kewangan tempat dia berhutang.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Saturday, November 13, 2010

Sedutan Artikel MWanita - GOLONGAN PROFESIONAL JUGA TIDAK TERKECUALI


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GOLONGAN PROFESIONAL JUGA TIDAK TERKECUALI
 Bil 1408 Nov 2010 
...........Mereka muda dan mewah, tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada bankrap. Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000 setiap pemiutang.Tersebut kisah Tuan Z seorang  peguam muda yang  berjaya.  Masih lagi bujang dan mempunyai  hanya seorang tanggungan iaitu nenek. Pada  usia  30 tahun,  beliau  telah pun memiliki satu kereta sport, satu kereta mewah dan dua kondominium hasil dari titik peluh  beliau. Beliau mempunyai mentaliti sanggup berusaha menghadapi rintangan dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini. Beliau juga percaya kepada falsafah wang boleh membeli  apa  sahaja. Tuan Z memang gemar dengan perhatian yang diberikan orang ramai apabila melangkah bergaya dengan pakaian lelaki lengkap ditempah khas. Gaya  hidup  mewah, kesukaan terhadap barangan berharga dan berjenama sebegini turut menjadi ikutan ramai golongan profesional........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, November 09, 2010

Sedutan Artikel MIDI - DILEMA TABUNG PENDIDIKAN ANAK TAK CUKUP

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: DILEMA TABUNG PENDIDIKAN ANAK TAK CUKUP 
Bil 100 Nov 2010
......... Pada tarikh matang dia mengharapkan pokok dikembalikan dengan dividen atau keuntungan tambahan. Tapi akibat inflasi Puan Maria besar kemungkinan berhadapan risiko dana tersebut tidak cukup. Ada dua jalan keluar. Pertamanya ambil pinjaman baru contohnya pinjaman peribadi,refinance rumah kediaman atau gadaikan simpanan emas/barang kemas. Kedua cari organisasi yang sanggup memberi biasiswa. Tetapi kalau diberi biasiswa nanti sanggupkah terikat dengan kontrak, contohnya wajib berkhidmat selama sekian tahun. Bagaimana pula dengan persaingan dengan pemohon-pemohon lain yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang lebih hebat? Dalam ertikata lain biarpun anaknya layak tetapi bantuan biasiswa tidak semestinya automatik.
Mungkin ramai ibubapa tidak sedar bahawa di Malaysia ada pakej simpanan pendidikan anak yang memberikan biasiswa automatik disamping memaksa tabiat menabung. Konsep ini berasal dari pengalaman dua negara iaitu Kanada dan Australia. Pada pertengahan tahun 1950-an Dana Biasiswa Kanada diperkenalkan dengan apa yang digelar sistem ‘Kekunci’ (‘Lock-in’) di mana untuk memastikan Dana Biasiswa, syaratnya mesti menyimpan dengan serius. .........
(Hubungi saya melalui email atau handphone untuk maklumat lanjut pakej simpanan diatas)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, November 07, 2010

Sedutan Artikel MWanita - BAJET 2011 DAN PINJAMAN PERUMAHAN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BAJET 2011 DAN PINJAMAN PERUMAHAN
 Bil 1407 Nov 2010 
...........Tapi dari sudut lain ia boleh membawa kesan negatif. Hairan? Masih ingat skim beli kereta dengan pemanis 0% bayaran pendahuluan?  Lepas canang dipukul habis-habisan dan kereta keluar showroom apakah yang berlaku? Banyak kereta yang ditarik oleh bank sebab kegagalan pembeli mengotakan janji bayar ansuran. Tanya pihak recovery bank kalau nak tahu cerita dalaman. Tak payah lagi bersila depan TV menonton drama swasta. Bandingkan persamaannya dengan cerita pinjaman perumahan yang gagal dibayar, kesudahannya bank tarik semula rumah untuk dilelong.
Untuk memahami kesan negatif ini,saya perkenalkan dulu konsep ASET dan LIABILITI dari pandangan seorang usahawan bukannya akauntan. Pandangan ini sudah wujud turun temurun sejak manusia berurusniaga. Ianya diberi nafas baru dan  dipopularkan oleh Robert Kiyosaki dalam bukunya "Rich Dad Poor Dad" dan "Cashflow Quadrant". Definasi asal diberi En Kiyosaki:
ASET mendatangkan aliran tunai positif, LIABILITI menyebabkan aliran negatif tunai. Kalau saya ada satu harta fizikal yang boleh dipegang, dari segi akaun memang patut direkodkan dalam lajur "HARTA". Tetapi jika harta ini menyebabkan pendarahan alirtunai maka mengikut definasi Kiyosaki, ia bukannya harta malahan liabiliti.
............
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, October 30, 2010

Sedutan Artikel MWanita - CTOS dan CCRIS


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CTOS dan CCRIS
 Bil 1406 Nov 2010 
...........Dalam satu artikel yang bertajuk "CABARAN ISTERI SELEPAS SUAMI DIBUNUH" saya akhiri ceritanya dengan perenggan berikut. "Beberapa pelajaran dari kisah di atas. Walaupun tiada masalah kewangan sekalipun kalau sudah berhutang pergi ambil laporan CCRIS enam bulan sekali." Ada pembaca yang bertanyakan kepada saya apa itu CCRIS, manfaat dan kelebihannya kepada pengguna perkhidmatan kewangan. Ada juga yang bertanya CCRIS dan CTOS itu adik beradik ke? ..........
Kepada pembaca semua yang ingin mendapatkan sebarang pinjaman atapun memohon kad kredit, saya nasihatkan agar dapatkan dahulu lapuran CCRIS sebelum membuat permohonan. Lagipun tiada bayaran dikenakan. Manalah  tahu ada orang yang menggunakan nama dan salinan kad pengenalan kita untuk memohon pinjaman. Ada juga kes-kes di mana walaupun hutang telah dilangsaikan sepenuhnya dua tiga tahun lepas, nama masih ada kerana pihak bank tidak mengemas kini rekod mereka di pusat pengkalan data Bank Negara............
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, October 28, 2010

Lesen percuma antivirus Panda Panda Cloud Pro 1.3 sehingga Sabtu 30 Oct 2010

(Amaran: Saya tidak bertanggung jawab atas ketidakstabilan komputer atau kehilangan data anda)
Dapatkan lesen sah selama setahun antivirus Panda Cloud Pro 1.3 sehingga awal Sabtu 30 Oct 2010 .
Sebelum buat keputusan baca dahulu review ini.
Download link diberikan dalam nota editor perenggan pertama
Semasa proses daftar email abaikan sebarang rujukan kepada permintaan kredit kad.
Maaf saya tidak dapat beri sebarang bantuan teknikal.
Elok kalau ada backup data yang penting.

Saturday, October 23, 2010

Sedutan Artikel MWanita - PROGRAM PERANCANGAN KEWANGAN SEPANJANG HAYAT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PROGRAM PERANCANGAN KEWANGAN SEPANJANG HAYAT 
Bil 1405 Oct 2010 
...........Tiga tabung yang mustahak dalam perancangan kewangan ialah tabung perlindungan, tabung simpanan kecemasan dan tabung pelaburan. Biasanya ketiga-tiga tabungan ini dibuka secara berasingan dengan pihak institusi kewangan tunggal atau lebih dari satu. Kalau nak pantau banyak sikit kerjanya jika kita menggunakan satu program yang menggabungkan ketiga-tiga tabung di atas. Program ini juga wajib mempunyai fleksibiliti yang tinggi.
Sekarang mari kita lihat bagaimana insurans berkait pelaburan boleh digunakan sebagai satu program perancangan kewangan sepanjang hayat. Dalam contoh ini Cik A membeli cuma satu polisi insurans berkait pelaburan sahaja sepanjang hayatnya. Contoh ini juga sengaja dipermudahkan supaya fleksibiliti pelan insurans ini dapat ditunjukkan dengan jelas. Harap faham angka-angka di sini bergantung kepada sebutharga dan jenis perkiraan aktuari yang pastinya berbeza dari satu syarikat insurans ke syarikat lain. Konsep ini boleh diapplikasi kepada pelan takaful juga. Cuma gantikan perkataan "insurans" dengan "takaful" dan "premium" dengan "sumbangan". Contoh ini dipetik dari buku saya "Rahsia Mengurus Insurans Hayat".............
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, October 18, 2010

Sedutan Artikel MIDI - CCRIS DALAM KEHIDUPAN KEWANGAN ANDA

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009

Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: CCRIS DALAM KEHIDUPAN KEWANGAN ANDA  
Bil 98 Oct 2010
.........Maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS). CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan. CCRIS BUKAN senarai blacklist. Malah tidak ada istilah atau dokumen sedemikian yang digelar "senarai-hitam" atau "senarai merah" yang dikeluarkan secara rasmi oleh Bank Negara. Istilah tersebut dicipta oleh masyarakat supaya lebih "panas" memandangkan bunyi perkataan CCRIS tidak mengujakan sama sekali. .........

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, October 15, 2010

Sedutan Artikel MWanita - RUMAH DILELONG AKIBAT BELANJA PERUBATAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : RUMAH DILELONG AKIBAT BELANJA PERUBATAN
Bil 1404 Oct 2010 
...........Apabila mendapat berita ibunya jatuh sakit secara tiba-tiba, Encik M terus bergegas ke hospital untuk berada di sisi ibu beliau. Sejak itu, beliau sentiasa menghabiskan masa sepanjang malam di hospital menemani dan menjaga ibu yang sedang sakit tenat. Segala urusan pembiayaan perubatan ibunya ditanggung oleh Encik M dengan menggunakan wang gaji setiap bulan termasuk duit simpanan keluarga.
Masalah kewangan yang melanda keluarga Encik M semakin meruncing. Semua pendapatan keluarga dibelanjakan untuk membiayai kos perubatan ibu mereka dan yang tinggal hanyalah sebuah rumah yang mereka didiami sekarang. Walaubagaimana pun, nilai hubungan kekeluargaan Encik M amat erat dan bagi mereka, tiada yang lebih penting daripada ibu mereka. Maka, keputusan diambil untuk memberi keutamaan kepada pembiayaan kos perubatan ibu mereka........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, September 30, 2010

Sedutan Artikel MWanita - BIASISWA DAN SIMPANAN DALAM SATU PAKEJ

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BIASISWA DAN SIMPANAN DALAM SATU PAKEJ
Bil 1402 Oct 2010 
......Katakan Encik Samad memilih satu akaun X untuk menabung dana pendidikan anaknya. Berdasarkan kemampuannya dia berazam menyimpan sejumlah wang setiap bulan dengan sistematik tanpa terlepas satu bulan pun selama 10 tahun. Pada tarikh matang dia mengharapkan pokok dikembalikan dengan dividen atau keuntungan tambahan. Tapi akibat inflasi Encik Samad mendapati dana tersebut tidak cukup. Bolehkah dia memohon biasiswa atau pinjaman tambahan?. Memang boleh tetapi kenalah bersaing dan ada kriteria lain dengan budak-budak lain. Dalam ertikata lain biarpun anaknya layak tetapi bantuan biasiswa tidak semestinya automatik.
Mungkin ramai ibubapa tidak sedar bahawa di Malaysia ada pakej simpanan pendidikan anak yang memberikan biasiswa automatik disamping menyediakan pelan simpanan. Konsep ini berasal dari pengalaman dua negara iaitu Kanada dan Australia. Pada pertengahan tahun 1950-an Dana Biasiswa Kanada diperkenalkan dengan apa yang digelar sistem ‘Kekunci’ (‘Lock-in’) di mana untuk memastikan Dana Biasiswa, syaratnya mesti menyimpan dengan serius.
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk taklimat dan penerangan lanjut tentang cara pengumpulan tabung pendidikan yang saya ceritakan di atas)

Sunday, September 26, 2010

Sedutan Artikel MWanita - BERKORBAN APA SAJA BAWA PADAH KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BERKORBAN APA SAJA BAWA PADAH KEWANGAN  
Bil 1401 Sept/Oct 2010 
......Apabila perniagaan suami mula menampakkan kemunduran, suami beliau telah meminta Rahimah untuk mendapatkan bantuan kewangan. Beliau telah menyerahkan apa sahaja yang beliau miliki malah menggunakan kad kredit ke tahap maksimum bagi membantu perniagaan suami. Suami Rahimah masih percaya bahawa pelaburan yang dibuat ke atas perniagaan yang kini berada ditahap membimbangkan akan dapat membantu menaikkan perniagaan itu semula apabila pelaburan tambahan dibuat. Disebabkan oleh tindakan suami yang tidak tahu mengurus dan melabur wang, Rahimah kini berada di dalam keadaan tertekan setelah semua kad kredit mencapai tahap maksimum malah akaun bank beliau turut berada di tahap sifar.
Mana-mana wanita yang menghampiri usia 50-an inginkan persaraan yang selesa. Tetapi Rahimah dibebani dengan hutang piutang yang banyak. Disebabkan tidak dapat mengawal bebanan hutang yang menimbun, suami beliau telah menceraikan beliau dan meninggalkan beban hutang sebanyak RM80,000. Rahimah tidak percaya dengan nasib yang menimpanya dan dihantui dengan fikiran yang kusut untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak. ......... 
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital .Sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet untuk menghadiri seminar)

Saturday, September 25, 2010

Sedutan Artikel MIDI - JADIKAN PENGALAMAN SEBAGAI MESIN WANG

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009

Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: JADIKAN PENGALAMAN SEBAGAI MESIN WANG 
Bil 97 Sept 2010
.........Kita boleh menjana pendapatan dengan membukukan pengalaman atau pengetahuan kita supaya dapat dikongsi bersama oleh orang ramai. Cara tradisi melakukannya ialah dengan mengarang buku informasi. Namun setiap bulan pihak penerbit tradisional buku hardcopy terpaksa menolak puluhan karya oleh penulis-penulis tempatan. Adakah cara lain?
Sebenarnya ada dan mungkin peluang ini berkali-kali lebih bagus! Terima kasih kepada Internet. Internet kerana tidak lagi perlu menghantar manuskrip kepada penerbit atau berbelanja banyak untuk pemasaran berkesan. Cara moden melakukannya ialah menulis ebook dan kemudian memasarkannya. Ini bukan skim cepat kaya malah ia adalah perniagaan yang melibatkan urusan jual beli buku digital. Ada penjual ebook ada pembeli ebook. Pembeli bayar harga ebook, penjual berikan ebook kepada pembeli.
Nama ebook berasal dari electronic book. Ia diedarkan dalam format pdf ataupun format "exe". Cara penghasilan cuma dua langkah,tulis dalam perisian seperti Microsoft Word atau Open Office kemudian tukarkan kepada fail pdf (Portable Document Format)...........

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk maklumat lanjut tentang kursus digital bagaimana menulis dan memasarkan ebook karya sendiri sehingga menjadi best seller. Ada 6 module dari A-Z di samping tambahan 5 bonus perkongsian daripada penulis-penulis ebook yang popular di Malaysia. Sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet untuk menghadiri seminar)

Saturday, September 18, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - JIKA MASIH BERDEGIL MAHUKAN KAD KREDIT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : JIKA MASIH BERDEGIL MAHUKAN KAD KREDIT 
Bil 1400 Sept 2010 
......Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sendiri mengakui kebanyakan kes muflis membabitkan golongan muda adalah berkaitan penggunaan kad kredit tidak terkawal. Mereka gagal membayar balik hutang dalam tempoh ditetapkan berbanding kes golongan lebih berusia yang majoritinya berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan.
Pada pendapat saya mereka yang ingin memiliki kad kredit wajib membaca buku-buku saya atau mengikuti ruangan saya selama sekurang-kurangnya satu tahun. Nanti kuranglah keluhan seperti berikut:
  • Hutang saya RM11,000 dan had limit kad saya RM10,000
  • Hutang saya dekat-dekat RM5,000 dan had limit kad saya RM5,000 juga
  • Kad saya sudah kena sekat,adakah saya masih boleh buat balance transfer 

Tetapi kalau masih berdegil mahu guna kad kredit ini saya sediakan kaedah memilih kad yang sesuai. Di samping memberi ilmu saya juga berharap untuk melemahkan semangat mereka yang ingin menjadikan kad kredit satu gaya hidup kini. Saya tidak akan membicarakan isu bunga kad kredit tetapi kos-kos lain yang sering diabaikan oleh pemilik kad kredit seluruh dunia.......... 
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital .Sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet untuk menghadiri seminar)

Friday, September 17, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CABARAN ISTERI SELEPAS SUAMI DIBUNUH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CABARAN ISTERI SELEPAS SUAMI DIBUNUH
Bil 1399 Sept 2010 
......Puan X terpaksa mengendalikan urusan perniagaannya secara bersendirian. Beliau bukanlah seorang peniaga wanita yang mahir tetapi beliau gagahi  juga demi ingatan  kepada  suami  tercinta.  Ketidakupayaan  beliau  mengendalikan perniagaan  bekas  suaminya  telah  menyebabkan  perniagaan  tersebut mengalami masalah kewangan. Beliau akur dengan perkembangan perlahan perniagaannya  dan  hanya  mampu  melihat  tanpa  berbuat  apa-apa. Sehinggalah pada satu ketika, Puan X bertekad untuk keluar dari bandar dan tinggal bersama ibunya.  
Malang  sekali, Puan  X  tidak  dapat  lari  dari  gangguan  pemungut  hutang. Beliau  berjaya  melangsaikan  hutang  tersebut  dengan  menjual  perniagaan bekas  suaminya.  Akan  tetapi,  terdapat  satu  hutang  kenderaan  yang  tidak dapat beliau jelaskan. Mendiang suaminya telah membeli kenderaan Van dan membayar ansuran bulanan selama 5 bulan sebelum beliau dibunuh.......... 
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital .Sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet untuk menghadiri seminar)

Sunday, September 05, 2010

Sedutan Artikel MIDI - BANTUAN KEWANGAN UNTUK PENJAMIN SEBELUM MUFLIS

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: BANTUAN KEWANGAN UNTUK PENJAMIN SEBELUM MUFLIS 
Bil 96 Sept 2010
.........Bagi pinjaman kenderaan, Puan Y dinasihatkan untuk menyerah kembali kereta kepada pihak bank. Ini disebabkan bayaran bulanan kereta tersebut akan menambah beban beliau manakala wang dari bayaran bulanan tersebut boleh membantu Puan Y untuk memperbaiki aliran wang tunai dan membantu menyelesaikan masalah kewangan beliau. Puan Y turut dinasihatkan untuk menjual saham unit amanah dan menggunakan duit hasil simpanan tersebut untuk menyelesaikan (menghapuskan) sejumlah kecil hutang kad kredit dari 2 institusi kewangan. Bagi jumlah hutang kad kredit yang banyak dan pinjaman peribadi melalui 4 insititusi bank yang lain, AKPK telah berjaya berunding untuk  bayaran ansuran bulanan yang rendah dengan kadar faedah sebanyak 6% bagi tempoh 5 tahun. Puan Y kini masih bebas dari diistiharkan muflis...........
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar)

Monday, August 30, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita -MERANCANG BIZ SEMASA RAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MERANCANG BIZ SEMASA RAYA
Bil 1397 Ogos 2010 
......Dari segi timing, musim perayaanlah peluang untuk membuat duit lebih. Musim inilah juga pelbagai idea dan strategi bisnes boleh diuji tanpa risiko kerugian besar. Berbanding dengan rakyat negara lain mood berbelanja rakyat Malaysia menjelang musim raya adalah luar biasa. Tapi masih ramai yang seringkali buntu memikirkan bagaimanakah untuk membuat duit raya ketika bulan puasa ini. Pelbagai alasan diberikan. Ada yang beranggapan peluang buat duit hanya terbuka untuk individu yang mempunyai modal, yang berniaga secara sepenuh masa dan mempunyai pengalaman yang luas sahaja. Supaya tidak membuang masa melakukan kesilapan elok kita belajar dari kesilapan orang lain dengan mendapatkan panduan yang praktikal.
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk maklumat lanjut tentang e-book digital Rahsia Merancang Biz Semasa Raya di mana pengarangnya akan berikan bantuan melalui email khas kepada para pembeli. Semuanya ada 11 idea perniagaan yang boleh dijalankan sempena Hari Raya dan selepas raya. Lengkap dengan maklumat direktori pembekal)

Thursday, August 19, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Rahsia Bisnes Kuih Raya

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : Rahsia Bisnes Kuih Raya
Bil 1396 Ogos 2010
......Tapi bagi saya ilmu buat kuih raya dan operasi tidak sepenting strategi pemasaran. Sesedap kuih atau secantik mana bungkusannya tidak kemana kalau tidak dapat sampai ke dompet pembeli. Seperti mana bisnes lain inilah rahsia sebenar,apakah strategi yang patut dikuasai. Contohnya golongan yang perlu 'diserang' terlebih dahulu. Yang mana patut dijual dalam jumlah yang besar dan bagaimana mengekalkan mereka sebagai pelanggan tetap setiap tahun. Macam mana jana keuntungan tanpa promosi- buat dulu,hantar,tinggalkan,dekat raya baru datang kutip bayaran.
Adakah anda yang bersemangat tadi sudah patah semangat? Bagaimana mengubah daripada tidak tahu kepada tahu, daripada tak pandai kepada pandai dan daripada tak reti kepada reti? Jawabnya mula dengan KEINGINAN, kemudian dapat ILMU diikuti USAHA. Di zaman internet ini kepayahan mendapat ILMU sudah tidak timbul lagi. Tetapi KEINGINAN dan USAHA kena datang dari jiwa sendiri.
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan EBOOK RAHSIA BISNES KUIH RAYA  )

Wednesday, August 18, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-SISTEM PELABURAN SAHAM 8 LANGKAH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SISTEM PELABURAN SAHAM 8 LANGKAH
Bil 1395 Ogos 2010
......Lantas saya bertanya kepada beliau apakah yang patut dipelajari oleh seorang pelabur hijau bercita-cita tinggi supaya berhasil mencapai keuntungan. Ini ringkasan jawapannya:
1.  Bagaimana Mengenalpasti Arah Tuju Pasaran Saham
2.  Bagaimana Hendak Mengenalpasti Tahap Atas Pasaran
3.  Bagaimana Hendak Mengenalpasti Tahap Bawah Pasaran
4.  Bagaimana Memilih dan Membeli Saham  Yang Berpotensi
5.  Strategi & Teknik Membeli Saham guna isyarat carta
6.  Teknik Jualan Dalam Saham guna isyarat carta
7.  Strategi Menghadkan Kerugian Dalam  Urusniaga Saham
8.  Strategi Menjual Saham Untuk Mendapatkan Keuntungan.
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan EBOOK Sistem Saham 8 Langkah.  )

Sunday, August 15, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI-RENUNG KEMBALI PAKEJ PINJAMAN RUMAH ANDA

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: RENUNG KEMBALI PAKEJ PINJAMAN RUMAH ANDA
Bil 95 Ogos 2010
.........Apakah reaksi seorang pembeli rumah atau pemohon pinjaman apabila diberitahu yang permohonan mereka sudah diluluskan? Selalunya dia akan terus menandatangani dokumen. Kebanyakan peminjam hutang perumahan atau hutang hartanah akan berhenti setakat itu sahaja. Mereka tidak bertanya apakah itu kontrak pinjaman yang terbaik untuk mereka. Bagi yang perlukan rumah sudah cukup bersyukur kerana sudah dapat biayaan, tak sabar rasanya nak masuk rumah baru setelah bertahun-tahun menyewa teratak orang lain. Mereka yang membeli sebagai pelaburan pula sudah mempunyai strategi untuk menggunakan bayaran sewa untuk membayar balik ansuran. Lagi cantik sebab tak perlu guna duit sendiri, bak kata orang putih- OPM Other People's Money.
Tetapi mereka sebenarnya lupa bertanya apa yang pihak bank untung dari transaksi tersebut? Atau bolehkah faedah/bunga/interest yang bakal dihadiahkan kepada bank di salurkan balik kepada kocek pengguna?
Mari kita lihat contoh matematik kewangan di bawah. .........

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar)