Monday, December 15, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Kisah Balang,Bola Golf,Guli,Pasir....

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Kisah Balang,Bola Golf,Guli,Pasir dan Dua Cawan Kopi   
Edisi : Bil 1308 Nov 2008

"....Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu, anda tidak akan mempunya ruang untuk guli dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain.

Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan.Perkara lain cumalah pasir” Salah seorang hadirin mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Ustazah tersenyum .“Saya gembira ada yang bertanya.Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. ....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

2 comments:

Anonymous said...

saya pembaca tetap ruangan anda dalam mingguan wanita dan kisah ini amat bagus bagi memotivasikan diri.saya pernah membaca kisah yang serupa tetapi menggunakan elemen batu besar,batu kecil seperti kerikil dan pasir sebagai bahan cerita dan jalan ceritanya juga sama,. apapun tahniah atas penulisan anda yang dapat membimbing pembaca mengawal dan merancang kewangan

Puan Ainon Mohd. said...

Saya suka kisah pasir dalam balang ini! Sangat jelas maknanya.