Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DONGENG BOLEH MENJADI KISAH BENAR
Bil 1495 JULAI 2012
Saya ambil contoh Dongeng 1. Pelabur yang mempercayai dongeng ini menyebabkan mereka cuba "menilik" pergerakan pasaran. Ada yang bernasib baik berjaya macam cerita "Nujum Pak Belalang" tetapi bagi setiap yang bernasib baik sepuluh pasti kecundang. Mereka membuat andaian cetek bahawa melabur unit amanah sama dengan main saham.
Tetapi jika anda ada ilmu lanjutan dan tahu mengurus risiko pelaburan unit amanah, dongeng 1 boleh dijadikan satu kisah benar. Maksudnya anda boleh applikasi kaedah yang digunakan dalam 'menilik" saham untuk memerah pulangan yang jarang diperolehi pelabur unit amanah yang sekadar melabur secara automatik. Contohnya strategi seperti melabur secara seragam bulanan atau tiga bulan sekali. Bukan bererti taktik pelaburan sebegini tidak berguna. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai profil risiko tertentu yang tidak ada masa mempelajari atau memantau secara serius. Jadi jangan pula mengharap pulangan yang besar-besar sehingga modal boleh berganda tiga empat kali. Hubungi saya jika anda tidak puas hati selama ini dengan prestasi unit amanah anda. Kalau tidak dapat praktik ilmu lanjutan ini secara seorangan, saya boleh cadangkan orang yang boleh melakukannya bagi pihak anda.
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)