Tuesday, September 27, 2011

Peta Jaringan Kabel Internet Dasar Laut

Peta dunia - siapa yang tidak tahu mengecam benua-benua atau pulau-pulau.
Sebagai pengguna internet pernahkah kita melihat jaringan kabel dasar laut.
Ini peta jaringan kabel dasar laut sedunia.
http://www.submarinecablemap.com/
Kita boleh faham kenapa berlakunya gangguan perkhidmatan internet disebabkan kapal atau gempabumi.

Boleh klik untuk zoom melihat kawasan Asean contohnya Batam Dumai Melaka Cable System (BDMCS).
Selain klik boleh taip dalam tetingkap "SEARCH" sebelah kanan.
Kalau kita klik atas jaringan berwarna boleh lihat tuan empunya jaringan kabel tersebut.

Contoh assignment sekolah --> APCN-2 siapa tuan-tuannya ya?
Taip APCN-2 dalam tetingkap carian atau guna tetikus untuk klik dekat Kuantan.
Terpampang panjang kabel dan tuan-tuan punya kabel tersebut:
Panjang : 19,000 km
Tuan punya :
SingTel, Verizon Business, KDDi, Chunghwa, AT&T, BT, Cable & Wireless Worldwide, France Telecom, Softbank Telecom, NTT, Tata Communications, Telekom Malaysia, Starhub, PLDT, China Unicom, KT, SingTel Optus, REACH, Telstra, PCCW, China Telecom, LG Uplus, New World Telecom

Cuba anda jelajah sendiri!


Monday, September 26, 2011

Mahu membaca manuskrip purba tanpa ke muzium luar negara?


Mahu membaca manuskrip purba tanpa ke muzium luar negara?

(Nota: Saya menulis post ini sebagai seorang yang tidak memihak mana-mana budaya atau fahaman ugama)

Sebenarnya bukan satu tetapi 5 manuskrip purba.
Manuskrip bertarikh 68 Sebelum Masihi ini  kini boleh diakses semua pengguna Internet.
Asalnya ia disembunyikan dalam 11 gua di padang pasir untuk melindunginya daripada serangan bala tentera.
Ia cuma dijumpai dalam tahun 1947 oleh seorang gembala yang membaling batu ke dalam salah satu gua lalu terdengar bunyi.

Gambar resolusi tinggi 200 kali kamera pengguna biasa, boleh lihat kulit binatang yang menjadi medium tulisan
http://goo.gl/Rsk8A

Kalau hendak membaca terjemahan dalam Inggeris - ini caranya.
Contoh pilih manuskrip ini.
http://goo.gl/WePSz
Kemudian klik di atas imej sebelah kanan.
Bil imej sudah load klik mana-mana atas imej.
Tetingkap terjemahan bahasa Inggeris akan keluar.

Oh ya, manuskrip purba ini memang masyhur dalam dunia arkeologi.
Namanya 'Dead Sea Scrolls".

Selamat menjelajah!

Sedutan Artikel MWanita - SATU IDEA DUA JENIS BISNES JANA WANG


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SATU IDEA DUA JENIS BISNES JANA WANG       
Bil 1453 Sept  2011

 Petikan artikel ==>  ...anda masih membaca jadi saya andaikan anda memang berminat menjana wang pendapatan tambahan sesuai dengan tajuk artikel "Satu Idea Dua Jenis Bisnes Jana Wang". Idea yang saya maksudkan ialah coklat atau lebih tepat lagi buat coklat dari rumah. Apa pula bisnesnya? Saya gunakan contoh Puan A dan Puan B (bukan orang sebenar). Puan A langsung tidak tahu menahu pasal coklat. Puan B pula memang pandai buat coklat dan pernah menjualnya. Walaupun Puan A tidak arif tentang coklat tetapi dia tidak patah semangat untuk mencipta satu bisnes berasaskan coklat. Jadi dia pergi menghadiri satu kelas buat cokelat oleh Chef Y semata-mata kerana hendak mencari kenalan untuk merealisaikan ideanya. Takdir menemukan Puan A dengan Puan B. Mereka berdua sama-sama belajar rahsia coklat berikut:
1-Teknik Membuat Coklat Compound
2-Teknik Membuat Coklat Couverture
3-Teknik dan Strategi Pemasaran Coklat
4-Idea dan Pelan Tindakan Bisnes Coklat
5-Aneka Resepi Kek Coklat Lembap
6-Koleksi Resepi Cupcakes, Topping & Tips Rahsia Baking
7-Kalkulator Harga Coklat
 (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Hubungi saya untuk cara mendapatkan blueprint kedua-dua bisnes di atas.
 


 


    Sunday, September 25, 2011

    Amaran Bank Negara Malaysia mengenai pelaburan emas

    Maklumat video dari wartawan/pembaca pemberita TV9 di sini:


    Antaranya menceritakan tentang :
    1) Pelaburan emas yang betul
    2) Skim cepat kaya bertopengkan emas
    3) Amaran Bank Negara Malaysia mengenai pelaburan emas
    4) Tempat-tempat  membeli emas
    Jika anda mahukan maklumat terperinci, sila lihat sumber berikut:

    Panduan Memilih Akaun Emas di Bank http://goo.gl/280Qf

    Panduan Melabur Emas Fizikal dan Bukan Fizikal http://bit.ly/kitabemas

    Panduan Melabur Dengan Perak - Saingan Emas  http://goo.gl/8o7jZ

    Salam ceria

    Tuesday, September 20, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - MANA PELABURAN TERBAIK - ASB, EMAS, PERAK


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel :  MANA PELABURAN TERBAIK - ASB, EMAS, PERAK       
    Bil 1452 Sept  2011

    Seorang investor melakukan penelitian demi penelitian, berhati-hati dalam mengambil risiko dan keuntungan sebelum melaburkan wang beliau. Seorang spekulator hanya memberi wangnya kemudian berharap agar pulangannya seperti yang dimimpikan. Sebagai contoh mari kita pertimbangkan samada mahu melabur dalam satu alat pelaburan yang sudah mula mendapat perhatian iaitu perak. Dalam tahun 2009 dahulu emas yang menjadi rebutan. Katakan kita membayangkan diri kita sebagai bakal pelabur (bukan spekulator) perak untuk mempelbagaikan portfolio kita. Ini selari dengan hukum pelaburan "jangan letak semua telur-telur ke dalam satu bakul sahaja". Kita pergi mendapatkan ilmu dahulu tentang kebaikan melabur dalam perak dari pelbagai sumber. Saya berikan beberapa tips......
    Pakej Pelaburan Silver 
    Pertama kita dapatkan carta pergerakan harga perak dan juga emas sebagai perbandingan. Di sini saya tunjukkan cuma untuk tempoh 5 tahun sahaja, kalau hendak tafsir pelbagai masa lain boleh rujuk website yang saya berikan. (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

      Sunday, September 18, 2011

      Satu browser yang menggabungkan 3 enjin

      Tidak semestinya browser default yang dibungkus dalam sistem operasi komputer kita dapat memberikan pengalaman melayari internet yang menguja. Ada website pula yang tidak dipaparkan dengan baik dalam browser tertentu, akibatnya kita kena ada dua atau tiga jenis browser yang berbeza.
      Apa kata kalau kita ada satu browser yang ada tiga enjin (IE - Trident ,Firefox - Gecko dan Chrome/Safari - Webkit)?. Jadi kalau perlu enjin yang lain tidak perlu tukar browser tetapi tukar enjin sahaja tanpa menggunakan add-in. Anda boleh download versi install biasa atau install secara portable (maksud portable boleh  dibawa dalam USB anda untuk digunakan dalam komputer lain walaupun komputer itu tiada program berkenaan). Muat turun di sini
      http://www.lunascape.tv/

      Ada banyak lagi ciri yang mungkin dapat menggembirakan anda. Selamat mencuba!

      Sedutan Artikel MIDI - KADAR INFLASI PERIBADI

      Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
      Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
      Tajuk: KADAR INFLASI PERIBADI
      Bil 120 Sept 2011
      Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng memberikan komen berikut tentang kadar inflasi dalam lapuran Berita Harian bertarikh 18 Februari 2011. "Kadar inflasi antara 2.8 peratus hingga tiga peratus di negara ini bagi tahun ini secara relatifnya adalah baik jika mengambil kira kenaikan ketara harga komoditi."

      Berdasarkan rekod Indeks Harga Pengguna (IHP) di negara ini, purata jangka panjang inflasi ialah tiga peratus. Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index mengukur kadar inflasi sesuatu negara. Definasi teknikal " Indeks ini mengukur perubahan peratusan dalam kos membeli sebakul barangan dan perkhidmatan yang dilakukan oleh satu kumpulan populasi pada satu jangkamasa tertentu." Untuk mengira indeks ini satu tinjauan bulanan akan dilakukan terhadap lebih 400 barangan yang dijual di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Tugas ini dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Mari kita lihat bagaimana kadar inflasi rasmi negara dikira berasaskan IHP, kemudian kita boleh menganggar kadar inflasi peribadi diri keluarga.

      Untuk perincian perkiraan melalui jadual dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.