Mula menulis dalam Mingguan
Wanita : Tahun 2003
Tajuk
Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PEMINJAM
WANG BERLESEN BHG 3 -akhir
Bil 1535 April 2013
Sedutan Bahagian 3 - akhir
Dua bentuk pinjaman sahaja yang dibenarkan oleh PPW kepada orang ramai iaitu jenis tanpa cagaran dan jenis bercagar. Mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, dua jenis borang sahaja dibenarkan iaitu Borang Perjanjian Pinjaman Jadual J bagi pinjaman tanpa cagaran dan Borang Perjanjian Pinjaman Jadual K bagi pinjaman bercagar. Kedua-dua bentuk perjanjian pinjaman ini mempunyai isi kandungan perjanjian yang berlainan.
Seperti lazim sudah tentu tidak elok jika peminjam menandatangani borang perjanjian yang tidak diisi lengkap dan menerima wang pinjaman terlebih dahulu. Sebabnya ialah kemungkinan jatuh perangkap PPW di mana ada yang memasukkan jumlah pinjaman yang lebih besar daripada apa yang anda dapat dan menyebabkan peminjam akan menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya PPW terbabit kemudiannya melengkapkan borang perjanjian pinjaman tersebut tanpa pengetahuan peminjam.
Sekarang kita bicara pula pasal kadar faedah yang diterima pakai. Mengikut Seksyen 17A Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kadar faedah yang boleh dikenakan kepada seseorang peminjam tidak boleh melebihi kadar seperti berikut:......
(Untuk
perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar
atau kecil berhampiran anda.)
Showing posts with label Urus Hutang. Show all posts

Saturday, April 27, 2013
Tuesday, April 16, 2013
PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 1 dan BHG 2
Mula menulis dalam Mingguan
Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 1 dan BHG 2
Bil 1533 dan 1534 April 2013
Sedutan Bahagian 1
"Di Malaysia ada empat pihak yang mempunyai keupayaan untuk memberi pinjaman kepada orang ramai. Kalau tidak terdesak, tidak ada rekod CCRIS atau CTOS yang buruk, boleh pinjam dari bank. Kalau tidak terdesak dan rekod CCRIS/CTOS tidak bagus boleh pinjam dari koperasi tetapi ada syarat contohnya kena jadi ahli koperasi dan kadang kala cuma kakitangan kerajaan diberi keutamaan. Koperasi ada pemantauan undang-undang yang berkaitan. Sekarang jika seseorang itu terdesak, bukan kakitangan kerajaan, mungkin tidak makan gaji, CCRIS/CTOS pun tak cantik, mana hendak pinjam? Ramai yang akan cepat berkata "Ah Long". Barangkali ramai yang tidak sedar ada satu lagi sumber - iaitu peminjam wang berlesen........."
Sedutan Bahagian 2
Banyak iklan yang saya sempat imbas tidak mengandungi kesemua di atas. Kadar faedah pun tidak dinyatakan dengan jelas. Bakal peminjam perlu berwaspada juga tentang tempat atau lokasi melakukan transaksi pinjaman wang. Bukan sebab takut dirompak tetapi ia satu kesalahan. Beerti kalau buat dalam kereta sahaja nanti bila ada kes, kita yang akan tersenyum simpul.
Mengikut Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, transaksi tidak boleh dibuat dimana-mana tempat selain daripada alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang telah diluluskan oleh Pendaftar. Katakan anda telah berjumpa dengan PPW atau agen mereka. Semasa berurusan untuk membuat pinjaman entah macam mana samada keliru atau terkena hembusan jampi anda terdorong untuk meminjam. Selang beberapa minggu anda dapati fakta yang diberi tidak sama seperti mana perjanjian pinjaman sebenar. Di mana hak anda dalam urusan pinjaman ini? .....
Mujur ada penawar iaitu Seksyen 29 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951. Secara ringkas ia mengatakan:.......
(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, October 29, 2012
BELANJAWAN PENENTU HAMBA DENGAN TUAN HAMBA
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BELANJAWAN PENENTU HAMBA DENGAN TUAN HAMBA
Bil 1510 OKT 2012
....Pernahkah kita terfikir samada kita menjadi hamba kepada wang atau wang yang menjadi hamba kepada kita? "Jika seseorang itu benar-benar mahu tahu nilai wang, suruh dia pergi meminjam, kerana mereka yang asyik meminjam akan menghadapi kedukaan dan penyesalan." Kata Benjamin Franklin, salah seorang Bapa Kemerdekaan Amerika juga merangkap salah seorang usahawan "jaya sendiri" (self-made)yang pertama di Amerika.Ramai orang yang tidak menyedari peranan beliau sebagai seorang usahawan kerana Benjamin lebih dikenali sebagai seorang negarawan yang ulung di tanah airnya.
Tetapi sekiranya anda tidak mempedulikan nasihat Benjamin dan masih perlu meminjam tanya dahulu soalan berikut. Apakah anda seorang peminjam bijaksana atau bakal menjadi hamba kepada peminjam korporat anda? Kalau tidak tahu yang mana satu kenapa tidak belajar sedikit petua-petua pinjaman contohnya cuba dapatkan pinjaman yang fleksibel dan paling rendah kosnya? Contohnya kalau terpaksa menggunakan ihsan kad kredit, apakah perkara-perkara yang patut dinilai atau diketahui agar tidak termasuk dalam kitaran hutang sepanjang hayat?.....
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Wednesday, August 22, 2012
PELABURAN SONGSANG TETAPI PATUH UNDANG-UNDANG
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PELABURAN SONGSANG TETAPI PATUH UNDANG-UNDANG
Bil 1501 OGOS 2012
....Dalam permainan kewangan pengurusan hutang yang cekap juga dipanggil pelaburan songsang (reverse investment). Pengurusan hutang perumahan ada tiga strategi - pertama dengan refinance, keduanya dengan mengurangkan pinjaman bulanan dan ketiga dengan merombak kembali kontrak pinjaman perumahan asal. Kalau lebih berani boleh gabungkan sekali ketiga-tiga kaedah. Kesemua kaedah ada kosnya sendiri. Kikiskanlah sikap bahawa dalam dunia ini semua kena ada subsidi atau free.
Balik kepada 3 kaedah di atas. Yang mana yang terbaik? Ini bergantung kepada situasi kewangan, jenis pembiayaan samada Islamik atau bukan Islamik, disiplin dan psikologi kewangan pengguna. Jenis Islamik buat masa ini tidak mudah dirombak kerana akad sangat berbeza dengan pinjaman konvensional. Apa yang akan saya kupas adalah strategi ketiga. Penjelasan saya di sini elok dimanfaatkan bersama seorang perancang kewangan atau konsultan pinjaman. Jika buat sendiri mungkin salah langkah.....

Monday, August 13, 2012
KEGUNAAN PAJAK GADAI ISLAM SEBAGAI SENJATA KEWANGAN
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KEGUNAAN PAJAK GADAI ISLAM SEBAGAI SENJATA KEWANGAN
Bil 1500 OGOS 2012
....Bagi mengawal dan melindungi kepentingan pengguna, maka Akta Pajak Gadai telah dibentangkan dan dikuatkuasakan pada tahun 1972. Seterusnya ia dipinda pada tahun 1982 dan sekali lagi pada tahun 1983. Akta ini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dalam tahun 2000-an, pajak gadai sudah mula digunakan sebagai satu alat kewangan khusunya pembiayaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan masing-masing. Samada golongan bekerja makan gaji atau berniaga di sinilah tempat mendapat pembiayaan pada kos yang lebih rendah atau sebagai sandaran kecemasan bila ada keperluan tunai yang terdesak. Tetapi ada sedikit kepincangan kerana sistem pajak gadai konvensional kerap melakukan penyelewengan seperti:......

Hubungi saya untuk mendapatkan buku panduan digital ilmu rahsia pajak gadai konvesional dan sistem Islam (Ar Rahnu), lapan teknik-teknik manipulasi emas melalui Ar Rahnu dan perbincangan terperinci mengapa ada kalanya memajak emas lebih baik daripada membuat pinjaman bank.

Tuesday, July 26, 2011
Sedutan Artikel MWanita - MESEJ DALAM PENYATA KAD KREDIT
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MESEJ DALAM PENYATA KAD KREDIT
Bil 1444 July 2011
....Saya berpeluang berbincang secara peribadi dengan kaunselor-kaunselor AKPK tentang karenah pengguna perbankan yang datang memohon bantuan. Berkaitan hutang kad kredit yang menggunung ramai pelanggan AKPK sebenarnya tidak menyedari maklumat atau amaran yang diberikan dalam penyata mereka. Tak tahu saya samada ini sebab malas, sikap tidak ambil kisah atau masalah membaca. Kadang-kadang ada pengadu yang tidak percaya dan menyalahkan pihak bank kerana menindas mereka walhal dari segi akad, pelanggan telah bersetuju bahawa bank akan mengenakan caj sedemikian dan sanggup dikenakan tindakan undang-undang jika tidak melangsaikan hutang mengikut akad.........
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, May 17, 2011
Sedutan Artikel MWanita - GRADUAN BIAYA HIDUP DENGAN HUTANG
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GRADUAN BIAYA HIDUP DENGAN HUTANG
Bil 1434 Mei 2011
Bagi mereka yang Muslim, barangkali perlu membaca kembali Al Quran atau meneliti Hadis dari segi aspek pengurusan kewangan Islam. Berikut beberapa petikan yang boleh menjadi permulaan untuk menimbulkan keinsafan sebelum terpaksa berjumpa kaunselor AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) atau diisytihar muflis sebelum meniti usia 35 tahun.
Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja."
(Surah Al-Dukhan: ayat 31).
Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana.
(Surah Al-Furqan: ayat 67)
Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Surah Al-Israk: ayat 27)
Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya "Peranan Nilai dan Akhlaq Dalam Ekonomi Islam" memberi contoh pembaziran yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara disedari atau tidak. Walaupun contoh yang diberikan oleh beliau mungkin tidak relevan untuk golongan muda tetapi apa yang kita ambil ikhtibar di sini ialah mentaliti yang perlu diserap. Contoh yang diberikan beliau; mengabaikan ternakan dan tanaman, tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh dimakan, membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur, tidak menyelenggara rumah kediaman, kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak. (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, May 10, 2011
Sedutan Artikel MIDI- LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT
Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Nor Shamsiah Mohd. Yunus ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit. Kita akan lihat implikasi 6 syarat berikut:
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT
Bil 112 Mei 2011
Saya petik falsafah berikut dari seorang sahabat tatkala bertanya kenapa dia memiliki kad kredit. Jawab beliau, "Visa atau MasterCard itu hanyalah sebagai alat untuk kegunaan manusia, terpulang kepada manusia bagaimana mahu menggunakannya. Jika digunakan secara jahil buruklah akibatnya dan andai digunakan secara bijak boleh membawa mendapat manfaat bagi mereka yang menggunakannya."Tajuk: LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT
Bil 112 Mei 2011
Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Nor Shamsiah Mohd. Yunus ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit. Kita akan lihat implikasi 6 syarat berikut:
Untuk perincian 6 syarat dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Friday, April 08, 2011
Sedutan Artikel MWanita - GARIS PANDUAN BAHARU KAD KREDIT BANK NEGARA
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GARIS PANDUAN BAHARU KAD KREDIT BANK NEGARA
Bil 1429 April 2011
STATISTIK TERKINI : Pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan hampir separuh mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.
Adilkah tuduhan bahawa kad kredit musuh kewangan nombor dua selepas inflasi? Ada orang yang menyifatkannya sebagai satu virus yang mampu membunuh secara perlahan. Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia,Nor Shamsiah Mohd, ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit.
1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja........

Sunday, March 20, 2011
Sedutan Artikel MWanita-PINJAMAN PERUMAHAN DAN HADIS RIWAYAT ABU DAUD
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PINJAMAN PERUMAHAN DAN HADIS RIWAYAT ABU DAUD
Bil 1426 March 2011
......Dalam artikel ini kita cuma membicarakan pengurusan hutang perumahan. Hutang perumahan berbeza dengan hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi atau hutang kereta. Banyak perkara yang pihak bank tidak menjelaskan dengan nyata kepada pengguna menyebabkan pengguna yang tidak celik kewangan membuta tuli membayar tanpa memeriksa bagaimana mereka boleh mengambil kesempatan atau menguruskan semua hutang-hutang ini. Hubungi saya untuk mendapatkan pakej digital dalam Bahasa Malaysia tentang panduan rahsia pengurusan hutang yang jarang dicerita industri kewangan.
........Jadi apa kesimpulannya? Tidak cukup jika hanya bergantung kepada petikan dari doa Hadis Riwayat Abu Daud 4/353 ini, "Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.” Tidak salah berserah kepada yang Maha Kuasa tetapi salah kalau lepas itu berpeluk tubuh sahaja. Ambil tindakan untuk menguasai hutang anda bukan sebaliknya iaitu kita dikuasai hutang. Cuba usahakan supaya tempoh pembayaran dan jumlah faedah yang "disedekah" kepada pihak bank dikurangkan mengikut kemampuan anda.

(Untuk artikel penuh dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Friday, December 31, 2010
Sedutan Artikel MWanita-HUTANG DAN SKIM CEPAT KAYA
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : HUTANG DAN SKIM CEPAT KAYA
Bil 1415 Jan 2011
...........Memandangkan beliau banyak membaca buku motivasi, Encik Mamat ingin menambah kekayaan dengan menceburkan diri di dalam skim cepat kaya yang dikatakan serupa dengan perniagaan MLM. Pelaburan pertama yang dilakukan telah membuahkan hasil yang memuaskan menyebabkan Encik Mamat ingin terus melakukan pelaburan tambahan. Alasan beliau dua,pertamanya beliau berhak melakukan apa sahaja dengan wang yang penat disimpan sepanjang tempoh perkerjaan beliau. Keduanya bagi beliau keluarga juga berhak untuk menikmati kemewahan hidup.
Tak salah falsafah tetapi salah pilih bisnes. Kini Encik Mamat kehilangan segalanya dalam sekelip mata apabila firma tersebut hilang entah ke mana. Beliau bukan sahaja kehilangan wang yang dilaburkan malah kesemua wang simpanan KWSP beliau turut lesap. Ini kerana beliau mengambil opsyen mengeluarkan semua wang KWSP walaupun pernah dinasihati oleh pegawai KWSP menggunakan kemudahan pengeluaran berkala bukannya pengeluaran sekali gus.....(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, December 16, 2010
Sedutan Artikel MWanita-BENARKAH DUIT KWSP BOLEH KELUAR BAYAR HUTANG
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BENARKAH DUIT KWSP BOLEH KELUAR BAYAR HUTANG
Bil 1413 Dis 2010
...........Nampaknya ada segelintir pembaca mengemukakan soalan tentang cara bagaimana menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan masalah hutang mereka. Itu maklumbalas yang saya terima setelah kisah Encik Singh saya dedahkan dalam artikel terdahulu bertajuk "WANG KWSP PENYELAMAT HUTANG". Tema soalan mereka jelas menunjukkan mentaliti jalan singkat menebus hutang yang dikumpul. Seolah-olah kesilapan lama mahu diampuni dan dilupakan dengan sekali cantas menggunakan apa sahaja bekalan wang yang anda. Nasib baik kita tidak dapat meminjam wang di akhirat. Jika tidak tentu fasiliti kewangan di sana pun akan disalahguna.
Saya telah menyemak artikel WANG KWSP PENYELAMAT HUTANG yang diterbitkan dengan yang ada dalam simpanan saya kerana mana tahu ada isi yang tertinggal atau mengandungi kekeliruan. Saya dapati tiada ubahsuaian yang dilakukan editor. Jadi ini peluang baik saya untuk memberikan penjelasan di samping menurunkan kaedah bagaimana menghayati ilmu kewangan terutamanya melalui penulisan seperti artikel ini. Saya berharap golongan pembaca yang belum pernah diajar di sekolah bagaimana melakukannya akan mendapat manfaat terbesar. Kepada mereka yang sudah arif boleh meneruskan pembacaan penulis lain kerana tidak ada apa yang baru di sini.......

(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Sunday, November 14, 2010
Sedutan Artikel MIDI - CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG
Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
(Hubungi saya melalui email atau handphone untuk maklumat lanjut bagaimana kes seperti Puan Yati dapat diselesaikan tanpa perlu bersemuka dengan institusi-insitusi kewangan tempat dia berhutang.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG
Bil 102 Nov 2010
......... Bagaikan adegan dalam drama sinatron, beliau telah menyerahkan apa sahaja yang beliau miliki malah menggunakan kad kredit ke tahap maksimum bagi membantu perniagaan suami. Suami kemudiannya diberi taklimat oleh rakan. Menurut tilikan mereka pelaburan yang dibuat ke atas perniagaan yang kini berada ditahap membimbangkan akan dapat membantu menaikkan perniagaan itu semula apabila pelaburan tambahan dibuat. Disebabkan oleh tindakan suami yang tidak tahu mengurus dan melabur wang, Puan Yati kini berada di dalam keadaan tertekan setelah semua kad kredit mencapai tahap maksimum malah akaun bank beliau turut berada di tahap sifar tiap hujung bulan.Mana-mana wanita yang menghampiri usia warga emas inginkan persaraan yang selesa. Tetapi Puan Yati sebaliknya dibebani dengan hutang piutang yang banyak. Jatuh pula dugaan kedua. Disebabkan tidak sanggup bersemuka dengan bebanan hutang yang menimbun, suami beliau telah menceraikan beliau dan meninggalkan beban hutang sebanyak RM70,000. Puan Yati tidak percaya dengan nasib yang menimpanya dan dihantui dengan fikiran yang kusut untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak.........Tajuk: CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG
Bil 102 Nov 2010
(Hubungi saya melalui email atau handphone untuk maklumat lanjut bagaimana kes seperti Puan Yati dapat diselesaikan tanpa perlu bersemuka dengan institusi-insitusi kewangan tempat dia berhutang.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Saturday, November 13, 2010
Sedutan Artikel MWanita - GOLONGAN PROFESIONAL JUGA TIDAK TERKECUALI
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GOLONGAN PROFESIONAL JUGA TIDAK TERKECUALI
Bil 1408 Nov 2010
...........Mereka muda dan mewah, tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada bankrap. Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000 setiap pemiutang.Tersebut kisah Tuan Z seorang peguam muda yang berjaya. Masih lagi bujang dan mempunyai hanya seorang tanggungan iaitu nenek. Pada usia 30 tahun, beliau telah pun memiliki satu kereta sport, satu kereta mewah dan dua kondominium hasil dari titik peluh beliau. Beliau mempunyai mentaliti sanggup berusaha menghadapi rintangan dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini. Beliau juga percaya kepada falsafah wang boleh membeli apa sahaja. Tuan Z memang gemar dengan perhatian yang diberikan orang ramai apabila melangkah bergaya dengan pakaian lelaki lengkap ditempah khas. Gaya hidup mewah, kesukaan terhadap barangan berharga dan berjenama sebegini turut menjadi ikutan ramai golongan profesional........

Saturday, October 30, 2010
Sedutan Artikel MWanita - CTOS dan CCRIS
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CTOS dan CCRIS
Bil 1406 Nov 2010
...........Dalam satu artikel yang bertajuk "CABARAN ISTERI SELEPAS SUAMI DIBUNUH" saya akhiri ceritanya dengan perenggan berikut. "Beberapa pelajaran dari kisah di atas. Walaupun tiada masalah kewangan sekalipun kalau sudah berhutang pergi ambil laporan CCRIS enam bulan sekali." Ada pembaca yang bertanyakan kepada saya apa itu CCRIS, manfaat dan kelebihannya kepada pengguna perkhidmatan kewangan. Ada juga yang bertanya CCRIS dan CTOS itu adik beradik ke? ..........
Kepada pembaca semua yang ingin mendapatkan sebarang pinjaman atapun memohon kad kredit, saya nasihatkan agar dapatkan dahulu lapuran CCRIS sebelum membuat permohonan. Lagipun tiada bayaran dikenakan. Manalah tahu ada orang yang menggunakan nama dan salinan kad pengenalan kita untuk memohon pinjaman. Ada juga kes-kes di mana walaupun hutang telah dilangsaikan sepenuhnya dua tiga tahun lepas, nama masih ada kerana pihak bank tidak mengemas kini rekod mereka di pusat pengkalan data Bank Negara............

Sunday, September 26, 2010
Sedutan Artikel MWanita - BERKORBAN APA SAJA BAWA PADAH KEWANGAN
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BERKORBAN APA SAJA BAWA PADAH KEWANGAN
Bil 1401 Sept/Oct 2010

......Apabila perniagaan suami mula menampakkan kemunduran, suami beliau telah meminta Rahimah untuk mendapatkan bantuan kewangan. Beliau telah menyerahkan apa sahaja yang beliau miliki malah menggunakan kad kredit ke tahap maksimum bagi membantu perniagaan suami. Suami Rahimah masih percaya bahawa pelaburan yang dibuat ke atas perniagaan yang kini berada ditahap membimbangkan akan dapat membantu menaikkan perniagaan itu semula apabila pelaburan tambahan dibuat. Disebabkan oleh tindakan suami yang tidak tahu mengurus dan melabur wang, Rahimah kini berada di dalam keadaan tertekan setelah semua kad kredit mencapai tahap maksimum malah akaun bank beliau turut berada di tahap sifar.
Mana-mana wanita yang menghampiri usia 50-an inginkan persaraan yang selesa. Tetapi Rahimah dibebani dengan hutang piutang yang banyak. Disebabkan tidak dapat mengawal bebanan hutang yang menimbun, suami beliau telah menceraikan beliau dan meninggalkan beban hutang sebanyak RM80,000. Rahimah tidak percaya dengan nasib yang menimpanya dan dihantui dengan fikiran yang kusut untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak. .........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital .Sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet untuk menghadiri seminar)

Saturday, September 18, 2010
Sedutan Artikel Mingguan Wanita - JIKA MASIH BERDEGIL MAHUKAN KAD KREDIT
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : JIKA MASIH BERDEGIL MAHUKAN KAD KREDIT
Bil 1400 Sept 2010

......Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sendiri mengakui kebanyakan kes muflis membabitkan golongan muda adalah berkaitan penggunaan kad kredit tidak terkawal. Mereka gagal membayar balik hutang dalam tempoh ditetapkan berbanding kes golongan lebih berusia yang majoritinya berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan.
Pada pendapat saya mereka yang ingin memiliki kad kredit wajib membaca buku-buku saya atau mengikuti ruangan saya selama sekurang-kurangnya satu tahun. Nanti kuranglah keluhan seperti berikut:
- Hutang saya RM11,000 dan had limit kad saya RM10,000
- Hutang saya dekat-dekat RM5,000 dan had limit kad saya RM5,000 juga
- Kad saya sudah kena sekat,adakah saya masih boleh buat balance transfer
Tetapi kalau masih berdegil mahu guna kad kredit ini saya sediakan kaedah memilih kad yang sesuai. Di samping memberi ilmu saya juga berharap untuk melemahkan semangat mereka yang ingin menjadikan kad kredit satu gaya hidup kini. Saya tidak akan membicarakan isu bunga kad kredit tetapi kos-kos lain yang sering diabaikan oleh pemilik kad kredit seluruh dunia..........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital .Sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet untuk menghadiri seminar)
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai lebih 10 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital .Sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet untuk menghadiri seminar)
Sunday, June 27, 2010
Sedutan Artikel Mingguan Wanita-CUKAI KAD KREDIT SATU PERBANDINGAN
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CUKAI KAD KREDIT SATU PERBANDINGAN

Bil 1388 Jun 2010
Dalam pembentangan bajet 2010, kerajaan telah mengumumkan pengenaan cukai sebanyak RM50 atas setiap kad kredit utama/prinsipal Manakala kad kredit tambahan pula dikenakan RM 25 bagi setiap kad. Cukai ini dikutip oleh bank sebagai perantaraan sahaja tetapi akhirnya akan masuk gudang kerajaan. Tetapi percayakah bahawa tidak semua pengguna kad kredit sedar akan caj tambahan yang bakal dimasukkan dalam penyata. Bukan itu sahaja, ada pula golongan yang mempunyai kad kredit tidak kisah dengan RM50 yang dikenakan malah boleh tersenyum berkata "Oh, tak kisah itu dah boleh settle guna duit orang lain........
Tetapi kalau kita semak kembali fungsi kad kredit sebagai alat kecemasan pengorbanan sekecil RM50 boleh diabaikan. Contohnya sebagai bayaran pendahuluan semasa menanti "letter of guarantee" semasa mendapatkan rawatan di hospital swasta. Bukan semua kad perubatan insurans/takaful menyediakan kemasukan automatik karpet merah untuk kemasukan tidak terancang. Masih ada prosedur yang perlu diikuti akibatnya kelewatan boleh sampai berjam-jam. Dalam kes ini kebiasaannya pihak hospital akan meminta bayaran pendahuluan. Jadi kad kredit boleh digunakan dahulu, selepas surat jaminan dah sampai bayaran kad kredit asal boleh dioffset.........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan tajuk TIGA ebook berkaitan pengurusan hutang atau kesemua 14 EBOOK meliputi topik kewangan sehingga topik keusahawanan. )

Video Temubual Saya - Tak Salah Kalau Berhutang
Tonton video saya dengan tv selangor "Tak Salah Kalau Berhutang"
Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Saturday, June 05, 2010
Sedutan Artikel Mingguan Wanita-- KAEDAH JINAKKAN HUTANG KAD KREDIT SECARA KREATIF
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KAEDAH JINAKKAN HUTANG KAD KREDIT SECARA KREATIF

Bil 1385 June 2010
......Saya tidak syorkan pembaca melihat jawapan perenggan diatas sebagai satu lesen mutlak untuk mendapatkan kad kredit. Lihat sahaja istilah-istilah di atas. Jika tidak faham dan tidak tahu mengkoordinasikan alat-alat yang disebutkan sepintas lalu, lubang hutang yang dikorek bakal menjadi lebih dalam. Tetapi bagi mereka yang khatam ilmu pengurusan kad kredit ini suatu masa dahulu (sebelum kerajaan mengenakan GST RM50)tidak mustahil untuk memilikki 10 kad kredit pada suatu masa. Apatah lagi bank-bank turut berlumba-lumba menaburkan pelbagai godaan dan promosi bukan sahaja untuk pelanggan tetapi juga pasukan jurujual mereka. Terdapat beberapa kaedah untuk kita melarikan diri daripada cengkaman faedah kad kredit yang tinggi contohnya Pindahan Baki, Pinjaman peribadi, Overdraft ASB dan Plan Ansuran......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya untuk mendapatkan perincian berjadual dan kes kajian teknik menjinakkan kad kredit. Biarpun anda sudah bersumpah tidak mahu berkenalan dengan kad kredit,ia masih relevan kerana dalamnya ada ilmu tersembunyi bagaimana sistem kewangan mengeksploitasi OPM - Other People Money. )

Subscribe to:
Posts (Atom)