Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Pelaburan Alternatif Bhg 1 - Skema Pengurusan Agro
Edisi : Bil 1294 Sept 2008
......Soalan yang pasti ingin diketahui pelabur ialah apakah pulangan yang bakal diperolehi. Selalunya kita sudah biasa dengan pulangan dividen iaitu satu aliran pulangan sahaja. Mereka yang pernah melabur dalam hartanah pasti tidak puas hati dengan satu aliran sahaja, sebab itu pelaburan hartanah biasanya memberikan dua aliran iaitu aliran bulanan contohnya sewa dan peningkatan modal (keuntungan) bila harga hartanah naik di masa hadapan. Pelaburan SPA ini biasanya mempunyai pulangan berikut kepada pelabur:
- Dalam 3 tahun pertama satu pulangan tetap (misalnya 8 peratus setahun)
- Dalam tahun keempat sehingga tahun matang (contohnya tahun ke 20) satu pulangan yang tidak tetap bergantung kepada harga pasaran permintaan dunia (contohnya 13-16%)
- Keuntungan hasil jualan tanah/ladang selepas tahun matang
Walaupun pelabur melabur dalam satu usahasama pertanian melibatkan tanah ladang,pelabur tidak diberi geran tetapi diberi dua dokumen iaitu "Sijil Penanam" dan "Perjanjian Sesama Pengurusan dengan Pelabur". ......
Muat turun prospektus dan borang perjanjian.
No comments:
Post a Comment