Saturday, April 27, 2013

PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 3 -akhir

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 3 -akhir
Bil 1535 April 2013

Sedutan Bahagian 3 - akhir

Dua bentuk pinjaman sahaja yang dibenarkan oleh PPW kepada orang ramai iaitu jenis tanpa cagaran dan jenis bercagar. Mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, dua jenis borang sahaja dibenarkan iaitu Borang Perjanjian Pinjaman Jadual J bagi pinjaman tanpa cagaran dan Borang Perjanjian Pinjaman Jadual K bagi pinjaman bercagar.  Kedua-dua bentuk perjanjian pinjaman ini mempunyai isi kandungan perjanjian yang berlainan.

Seperti lazim sudah tentu tidak elok jika peminjam menandatangani borang perjanjian yang tidak diisi lengkap dan menerima wang pinjaman terlebih dahulu. Sebabnya ialah kemungkinan jatuh perangkap PPW di mana ada yang memasukkan jumlah pinjaman yang lebih besar daripada apa yang anda dapat dan menyebabkan peminjam akan menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya PPW terbabit kemudiannya melengkapkan borang perjanjian pinjaman tersebut tanpa pengetahuan peminjam.

Sekarang kita bicara pula pasal kadar faedah yang diterima pakai. Mengikut Seksyen 17A Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kadar faedah yang boleh dikenakan kepada seseorang peminjam tidak boleh melebihi kadar seperti berikut:......
(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, April 19, 2013

Kempen Kesedaran Tentang Kebakaran - Ceramah percuma 18 May 2013

Sekiranya berlaku kebakaran atau api apakah tindakan kita.
Setiap tahun ramai keluarga yang menjadi mangsa, hilang wang dan harta.
Kalau mereka lebih bersedia barangkali nasib tidak akan jadi seburuk apa yang menimpa mereka.

Ceramah percuma ini memberi maklumat teknik-teknik mengurangkan risiko kehilangan harta benda dan nyawa akibat kebakaran.

Tarikh: Sabtu 18 May 2013
Masa: 1-2 tengahari
Tempat:
Universiti Tunku Abdul Rahman
PD Block, Level B1
No. 9 Jalan Bersatu 13/4
46200 Petaling Jaya, Selangor

Masuk percuma, perlu daftar dahulu.

Lihat flyer : http://bit.ly/Z9Uw1U
Daftar online :  http://bit.ly/10Gpy3B
Peta:  http://www.utar.edu.my/cee/file/CEE%20new%20map.JPG




Tuesday, April 16, 2013

PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 1 dan BHG 2

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 1 dan BHG 2
Bil 1533 dan 1534 April 2013

Sedutan Bahagian 1

"Di Malaysia ada empat pihak yang mempunyai keupayaan untuk memberi pinjaman kepada orang ramai. Kalau tidak terdesak, tidak ada rekod CCRIS atau CTOS yang buruk, boleh pinjam dari bank. Kalau tidak terdesak dan rekod CCRIS/CTOS tidak bagus boleh pinjam dari koperasi tetapi ada syarat contohnya kena jadi ahli koperasi dan kadang kala cuma kakitangan kerajaan diberi keutamaan. Koperasi ada pemantauan undang-undang yang berkaitan. Sekarang jika seseorang itu terdesak, bukan kakitangan kerajaan, mungkin tidak makan gaji, CCRIS/CTOS pun tak cantik, mana hendak pinjam? Ramai yang akan cepat berkata "Ah Long". Barangkali ramai yang tidak sedar ada satu lagi sumber - iaitu peminjam wang berlesen........."

Sedutan Bahagian 2

Banyak iklan yang saya sempat imbas tidak mengandungi kesemua di atas. Kadar faedah pun tidak dinyatakan dengan jelas. Bakal peminjam perlu berwaspada juga tentang tempat atau lokasi melakukan transaksi pinjaman wang. Bukan sebab takut dirompak tetapi ia satu kesalahan. Beerti kalau buat dalam kereta sahaja nanti bila ada kes, kita yang akan tersenyum simpul.

Mengikut Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, transaksi tidak boleh dibuat dimana-mana tempat selain daripada alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang telah diluluskan oleh Pendaftar. Katakan anda telah berjumpa dengan PPW atau agen mereka. Semasa berurusan untuk membuat pinjaman entah macam mana samada keliru atau terkena hembusan jampi anda terdorong untuk meminjam. Selang beberapa minggu anda dapati fakta yang diberi tidak sama seperti mana perjanjian pinjaman sebenar.  Di mana hak anda dalam urusan pinjaman ini? .....

Mujur ada penawar iaitu Seksyen 29 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951. Secara ringkas ia mengatakan:.......

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)