Thursday, August 25, 2011

10 Saham Defensif Cadangan OSK Research Untuk 2011

Ketua Bahagian Penyelidikan OSK Research mencadangkan sektor defensif seperti:
Media, Kesihatan, Pengguna dan Telekomunikasi untuk tahun 2011 ini.

Contohnya 10 saham berikut:
  1. AirAsia Berhad
  2. Axiata Group Berhad
  3. Guinness Anchor Berhad
  4. KPJ Healthcare Berhad
  5. Media Chinese Berhad
  6. Petronas Gas Berhad
  7. QL Resources Berhad
  8. Supermax Berhad
  9. Telekom Malaysia Berhad
  10. TRC Synergy Berhad
(Amaran: Bukan semua saham adalah "syariah complaint")

Sunday, August 21, 2011

Sedutan Artikel MWanita - ENAM BAHAYA KEWANGAN MENANTI ANAK KITA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  ENAM BAHAYA KEWANGAN MENANTI ANAK KITA      
Bil 1448 August 2011


....Seorang ayah yang saya temui semasa memberi seminar memberitahu isi hatinya begini, "Budaya kita tentang kewangan menganggap ia perkara yang boleh diletakkan ditepi sehingga saat-saat ia diperlukan. Ibu-bapa saya sendiri tidak pernah mengajar saya. Sistem pendidikan juga tidak menitikkan ilmu kewangan sebagai salah satu subjek wajib dari rendah hingga peringkat tertinggi. Generasi kita kalau belajar pun akibat minat sahaja." Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil turut melahirkan kebimbangan beliau ketika memberi ulasan di Berita Harian terbitan tahun 2009 tentang lapuran 120 pemuda berusia di bawah umur 25 tahun di negara ini diisytihar muflis sejak 2005 angkara kad kredit.

Sekarang kita ikuti 6 bahaya yang menanti jika anda tidak mengajar anak tentang kemahiran kewangan.

Bahaya Pertama- Terlalu bergantung kepada ibu-bapa.........


(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Perisian PDF ke Word Converter Dulu Berbayar Kini Percuma

    ##########################################################
    Amaran: Saya tidak memberi sebarang support atau
    bertanggung-jawab sekiranya sistem anda menghadapi masalah
    selepas menggunakan perisian atau tips ini.
    ##########################################################

    Perisian berbayar ini kini diberi percuma (freeware).
    Perisian asal dibangunkan oleh AnyBizSoft.
    Mereka memberi versi 2.5.3 percuma tetapi 3.0.0 kena bayar.
    Wondershare pula membeli AnyBizSoft dan secara rasmi menukar
    status versi 3.0.0 kepada freeware.

    ==================================
    Wondershare PDF to Word Converter
    Versi freeware : v3.0.0
    OS: Windows 7 32bit/2003/XP/Vista
    Saiz muat turun: 6.2 MB
    http://goo.gl/Zptpa
    ==================================

    Untuk mendapat maklumat terkini tentang berita seperti ini, sila
    daftar emel anda di website saya atau klik link berikut.
    http://goo.gl/TQh2w

    Sedutan Artikel MIDI - ENAM KEMAHIRAN KEWANGAN

    Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
    Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
    Tajuk: ENAM KEMAHIRAN KEWANGAN
    Bil 119 15 Ogos 2011
    ......Sekarang saya sajikan enam kemahiran kewangan iaitu:
    1)Bagaimana Menghargainya
    2)Bagaimana Menguruskannya
    3)Bagaimana Menyimpannya
    4)Bagaimana Melaburkannya
    5)Bagaimana Menghasilkannya
    6)Bagaimana Melindunginya

    Kemahiran 1 merupakan teras utama kerana jika ia tidak sebati dengan jiwa maka penguasaan kelima-lima yang lain tidak menjanjikan kejayaan duniawi lebih-lebih lagi di akhirat biarpun pengamalnya seorang pakar. Dalam falsafah ugama sendiri ditekankan kemahiran ini dengan membandingkan manusia yang cuma bertindak sebagai penjaga amanah harta yang dianugerah Tuhan dari semasa ke semasa sepanjang hayatnya.

    Kemahiran 2 ditempatkan lebih tinggi berbanding Kemahiran 5 kerana ramai orang yang bergaji besar menghadapi masalah kewangan atau masalah aliran tunai harian. Kehidupan mereka dibiayai oleh hutang kerana gagal menjiwai Kemahiran 2 iaitu pengurusan wang.......

    Untuk perincian Kemahiran 4 sampai 6 dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Wednesday, August 10, 2011

    Apabila komputer anda "crash" gunakan perisian ini...

    Perisian ini mengandungi peralatan untuk menghidupkan semula komputer yang tiba-tiba terkena serangan jantung atau terpaksa masuk ICU - Unit Rawatan Rapi. Harga setiap lesen USD 59.95 tetapi anda boleh mendapatkannya PERCUMA sehingga 12 Ogos 2011 pukul 10.00 GMT ini.
    Maklumat lanjut tentang apa yang boleh dilakukan oleh perisian lihat ini http://goo.gl/wYRm3
    Cara mendapat dengan percuma
    1) Daftar dan dapatkan info (melalui email) untuk akses percuma di sini http://goo.gl/ySIqG
    2) Kemudian download perisian di sini  http://goo.gl/h5oGb

    Semoga anda mendapat manfaat.