Saturday, April 30, 2011

Sedutan Artikel MWanita-BERANI BERMULA DENGAN SYARAT ILMU ASAS SUDAH ADA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  BERANI BERMULA DENGAN SYARAT ILMU ASAS SUDAH ADA  
Bil 1432 April/May 2011 


...Seorang sahabat pernah menyatakan kepada saya, "Saya sukakan cadangan pelaburan anda tapi aku takutlah kalau-kalau harganya akan jatuh lagi sebab baru-baru ini bila aku periksa dalam surat-khabar harganya dok turun." Di bulan-bulan lepas sahabat ini memberi alasan berikut pula, "Emm....logik juga cakap awak tapi bila aku semak harganya dah naik, aku dah terlepas can lah! nantilah aku tunggu dulu macam mana keadaannya."Pada firasat saya falsafah begini bukan sahaja bermain-main di fikirannya tetapi juga di kebanyakan pelabur termasuk pembaca sekelian. Ada yang mungkin memiliki ilmu-ilmu dan teknologi untuk mengesan samada setiap alat pelaburan itu berbaloi atau tidak. Analisa demi analisa akan dilakukan baik dengan komputer, saranan juruanalisa di media atau simpulan dari perbincangan di warung-warung dan kedai-kedai mamak. Akhirnya masing-masing akan berfikir dalam hati, "Tak apalah biar aku tunggu?". Nak tunggu apa?
(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Tuesday, April 26, 2011

    Buku Terbaru Saya - Terjemahan Bahasa Malaysia Pemasaran Gerila Untuk Penulis

    Guerrilla Marketing for Writers: 100 No-Cost, Low-Cost Weapons for Selling Your Work
    Syukur akhirnya buku terjemahan saya ke Bahasa Malaysia, "Pemasaran Gerila Untuk Penulis" sudah mula dijual di Pesta Buku KL di PWTC yang sedang berlangsung 22 April sehingga 1 Mei 2011.

    Tajuk asal "Guerilla Marketing For Writers" karya bapa pengasas "pemasaran gerila" iaitu Jay Conrad Levinson dan tiga rakan beliau. Sinopsis dan kandungan dalam Bahasa Malaysia lihat di sini.

    Sunday, April 24, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - WUJUDKAH UNSUR SIMPANAN DALAM RIDER INSURANS ATAU TAKAFUL


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel :  WUJUDKAH UNSUR SIMPANAN DALAM RIDER INSURANS ATAU TAKAFUL    
    Bil 1431 April 2011 


    ...Soalan yang sering dikemukakan orang ramai ialah , "Benarkah pelan hospital perubatan yang saya ambil (tidak kira jenis cashless atau yang kena bayar dahulu claim kemudian) itu satu simpanan?". Sebelum menjawab persoalan di atas elok kita sama-sama rujuk kembali fakta asas dalam perenggan seterusnya.
    Setiap pelan insurans/takaful sekompleks mana sekali pun dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu pelan asas atau pelan utama, pelan tambahan atau RIDER dan unsur simpanan/pelaburan. Rider tidak boleh diambil sendiri tetapi mesti digabungkan dengan pelan asas. Di dalam pelan rider tidak ada unsur simpanan sebaliknya semua peruntukan kos untuk rider akan digunakan sebahagian besarnya untuk memberi perlindungan. Ambil contoh manfaat kesihatan atau perubatan yang boleh dipersembahkan dalam empat kategori utama:

    (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

      Sunday, April 17, 2011

      Sedutan Artikel MWanita - SWING TRADING BERBANDING T3


      Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
      Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
      Tajuk Artikel :  SWING TRADING BERBANDING T3   
      Bil 1430 April 2011 

      Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai menyatakan harapan kerajaan untuk melihat pelabur runcit menyumbang 50 peratus daripada dagangan dalam pasaran saham menjelang 2020. Jumlah sekarang cuma 30 peratus, satu statistik yang tidak memberangsangkan dibandingkan dengan Jepun dan Amerika Syarikat. Kebanyakan pelabur saham berusia 40 tahun ke atas dan cuma 12% sahaja berada dalam julat umur 20-29 tahun. Beliau berkata sasaran itu boleh dicapai jika Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan bank-bank pelaburan memainkan peranan masing-masing dalam mendidik orang ramai tentang faedah-faedah yang boleh diraih melalui pelaburan. Mengapakah orang muda kita kurang gemar dengan pelaburan saham? Mungkinkah kerana mereka lebih teruja dengan pelaburan forex yang lebih menyeronokkan? Atau kerana kerjaya broker saham ini sudah tidak menarik atau lumayan lagi? Mungkin mereka tidak ada peluang mempelajari asas-asas pelaburan saham yang sistematik seperti:
      (Untuk pembacaan seterusnya mengenai  SWING TRADING BERBANDING T3 dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
      Hubungi saya di email atau handphone saya untuk mendapatkan panduan digital sistem saham dalam Bahasa Malaysia, yang menunjukkan mengapa strategi T3 ataupun Intraday, mengikut setengah pelabur profesional adalah kurang sesuai untuk pasaran saham di Malaysia.

        Friday, April 08, 2011

        Sedutan Artikel MWanita - GARIS PANDUAN BAHARU KAD KREDIT BANK NEGARA


        Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
        Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
        Tajuk Artikel :  GARIS PANDUAN BAHARU KAD KREDIT BANK NEGARA  
        Bil 1429 April 2011 


        STATISTIK TERKINI : Pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan hampir separuh mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.

        Adilkah tuduhan bahawa kad kredit musuh kewangan nombor dua selepas inflasi? Ada orang yang menyifatkannya sebagai satu virus yang mampu membunuh secara perlahan. Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia,Nor Shamsiah Mohd, ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit.
        1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
        2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja........
        (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

          Sedutan Artikel MWanita - MASLOW,MESIR DAN MASJID


          Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
          Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
          Tajuk Artikel :  MASLOW,MESIR DAN MASJID 
          Bil 1428 April 2011 

          ......Bagaimana pula dengan perancangan kewangan secara Islam? Apakah konsep hieraki Maslow boleh digunakan? Ya, memang boleh tetapi tidak mencukupi kerana perancangan kewangan Islam perlu mengambil kira 3 perbezaan utama:
          1.    Kekayaan dikurniakan oleh Tuhan
          2.    Semua aspek pengurusan kekayaan mesti megikut Syariah
          3.    Sebarang perancangan kewangan duniawi mesti mempunyai implikasi untuk alam baqa'

          Sememangnya seorang perancang kewangan Islam tidak akan menggunakan hieraki Maslow tetapi hieraki yang lebih menyeluruh berdasarkan konsep masjid. Bayangkan satu bangunan masjid yang kukuh. Pembinaannya terdiri dari 5 unsur utama iaitu:
          1.    Tapak (di mana keseluruhan binaan di asaskan)
          2.    Lantai (di mana jemaah akan bersembahyang)
          3.    Tiang-tiang (bertindak sebagai sokongan)
          4.    Bumbung (sebagai pelindung)
          5.    Kubah (wawasan terakhir iaitu hayatan tayibbah)

          (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

            Thursday, March 24, 2011

            Sedutan Artikel MWanita-KEDUDUKAN SEORANG BAKAL PELABUR DALAM KITARAN HIDUP


            Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
            Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
            Tajuk Artikel :  KEDUDUKAN SEORANG BAKAL PELABUR DALAM KITARAN HIDUP 
            Bil 1427 March 2011 

            ......Di manakah kedudukan seorang bakal pelabur dalam kitaran hidupnya?
            Wawasan kewangan dan strategi pelaburan seseorang pasti bertukar semasa kitar hayatnya. Misalnya strategi pelaburan untuk seorang bujang yang sedang menghampiri pesaraan pasti tidak sama dengan seorang lelaki sudah berkahwin dan beranak dua. Setiap pelabur pada hakikatnya mesti membuat keputusan sendiri dan mengambil tindakan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. Berikut diberikan satu panduan ringkas dalam Jadual berikut untuk membantu anda. Saya mulakan dari peringkat umur tua ke umur muda.......

            (Untuk Jadual nya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

              Sunday, March 20, 2011

              Sedutan Artikel MWanita-PINJAMAN PERUMAHAN DAN HADIS RIWAYAT ABU DAUD


              Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
              Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
              Tajuk Artikel :  PINJAMAN PERUMAHAN DAN HADIS RIWAYAT ABU DAUD 
              Bil 1426 March 2011 

              ......Dalam artikel ini kita cuma membicarakan pengurusan hutang perumahan. Hutang perumahan berbeza dengan hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi atau hutang kereta. Banyak perkara yang pihak bank tidak menjelaskan dengan nyata kepada pengguna menyebabkan pengguna yang tidak celik kewangan membuta tuli membayar tanpa memeriksa bagaimana mereka boleh mengambil kesempatan atau menguruskan semua hutang-hutang ini. Hubungi saya untuk mendapatkan pakej digital dalam Bahasa Malaysia tentang panduan rahsia pengurusan hutang yang jarang dicerita industri kewangan. 

              ........Jadi apa kesimpulannya? Tidak cukup jika hanya bergantung kepada petikan dari doa Hadis Riwayat Abu Daud 4/353 ini, "Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.” Tidak salah berserah kepada yang Maha Kuasa tetapi salah kalau lepas itu berpeluk tubuh sahaja. Ambil tindakan untuk menguasai hutang anda bukan sebaliknya iaitu kita dikuasai hutang. Cuba usahakan supaya tempoh pembayaran dan jumlah faedah yang "disedekah" kepada pihak bank dikurangkan mengikut kemampuan anda.
              (Untuk artikel penuh dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                Wednesday, March 16, 2011

                DAFTAR PERCUMA UNTUK EKSPO KEWANGAN 2 HARI DI KL

                Satu ekspo kewangan akan diadakan selama dua hari berturut-turut
                dalam bulan April 2011 di Kuala Lumpur.
                Antara aktiviti:
                1) Lebih 50 seminar (percuma dan berbayar)
                2) Forum dan Klinik pelaburan
                3) Pameran Kewangan dan Pelaburan Kewangan Islam
                4) Pameran Peluang Pelaburan Hartanah
                5) Penjualan buku-buku kewangan dan pelaburan
                6) Cabutan bertuah

                Maklumat lanjut dan cara mendaftar tiket masuk digital, daftar
                nama pendek, emel dan handphone di sini dahulu.
                http://bit.ly/huAv8N

                Saya akan hantar emel balasan untuk maklumat lanjut dan cara
                mendapat tiket masuk secara percuma.
                Saya nasihatkan ambil tiket dahulu tak kira dapat hadir atau
                tidak.
                Daftar nama pendek, emel dan handphone di sini dahulu.
                http://bit.ly/huAv8N

                Monday, March 14, 2011

                Sedutan Artikel MWanita - PERANCANGAN HARTA UNTUK USAHAWAN ISLAM


                Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                Tajuk Artikel : PERANCANGAN HARTA UNTUK USAHAWAN ISLAM 
                Bil 1425 March 2011 

                Dalam artikel lampau saya telah menjelaskan kategorinya mereka yang patut membuat wasiat. Soalnya bagaimanana dengan usahawan? Adakah perbezaan di antara mereka yang bekerja makan gaji dengan yang bekerja sendiri? Ya ada perbezaan iaitu dari segi perancangan kesinambungan pendapatan perniagaan atau perniagaan itu sendiri. Saya huraikan satu contoh kajian kes berdasarkan kisah benar.

                Kajian kes:
                En Salim, berumur 39 tahun ialah seorang usahawan yang berjaya. Perniagaannya melibatkan pengambilan kontrak mencuci bangunan tinggi. Untuk mendapatkan kontrak-kontrak berkenaan beliau melalui syarikatnya terpaksa mengambil pinjaman dengan dirinya sebagai penjamin. Bank biasanya akan menerima syarat ini kerana beliau juga ialah pengarah syarikatnya sendiri. Beliau mempunyai keluarga yang kompleks iaitu 2 isteri (perbezaan umur mereka 10 tahun),4 anak perempuan dan seorang anak angkat lelaki. Kesemua anak-anaknya termasuk anak angkat berada di bawah 14 tahun. Beliau juga mempunyai 2 orang adik beradik lelaki yang masih hidup....

                (Untuk huraian kes dan jalan penyelesaian dapatkan artikel penuh dalam Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                  Saturday, March 05, 2011

                  Sedutan Artikel MWanita - BERJAYA KEWANGAN TIDAK SEMESTINYA INDAH


                  Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                  Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                  Tajuk Artikel : BERJAYA KEWANGAN TIDAK SEMESTINYA INDAH 
                  Bil 1424 March 2011 

                  ...."Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia." Siapa sangka kata-kata ini keluar daripada seorang insan yang sudah berjaya dari segi kewangan. Beliau seorang ahli perniagaan pernah menjadi pelanggan kepada firma perancangan kewangan yang saya bertugas satu masa dahulu.

                  Sekiranya dirujuk di dalam kitab karangan Imam Al-Ghazali (Ihya Ulum Al-Din) jilid 3, Imam al-Ghazali meriwayatkan seorang ulama pada zaman pemerintahan al-Mansor (pada menjawab pertanyaannya) berpendapat bahawa seseorang manusia tidak akan mengumpul harta melainkan untuk tiga tujuan berikut iaitu :
                  a. Simpanan untuk anak-anak
                  b. Mengekalkan pemerintahan atau kuasa
                  c. Mendapatkan tempat(kuasa) yang lebih tinggi
                  Kita tidak akan berdebat di sini samada kata-kata Imam Al-Ghazali masih relevan dalam dunia kewangan kini. Apa yang nyata kata-kata beliau dan ahli perniagaan tadi mempunyai amaran bahawa dalam usaha mempelajari ilmu kewangan hati-hati dengan apa sebenarnya matlamat kita.....

                  Jika kita ingin memulakan perniagaan dan hidup atas usaha sendiri kita perlu menuruti 4 prinsip berikut:-

                  (Artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                    Friday, February 25, 2011

                    Sedutan Artikel MWanita - PELABUR PAK TURUT


                    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                    Tajuk Artikel : PELABUR PAK TURUT
                    Bil 1423 Feb/March 2011 

                    ....Semua maklumat dalam dunia pelaburan bersifat dinamik jadi gunakan maklumat di sini sebagai panduan sahaja. Selalu semak dengan data terkini dari media atau internet. Jangan sekali-kali jadi pelabur pak turut yang mengikut sahaja apa kata jurujual atau agen.....
                    Bagi yang tidak mempunyai modal yang besar dan malas mahu mengambil risiko simpan emas sebab takut hilang mahu pun dicuri orang, maka mereka kini mempunyai pilihan untuk membuka Akaun Simpanan Pelaburan Emas atau Gold Saving Account. Perhatikan saya guna dua frasa penting "tidak mempunyai modal yang besar" dan "risiko simpan emas". Pelaburan emas sebenarnya ada dua kaedah, pertama emas dibeli secara fizikal dan kita yang simpan , kedua tidak dibeli secara fizikal (mungkin boleh tengok sekejap) tetapi disimpan oleh pihak ketiga.

                    Hubungi saya untuk mendapat pakej panduan digital (bukan buku biasa) akaun pelaburan emas bank-bank di Malaysia yang mengandungi tiga modul iaitu Kajian Kes Akaun Pelaburan Emas, Panduan Memilih Pelaburan Menguntungkan dan Panduan Fakta Emas. (Artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                      Saturday, February 19, 2011

                      Sedutan Artikel MWanita - PERANAN PENASIHAT PRODUK KEWANGAN


                      Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                      Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                      Tajuk Artikel : PERANAN PENASIHAT PRODUK KEWANGAN
                      Bil 1422 Feb 2011 

                      Dalam industri seperti marketing dan sales memang lumrah kutuk mengutuk dan memperkecilkan pesaing diamalkan oleh  wakil-wakil syarikat tertentu. Dalam proses latihan mandatori agen sendiri - agen digalakkan menganalisa kelemahan pesaing tidak kira konvensional atau takaful. Kalau di kalangan penasihat takaful-insurans konvensional yang ketara sekali ialah soal halal-haram. Untuk kepentingan pengguna saya rasa yang lebih mustahak di sini ialah bukan isu siapa memburukkan siapa tetapi mendidik agen secara profesional memberi penjelasan sebenarnya tentang dongeng atau penyataan yang boleh mengelirukan pihak pengguna. Saya berikan beberapa contoh.
                      Sistem takaful sehingga hari ini masih tidak dapat menanding operasi insurans konvensional yang jauh cekap dan efisien.
                      Komen saya:
                      Kita patut memberi peluang kepada industri takaful untuk berkembang dan membaiki operasinya. Syarikat konvensional telah banyak belajar dari kesilapan-kesilapan dan maklumbalas yang mereka alami dalam lapanpuluh tahun lepas. Malahan ada syarikat insurans konvensional mempunyai permulaan mereka lebih lama dari itu di luar negara sebelum bertapak di negara kita. Banyak kes-kes tuntutan yang telah dimenangi oleh pemegang polisi yang membawa insurans konvensional ke mahkamah.....

                      (
                      Untuk melihat komen penuh kepada 3 contoh yang saya kupas dapatkan artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                        Sedutan Artikel MIDI -MEMILIH ALAT PELABURAN SECARA PERBANDINGAN KOS

                        Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
                        Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
                        Tajuk: MEMILIH ALAT PELABURAN SECARA PERBANDINGAN KOS

                        Bil 107 Feb 2011
                        Bila kita melabur bukan sahaja keuntungan yang harus dikejar tetapi kena pikir juga pasal kos kemasukan kerana kos ini akan mengikis modal permulaan kita. Sekiranya kita membuka satu akaun pelaburan dengan wang 10,000 dan kos pelaburan ialah 5% maka modal kita selepas ditolak 5% tadi akan jadi RM9500 sahaja. Selain kos wang kena juga pertimbangkan kos masa kita untuk memantau prestasi, menyelidik dan kesan psikologi. Tanpa mempertimbangkan isu keuntungan, yang mana lebih mahal kosnya pelaburan, unit amanah atau pelaburan terus dalam Bursa Malaysia?
                        (Nota penting: Semua angka-angka di bawah hanya illustrasi. Nilai sebenar dan kelaziman industri bertukar-tukar mengikut peredaran masa. Maklumat dan analisa lanjut ada dalam buku saya Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah.)
                        Katakan anda melabur RM50,000 dalam unit amanah , berapakah kos yang bakal anda tanggung? Mula-mula kita tentukan berapakah jumlah kos tahunan yang terpaksa dipotong dari pelaburan asal kita dalam bentuk peratus.
                        Jadual 1 Jumlah Kos Tahunan Yang Terlibat Dalam Pelaburan Unit Amanah
                        (Semua angka -angka di atas boleh diperolehi daripada prospektus unit amanah. Anda boleh cuba mendapatkan satu prospektus dan cuba masukkan angka-angka anda sendiri.)
                        Untuk perbincangan penuh bersama dua jadual lain dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

                        Wednesday, February 09, 2011

                        Sedutan Artikel MWanita - KUNCI KEBAHGIAAN WARGA EMAS


                        Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                        Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                        Tajuk Artikel : KUNCI KEBAHGIAAN WARGA EMAS
                        Bil 1421 Feb 2011 

                        Warga emas atau warga tua secara umumnya dikategorikan sebagai individu yang berumur melebihi 60 tahun dan ke atas. Biasanya golongan ini telah bersara dan menghabiskan hampir sepenuh masanya di rumah sahaja, namun tidak bererti golongan ini sekadar bersikap pasif atau dilabelkan sebagai kurang produktif.

                        Dalam artikel kali ini saya akan mendedahkan statistik yang dikumpul dari survey 2 golongan dari 20 buah negara. Golongan tersebut ialah 20,000 individu dan 6,000 majikan. Sila lihat carta-carta untuk mendapat idea berkenaan tindakan yang harus kita lakukan untuk masa pesaraan kelak. Mula-mula kita tinjau maklumbalas majikan dahulu berkaitan dengan peranan warga emas. Kajian ini dibuat dalam tahun 2005. Saya tidak dapat mengesan hasil keputusan bancian yang terbaru, ada kemungkinan ia belum dilakukan lagi sehingga sekarang....

                        (
                        Untuk melihat 5 carta hasil kompilasi statistik dan komen saya dapatkan artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                          Tuesday, February 08, 2011

                          Sedutan Artikel MWanita - PERANCANGAN PUSAKA BUATAN SENDIRI


                          Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                          Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                          Tajuk Artikel : PERANCANGAN PUSAKA BUATAN SENDIRI
                          Bil 1420 Feb 2011 
                          Dalam seminar pengurusan kewangan saya kerap kali diminta memberi panduan bagaimana jika seorang itu mahu menulis wasiatnya sendiri. Buat pengetahuan pembaca saya tidak menggalakkan perbuatan "do it yourself" terutamanya dalam perancangan pusaka. Satu contoh ialah wasiat tidak semestinya penyelesaian terbaik untuk situasi setiap orang malah ia boleh membawa lebih banyak masalah terutamanya dalam proses perancangan pusaka bagi orang Islam. Seringkali selepas bertanya secara lebih mendalam tentang tujuan sebenar dan kemahuan pelanggan, wasiat terpaksa digabungkan dengan elemen perancangan pusaka yang lain.

                          Balik kepada mereka yang masih mahu buat sendiri kononnya untuk jimat kos, ini antara kandungan-kandungan yang terdapat dalam dokumen wasiat mengikut kehendak seseorang individu:
                          ......
                          (
                          Senarai penuh dapatkan artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                            Sedutan Artikel MIDI - ARIF KEWANGAN DALAM DUNIA KINI

                            Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
                            Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
                            Tajuk: ARIF KEWANGAN DALAM DUNIA KINI 
                            Bil 106 Feb 2011

                            Kita semua sudah biasa dengan scenario ini. Harga barangan makin meningkat. Hidup semakin susah. Yang perit golongan berpendapatan rendah. Inflasi akan memberi tekanan yang tinggi kepada hidup golongan ini. Sebabnya mudah difahami tanpa matematik tingkatan enam. Wang yang sama setahun dahulu tidak mencukupi untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang sama. Kalau gaji naik pun, bukan menjadi semakin selesa tetapi cuma mampu mengekalkan cara hidup yang sedia ada.

                            Tetapi bila kita faham tentang dunia dan wang yang kita gunakan sekarang, kita boleh merangka strategi untuk berjaya dari segi kewangan. Selain menambahkan punca pendapatan kita cepat-cepat tukar wang kertas kita kepada aset-aset seperti emas,rumah dan perniagaan. Aset-aset ini istimewa kerana berkemampuan menjana aliran tunai dan juga bertambah dari segi nilai dalam jangka masa panjang. Tetapi hakikatnya bukannya aset yang dapat menjadikan kita lebih kaya tetapi pengetahuanlah punca sebenar.

                            Kematangan kewangan kadangkala dikaitkan dengan "ARIF KEWANGAN" (AK). Ia  bukan hartanah, saham,perniagaan atau suatu produk kewangan untuk membuat seseorang lebih kaya. Pakar psikologi "behavioral finance" mengusulkan bahawa AK berkait rapat dengan pengetahuan tentang bagaimana menjadi kaya. Berikut beberapa petua membina AK anda jika anda seorang wanita:

                            Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

                            Wednesday, January 26, 2011

                            Sedutan Artikel MWanita - Getah Dan Skim Simpanan Persaraan


                            Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                            Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                            Tajuk Artikel : Getah Dan Skim Simpanan Persaraan
                            Bil 1419 Jan 2011 
                            ...........Lebih dua tahun sudah berlalu, berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara bulan Januari 2011 ini kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan. Boleh bersaing dengan gaji pegawai kerajaan dan setengah sektor swasta.  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu. "Kita dapat melihat sejak beberapa tahun, antara komoditi yang stabil adalah getah. Ia mengupayakan pendapatan penduduk luar bandar dengan stabil," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti Risda.Kenaikan dalam punca pendapatan atau perniagaan kita seharusnya diikuti dengan kenaikan dalam ilmu kewangan kita tidak kira samada kita tahu membaca atau tidak. Ini hukum kewangan yang saya cipta sendiri. Banyak lagi dalam senarai nanti saya akan dedahkan selagi ada kudrat menulis ruangan ini. Jadi di mana skim pesaraan yang sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri seperti penoreh getah? Satu alternatif yang sesuai ialah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia berkuatkuasa mulai 3 Januari 2010.Berikut tujuan dan rasional mengenai skim ini:......
                            (
                            Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

                              Tuesday, January 25, 2011

                              Kepada Yang Terlepas Seminar Saham Percuma Di KL Dulu

                              Seminar percuma ini dalam Bahasa Inggeris.  Tiada kos tersembunyi.

                              Seminar di KL terlebih langgan jadi satu lagi akan diadakan di Kelang .
                              Daftar dahulu di sini, masa, dan syarat penyertaan dinyatakan sekali.
                              http://bit.ly/market2011


                              TOPIK: (Buku di sebelah kiri tiada kaitan dengan seminar ini)

                              1. Market Outlook 2011
                              2. Sectors that will perform well in 2011
                              3. Stock picks
                              4. How to reduce transaction costs to improve winning strategy
                              5. How to have competitive edge using trading tools
                              6. How to use technical charts to time entry and exists

                              Saturday, January 22, 2011

                              Sedutan Artikel MWanita - MAKSUD TERSIRAT PANTUN EMPAT KERAT


                              Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
                              Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
                              Tajuk Artikel : MAKSUD TERSIRAT PANTUN EMPAT KERAT 
                               Bil 1418 Jan 2011 
                              ...........Kejayaan kewangan kita sedikit sebanyak bergantung kepada pengaruh individu di sekeliling anda iaitu mereka yang bergelar kawan rapat, rakan sepejabat dan keluarga dekat. Akibat dari pengaruh ini kerap kali seseorang itu menjalani kehidupan penuh kebimbangan di samping rasa kekurangan dari segi psikologi. Penyakit ini bukannya berlaku serta merta tetapi ia meresap perlahan-lahan bahkan bertahun-tahun tanpa disedari ketika masih di zaman kanak-kanak. Kesannya mudarat sekali di mana kehidupan menjadi kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kalau terlambat gaji seminggu dua alamat porak perandalah rumahtangga. Jadi bagaimana cara mengubatinya?
                              Jawapannya ada dalam pantun empat kerat berikut. Cuba cari jawapannya, ini akan menjadi langkah pertama:

                              Sirih pinang daun bawang
                              Ke pekan Rabu di bawa jaja
                              Si miskin bekerja mencari wang
                              Si kaya paksa wangnya bekerja
                              (Jawapan diberi dalam artikel hardcopy di majallah).

                              Sekarang langkah kedua ialah ,menentukan berapa banyak yang mampu disimpan sebelum gaji anda habis dimakan tuan rumah, tuan tanah, syarikat kad kredit atau kedai elektrik. Secara kasarnya ialah 10% daripada gaji bersih TETAPI kalau 1% pun tak apa. Simpan dulu dalam tabung di rumah. Yang penting bukannya jumlah tetapi niat, kerana niat yang pertama dengan doa akan mula menggerakkan tsunami wang anda. Ya, kekuatan tindakan anda seumpama resmi tsunami, mula gerak dan jangan berhenti. Bagi mereka yang mampu saya cadangkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 30-40%. Kenapa? Ikuti penerangan selanjutnya....(
                              Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)