Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SOAL JAWAB KALKULATOR KEWANGAN HP
Jawapan: Melalui pendedahan kepada kalkulator sebegini, para pelajar boleh didedahkan kepada bidang berikut yang boleh diceburi secara serius di masa akan datang. Antara bidangnya Perniagaan dan Kewangan, Perbankan/Insurans dan Perancangan Kewangan, Penilaian Pelaburan,Bon dan Pasaran Saham.
Soalan 7 - Bagaimanakah kalkulator sedemikian berguna kepada seorang bakal peminjam?
Jawapan: Katakan En A ingin membandingkan satu pinjaman peribadi (andaian tiada yuran tambahan) sebanyak 15,000 dengan bunga 6 peratus setahun dibayar balik selepas 5 tahun. Ada dua iklan X dan Y. Iklan X menawarkan kadar bunga flat rate sementara iklan Y menawarkan kadar bunga secara "compounding". Menggunakan kalkulator kewangan seperti HP20b ini, jumlah kena dibayar semula dan bayaran bulanan bagi iklan X (flat rate) ialah RM19,500 dan RM325 masing-masing. Tetapi nilai bagi Y (compounding) pula ialah RM17,400 dan RM290. Jelas pinjaman dengan kaedah flat rate tidak menjadi pilihannya.....









