Showing posts with label Uruswang. Show all posts
Showing posts with label Uruswang. Show all posts

Friday, March 02, 2018

5 TEKNIK UNDERGROUND SIMPAN EMAS PERCUMA UNTUK ANDA

Baca di bawah kenapa panduan percuma 5 Teknik Underground Emas ini bermanfaat untuk anda.
(Kalau tidak sabar baca sampai habis dapatkannya di sini: http://pdsp.us/dkz014)

Lain orang lain cara mereka menggunakan emas sebagai satu alat kewangan dalam pengurusan kewangan mereka.

Jika anda minat bisnes dan simpan emas, boleh guna skil Alihan Aset Emas. Skil ini ialah gabungan skil niaga dan simpan emas serentak.
Anda belajar cara yang betul untuk strukturkan loan Ar Rahnu dan pilih bisnes yang sesuai agar sambil bisnes anda boleh simpan emas terus.

Kalau anda kaki invest pula, suka trading, elok belajar tool dan skil set untuk anda belajar buat untung dari turun naik pasaran emas, kripto sambil simpan emas.
Panduan percuma 5 Teknik emas ini menceritakannya => http://pdsp.us/dkz014

Kalau anda minat pada seni halus emas fizikal tu sendiri, anda boleh buat untung setiap bulan dengan simpanan emas terpakai. Dari mula nak cari lubuk emas ni sampailah pada selesai proses belian emas jenis ini.

Kalau anda minat IT, gadjet, teknologi terkini, dan suka bisnes online, anda boleh belajar bagaimana buat simpanan emas dan matawang kripto one shot terus.

Menariknya....dalam skil yang ni, ada pilihan untuk mereka yang nak goyang kaki, duduk rumah sambil jaga anak, tapi masih boleh terima untung simpan emas setiap bulan.

Kesimpulannya apa jua pun style simpanan emas yang anda nak buat, ada skilnya yang anda boleh belajar secara step by step.

Kalau nak belajar dan ubah hidup dan kewangan anda, boleh tengok dahulu percuma panduan ini, klik di bawah:
5 Teknik Underground Menyimpan Emas 

Friday, February 03, 2017

Apakah Ada Pengganti Kepada Pelaburan Forex Di Malaysia?

Di Malaysia Forex telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa
Kebangsaan pada Februari 2012.


Dr Zaharuddin, seorang pakar kewangan Syariah menjelaskan kenapa:


Anda mungkin seorang pelabur Forex yang berpengalaman.

Anda juga mungkin seorang pelabur hijau yang mahu melabur dalam
pelaburan antarabangsa yang patuh syariah.

Atau anda sekadar ingin tahu pelaburan apa yang
patuh shariah selain Forex yang boleh memberikan pulangan yang
lumayan jika tahu ilmu disebaliknya.

Daftar di sini:
http://bit.ly/2goshariah

Kandungan kursus sedang disediakan oleh Cikgunya.
Disebabkan anda telah mendaftar lebih awal, anda boleh mendapat
faedah EARLY BIRD untuk kursus pelaburan ini.


Belajar di mana-mana sahaja asal ada laptop, telefon pintar atau
peranti, dan pada kos yang jauh lebih murah.

Ketahui apakah pelaburan pengganti Forex yang dijamin patuh shariah.
Daftar di sini jangan berlengah.




Wednesday, February 17, 2016

Kenapa kadang-kadang lebih elok jika kita buat duit dari hartanah tanpa jadi pemilik hartanah?

Ya, memang pelik. Kadang-kadang lebih elok jika seseorang yang ingin menjana duit dari hartanah tidak menjadi pemilik hartanah tersebut. Ini sebab-sebabnya dan sila lihat jika ia sesuai untuk anda.

PENGETAHUAN TEKNIKAL MINIMUM

RUMAH MEMANG SENTIASA LAKU ‘PANAS’

TIDAK PERLU BELI RUMAH SENDIRI

MODAL YANG RENDAH

PENDAPATAN PASIF LUMAYAN

RISIKO RENDAH

PULANGAN MODAL YANG CEPAT

Jika sesuai anda boleh belajar dahulu melalui kursus ini sebelum mula melabur wang anda.

Saturday, January 30, 2016

Tiga Strategi Jana Duit Dari Hartanah Yang Mungkin Tidak Sesuai Untuk Anda

Terdapat pelbagai cara yang kita boleh buat untuk jana duit melalui hartanah. Tiga yang popular di kalangan pelabur-pelabur hartanah ialah:

1) Strategi beli dan simpan.
2) Strategi beli dan sewakan.
3) Strategi beli dan jual.

1) Strategi beli dan simpan - Strategi ini adalah strategi yang paling mudah kerana selepas anda membeli rumah anda cuma perlu tunggu sahaja harga rumah tersebut naik.

2) Strategi beli dan sewakan - Prinsipnya kita membeli hartanah dan kemudiannya kita sewakan semula hartanah tersebut kepada orang lain. Sekiranya hasil sewa sama atau lebih dari ansuran bulanan dari pihak bank maka kita tak perlu keluarkan duit sendiri untuk membayar kepada bank. 

3) Strategi beli dan jual - Strategi ini antara yang strategi yang biasa digunakan oleh pelabur-pelabur hartanah dalam mendapatkan keuntungan dengan cepat. Maksudnya lepas beli tidak simpan lama sebaliknya akan dijual secepat mungkin.

Tetapi awas kerana ketiga-tiganya mungkin tidak sesuai untuk anda. Kelemahan strategi-strategi di atas ialah kita perlu memiliki hartanah, kalau tiada hartanah kita masih boleh guna kaedah rahsia yang diajar melalui kursus berikut.

Kursus dalam Bahasa Malaysia dan boleh belajar di rumah. Sokongan dari cikgunya pun ada.

Sunday, July 12, 2015

RAHSIA JIMAT PETROL ELEKTRIK SEHINGGA 25% DENGAN TEKNOLOGI YANG BOLEH DISIMPAN DALAM POKET ATAU DOMPET ANDA

Anda mungkin sudah cuba sedaya upaya berdisiplin untuk jimat petrol dan elektrik tetapi tidak konsisten. Berita baik ialah ada cara melakukan KEDUA-DUA penjimatan dengan kaedah yang SAMA. Ini bukan matematik cashflow atau kurangkan trip tetapi kaedah yang diluluskan SIRIM  dan AGENSI NUKLEAR MALAYSIA.
Untuk maklumat percuma melalui pos atau emel daftar di http://bit.ly/jimat3belanja

Wednesday, February 06, 2013

HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA
Bil 1525 Jan Feb 2013

...Pada penghujung bulan Disember 2012 saya menerbitkan satu siri empat artikel yang bertujuan mendedahkan kepada orang ramai secara terperinci tentang contoh pengoperasian skema pengumpulan wang yang diragui. Di samping tujuan pendidikan masyarakat saya juga ingin menguji sejauh mana pembaca yang cepat sedar atau langsung terpukau dengan cara penganjur menjalankannya. Daripada bilangan pembaca yang sudi menghubungi saya (emel dan sms) Saya dapati hampir 90 peratus cepat terpedaya dan memang mudah terperangkap dengan pujuk rayu skema-skema sedemikian. Cuma 10 peratus sahaja yang menghubungi saya untuk menyatakan pengalaman pahit mereka dan juga perasaaan terima kasih kerana sempat melihat penipuan di sebalik cerita-cerita "kisah benar" dan "umpan modal kecil tapi hasil berkoyan-koyan" yang digunakan penganjur.

Di antara 90 peratus yang percaya kehebatan skema tersebut menyangka saya sudah memasuki skema berkenaan dan merayu agar diberi peluang untuk masuk sama. Alasan-alasan pelbagai, antaranya banyak hutang, ibu tunggal, warga kurang upaya dan macam-macam lagi sehingga tidak dapat saya siarkan di sini. Yang peliknya bila saya mendedahkan skema-skema halal yang diredai bank pusat, dipantau sepenuhnya kerajaan Malaysia dan mengandungi dokumentasi lengkap,tidak ramai yang akan menghubungi saya. Seolah-olah benda yang baik dan diredai ditolak begitu sahaja sedangkan yang busuk dan tidak jujur akan didakap erat sehingga pemikiran waras sudah dibuang entah ke mana.....

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, October 29, 2012

BELANJAWAN PENENTU HAMBA DENGAN TUAN HAMBA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BELANJAWAN PENENTU HAMBA DENGAN TUAN HAMBA  
Bil 1510 OKT 2012
....Pernahkah kita terfikir samada kita menjadi hamba kepada wang atau wang yang menjadi hamba kepada kita? "Jika seseorang itu benar-benar mahu tahu nilai wang, suruh dia pergi meminjam, kerana mereka yang asyik meminjam akan menghadapi kedukaan dan penyesalan." Kata Benjamin Franklin, salah seorang Bapa Kemerdekaan Amerika juga merangkap salah seorang usahawan "jaya sendiri" (self-made)yang pertama di Amerika.Ramai orang yang tidak menyedari peranan beliau sebagai seorang usahawan kerana Benjamin lebih dikenali sebagai seorang negarawan yang ulung di tanah airnya.
Tetapi sekiranya anda tidak mempedulikan nasihat Benjamin dan masih perlu meminjam tanya dahulu soalan berikut. Apakah anda seorang peminjam bijaksana atau bakal menjadi hamba kepada peminjam korporat anda? Kalau tidak tahu yang mana satu kenapa tidak belajar sedikit petua-petua pinjaman contohnya cuba dapatkan pinjaman yang fleksibel dan paling rendah kosnya? Contohnya kalau terpaksa menggunakan ihsan kad kredit, apakah perkara-perkara yang patut dinilai atau diketahui agar tidak termasuk dalam kitaran hutang sepanjang hayat?.....
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, May 21, 2012

IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 1
Bil 1487 Mei 2012

......Sebuah syarikat tersenarai yang tersenarai di Bursa Malaysia (syarikat pembuat roti dan kek, biar kita namakan SRK) mengalami kerugian dan saham menjunam sehingga serendah 20.5 sen sahaja. Ini akibat kegagalan anak-anak syarikat menjelaskan komitmen kewangan atau hutang sebanyak RM 5.37 juta kepada tiga bank tempatan. Lantas Bursa Malaysia meletakan syarikat ini dalam perhatian. Kedudukan kecairan dan kemampuan modal cair juga diturun-nilaikan oleh agensi penilai kewangan (rating agency) RAM. Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta. Akibat kemelut kewangan itu, tiga pegawai kanannya digantung tugas termasuk pengarah urusannya.

Ada dua pembelajaran dari sudut pandangan kita sebagai seorang pelabur dan dari segi pengurusan kewangan peribadi walaupun contoh di atas melibatkan entiti korporat. Dalam bahagian satu artikel ini saya mengupas aspek pelaburan dahulu.

Dari sudut pelabur kita mesti pantau sendiri pelaburan kita, jangan terlalu bergantung kepada penasihat kita atau lembaga pengurusan syarikat berkenaan. Saya gunakan SRK sebagai kajian kes kerana walaupun masalah kewangan dialami olehnya tetapi ada beberapa organisasi yang turut melabur dalam syarikat berkenaan. Lebih panas lagi organisasi-organisasi tersebut mewakili sebilangan besar pelabur/penyimpan yang rata-rata buta ilmu pelaburan. Kebanyakan ahli/pelabur ini tidak mempunyai ilmu pelaburan atau tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna produk kewangan.......
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, April 28, 2012

LIMA TAPISAN MEMILIH PELABURAN PATUH SHARIAH

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : LIMA TAPISAN MEMILIH PELABURAN PATUH SHARIAH
Bil 1484 April 2012

.......TAPISAN PERTAMA - Menyemak keputusan samada harus, halal atau haram yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negeri dan kebangsaan. TAPISAN KEDUA - Menyemak pendapat badan berkanun yang menjaga kepentingan pelabur seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia. TAPISAN KETIGA - Apakah perincian akad pelaburannya? Kalau jelas maka mudah untuk membuat keputusan, kalau tidak jelas barangkali ia tidak patuh syariah. TAPISAN KEEMPAT iaitu samada ada unsur jaminan modal. TAPISAN KELIMA iaitu peratusan campuran pelaburan dalam industri halal dan haram.
(Untuk perincian setiap tapisan dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, April 13, 2012

KAEDAH MENGKELASKAN REKOD/DOKUMEN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KAEDAH MENGKELASKAN REKOD/DOKUMEN
Bil 1482 April 2012

Langkah pertama pastikan anda sudah ada satu sistem fail. Fail ini boleh dalam bentuk fail fizikal contohnya "fail kertas" atau bentuk digital misalnya "folder komputer". Sekarang bahagikan semua fail anda kepada 2 kategori, yang 'aktif' dan yang 'tidak aktif'.
KATEGORI AKTIF
Ertinya fail untuk dokumen yang diperlukan dengan cepat atau bila-bila masa sahaja. Contohnya seperti:
1. Bil-bil yang belum dibayar
2. Semua bil yang telah dijelaskan dalam setahun lepas. Kalau boleh ditandakan dengan tarikh bayaran, nombor cek, tanda dibayar dengan tunai. Kalau dibayar dengan tunai cuba dapatkan pihak yang menerima wang tadi meletakkan tandatangan srta tanda "DIBAYAR" beserta tarikh. Lagi bagus kalau boleh dapat resit dan staplekan pada bil berkenaan.
3. Penyata-penyata akaun semasa semenjak 12 bulan lepas..........

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, April 06, 2012

TANGANI DUA CABARAN BESAR GRADUAN BARU


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TANGANI DUA CABARAN BESAR GRADUAN BARU
Bil 1481 April 2012
Jika anda seorang graduan baru yang sedang membaca artikel ini hebohkan kandungannya kepada rakan-rakan lain yang senasib. Jika anda seorang graduan yang bernasib baik sudah bekerja selama enam bulan masih ada cabaran kewangan yang menanti maka teruskan pembacaan artikel ini. Untuk pembaca lain yang mempunyai anak atau saudara kesayangan yang baru lulus universiti, zaman anda dan zaman mereka sudah banyak berbeza. Kalau boleh sebarkan artikel ini kepada pengetahuan mereka.
Bagi saya ada dua cabaran yang mesti ditangani oleh graduan baru iaitu cabaran memasarkan diri mereka di kacamata bakal majikan dan kedua cabaran kewangan yang sedang menanti untuk membaham mangsa yang kurang bersedia. Sebenarnya kedua-dua cabaran ini boleh ditangani dengan mudah andaikata persediaan telah dibuat semenjak di Tahun 1 di universiti atau kolej.  Persediaan yang saya maksudkan ialah memupuk mentaliti yang sepadan dan asas ilmu kewangan yang kukuh. Bagaimana kalau sudah bukan lagi di Tahun 1 atau sudah bekerja beberapa tahun? Teruskan pembacaan dan anda pasti menemui dua pelan tindakan yang saya sarankan.  

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, April 02, 2012

KURANG TINDAKAN MASYARAKAT ISLAM DALAM PENGURUSAN PUSAKA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KURANG TINDAKAN MASYARAKAT ISLAM DALAM PENGURUSAN PUSAKA
Bil 1480 Mac 2012
Saya dapati dalam semua aspek perancangan kewangan, perancangan pusaka paling diabaikan oleh masyarakat Melayu. Kalau saya menulis artikel berkaitan pelaburan,menjana kekayaan, mengurus hutang,merancang takaful pasti akan menerima sms atau email minta jawapan kepada pelbagai keraguan. Lain ceritanya dengan perancangan pusaka. Dalam perancangan kewangan Syariah khususnya,perancangan pusaka sebenarnya mempunyai prioriti yang lebih tinggi kerana jika seseorang itu meninggal dunia sukar bagi arwah untuk bangun semula melakukan sesuatu. Sedangkan kalau dia rugi dalam pelaburan atau menjadi muflis akibat hutang beliau masih boleh bangkit membetulkan kesilapannya.
Ini satu situasi yang pernah dijadikan kes kajian dalam kelas kursus perancangan pusaka dihadiri perancang kewangan yang terdiri dari Islam dan bukan Islam. Wanita Islam ini bercerai di negeri X dan setahun kemudian bekas suami meninggal dunia. Mereka mempunyai tiga anak dan semuanya dipelihara oleh ibu bapa mentua.
Ibu bapa mentua sudah mendapatkan sijil faraid dan dalam proses pembahagian harta pusaka. Isteri menerima sejumlah wang daripada KWSP kerana arwah menamakannya sebagai penama. Masalah dalaman timbul bila ibu bapa mentua meminta semua wang KWSP yang diperolehi isteri atas alasan isteri tidak berhak menerima wang KWSP. Perkara itu membuka mata si isteri hak beliau dan anak terhadap wang KWSP dan harta lain.  

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, February 09, 2012

Buku Terbaru Saya "Urus Wang Masa Gawat"

Buku terbaru saya "Urus Wang Masa Gawat" sudah terbit,.
Ia sudah disenarai pendek sebagai salah satu buku pilihan rangkaian kedai buku POPULAR di Malaysia. Harga sangat berpatutan RM8/RM9 Semenanjung/Sabah Sarawak.
Kalau kewangan sudah kukuh boleh beli sebagai hadiah/alat bantuan untuk individu lain.
Pengurusan Sumber Manusia badan kerajaan dan swasta boleh dapat pada harga diskaun sebagai bacaan wajib untuk kakitangan mereka. Perincian kandungan,sinopsis dan biodata penulis baca di sini.

Friday, November 11, 2011

Sedutan Artikel MWanita - PERISIAN KEWANGAN PANTAU CASHFLOW


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PERISIAN KEWANGAN PANTAU CASHFLOW  
Bil 1460 Nov  2011
....Baru-baru ini saya berkesempatan menguji perisian kewangan buatan warga Malaysia yang pada pendapat saya ringkas tetapi efektif untuk mengurus aliran tunai. Ia kecil, ringan dan boleh digunakan dalam komputer biasa, notebook,netbook dan sistem seperti iPac dan Galaxy Tab. Pengguna Windows, Linux atau Mac tiada masalah menggunakannya. Salah satu masalah pengguna ialah mempelajari menggunakan perisian kewangan yang baru. Bukan perisian ini kerana ada video-video terperinci yang menerangkan penggunaannya secara langkah demi langkah. Bagi mereka yang tidak pernah membuat penyata wang masuk dan keluar, dua bulan sampel penyata sebenar turut diberikan. Jadi pengguna baru boleh terus guna sampel ini  dengan mengubah data atau memasukkan data mereka sendiri. Hubungi saya untuk melihat satu sampel video bagaimana menggunakan perisian ini bertajuk "Bajet Bulanan".
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, September 18, 2011

Sedutan Artikel MIDI - KADAR INFLASI PERIBADI

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: KADAR INFLASI PERIBADI
Bil 120 Sept 2011
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng memberikan komen berikut tentang kadar inflasi dalam lapuran Berita Harian bertarikh 18 Februari 2011. "Kadar inflasi antara 2.8 peratus hingga tiga peratus di negara ini bagi tahun ini secara relatifnya adalah baik jika mengambil kira kenaikan ketara harga komoditi."

Berdasarkan rekod Indeks Harga Pengguna (IHP) di negara ini, purata jangka panjang inflasi ialah tiga peratus. Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index mengukur kadar inflasi sesuatu negara. Definasi teknikal " Indeks ini mengukur perubahan peratusan dalam kos membeli sebakul barangan dan perkhidmatan yang dilakukan oleh satu kumpulan populasi pada satu jangkamasa tertentu." Untuk mengira indeks ini satu tinjauan bulanan akan dilakukan terhadap lebih 400 barangan yang dijual di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Tugas ini dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Mari kita lihat bagaimana kadar inflasi rasmi negara dikira berasaskan IHP, kemudian kita boleh menganggar kadar inflasi peribadi diri keluarga.

Untuk perincian perkiraan melalui jadual dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, August 21, 2011

Sedutan Artikel MWanita - ENAM BAHAYA KEWANGAN MENANTI ANAK KITA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  ENAM BAHAYA KEWANGAN MENANTI ANAK KITA      
Bil 1448 August 2011


....Seorang ayah yang saya temui semasa memberi seminar memberitahu isi hatinya begini, "Budaya kita tentang kewangan menganggap ia perkara yang boleh diletakkan ditepi sehingga saat-saat ia diperlukan. Ibu-bapa saya sendiri tidak pernah mengajar saya. Sistem pendidikan juga tidak menitikkan ilmu kewangan sebagai salah satu subjek wajib dari rendah hingga peringkat tertinggi. Generasi kita kalau belajar pun akibat minat sahaja." Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil turut melahirkan kebimbangan beliau ketika memberi ulasan di Berita Harian terbitan tahun 2009 tentang lapuran 120 pemuda berusia di bawah umur 25 tahun di negara ini diisytihar muflis sejak 2005 angkara kad kredit.

Sekarang kita ikuti 6 bahaya yang menanti jika anda tidak mengajar anak tentang kemahiran kewangan.

Bahaya Pertama- Terlalu bergantung kepada ibu-bapa.........


(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Sedutan Artikel MIDI - ENAM KEMAHIRAN KEWANGAN

    Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
    Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
    Tajuk: ENAM KEMAHIRAN KEWANGAN
    Bil 119 15 Ogos 2011
    ......Sekarang saya sajikan enam kemahiran kewangan iaitu:
    1)Bagaimana Menghargainya
    2)Bagaimana Menguruskannya
    3)Bagaimana Menyimpannya
    4)Bagaimana Melaburkannya
    5)Bagaimana Menghasilkannya
    6)Bagaimana Melindunginya

    Kemahiran 1 merupakan teras utama kerana jika ia tidak sebati dengan jiwa maka penguasaan kelima-lima yang lain tidak menjanjikan kejayaan duniawi lebih-lebih lagi di akhirat biarpun pengamalnya seorang pakar. Dalam falsafah ugama sendiri ditekankan kemahiran ini dengan membandingkan manusia yang cuma bertindak sebagai penjaga amanah harta yang dianugerah Tuhan dari semasa ke semasa sepanjang hayatnya.

    Kemahiran 2 ditempatkan lebih tinggi berbanding Kemahiran 5 kerana ramai orang yang bergaji besar menghadapi masalah kewangan atau masalah aliran tunai harian. Kehidupan mereka dibiayai oleh hutang kerana gagal menjiwai Kemahiran 2 iaitu pengurusan wang.......

    Untuk perincian Kemahiran 4 sampai 6 dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Wednesday, July 27, 2011

    Sedutan Artikel MIDI - LAGI CEPAT SIMPAN LEBIH UNTUNG

    Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
    Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
    Tajuk: LAGI CEPAT SIMPAN LEBIH UNTUNG
    Bil 117 Julai  2011
    ......Apakah faedahnya jika seseorang itu mula menabung secepat mungkin dan tidak mengambil sebarang wang keluar dari tabungnya sehingga sampai matlamat. Kita lihat situasi tiga insan X,Y dan Z yang prihatin akan masalah kewangan yang bakal dialaminya semasa tua nanti. Mereka berdua tidak mahu terlalu bergantung kepada wang pencen atau simpanan KWSP. X,Y dan Z berusia 30 tahun dan berhasrat membina satu tabung yang akan matang selepas 20 tahun. Pulangan purata setahun dari tabung ini ialah 10 peratus dan jumlah caruman bulanan ialah RM300 atau RM3,600 setahun.
    X tanpa berlengah terus memulakan langkah . Lihat Jadual untuk X. Dia yang berusia 30 tahun akhirnya mengumpul 226,809 pada akhir 20 tahun . Jumlah modal beliau 72,000 jadi nisbah untung 3.15 (nisbah jumlah terkumpul melawan jumlah modal)......
    Untuk melihat jadual terperinci X,Y dan Z dan analisanya dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Wednesday, June 08, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - KOS KEWANGAN JIKA MENUNGGU ATAU MENANGGUH


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel :  KOS KEWANGAN JIKA MENUNGGU ATAU MENANGGUH   
    Bil 1438 June 2011 


    .....Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Dari segi pengiraan nilai masa wang dalam sistem kewangan konvensional jawapannya terletak pada keajaiban "compound interest". Setiap hari anda menunggu, setiap jam yang anda menangguh adalah mirip membakar sebahagian daripada wang akan datang anda. Sudah semestinya keputusan anda memerlukan sedikit pengorbanan. Misalnya berkorban agar keperluan didahulukan dan kehendak ditangguhkan selama mungkin. Satu lagi pengorbanan ialah berdasarkan babak berikut dari filem Tamil klasik.
    Tapi sebelum itu ingat tak kos menanti yang kita kira bersama-sama di atas. Ada banyak faktor yang boleh mengganggu hasrat seseorang untuk mengelak kos tersebut. Tetapi kita boleh mengatasinya dengan mengamalkan strategi tertentu. Contohnya bagaimana “menggunakan” orang yang anda sayangi untuk berjimat dengan lebih banyak. Atau bagaimana menjamin 100% yang anda tidak akan terlebih belanja ketika keluar membeli belah. Atau bagaimana mengetahui dengan lebih jelas hakikat kedudukan kewangan anda sekarang. Apakah satu ayat yang sangat berkuasa untuk dilafazkan jika anda ingin sentiasa berjimat? Apakah perbelanjaan yang kita sepatutnya boleh jimatkan secara konsisten pada setiap bulan? Hubungi saya melalui email atau sms untuk mendapat 15 strategi secara percuma dan 30 lagi pada kadar yang berpatutan. Wajib ada email kalau tiada pinjam kawan punya atau buka akaun gmail dengan segera.

    (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)