Friday, December 31, 2010

Sedutan Artikel MWanita-HUTANG DAN SKIM CEPAT KAYA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : HUTANG DAN SKIM CEPAT KAYA 
 Bil 1415 Jan 2011 
...........Memandangkan beliau banyak membaca buku motivasi, Encik Mamat ingin menambah kekayaan dengan menceburkan diri di dalam skim cepat kaya yang dikatakan serupa dengan perniagaan MLM. Pelaburan pertama yang dilakukan telah membuahkan hasil yang memuaskan menyebabkan Encik Mamat ingin terus melakukan pelaburan tambahan. Alasan beliau dua,pertamanya beliau berhak melakukan apa sahaja dengan wang yang penat disimpan sepanjang tempoh perkerjaan beliau. Keduanya bagi beliau keluarga juga berhak untuk menikmati kemewahan hidup. 
Tak salah falsafah tetapi salah pilih bisnes. Kini Encik Mamat kehilangan segalanya dalam sekelip mata apabila firma tersebut hilang entah ke mana. Beliau bukan sahaja kehilangan wang yang dilaburkan malah kesemua wang simpanan KWSP beliau turut lesap. Ini kerana beliau mengambil opsyen mengeluarkan semua wang KWSP walaupun pernah dinasihati oleh pegawai KWSP menggunakan kemudahan pengeluaran berkala bukannya pengeluaran sekali gus.....(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Thursday, December 23, 2010

    Sedutan Artikel MWanita - KEMAHIRAN TEMUDUGA DALAM URUS KEWANGAN


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel : KEMAHIRAN TEMUDUGA DALAM URUS KEWANGAN 
     Bil 1414 Dis 2010 
    ...........Jika difikirkan bekerja makan gaji pun boleh menjadikan seorang itu bebas kewangan dengan syarat pandai mengurus wang DAN meningkatkan gaji supaya sentiasa meninggalkan inflasi jauh ke belakang. Di sinilah elemen pembaikan diri iaitu sejauh mana seorang pekerja itu boleh "memasarkan" dirinya supaya boleh meyakinkan majikan atau bakal majikan. Layak atau tidak dia dibayar gaji sebanyak yang di minta? Tidak semestinya kalau dia ada keupayaan tetapi kalau tidak pandai "menjual" pasti akan gagal semasa tapisan. Tapisan ini ialah proses temuduga.
    (Hubungi saya untuk maklumat lanjut pakej digital panduan lengkap Teknik Menjawab Soalan Temuduga terdiri dari koleksi 100 soalan yang sering ditanya ketika sesi temuduga, koleksi Surat Berkaitan Pekerjaan dan Panduan Lengkap Menulis Resume Yang Berkesan. SKEMA jawapan semua soalan diberi dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.)

    Bayangkan kesihatan kewangan anda jika dapat menguasai teknik menjawab temuduga. Faedah dari segi kewangan peribadi tanpa perlu berniaga sepenuh masa:
    • Bekerja di syarikat yang menawarkan pelbagai insentif seperti bonus 3 bulan gaji, bonus 6 bulan gaji dan sebagainya.
    • Memiliki kereta, rumah atau percutian idaman anda, setelah anda memperoleh gaji yang lebih banyak lagi daripada sekarang di tempat lain.
    • Bekerja di syarikat yang menawarkan lebih banyak elaun-elaun khas seperti rawatan hospital percuma, pelancongan percuma dan sebagainya.
    • Boleh simpan lebih duit untuk wawasan kewangan lain
    • Dapat membayar hutang dengan lebih cepat.....
    (Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Friday, December 17, 2010

    Perisian Image Compression Harga 25 Euro Sekarang Percuma

    (Post ini dalam Bahasa Inggeris. Lihat di bawah sekali untuk cara download)

    Excellent Image Compression Software 25 Euro Now Free

    1. To reduce size of huge photos
    2. Run software, add photos to compress and click optimize files button
    3. Able to make a photo size 98% smaller and still look beautiful
    4. No need to know what values to use for Bits Per Pixel, quality factor etc
    5. Integrated uploading of optimized images directly to Facebook.
    6. For private use on a single workstation
    7. May not be used for commercial or professional purposes

    Sila emel saya di ilmudigital@gmail.com dengan nama pendek anda dan phrasa "Nak Image Compression Software 25 Euro Now Free".

    Thursday, December 16, 2010

    Sedutan Artikel MWanita-BENARKAH DUIT KWSP BOLEH KELUAR BAYAR HUTANG


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel : BENARKAH DUIT KWSP BOLEH KELUAR BAYAR HUTANG  
     Bil 1413 Dis 2010 
    ...........Nampaknya ada segelintir pembaca mengemukakan soalan tentang cara bagaimana menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan masalah hutang mereka. Itu maklumbalas yang saya terima setelah kisah Encik Singh saya dedahkan dalam artikel terdahulu bertajuk "WANG KWSP PENYELAMAT HUTANG". Tema soalan mereka jelas menunjukkan mentaliti jalan singkat menebus hutang yang dikumpul. Seolah-olah kesilapan lama mahu diampuni dan dilupakan dengan sekali cantas menggunakan apa sahaja bekalan wang yang anda. Nasib baik kita tidak dapat meminjam wang di akhirat. Jika tidak tentu fasiliti kewangan di sana pun akan disalahguna.
    Saya telah menyemak artikel WANG KWSP PENYELAMAT HUTANG yang diterbitkan dengan yang ada dalam simpanan saya kerana mana tahu ada isi yang tertinggal atau mengandungi kekeliruan. Saya dapati tiada ubahsuaian yang dilakukan editor. Jadi ini peluang baik saya untuk memberikan penjelasan di samping menurunkan kaedah bagaimana menghayati ilmu kewangan terutamanya melalui penulisan seperti artikel ini. Saya berharap golongan pembaca yang belum pernah diajar di sekolah bagaimana melakukannya akan mendapat manfaat terbesar. Kepada mereka yang sudah arif boleh meneruskan pembacaan penulis lain kerana tidak ada apa yang baru di sini.......
    (Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Tuesday, December 14, 2010

    Alternatif percuma kepada Microsoft Office atau Open Office hingga 31 Dec 2010

    Bayangkan jika kita boleh menggunakan suite applikasi seperti Microsoft Office(MO) atau OO (Open Office)samada di hard disk kita atau dari pendrive, external hard disk drive. Sudah tentu ia tidak secanggih MO atau OO tetapi berapa peratuskah ciri-ciri dalam MO dan OO yang kita betul-betul guna? Perisian percuma ini juga boleh membuka kedua-dua fail MO atau OO misalnya extension .doc (MO) dan ext . odt (OO).

    Sistem operasi : Windows atau Linux. Mac OS belum ada lagi.
    Disertakan dengan 80 premium fonts berkualiti juga percuma.
    Tawaran sehingga 31 December 2010.

    Sila emel saya di ilmudigital@gmail.com atau sms ke HP saya dengan nama pendek anda dan phrasa "Nak software ganti MO atau OO".

    Monday, December 13, 2010

    Seminar Percuma Satu Hari Pakar Ebook Di Cititel Hotel, Midvalley KL

    (PERCUMA untuk yang layak sahaja -baca seterusnya.....)
    Update 31/12/2010 - KUOTA SUDAH PENUH
    Saya ada menulis tentang menjadikan pengalaman anda sebagai
    wang.
    Mereka yang membeli pakej tersebut kini boleh ikuti secara
    percuma event berikut.
    Event : Seminar Pakar Ebook
    Tempat: Cititel Hotel, Midvalley KL
    Masa  : 9 Pagi – 5 Petang, Ahad, 9 Jan 2011
    Speaker: Penulis Pakej Pakar Ebook & rakan-rakan beliau
    Peserta: Dihadkan 90 orang (Tinggal 40 lagi pada 14 Dec 2010) KUOTA SUDAH PENUH

    Yang Layak  Hadir:  Pembeli Lama dan Pembeli Baru

    Pembeli baru lihat dahulu link ini atau klik gambar disebelah sebelum beli:
    http://bit.ly/ebookxpert

    Kalau dah beli hantar email pengesahan kepada saya secepat mungkin untuk didaftarkan dengan
    penganjur.

    Jika anda layak hadir seminar ini, sila hantar emel masa beli dulu pada ilmudigital@gmail.com .

    Anda akan belajar:
    1. Bagaimana nak dapatkan idea super power untuk hasilkan ebook.
    2. Bagaimana polish idea sehingga menjadi idea yang hebat, unik dan mampu TERJUAL!
    3. Bagaimana menghasilkan ebook dengan CARA PEMALAS? Anda akan tahu teknik pelik ni..
    4. Bagaimana menghasilkan sales letter KILLER yang mampu membuat prospek keluar duit
    membeli ebook anda.
    5. Bagaimana strategi-strategi pelancaran ebook paling mantap dilakukan oleh pakar.

    Semoga sukses dalam kerjaya dan impian!

    Thursday, December 09, 2010

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PULANGAN PURATA TAHUNAN PELABURAN HARTANAH


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel : PULANGAN PURATA TAHUNAN PELABURAN HARTANAH 
     Bil 1412 Dis 2010 
    ...........Dalam kes ini juga kita anggapkan yang nilai alir tunai adalah sifar. Dalam dunia sebenar kita akan mencari penyewa yang boleh membayar sewa yang lebih tinggi dari ansuran kepada bank supaya nilai alir tunai positif. (lihat Jadual)
    Pelaburan permulaan ialah RM21,000, inilah modal permulaan.Bila dijual balik nilai hartanah ialah RM216,733, tiada sumber keuntungan lain kerana aliran tunai adalah sifar. Nilai pulangan atas pelaburan (Return On Investment) mengambil kira aliran tunai jangkapanjang ialah 11.73%. Dalam ertikata lain kadar pulangan ke atas modal RM21,000 tadi ialah 11.73%. Ini memberikan satu perbandingan atau ukuran bagi memilih objektif pelaburan JANGKAPANJANG anda. Bandingkan nilai 11.73% dengan pulangan akaun-akaun lain seperti akaun simpanan tetap, unit amanah, Amanah Saham Bumiputera atau dinar emas dan sebagainya. Jadi bolehlah anda membuat pilihan bijak dengan wang RM21,000 bersandarkan fakta yang kukuh.
    (Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
    Konsep kewangan yang dibicarakan dalam artikel ini diilhamkan daripada ilmu strategi kewangan jutawan seperti Minda Wang, Kompas Wang, X-Ray Wang, Magnet Wang,Enjin Wang dan Lebuhraya Wang. Hubungi saya untuk mendapat sampel penuh satu daripada 16 video dalam format digital.

    Saturday, December 04, 2010

    Sedutan Artikel MWanita-SITUASI MEMBELI RUMAH DIANGGAP LIABILITI


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel : SITUASI MEMBELI RUMAH DIANGGAP LIABILITI
     Bil 1411 Dis 2010 
    ...........Satu kekeliruan yang saya rasa patut difahami semua bakal pembeli ialah 10 peratus wang pendahuluan tersebut BUKANNYA satu diskaun atau pengurangan. Pembeli sebenarnya membayar juga kerana ia diambilkira dalam pengiraan pinjaman atau pembiayaan rumah. Kunci kata di sini ialah "tidak payah mengeluarkan wang upfront" untuk wang pendahuluan. Habis macam mana bank rela mengabaikan pembayaran wang pendahuluan ini kerana ada risiko pinjaman tidak berbayar nanti. Jawapannya ialah kerana Cagamas Bhd (Cagamas) akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.  ........
    Jadi jika rumah impian ialah untuk didiami, kalau guna pembiayaan Skim Rumah Pertama dengan RM sifar cengkeram kita ada potensi mengalami kerugian relatif. Saya ingin tegaskan bahawa ayat yang lepas bukannya salah tetapi dari sudut bisnes ia mempunyai potensi rugi. Kenapa? Kita bakal membayar lebih banyak bunga lebih-lebih lagi pembiayaan perumahan lumrahnya bertempoh panjang. Lagi panjang tempoh bayaran lebih banyak wang yang tak sepatutnya akan dibayar kepada pihak institusi kewangan.........
    (Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
    Konsep kewangan yang dibicarakan dalam artikel ini diilhamkan daripada ilmu strategi kewangan jutawan seperti Minda Wang, Kompas Wang, X-Ray Wang, Magnet Wang,Enjin Wang dan Lebuhraya Wang. Hubungi saya untuk mendapat sampel penuh satu daripada 16 video dalam format digital.