Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BELANJAWAN PENENTU HAMBA DENGAN TUAN HAMBA
Bil 1510 OKT 2012
....Pernahkah kita terfikir samada kita menjadi hamba kepada wang atau wang yang menjadi hamba kepada kita? "Jika seseorang itu benar-benar mahu tahu nilai wang, suruh dia pergi meminjam, kerana mereka yang asyik meminjam akan menghadapi kedukaan dan penyesalan." Kata Benjamin Franklin, salah seorang Bapa Kemerdekaan Amerika juga merangkap salah seorang usahawan "jaya sendiri" (self-made)yang pertama di Amerika.Ramai orang yang tidak menyedari peranan beliau sebagai seorang usahawan kerana Benjamin lebih dikenali sebagai seorang negarawan yang ulung di tanah airnya.
Tetapi sekiranya anda tidak mempedulikan nasihat Benjamin dan masih perlu meminjam tanya dahulu soalan berikut. Apakah anda seorang peminjam bijaksana atau bakal menjadi hamba kepada peminjam korporat anda? Kalau tidak tahu yang mana satu kenapa tidak belajar sedikit petua-petua pinjaman contohnya cuba dapatkan pinjaman yang fleksibel dan paling rendah kosnya? Contohnya kalau terpaksa menggunakan ihsan kad kredit, apakah perkara-perkara yang patut dinilai atau diketahui agar tidak termasuk dalam kitaran hutang sepanjang hayat?.....
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Monday, October 29, 2012
Tuesday, October 16, 2012
Robert Kiyosaki Fail Perisai Muflis
Ya, orang kaya pun terpaksa mengambil tindakan sedemikian. Bezanya dengan orang biasa-biasa mereka menggunakan nama syarikat sebagai pelindung keutuhan kewangan masih boleh dipertahankan. Strategi ini biasa dipakai oleh orang-orang kaya untuk melindungi aset mereka.
Baca berita tentang Robert Kiyosaki Fail Perisai Muflis di sini
Bukan semua peserta seminar jenama "Rich Dad Poor Dad" teruja dengan pengalaman mereka.
Dan ini video bagaimana kaedah pemasarannya dilakukan di negara Barat
Subscribe to:
Posts (Atom)