Thursday, December 29, 2011

14 Klip Video Jutawan Anak Jati Pulau Pinang Berkongsi Ilmu

Terhad sebelum 9 Januari 2012

Anak jati Pulau Pinang, seorang jutawan hasil bisnes online memberikan 14 klip video secara percuma kepada mereka yang berminat menjadi usahawan internet. Video dalam bahasa Inggeris. Versi DVD fizikal kena bayar tetapi saya berikan cara ini untuk mendapatkan versi download secara percuma.

( Tip: Jika malas membaca scroll ke bawah sehingga ke hujung sekali di mana ada kotak "Access Now". )

Cerita sedih beliau semasa merangkak-rangkak dahulu, baca di sini.

Dapatkan koleksi video beliau secara percuma sebelum 9 January 2012.

Sunday, December 18, 2011

Sedutan Artikel MWanita - BERNIAGA DI PASAR DUNIA YANG TERBESAR


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BERNIAGA DI PASAR DUNIA YANG TERBESAR   
Bil 1465 Dec 2011
.......Balik ke janji saya tadi iaitu tentang pasar terbesar di dunia. Katakan saya seorang peniaga yang menjual pakaian di pasar malam dan di mana sahaja yang ada peluang. Berapakah agaknya potensi pelanggan saya? Mungkin seratus setiap kali buka kedai. Bolehkah saya kembangkan sehingga 1,000 atau kemudiannya 10,000 dan 100,000 tetapi masih cukup tidur 8 jam? Sebenarnya boleh tanpa bekerja seteruk itu malah kerja makan gaji dan buat part time pun boleh. Tetapi di mana lokasi pasarannya atau apakah produk jualan yang sesuai?
Kursus DVD cara menembusi pasaran ini ==>  http://bit.ly/dvdasasibe 
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Wednesday, December 14, 2011

PERISIAN MENGURUS EXTERNAL DEVICE STORAGE

PERISIAN MENGURUS EXTERNAL DEVICE STORAGE

Ciri-ciri perisian (dalam Bahasa Inggeris).
Saya tidak pasti berapa lama tawaran percuma ini akan bertahan.
Bilangan komputer yang boleh install tidak terhad.

Lawat untuk mendaftar dulu - full name tidak semestinya nama sebenar anda.
Semak email, save kod pendaftran dan full name masa mendaftar tadi.

Download , save dan install

Aktifkan perisian - saya syorkan untick opsyen "automatic update".
Kemudian right-click pada ikon di system tray, cari "Enter License Key"
Masukkan kod pendaftaran dan nama penuh semasa mendaftar dulu.
Sudah boleh guna tanpa ada mesej "evaluation version' dan setaranya.

Nota:
Saya syorkan simpan file download dan butir pendaftaran dalam satu folder.
Boleh guna nanti di masa hadapan.

===============================
Untuk menjadi ahli list saya, klik link berikut:
http://goo.gl/TQh2w
===============================

Tuesday, December 13, 2011

Belajar bahasa asing dengan percuma sambil terjemah

Kalau anda biasa menggunakan sistem CAPTCHA  kini ada peluang untuk belajar bahasa asing secara percuma.
Pelancaran belum bermula tetapi anda boleh mendaftar untuk private beta.
Cara daftar dan video konsep.
http://duolingo.com/
Penerangan projek oleh Luis von Ahn, profesor Universiti Carnegie Mellon yang memperkenalkan CAPTCHA and reCAPTCHA. Video 17 minit.



Sunday, December 11, 2011

Sedutan Artikel MWanita - FATWA TERBARU PELABURAN EMAS


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : FATWA TERBARU PELABURAN EMAS    
Bil 1464 Dec 2011
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas dan membuat keputusan seperti berikut:
Perincian di http://www.e-fatwa.gov.my
  • Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
  • Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, December 01, 2011

ANTIVIRUS MUDAHALIH (PORTABLE) PERCUMA DARI MICROSOFT


Nama: Microsoft Safety Scanner
Download disini.

Ciri-ciri:
======
  • Tidak akan menyemak samada perisian windows asli atau tidak.
  • Boleh dibawa dalam USB drive, tidak semestinya terhad dalam komputer peribadi.
  • Cuma salin file" msert.exe" ke komputer sasaran kemudian doubleklik.
  • Pelbagai jenis scan - secara teliti atau secara pilihan.
  • Jika ada masalah fail akan dikuarantin.
  • Versi Windows 32 dan 64 bit
  • Windows XP, Vista dan Windows 7 
  • Batal lepas 10 hari, boleh download semula dengan definasi virus terkini.

=====Iklan mini=======
Siasat Kebocoran Wang Anda
Perisian ini untuk sebarang OS
http://bit.ly/alirwang
==================