Tuesday, May 06, 2008

Buku Saya Dalam Pertandingan Berita Harian


Buku saya "Rahsia Melabur Unit Amanah" dalam pertandingan anjuran (nombor ke 10 Kategori bukan fiksyen) dalam gambar di sebelah kanan sekali!!!


Petikan berita daripada Berita Harian:

POPULAR Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) bersama-sama akhbar Berita Harian memberi peluang kepada pembaca untuk memilih pengarang pujaan mereka melalui Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008.


Eksekutif Perdagangan Jabatan Bahasa Inggeris Popular, Azrina Azmi berkata, anugerah yang julung kali diadakan bertujuan mengiktiraf pengarang yang berkarya dalam bahasa Melayu sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kerana menyediakan bahan bacaan untuk pembaca.


“Harapan kami sebagai penganjur, anugerah ini akan memberi lebih semangat untuk penulis kreatif dan bukan fiksyen menghasilkan karya bermutu di samping meningkatkan daya produktiviti pada masa depan,” katanya.
Pembaca yang ingin membuat pilihan pengarang mereka, perlu mengemukakan borang penyertaan daripada keratan akhbar Berita Harian dengan menandakan tiga buku paling digemari dan dilengkapi nama, nombor kad pengenalan serta telefon selain alamat.Borang berkenaan perlu dikirim ke alamat Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, Lot 801, Level 8, Asmah Tower, Jalan Cerdas, Taman Connought, 56100 Kuala Lumpur, sebelum 17 Mei ini.


“Borang penyertaan yang difotostat, tidak akan diterima. Borang tidak lengkap atau melanggar peraturan akan terbatal secara automatik dan keputusan juri muktamad. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan diumumkan dalam Berita Harian pada 27 Mei ini,” katanya.


Dua puluh pembaca yang dapat meneka dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang Kategori Fiksyen, bakal menerima baucer bernilai RM 50 berserta Kad Keahlian Popular untuk tempoh tiga tahun
Dua puluh pembaca yang dapat meneka dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang Kategori Bukan Fiksyen, bakal menerima baucer bernilai RM50 berserta Kad Keahlian Popular untuk tempoh tiga tahun.


Azrina berkata, buku paling laris di pasaran sepanjang 2007 disenaraikan untuk pilihan pembaca dan yang menerima undian terbanyak akan dimartabatkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008.“ Penulis yang memenangi anugerah ini bagi Kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen Akan menerima hadiah wang tunai RM 1,000 dan trofi, kedua serta ketiga akan menerima wang tunai RM300 pada majlis penyampaian hadiah di KL Convention Centre, 27 Mei ini, jam 4 petang.

No comments: