Wednesday, June 06, 2012

8 Fakta Tentang Saya Yang Pertama Di Malaysia

(SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI. TERIMA KASIH!!!)

Berikut fakta tentang pencapaian saya sebagai penulis di Malaysia sehingga sekarang:


  • Penulis bukan Muslim pertama mendapat Sijil Perancangan Kewangan Islam kelolaan Hijrah Advisory Group tahun 2003.
  • Penulis bukan Melayu pertama yang menulis ruangan sendiri Mengurus Kewangan dalam Mingguan Wanita keluarga majalah Kumpulan Karangkraf.
  • Penulis berbangsa India yang pertama menulis untuk syarikat penerbitan PTS, sebuah syarikat penerbitan Syariah compliant serta mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi.
  • Penulis pertama menulis buku cara melabur unit amanah mesra pembaca dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis pertama menulis buku cara mengurus insurans hayat mesra pembaca dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis pertama menulis buku kerjaya perancang kewangan dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis berbangsa India pertama menulis panduan lengkap buat duit sebagai penasihat insurans, penasihat takaful dan penasihat unit amanah dalam Bahasa Malaysia.
  • Penulis berbangsa India yang pertama terpilih sebagai calon dalam Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular Book Store 2008 Kategori Melayu Non-Fiksyen.

Sunday, March 11, 2012

Pandangan Tentang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : Pandangan Tentang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia 
Bil 1477 Mac 2012
Imej dari beritametro.net
Di sini saya kumpulkan jawapan saya kepada soalan daripada pembaca yang keliru dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA. Oleh sebab pelaksanaan skema ini baru bermula dan tiada prestasi sejarah maka saya sendiri kurang arif tentang kehebatan skema ini kepada umum. Saya juga menjangka ada beberapa perubahan yang bakal dibuat pada tahap operasi apabila skema ini semakin matang. Frasa yang bertanda merah patut diberi perhatian mendalam. Dalam penulisan artikel ini saya tidak berpihak kepada mana-mana puak tetapi menganalisa secara jujur dan terbuka bagi faedah orang awam.  Antara tajuk perbincangan:
Adakah Ia Patuh Syariah, Adakah Pulangan Dijamin, Cara Sumbang Modal 5,000, Faedah Kepada Rakyat, dan Siapa Yang Layak Memohon.
(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Wednesday, February 29, 2012

BAJU KURUNG UBAT MASALAH ALIRAN TUNAI


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BAJU KURUNG UBAT MASALAH ALIRAN TUNAI
Bil 1476 Mac 2012
Saya terserempak dengan kisah wanita ini yang mengamalkan konsep yang pernah saya siarkan dalam artikel lama saya dahulu tentang "TAMBAH PENDAPATAN DENGAN BUKUKAN PENGALAMAN". Beliau mempunyai impian ingin belajar menjahit bermula dengan cara menjahit baju kurung terlebih dahulu. Tetapi banyak rintangan yang dialami semasa mencari ilmu untuk belajar kerana tiada asas jahitan. "Zero knowledge" kata orang putih. Hendak pergi kelas yuran mahal, berjam di internet pun tidak jumpa, pergi ke kedai buku memang banyak rujukan tetapi untuk mereka yang ada asas. Adakah dia menyerah kalah? Nasib baik tidak kerana jika dia menyerah kalah artikel saya ini tidak akan wujud. Apa beliau lakukan seterusnya? Dia punya dua rancangan. Pertama ambil kelas menjahit kemudian langkah demi langkah kembangkan perniagaannya. Kedua menjana sumber pendapatan kedua dengan mengajar orang lain tentang pengalamannya melalui buku digital. .

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, February 23, 2012

HOBI JADI SUMBER PENDAPATAN

Kadang-kadang saya sengaja meninjau samada ada individu atau organisasi yang memetik kata-kata atau hasil tulisan saya. Pertubuhan Peladang Sungai Ketereh mempunyai laporan ini memetik kenyataan saya tentang setiap individu yang ingin memulakan bisnes. Saya tidak menulis artikel tersebut cuma nama saya yang muncul. Tetapi artikel tersebut tidak menyatakan dengan jelas bagaimana menukar hobi jadi pendapatan. Ini dia kursus untuk melakukannya langkah demi langkah tanpa modal besar.

MERAMAL HARGA PELABURAN PERAK


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MERAMAL HARGA PELABURAN PERAK 
Bil 1475 Feb/Mac Jan 2012
....... Apa yang saya mahu pembaca ambil ikhtibar bukan pasal keuntungan atau tujuannya membeli perak sebagai koleksi. Tetapi pengakuan kesilapannya kerana gagal membaca pergerakan harga. Dalam dunia pelaburan ada dua jenis kaedah yang digunakan untuk membuat keputusan jual/beli. Pertamanya dipanggil kaedah "fundamental" dan keduanya "analisis teknikal". Kaedah fundamental menjurus kepada kesimpulan yang dibuat berasaskan faktor-faktor makro dan mikro ekonomi. Kaedah AT (analisis teknikal) pula menggunakan kesimpulan dari sejarah pergerakan harga. Tujuan utama pelabur guna AT adalah untuk melihat ke mana harga akan pergi selepas ini, sama ada menaik atau menurun. Perisian komputer membantu melukis graf dan garisan maya seperti trendline dan horizontal/vertical line.
Bagi yang berminat boleh hubungi saya (emel atau hantar SMS 0178719444) untuk mendapatkan ebook dalam Bahasa Malaysia bagaimana meramal harga perak. Sehingga tarikh artikel ini ditulis ia tidak dijual di mana-mana kedai buku di dunia. Penulisnya bergerak secara underground sebelum ini dan cuma memberikan tunjukajar secara seminar senyap-senyap sahaja. Kini beliau bersetuju untuk membukukan teknik beliau di samping memberi khidmat sokongan melalui Facebook atau Skype.

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, February 20, 2012

SALAH GUNA GELARAN PENASIHAT KEWANGAN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SALAH GUNA GELARAN PENASIHAT KEWANGAN  
Bil 1474 Feb 2012
........Cukupkah setakat mempunyai kelayakan untuk memberi nasihat kewangan sebagai satu servis? Maksudnya adakah jika Ali, Ah Chong dan Samy sudah mendapat pengiktirafan di atas mereka sekarang boleh membuka perniagaan memberi khidmat nasihat kepada umum? Jawapannya dari segi undang-undang belum kerana ada satu syarat lagi. Syaratnya ialah mereka mesti memohon lesen perancang kewangan secara langsung dari Suruhanjaya Sekuriti atau/dan Bank Negara Malaysia. Jika tidak berjaya atau kena tolak mentah-mentah, ada satu kaedah pintu belakang yang direstui kedua-dua "abang besar" di atas. Mereka yang berminat boleh hubungi saya atau baca buku saya Kerjaya Perancang Kewangan Peribadi.........(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, February 16, 2012

Adakah blog anda selamat dari penggodam?

(Khusus buat platform Word Press sahaja.)

Ramai pemilik blog/situs tidak menyedari tahap keselamatan blog/situs WP mereka boleh dikompromi dengan mudah. Contohnya jika diinstall secara automatik melalui Fantastico,s emasa melakukan update atau kecuaian pereka laman web.
Jika anda mempunyai blog/situs Word Press sendiri (bukan platform percuma wordpress.com), buat sementara waktu boleh semak di sini untuk menentukan secara percuma samada ia gagal ujian sekuriti asas.
Kunci kata di sini ialah "Word Press" dan "ASAS". Kalau gagal tahap ASAS memang patut anda ambil tindakan terutamanya jika ia adalah sumber pendapatan.

Saturday, February 11, 2012

GANDINGAN TEMUDUGA & RESUME


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GANDINGAN TEMUDUGA DAN RESUME DALAM STRATEGI KEWANGAN 
Bil 1473 Feb 2012
Walaupun resume begitu memikat tetapi ramai yang berkecundang bila dua mata bertentang empat pasang mata di sebelah meja sana. Sebabnya:
  • Sering gagap dalam temuduga terutamanya jika melibatkan Bahasa Inggeris
  • Tidak dapat menjawab soalan penemuduga dengan tegas tetapi bernas
  • Tiada masa untuk melakukan persediaan temuduga
  • Tidak tahu proses follow-up dan merancang kata-kata terakhir selepas selesai temuduga
Dapatkan maklumat lanjut pakej digital panduan lengkap Teknik Menjawab Soalan Temuduga terdiri dari koleksi 100 soalan yang sering ditanya ketika sesi temuduga. SKEMA jawapan semua soalan diberi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebenarnya penemuduga tidak begitu terpegun dengan calon yang mempunyai pengalaman atau pendidikan yang tinggi, ada kelayakan yang cukup dan nampak seperti calon yang terbaik untuk jawatan yang dipohon. Saya sempat berbual santai dengan seorang pengurus di salah sebuah bank antarabangsa di Malaysia. Beliau telah menemuduga ramai individu untuk bekerja dengan syarikat baik yang baru bergelar graduan atau yang sudah berpengalaman. Antara salah satu pendedahan beliau ialah ........(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.) .