Monday, February 02, 2009

Saksikan Saya Dalam "Selamat Pagi Malaysia" Rabu 4hb Feb 7.30 pagi

Saya akan muncul selama 15 minit dalam program TV RTM "Selamat Pagi Malaysia" pada hari Rabu 4hb Feb 7.30 pagi. Baharu dapat pengesahan daripada penerbit pagi Selasa ini. Segmen "Sembang Pagi" bermula 7.30 pagi. Tajuk sembang-sembang pagi - "Jimat Semasa Gawat".

Thursday, January 29, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SURAT JEJAKA KAYA KEPADA GADIS CANTIK BERHAJAT BESAR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SURAT JEJAKA KAYA KEPADA GADIS CANTIK BERHAJAT BESAR  

Edisi : Bil 1315 30Jan-5 Feb 2009

"....Bagi pembaca wanita beranikah anda menulis surat seperti di bawah untuk memancing jejaka ideal pujaan anda. Bagi pembaca lelaki pula agaknya bagaimanakah jawapan anda sekiranya memang mempunyai citarasa yang dipinta wanita ini.

<>

Begitulah bunyi surat penuh harapan dari seorang wanita yang melakukan perancangan kewangannya dengan begitu kreatif tanpa perlu menanti bertahun-tahun. Pembaca lelaki bagaimana pula, apa agaknya jawapan anda, mungkinkah begini:

<>

Cadangan saya kepada pembaca semua, dalam masa kegawatan ekonomi yang bakal datang ini (kalau sememangnya ia datang sehingga menyusahkan hidup kita) cuba dapatkan pengetahuan untuk mengatasinya daripada berfikiran seperti gadis di atas. Kenapa harus bergantung kepada orang lain atau bermimpi macam Mat Jenin?....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, January 23, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - STRATEGI HUTANG PERUMAHAN TAK KIRA EKONOMI GAWAT ATAU TIDAK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: STRATEGI HUTANG PERUMAHAN TAK KIRA EKONOMI GAWAT ATAU TIDAK 

Edisi : Bil 1314 Jan 2009

"....Pengurusan hutang perumahan ada tiga strategi - pertama dengan refinance, keduanya dengan mengurangkan pinjaman bulanan dan ketiga dengan merombak kembali kontrak pinjaman perumahan asal. Kalau lebih berani boleh gabungkan sekali ketiga-tiga kaedah. Kesemua kaedah ada kosnya sendiri, kikiskanlah sikap bahawa dalam dunia ini semua kena ada subsidi atau free. Kalau benar-benar percuma sekali pun masih melibatkan nilai masa (time-value). Nilai masa ini bersamaan dengan jawapan kepada soalan, " Jika saya ingin membeli satu jam masa tuan, berapakah harganya?". Jadi berapakah harga masa sejam anda?

Balik kepada 3 kaedah di atas. Yang mana yang terbaik? Ini bergantung kepada situasi kewangan, jenis pinjaman Islamik atau bukan Islamik, disiplin dan psikologi kewangan pengguna. Saya tidak dapat memberikan jawapan di sini. Apa yang akan saya kupas adalah strategi ketiga. Penjelasan saya di sini elok dimanfaatkan bersama seorang perancang kewangan atau konsultan pinjaman. Jika buat sendiri mungkin salah langkah. Saya berikan ingatan ini kepada semua tak kira yang berpendidikan tinggi, rendah atau buta huruf........"

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, January 15, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KUNCI KEBEBASAN KEWANGAN - HIDUP SEDERHANA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: KUNCI KEBEBASAN KEWANGAN - HIDUP SEDERHANA   

Edisi : Bil 1313 16-22 Jan 2009

"....Jawapan kepada teka-teki ini bergantung kepada gaya-hidup (lifestyle) individu berkenaan. Bagi mereka yang menjalani gaya-hidup materialistik, impian untuk mencapai kebebasan kewangan akan tinggal impian sahaja kerana biar berapa besar pendapatan mereka, mereka akan sentiasa mencari ikhtiar untuk membelanjakan wang mereka. Kadangkala minda mereka ini amat kreatif sekali mencari alasan yang munasabah. Sebaliknya mereka yang mengamalkan hidup sederhana mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai impian mereka.

Saya pasti anda ada mendengar atau barangkali mengenali rakan sekerja, sanak saudara atau kenalan yang pendapatan tidak tinggi tetapi mampu membesarkan keluarga mereka di samping memberi pendidikan yang cukup kepada anak-anak. Dengan berbekalkan pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan entah bagaimana mereka dapat melakukannya. Anihnya kita juga tahu tentang mereka yang bergaji sampai RM5,000 sebulan sentiasa merungut tidak cukup wang apatah lagi untuk mulakan sistem simpanan atau pelaburan. Jadi sebagaimana dengan kehidupan segala-galanya adalah "relatif".

Jadi balik kepada persoalannya - berapakah yang seseorang itu perlu untuk menikmati kebebasan kewangan. Ya - anda mungkin cuma perlu RM 480,000, sebuah rumah dan kereta yang dibayar penuh. Ini tidak bermakna yang kita mesti menunggu sehingga mencapai umur 55 tahun untuk menikmati hidup bebas hutang ini. Mengejar wang memang mustahak tetapi kita perlu juga memperlahankan irama kehidupan moden yang pantas tapi penuh dengan "stress"........"

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, January 09, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BAHASA BAYARAN HUTANG SECARA BERADAB

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: BAHASA BAYARAN HUTANG SECARA BERADAB   

Edisi : Bil 1312 Jan 2009

"....Sebagai pengguna di zaman moden ini kita boleh mencontohi sikap Nabi dengan membayar hutang secara beradab walaupun menghadapi masalah kewangan. Satu cara ialah dengan menulis surat beradab dengan Bahasa Melayu Tinggi untuk membuktikan kita bukannya lari dari membayar hutang. Bahkan surat sedemikian akan memberikan sokongan atas kredibiliti apabila timbul keperluan meminta hutang baru semasa ekonomi pulih......"
".....Bagi pembaca yang berugama Islam sekiranya anda tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.]......."


Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, January 02, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - APAKAH REVOLUSI KEWANGAN ISLAM AKAN BERMULA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: APAKAH REVOLUSI KEWANGAN ISLAM AKAN BERMULA  

Edisi : Bil 1311 Jan 2009

"....Sekarang kerajaan Iran sendiri berminat mempelajari kejayaan Malaysia dalam memperkasakan sistem kewangan Islam. Walaupun Iran antara negara terawal memperkenalkan sistem kewangan dan perbankan Islam di samping Sudan, Pakistan dan Malaysia di era 1980-an, namun hanya Malaysia melangkah ke hadapan. Malaysia kini bukan sahaja menjadi pusat kewangan dan perbankan Islam yang disegani masyarakat antarabangsa bahkan menjadi rujukan kebanyakan negara Islam lain.

Minat masyarakat antarabangsa terhadap sistem kewangan Islam makin mendalam akibat kemeleseten ekonomi yang melanda Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Kerajaan Republikan Amerika terutamanya melalui sistem riba memberikan kebebasan luas kepada rakyatnya untuk memiliki rumah kediaman dengan pelbagai insentif yang menarik seperti membeli rumah tanpa wang deposit, tanpa dokumentasi dan tidak perlu membayar ansuran bulanan selama dua tahun. Bayangkan jika pengguna di Malaysia diberikan kelonggaran sedemikian. Nasib baik sikap "Malaysia Boleh!" tidak diamalkan di sini...... "


Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH TAULADAN NABI SULAIMAN DENGAN SEMUT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: KISAH TAULADAN NABI SULAIMAN DENGAN SEMUT  

Edisi : Bil 1310 Dec 2008

"....Dalam kehidupan seharian kita rezeki berasal dari pekerjaan. Buat kerja atau berniaga hasilnya pulangan (rezeki) kewangan. Dengan pulangan kewangan dapatlah berbelanja membeli pelbagai keperluan kehidupan seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kenderaan dan pelbagai keperluan lain. Kalau ada wawasan jangkapanjang, kita akan membuat persiapan menghadapi hari tua dan menyediakan tabungan untuk anak. Melalui proses dan aktiviti-aktiviti sebegini, kehidupan manusia boleh dirancang dan tindakan yang wajar boleh diambil atau dilakukan untuk memperoleh kehidupan yang normal dan sempurna.

Namun kehidupan kita tidaklah selalunya normal dan sempurna. Pasti wujud liku-liku kesukaran atau “asam garam hidup” simbol halangan yang perlu dihadapi oleh setiap manusia dalam menempuh proses kehidupan ini. Tetapi ada jaminan dari Al-Quran..........Begitulah iman semut dibandingkan dengan iman manusia. "

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, December 21, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERANCANGAN PUSAKA SUAMI UNTUK ISTERI DERHAKA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PERANCANGAN PUSAKA SUAMI UNTUK ISTERI DERHAKA  

Edisi : Bil 1309 Dec 2008

"....Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Komen Saya:
(Jelas dalam wasiat, arwah memang memperincikan cara pembahagian pusaka. Ini mencukupi sekiranya wasiat ialah Wasiat Bukan Islam kerana pewasiat boleh memperincikan sesuka hatinya. Tetapi dalam Wasiat Islam perincian sebegini cuma diterima sebagai HASRAT arwah dan jika sekiranya tiada bangkangan dari waris Faraid lain, ia boleh dilaksanakan. Jadi pada hemat saya si balu mempunyai asas kukuh untuk membangkang. Tapi di hujung cerita ini ada alasan kuat untuk  hasrat arwah/suami dilaksanakan. Sila teruskan bacaan)
....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, December 15, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Kisah Balang,Bola Golf,Guli,Pasir....

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Kisah Balang,Bola Golf,Guli,Pasir dan Dua Cawan Kopi   
Edisi : Bil 1308 Nov 2008

"....Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu, anda tidak akan mempunya ruang untuk guli dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain.

Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan.Perkara lain cumalah pasir” Salah seorang hadirin mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Ustazah tersenyum .“Saya gembira ada yang bertanya.Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. ....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Saturday, December 06, 2008

Buku Rahsia Mengurus Insurans Hayat TOP 10 Best Seller PTS di MPH Alamanda November 2008

Syukur nikmat buku saya masih di senarai TOP 10 Best Seller PTS di MPH Alamanda November 2008, Kategori Buku Bisnes dan Profesional. Ada berpuluh-puluh polisi insuran/takaful pun tak berguna kalau ianya tidak diuruskan dengan betul. Jangan harap agen atau syarikat menguruskan segala-galanya untuk anda. Dapatkan buku ini - pasti tidak menyesal di kemudian hari semasa membuat tuntutan! 

1. KAYA DENGAN RUMAH
2. BUAT DUIT DENGAN RUMAH
3. MENJADI JUTAWAN MLM (ed. jimat)
4. SIRI MULA BISNES: PASAR MALAM
5. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY
6. RAHSIA PELABUR JUTAWAN
7. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT
8. SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI
9. RAHSIA BISNES ORANG CINA (ed. jimat)
10. TEORI DAN TEKNIK KEPIMPINAN

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - MENANGANI KEGAWATAN DENGAN SURAH YUSUF

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MENANGANI KEGAWATAN DENGAN SURAH YUSUF   
Edisi : Bil 1307 Nov 2008

"....Itu petikan teks ucapan Belanjawan 1998 oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada ketika itu. Surah yang dirujukkan YB berbunyi begini:

"Yusuf berkata: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan.'' -- (Surah Yusuf: 47-48)

Bagi mereka yang mempelajari kaedah perancangan kewangan Islam memang kenal benar dengan Surah Yusuf ayat 47-48, bahkan kena menghafalnya sewaktu menulis jawapan kepada soalan peperiksaan.Secara ringkas, ayat ini menceritakan jawapan yang diberikan oleh Nabi Yusof a.s. mengenai mimpi Raja Mesir iaitu menasihatkan mereka supaya sebahagian daripada hasil bercucuk tanam yang diperolehi pada tujuh tahun berikutnya disimpan. Ini adalah kerana selepas tempoh tujuh tahun tersebut, akan berlaku kesulitan (kemarau panjang) yang memusnahkan hasil tanaman mereka. Semestinya, mereka hanya boleh bergantung hidup menggunakan hasil tanaman yang telah dikumpulkan pada tujuh tahun sebelumnya.
....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, November 27, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita- Aduan Salah Laku Pelaburan

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Aduan Salah Laku Pelaburan - Kepada Siapa  
Edisi : Bil 1306 Nov 2008

"....Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri pelaburan dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada SC. SC bermakna Suruhanjaya Sekuriti atau dalam Bahasa Inggeris Securities Commission. Suruhanjaya Sekuriti salah satu badan pemantau yang menjaga kegiatan kewangan di negara kita. Satu lagi badan yang mempunyai kuasa ialah Bank Negara Malaysia.


Di SC ada satu Jabatan dipanggil Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan yang akan meneliti aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan. Tujuan untuk menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Mereka mengalu-alukan semua jenis aduan yang berkenaan kerana ini memberikan peluang mendedahkan aktiviti salah laku yang berlaku dalam industri atau trend baru melibatkan penipuan pelaburan.


Apakah jenis aduan yang boleh dilapurkan dan borang aduan....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, November 26, 2008

ASW2020- Apakah mungkin berlaku huru hara esok 27 Nov 2008

KUALA LUMPUR: Satu bilion unit baru Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan ditawarkan mulai esok. Unit baru saham amanah yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia itu, boleh dilanggan mulai jam 8 pagi di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) seluruh negara dan 1,627 cawangan ejennya.
Baca lanjut disini - Berita Harian

Pulangan ASW2020 2001-2007:
2001 - 7.25%
2002 - 7.25%
2003 - 6.60%
2004 - 7.00%
2005 - 7.10%
2006 - 6.80%
2007 - 7.10%

Sunday, November 23, 2008

Lagi 1089 naskah buku saya dipesan oleh PNM


Saya mendapat berita dari Penerbit PTS bahawa buku saya Rahsia Mengurus Insuran Hayat dipesan 1089 naskah oleh Perpustakaan Negara Malaysia . Saya merasa terharu kerana ini pesanan pukal kedua dalam tahun 2008 selepas pesanan 1089 naskah buku Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah untuk perpustakaan desa. (Baca di sini ). Terima kasih juga untuk pihak editorial dan pemasaran PTS yang membantu mempromosikan buku saya kepada pegawai-pegawai PNM. Mungkin tahun 2008 ini agak bertuah bagi saya selepas titik peluh menulis kedua-dua buku tersebut.
Mereka yang berminat boleh pesan atau beli dari MPH, Popular atau terus dari penerbit Malaysia PTS 603-61880316.

Thursday, November 20, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - JIKA EKONOMI GAWAT ATAU TAK GAWAT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: JIKA EKONOMI GAWAT ATAU TAK GAWAT
Edisi : Bil 1305 Nov 2008
......Prinsip kewangan tetap boleh diamalkan samada ekonomi gawat atau tidak. Yang penting apakah keadaan kewangan sekarang. Contohnya bila bermain buah catur seperti rajah sebelah .Bila buah putih bergerak kita umpamakan berlaku perubahan dalam keadaan kewangan. Perubahan kewangan boleh jadi dalaman (ekonomi negara sendiri)atau luaran (keadaan ekonomi dunia). Lantas macam mana buah hitam patut bergerak. Sudah tentu yang pertama kena tahu undang-undang permainan catur. Lepas tahu gerak kena belajar beberapa strategi mudah contohnya strategi pembukaan dan pertahanan seperti Ruy Lopez, King's Gambit atau Sicilian Defense.

Satu cara Grandmaster Catur membaiki permainan mereka ialah dengan mengenalpasti apakah kesilapan yang sering mereka lakukan.Mereka akan menganalisa kembali semua permainan di mana mereka kalah. Tujuannya untuk mencari pergerakan yang sepatutnya supaya kalau boleh pisang jangan berbuah dua kali. Dalam dunia kewangan pun begitu, hasil dari pengalaman ekonomi negara lain dan orang-orang lain berikut beberapa kesilapan kewangan sejagat.......


Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, November 14, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - MASIH ADA YANG TAK SERIK-SERIK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MASIH ADA YANG TAK SERIK-SERIK  
Edisi : Bil 1304 Nov 2008

"....Namun masyarakat kita masih suka diperbodoh kerana tamak kepada keuntungan cepat. Secara tak langsung ini menggalakkan kegiatan syarikat yang memang akan mengisi kehendak nafsu pelabur yang tidak mahu berusaha tetapi "goyang kaki - pulus masyuk". Syarikat yang menjanjikan wang yang mudah seperti beberapa skim pelaburan internet, skim piramid, 4D (Duduk Diam Dapat Duit) dan skim cepat kaya yang menjanjikan wang datang bergolek dengan hanya goyang kaki sahaja.Tetapi apakah mereka sahaja dipersalahkan. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tiada permintaan masakan ada pemberinya.      


Rentetan peristiwa di suratkhabar:
13 Okt. 2008 – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu EMPAT buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

14 Okt. 2008 - Syarikat B yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi selama tiga bulan.Setiausaha syarikat itu, berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan dalam tempoh itu, Syarikat B tidak lagi boleh menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, selain tidak dibenarkan menerima keahlian baru sehingga siasatan selesai.
Untuk berlaku adil kita patut beri masa kepada pihak tertuduh untuk membela diri masing-masing. Pihak penguatkuasa juga perlu mengikut prosedur agar tiada yang teraniaya kerana pihak dalaman atau kakitangan yang kreatif "lebih-lebih."......"

Artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Saturday, November 08, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Wei-Ji Ekonomi-Tauladan Untik Kita Sebagai Pelabur

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Wei-Ji Ekonomi-Tauladan Untik Kita Sebagai Pelabur 
Edisi : Bil 1303 Nov 2008
......Wei ji - Huruf China yang bermaksud krisis, suatu saat getir, satu masa di mana suasana atau keadaan berubah menjadi kurang selesa. Seperti yang berlaku dalam keadaan ekonomi sekarang. Berita-berita terkini memaparkan suasana sedih, suram dan malap. Jarang ada berita yang menggembirakan. Kita mendengar dari CNN berkaitan ratusan yang sudah hilang kerja atau diancam pembuangan kerja. Nasib baik di negara kita ada amalan pinjaman berhemah dan dagangan menggunakan wang simpanan sebenar bukannya wang maya.....
Sebab itu dari awal lagi kena ukur baju di tangan sendiri. SEMUA bentuk pelaburan boleh membawa keuntungan atau kerugian bergantung kepada kebijaksanaan dan pengetahuan PELABUR berkenaan. Pelabur sebegini biasanya menggunakan satu SISTEM dan FALSAFAH yang sesuai dengan kemampuan mereka bukannya main hentam beli-jual ikut suka atau khabar-khabar angin. Ini ternyata tidak banyak diamalkan oleh pelabur amateur (masyarakat biasa) yang sering tidak dapat mendapatkan keuntungan diharapkan walhal pelabur-pelabur lain senyap-senyap telah mencapai hasrat masing-masing. Kesannya tanggapan negatif terhadap pasaran kewangan dan instrumen pelaburan berkenaan.......


Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, November 06, 2008

Inikah Saat Kebangkitan Sistem Kewangan Islam?

Adakah krisis kewangan global sekarang satu peluang besar untuk Sistem Kewangan Islam bertapak?
Bagi mereka yang kabur tentang sistem kewangan Islam ini satu pengenalan bergambarajah.
Berikut komen beberapa individu:
Komen Sheikh Yusuf Al-Qaradawi -Ya patut .
Komen penyokong Kapitalis Barat - Tak masuk akal .
Komen majallah Economist - Masuk akal tapi kena kembangkan sukuk .
Komen Sydney Morning Herald - Berjaya tempuh ribut kewangan

Apa pendapat anda pula?

Wednesday, November 05, 2008

Buku Saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat TOP 10 Bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya

TOP 10 Bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya
1. BUAT DUIT DENGAN RUMAH
2. BUAT DUIT DARI RUMAH
3. KAYA DENGAN RUMAH
4. RAHSIA PELABUR JUTAWAN
5. MENJADI JUTAWAN M.L.M - (edisi jimat)
6. RAHSIA BISNES ORANG CINA
7. MEMOTIVASIKAN PEKERJA
8. RANCANGAN PERNIAGAAN
9. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT (Baca Dan Beli di Google Books) 
10. CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN

Monday, November 03, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH DARI RIMBA-KEMELUT EKONOMI US

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: KISAH DARI RIMBA-KEMELUT EKONOMI US  
Edisi : Bil 1302 Nov 2008
......(Bunyi unggas ketika Landak Raya membaca sebentar keratan suratkhabar)
Sang Kerengga: Bagi tau dulu sikit-sikit Landak, nanti boleh baca sampai habis.
Landak Raya: Ini pasal kes ekonomi US. Tak silap datuk aku pernah cerita tentang kejadian kemelut ekonomi macam sekarang. Masa itu tahun 1929 tak silap. Datuk aku dengar pun daripada datuk dia yang berkawan dengan landak negro asal Amerika Syarikat. Khabarnya kawannya terpaksa lari naik kapal ke sini sebab tak tahan dengan zaman kemelesetan AS masa tu. Bayangkan hari-hari kena makan ubi kentang berulat.
Siamang: Hmm. Cuba kau ceritakan sikit apa yang berlaku sekarang pula.
Landak Raya:  Mengikut pakar ekonomi bebas, krisis ekonomi yang di alami Amerika di sebabkan oleh pengurusan ekonomi yang teruk.
Sang Kerengga: Manusia begitulah, ada akal tapi jarang guna. Kita ini semuanya Tuhan berikan cukup makan cukup tidur. Tak payah berteori-teori.
Landak Raya: Ini ada beberapa contoh, sahabat mahu dengar tak?
Enggang: Ceritalah landak, nanti boleh aku kongsi maklumat dengan suku sakat aku.
Landak Raya: Ini satu - Kenaikan harga minyak disebabkan oleh perang Iraq yang telah menurunkan pengeluaran minyak Iraq sebanyak 3 juta tong sehari.
Siamang: Ini mesti strategi apa nama Presiden tu..Bushman..., nama dia pun macam member aku yang bulu lebat mengalahkan aku. He! He!......



Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.