Wednesday, February 24, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - OD-CARA GUNA DUIT BANK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : OD-CARA GUNA DUIT BANK   
Bil 1371 Feb 2010


....Kelebihan OD ialah dari segi keanjalannya. Walaupun had RM 25,000, tetapi selagi belum guna sesen pun tidak akan dikenakan caj/faedah. Kalau guna sehingga RM 1,000 maka hutang yang perlu diselesaikan adalah RM 1,000 + faedah/untung bank. Jika had RM 25,000 tetapi sudah guna RM 5,000 anda boleh bayar cuma faedah/untung bank sahaja. Baki had OD sekarang hanya tinggal RM 20,000 selagi mana hutang RM 5,000 yang asal tidak dibayar. Bandingkan dengan  term loan,di mana tiap-tiap bulan ada sejumlah bayaran. Tetapi OD tidak ada sejumlah bayaran tetap. Apakah muslihatnya? Interest/kadar untung dikira mengikut hari.....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, February 19, 2010

Sedutan Artikel MW- ILMU BISNES TSHIRT DIBUNGKUS SIAP

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: ILMU BISNES TSHIRT DIBUNGKUS SIAP  
Bil 1370 Feb 2010
....Satu contoh perniagaan yang tidak susah tetapi boleh dilakukan secara offline dan online ialah bisnes mencetak T-shirt. Saya akan perincikan bagaimana dalam dunia informasi sekarang mudah untuk seorang yang berfikiran positif untuk menjalankan bisnes ini dalam masa dua minggu sahaja. Saya pilih contoh bisnes ini kerana ciri-ciri seperti :
1. Boleh dibuat secara online atau offline.
2. Tak memerlukan simpan stok barang dalam rumah.
3. Modal yang sangat rendah, tidak perlu beli mesin cetak baju
4. Boleh dibuat secara sambilan.

5. Bisnes ini tidak akan tepu kerana sentiasa mempunyai permintaan tidak mengira musim.
6. Anda tentukan sendiri untung margin, samada untung besar atau untung kecil atau untung sederhana.
7. Tidak memerlukan pengalaman malah boleh bermula sekarang.
Ingat bahawa bisnes lain yang mempunyai ciri-ciri di atas (kecuali ciri ke 6) pun boleh diusahakan. Dalam artikel ini saya memberikan peta dan perkara-perkara am yang patut difikir sebelum terjun ke bidang perniagaan. Di zaman dahulu berikut perkara-perkara yang perlu difikirkan oleh bakal usahawan T-shirt:....
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, February 12, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - TIPS PENJIMATAN DIBONGKAR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: TIPS PENJIMATAN REALISTIK AKHIRNYA DIBONGKAR 
Bil 1369 Feb 2010

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Setiap hari berjuta-juta rakyat Malaysia hidup dari satu bulan gaji ke bulan gaji yang lain tanpa dapat menabung atau melabur. Jalan pendek fikir mereka ialah mengejar peluang-peluang buat duit dengan cepat. Tetapi ramai yang tidak sedar jalan penyelesaian sudah berada di depan mata. Jika anda berani berdepan dengan perbelanjaan seharian dan berjimat seberapa banyak setiap kali ada peluang, tidak mustahil untuk menghasilkan tabungan beribu-ribu ringgit di masa depan.

Mari kita buat satu kiraan pantas hasil mengamalkan teknik penjimatan. Katakan secara puratanya satu teknik mampu memberi penjimatan sebanyak RM20 sebulan. Ini bermaksud 1 teknik = RM 20.00 dan jika 20 teknik = RM400.00. Bermaksud dalam sebulan anda mampu memperolehi RM400.00 penjimatan wang anda. Jika anda teruskan usaha anda dengan dalam setahun anda mampu berjimat sebanyak RM400 x 12 bulan = RM4800 setahun.
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, February 11, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - KALKULATOR FARAID BERGAMBAR

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk:KALKULATOR FARAID BERGAMBAR 
Bil 83 Jan 2010
......Dalam perancangan kewangan profesional, kita tidak bermula dengan penjanaan kekayaan tetapi bagaimana mengekalkan dan mengagih harta/kekayaan yang sedia ada. Bagi mereka yang berugama Islam proses ini penting kerana mengumpul kekayaan baru memerlukan masa sedangkan kekayaan sekarang tidak tentu "kebersihannya". Esok lusa boleh dijemput oleh malaikat maut. Kekayaan yang ada sekarang juga jika tidak terancang, tidak tentu dapat diagihkan dengan betul mengikut syariah. Pengagihan harta kebiasaannya melalui kombinasi Hukum Faraid, Wasiat Islam dan/atau Hibah Harta.
Kini ada perisian di pasaran yang membungkus maklumat di atas disamping sebuah kalkulator Faraid serba mudah. Proses mendapat jawapan semudah mengklik tetikus.Perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia masih dalam pembangunan . Mereka yang berminat untuk mendapatkan perisian ini (bukan percuma) boleh menghubungi saya untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan.

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, February 07, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Soal Jawab Bayar Balik SwissCash

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: Soal Jawab Bayar Balik SwissCash
Bil 1368 Feb 2010

Saya menerima beberapa soalan melalui SMS dan email tentang artikel saya bertajuk Pembayaran Balik Skim Swisscash. Mereka yang tanya melalui email senang dijawab tetapi bagi mereka yang cuma ada kemudahan sms sukar menerima jawapan terperinci. Jadi di sini saya mengambil kesempatan membentangkan kembali jawapan soalan-soalan yang dihantar dengan email dan SMS. Di samping itu pembaca yang tidak ada kemudahan internet boleh berkongsi ilmu tentang hak mereka sebagai pelabur jika ditipu. SS bermaksud Suruhanjaya Sekuriti. Maklumat lebih lanjut dan hal perundangan yang terlibat boleh dibaca di laman web www.sc.com.my.
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, February 04, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - JAWAPAN KEKELIRUAN PELABURAN EMAS

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk:JAWAPAN KEKELIRUAN PELABURAN EMAS 
Bil 82 Jan 2010
Saya menerima banyak soalan melalui SMS dan email hasil artikel saya lepas bertajuk "WANITA DAN PELABURAN EMAS". Sebahagiannya saya olah kembali,kategorikan dan siarkan di sini supaya kita dapat manfaat bersama terutamanya bagi pembaca yang tidak mempunyai akses email. Kepada yang menghantar melalui SMS saya harap isi artikel ini dapat memberi informasi asas kerana mustahil menceritakan segalanya dalam skrin handphone. Lagipun saya tidak mahu menanggung risiko "patah jari" akibat rancak menekan butang.......
(Untuk versi online jawapan kekeliruan emas baca disini

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.