Wednesday, November 28, 2007

Panduan membaca buku "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah".

Panduan membaca buku "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah".


Semasa melakukan promosi buku di MPH ada pembaca yang bertanya kepada saya bagaimana membaca buku kewangan. Soalan sama juga diutarakan melalui email. Secara umumnya buku panduan (how to do) seperti buku saya ini tidak sesuai dibaca seperti buku teks atau buku cinta atau buku bacaan ringan. Buku saya juga tidak sesuai untuk mereka yang inginkan penilikan (forecasting) atau cadangan unit amanah yang terbaik. Saya mahu menyedarkan pelabur bahawa unit amanah bukannya satu misteri. Kejayaan seorang pelabur bergantung kepada pemahamannya tentang PRINSIP, STRATEGI dan SISTEM tidak kira dia melabur di mana dan dalam situasi mana sekali pun.

Ambil contoh katakan seorang pembaca yang baru mendapat gaji pertama dan mahu mula melabur secepat mungkin. Sudah tentu banyak yang dia mahu pelajari tetapi dirinya sudah gatal mahu melabur. Elok membeli buku saya dulu tetapi tidak perlu habiskannya semuanya. Terus sahaja kepada isi kandungan dan pilih bab yang bakal membantu. Sebagai seorang pelabur "rookie" bab-bab berikut dapat memberi jawapan:

Bab 3 - Jenis Dana Unit Amanah
Bab 13 - Memilih Dana Selaras Dengan Objektif Pelaburan
Bab 19 - Lapan Mitos Unit Amanah
Bab 20 - Lima Kajian Kes

Ini semua boleh dihabiskan dalam masa sehari. Tak perlu hafal, tak perlu fahami setiap perenggan.Tak perlu baca dari A ke Z.

Kemudian dia boleh mula melabur dengan meminta bantuan seorang penasihat unit amanah atau "walk-in" sahaja ke bank. Bezanya sekarang dia tahu serba sedikit "bahasa pelaburan" yang digunakan oleh penasihatnya. Tidaklah hanya mengangguk kepala atau senyum kambing. Setelah membuka akaun dan betul-betul melabur secara bulanan dia akan menerima penyata dan prospektus serta lapuran prestasi. Sekarang dia boleh rujuk kembali buku saya ke bab yang berkaitan dan cuba amalkan prinsip kepada pelaburannya. Pelabur sebegini lebih bijak berbanding dengan pelabur yang kaya tetapi bergantung sepenuhnya kepada penasihatnya.

Itulah kaedah membaca buku kewangan "how-to-do-it" dengan cara praktikal.

5 comments:

Mohammed Farid Sulaiman said...

Macam mana pulak dengan mereka yang berminat untuk menjadi agen unit amanah? buku apa yang saudara syorkan?

Sunthara said...

Kalau merujuk kepada buku saya (kerana dalam pasaran ada banyak
buku Inggeris yang menggunakan pendekatan berbeza) mereka yang
berminat untuk menjadi agen unit amanah pasti akan mendapat
bantuan/support dari ketua agensi masing-masing.

Namun mereka ini perlu tahu tentang perkara-perkara lain yang mungkin tidak diber keutamaan dalam mengejar quota.

Pertama mereka perlu tahu
the "big picture" dan matlamat terakhir iaitu bukan semata-mata
menjadi agen sahaja. Jawapannya ada dalam buku saya
Kerjaya Perancangan Kewangan.
http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=98335860
58

Keduanya menghayati buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah kerana
tidak semua perkara akan diberitahu oleh agensi masing-masing. Lagipun lebih mudah menerangkan kepada pelanggan nanti dengan merujuk kepada buku saya.Kalau susah nak cakap hadiahkan sahaja
buku tersebut sebagai panduan kepada pelanggan atau bakal
pelanggan.

Antara bab contoh:

Bab 7 Kuiz Kecelikan Pelaburan Unit Amanah
Bab 12 Menilai Prestasi Dana Dari Jadual Terbitan Pihak Ketiga
Bab 20 Lapan Dongengan Yang Popular Tentang Unit Amanah
Bab 21 Strategi Melabur di dalam Unit Amanah - Lima Kes Kajian
Bab 22 Cukai Pendapatan Kaitannya Dengan Dividen Unit Amanah
Bab 23 Memahami Penyata Unit Amanah Anda

Akhir sekali buku saya juga boleh digunakan secara tidak
langsung sebagai alat jualan untuk menambahkan produksi dengan
tidak "menekan" pelanggan.

Bookwormz said...

Very clear comments there bro! proud of you. what is ur next book?

Sunthara said...

"Pengurusan Risiko Peribadi Dengan Insurans" (Personal Risk Management Via Insurance) – To be Published By PTS Professional in Jan or February 2008 before Pesta Buku Malaysia in April.

I am now working on small minibooks like Tips Menguruskan Hutang, Tips Membeli Insurans Peribadi etc. Just submitted to editor proposal/sinopsis of new book "Strategi Melabur Dalam Insuran/Takaful BP (Berkait Pelaburan).

Anonymous said...

Salam sejahtera..Dimana untuk saya mendapatkan buku ini di Kuala Terengganu..Saya merupakan seorang agen unit amanah dan juga pelabur dalam unit amanah..Buku ini mungkin memberi panduan berguna kepada saya dan menambahkanb lagi inlu saya dalam unit trust ni