Thursday, December 24, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SOAL JAWAB Program Pengurusan Kredit AKPK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SOAL JAWAB Program Pengurusan Kredit AKPK
Bil 1362 Dec 2009

Saya menerima banyak soalan melalui SMS dan email tentang Program Pengurusan Kredit AKPK yang disebut beberapa kali dalam artikel-artikel semenjak beberapa bulan lepas. Mereka yang tanya melalui email senang dijawab tetapi bagi mereka yang tiada kemudahan email sudah tentu sms tidak sesuai memberikan maklumat terperinci. Jadi di sini saya mengambil kesempatan menjawab soalan-soalan yang dihantar dengan SMS. Harap ini dapat memuaskan hati mereka yang tidak berpeluang menggunakan internet. Terima kasih saya ucapkan atas kesabaran pembaca SMS yang sudah lama menanti maklumat ini. Beri perhatian kepada dua soalan berkenaan "tanda-tanda kena jumpa" dan Prosedur menyertai Program Pengurusan Kredit.....

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, December 21, 2009

Sedutan Artikel Majallah MIDI - BELAJAR KEWANGAN USAHAWAN SECARA SIMULASI

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk: BELAJAR KEWANGAN USAHAWAN SECARA SIMULASI   
Bil 78 Dec 2009

.....Contohnya, pelatih juruterbang berlatih mengendalikan kapal terbang melalui simulasi sebelum berkeyakinan mengawal kapal terbang sebenar. Simulasi bermaksud rangsangan. Dalam ertikata lain realiti bayangan kepada situasi sebenar. Keupayaan pensimulasi pada abad ke-20 amat canggih di mana kendalian pesawat hampir sama dengan sebenar . Juruterbang baru tidak perlu melakukan latihan mendarat dan berlepas di dalam pesawat dan landasan sebenar tanpa penumpang. Ia juga boleh melatih juruterbang untuk keadaan kecemasan, seperti pendaratan tanpa enjin, atau kegagalan penuh sistem elektrik atau hidraulik. Selain itu, latihan menggunakan pensimulasi penerbangan juga lazimnya lebih murah daripada menggunakan pesawat sebenar.
Mari kita tiru konsep ini kepada bakal usahawan. Bagaimana kalau risiko ini disifarkan dengan pendedahan kepada simulasi tentang cara-cara menjadi usahawan. Soal kos pula tidak melibatkan beribu-ribu ringgit jika silap langkah. Bukan melalui subjek akademik tetapi melalui permainan bergelar CATUR BISTARI . Permainan ini mampu melakukan yang berikut:
  • Mencetus minat dan kesedaran dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.
  • Membentuk budaya dan minat keusahawanan bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan.....................banyak lagi.........

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Mereka yang berminat untuk memesan permainan hebat CATUR BISTARI ini boleh menghubungi saya untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. Kanak-kanak, remaja dan orang dewasa semuanya boleh mendapat manfaat daripada Catur Bestari ini.)

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SOAL JAWAB PELABURAN EMAS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SOAL JAWAB PELABURAN EMAS
Bil 1361 Dec 2009
...Saya menerima banyak soalan melalui SMS dan email hasil artikel saya beberapa minggu lepas bertajuk "RAHSIA PELABURAN KUNO INI KINI DIDEDAHKAN". Sebahagiannya saya olah kembali,kategorikan dan siarkan di sini supaya kita dapat manfaat bersama. Saya tidak bertanggung-jawab atas sebarang keuntungan atau kerugian yang bakal dialami berdasarkan maklumat di sini. Ingatlah sebagai pelabur berhemah, anda bertanggung-jawab atas pelaburan anda, bukannya institusi penjual atau penasihat..........

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda
(Satu lagi versi internet soal jawab boleh dibaca di sini) 
 

Wednesday, December 09, 2009

Dua Buku Saya Dalam TOP 20 Buku Bisnes di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan November 2009

Dua buku saya "Buat Duit Sebagai Agen Insuran/Takaful" dan "Buat Duit Agen Unit Amanah" menduduki tangga ke 13 dan 16 dalam senarai   TOP 20 Buku Bisnes dan Pengurusan di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan November 2009. Senarai penuh seperti berikut:

1. Internet Marketing dengan Facebook
2. Buat Duit dengan Blog
3. Kotler on marketing (edisi Bahasa Melayu)
4. Rahsia Bisnes Orang Cina (kulit lembut)
5. Bisnes Internet: bina. upload. urus
6. Buat Duit dengan Affiliate
7. Buat Duit dengan Ikan Keli
8. Buat Duit dengan Youtube
9. Rahsia Bisnes Orang Cina (edisi jimat)
10. Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
11. Buat duit dengan foto
12. 101 Idea Bisnes Home-based
13. Buat Duit Sebagai Ejen Insuran
14. Buat Duit dengan Jual Pakaian
15. Kuasa Minda Separa Sedar
16. Buat Duit Sebagai Ejen Unit Amanah
17. Buat Duit dengan Restoran
18. Buat Duit dengan Tuisyen
19. Buat Duit dengan Cendawan
20. Buat Duit dengan Rumah
Cara-cara membeli semua buku-buku saya

Monday, December 07, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - LIMA LANGKAH AZIZI ALI KUASAI KEWANGAN PERIBADI

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: LIMA LANGKAH AZIZI ALI KUASAI KEWANGAN PERIBADI
Bil 1360 Dec 2009
...Mengikut pengakuannya beliau tidak pernah mengikuti kursus kewangan pada mulanya. Masalah kewanganlah yang memaksa beliau mencari jawapan. Beliau membaca dan terus membaca sehingga sebanyak ratusan buku kewangan dibeleknya. Berbekalkan ilmu ini, setelah diuji sendiri secara praktikal beliau menulis buku pula untuk menjana wang. Desas desus kereta kegunaan beliau di rumah Proton Perdana sahaja bukannya kereta mewah buatan negara luar.

Beliau beberapa kali tampil sebagai panel pada forum di stesen televisyen seperti TV3, RTM, News Radio di Singapura dan RTB Brunei, turut menulis rencana untuk The New Straits Times, Personal Money, Smart Investor dan penulis "corner" Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd serta dianugerahi Pingat Setia Mahkota Perlis pada 2004.

Berikut beberapa tips dari beliau semasa memberi ceramah Perancangan Kewangan Peribadi dalam media masa. 5 langkah untuk menguasai kewangan peribadi menggunakan bahasa bualan santai :.......

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.