Thursday, September 25, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 4 Akhir

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Pelaburan Alternatif Bhg 4 Akhir  - Strategic Land Alliance 

Edisi : Bil 1297 Sept 2008

......"Tetapi En X tidak mahu mempelajari cara menggunakan internet, membuat transaksi forex atau mengamalkan  sebarang sistem. Samada dia tidak ada masa atau kurang yakin dia masih mahu menangguk air dari sungai wang forex dengan beberapa jaminan kewangan. Berikut angan-angannya:
  1. Mendapat aliran tunai secara berkala setiap 6 bulan setara dengan katakan 6 peratus dari pada modal permulaan.
  2. Jangkamasa pelaburan yang pendek iaitu 2 tahun sahaja
  3. Pada akhir 2 tahun (lebih tepat lagi selepas 2 tahun satu bulan)mendapat balik modal asal dan keuntungan 
  4. Jaminan modal asal - iaitu pada akhir 2 tahun mesti ada jaminan dapat balik modal
  5. Tidak mahu mengendalikan sebarang urusniaga forex malah mahu goyang kaki sahaja
  6. Kalau boleh tidak mahu membayar yuran pengurusan atau membayar yuran yang sangat kecil
Berita baik untuk En X, angan-angannya bukan seperti Mat Jenin. Pelaburan sedemikian memang wujud. Ada pilihan akaun syariah dan bukan syariah....... 
Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, September 18, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 3

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Saham Amanah Pelaburan Hartanah-REIT
Edisi : Bil 1296 SEPT 2008
......Sama seperti idea "landbanking" (LB) yang saya ceritakan minggu lepas, pelabur boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk melakukan semua peringkat kerja. Tetapi ada beberapa ciri yang menyebabkan pelaburan hartanah di luar negara ini tidak serupa dengan LB. Antara ciri-ciri yang mustahak:
  • Penggunaan akaun pelanggan yang ditadbirkan oleh satu badan guaman yang berkecuali
  • Mesti menyediakan pelan arkitek
  • Menggunakan secara intensif khidmat konsultan perancangan tempatan yang arif dengan situasi tempatan
  • Pulangan yang dijangkakan dikira berdasarkan angka penilaian yang diberikan oleh kerajaan setempat
  • Sebahagian daripada pegangan pelaburan (plot tanah) dimiliki oleh pengurusan pihak ketiga
  • Membeli cuma tanah yang menurut polisi perancangan kerajaan tempatan
  • Pelabur diberi opsyen dua jenis waranti untuk mengurangkan risiko pelaburan di samping memberi jalan keluar yang menguntungkan pelabur
  • Jika pihak pengurusan masih belum menutup atau mengizinkan penjualan produk berkaitan, pelabur boleh memilih untuk mendapatkan dua jenis pulangan - perkembangan modal (capital growth) dan pembayaran berkala setiap tahun yang dijamin peratusannya, bukannya hanya perkembangan modal sahaja.......
Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, September 11, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 2

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 2
Edisi : Bil 1295 SEPT 2008
......Beberapa kelebihan melabur dalam pakej landbanking ini bagi pelabur-pelabur kecil:
  • Tidak perlu menanggung kos tahunan yang biasanya ditanggung oleh pihak pemaju kepada pihak ketiga seperti kerajaan, badan tempatan, urusan perundangan yang berpusat di luar Malaysia.
  • Pelabur boleh menstrukturkan kontrak beli/jual supaya mengandungi jaminan perlindungan modal secara menandatangani perjanjian pembelian atau harga opsyen (option price).
  • Pelabur dapat surat geran bukti pembelian yang boleh dipindahmilik kepada waris mengikut undang-undang pusaka di negeri masing-masing
Konsep ini bukannya baru tetapi sudah lama digunakan oleh jutawan-jutawan hartanah seperti Donald Trump, Bob Hope, Roy Sakioka,Howard Hughes dan Li Kah Shing. Mereka sedar akan hukum hartanah iaitu - tambah status kepada sebidang tanah dengan meletakkan satu "pelan konsep",mohon kepada kerajaan dan sekiranya diluluskan dapat keuntungan berlipat ganda. Keuntungan yang boleh dikongsi beramai-ramai jika dikawal selia oleh satu badan pengurusan......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, September 08, 2008

Buku Saya Rahsia Melabur Unit Amanah DiUlas dalam Millenia

Ulasan buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah dalam MILENIA Muslim keluaran September 2008. 

Google Memperkenalkan browser terbarunya Google Chrome

Kepada pembaca yang belum kenal Google baca sejarahnya.
Dalam bulan September 2008 Google memperkenalkan browser terbaru di Internet iaitu Google Chrome atau kadang-kadang dipanggil The Chrome. Nak cuba guna download disini.
Posting blog ini saya tulis menggunakan The Chrome dan setakat ini tidak ada masalah. Memang saya tidak dapat menggunakan kehebatan add-ons Firefox atau widget Opera namun saya berpuas hati. Lagipun ini baru peringkat percubaan (beta) untuk The Chrome, pastinya dengan faktor masa ia akan bertambah baik.

Oh ya satu sejarah lagi dicipta dalam Internet.Buat pertama kalinya pihak Google telah memperkenalkan falsafah rekabentuk The Chrome dengan menggunakan komik. Menarik sekali!!!

Friday, September 05, 2008

Petikan Artikel Saya Dalam Yahoo Groups - SURAT TERBUKA DARIPADA PENASIHAT UNIT AMANAH

Sewaktu meredah lautan internet saya terserempak dengan posting dalam yahoo groups artikel saya yang lama dalam Mingguan Wanita. Artikel asal bertajuk "SURAT TERBUKA DARIPADA PENASIHAT UNIT AMANAH".

Ini catatan penulis posting tersebut:
"*Dipetik dari Majalan Mingguan Wanita 20-27 Julai 2007. Artikel asal adalah karangan saudara Sunthara Segar, seorang perancang kewangan yang popular ketika ini. Sebahagian artikel diolah semula dan ditambah sedikit frasa bagi memantapkan lagi isi cerita. Terima kasih kepada penulis dalam menyampaikan idea-idea beliau dengan begitu kreatif sekali".

Posting sebenar di "Yahoo groups" oleh beliau di sini. Anda yang tidak sempat membaca artikel tersebut dalam majallah hard copy boleh membacanya sekarang.

(Terima kasih kepada Safiona Lazarus yang post article - boleh hubungi saya kalau terbaca bahagian ini)

Thursday, September 04, 2008

SEDUTAN ARTIKEL MW- SKEMA PENGURUSAN AGRO-Pelaburan Alternatif 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Pelaburan Alternatif Bhg 1 - Skema Pengurusan Agro

Edisi : Bil 1294 Sept 2008

......Soalan yang pasti ingin diketahui pelabur ialah apakah pulangan yang bakal diperolehi. Selalunya kita sudah biasa dengan pulangan dividen iaitu satu aliran pulangan sahaja. Mereka yang pernah melabur dalam hartanah pasti tidak puas hati dengan satu aliran sahaja, sebab itu pelaburan hartanah biasanya memberikan dua aliran iaitu aliran bulanan contohnya sewa dan peningkatan modal (keuntungan) bila harga hartanah naik di masa hadapan. Pelaburan SPA ini biasanya mempunyai pulangan berikut kepada pelabur:

  • Dalam 3 tahun pertama satu pulangan tetap (misalnya 8 peratus setahun)
  • Dalam tahun keempat sehingga tahun matang (contohnya tahun ke 20) satu pulangan yang tidak tetap bergantung kepada harga pasaran permintaan dunia (contohnya 13-16%)
  • Keuntungan hasil jualan tanah/ladang selepas tahun matang

Walaupun pelabur melabur dalam satu usahasama pertanian melibatkan tanah ladang,pelabur tidak diberi geran tetapi diberi dua dokumen iaitu "Sijil Penanam" dan "Perjanjian Sesama Pengurusan dengan Pelabur". ......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Muat turun prospektus dan borang perjanjian.