Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Masa: 2 - 3 pm
Tempat: Gerai PTS; No. 72 - 79, Bersebelahan Dewan Tun Hussien Onn, PWTC.
Deskripsi Program:
- Penjualan Buku Terbaru Saya "Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful
- Sesi Konsultansi Berkaitan Insurans dan Unit Amanah
- Sessi Autograf Semua Buku Saya
7 comments:
Sesuai untuk ejen takaful yang berjinak-jinak dengan dunia bisnes selain makan gaji dengan gaya bahasa yang mudah dan boleh diaplikasi dalam kehidupan harian serta membuka minda menghadapi bantahan pelanggan.
En Wahid 013-932xxxx
Apa yang buku ini boleh mengajar saya sedangkan produk yang dibicarakan bukannya berkait dengan bisnes saya? Itulah soalan pertama yang timbul dalam hati. Ternyata masa saya tidak terbuang membaca buku ini. Memang anih tetapi saya mendapat banyak manfaat dan idea dari sistem pemasaran, panduan membeli perisian pengurusan prospek dan skrip-skrip persembahan dalam buku ini. Sebagai seorang konsultan kewangan saya perlukan maklumat dalam buku ini juga untuk memberi latihan "value-added" kepada anak buah saya. Patutkah saya berharap akan terbit pula buku Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah.
En Sitterasu, Pengurus Agensi Unit Amanah, sithen_90@yahoo.com
Walaupun bahasa ibunda saya bukan Bahasa Malaysia tetapi saya dapat memahami dan menyesuaikan kandungan dan ilmu di dalamnya untuk pelanggan dan prospek yang tidak fasih berbahasa Melayu. Buku ini juga kaya dengan kandungan bergambar yang memberi idea-idea baru untuk dipraktikkan dalam bisnes saya sendiri. Alangkah baiknya kalau saya ada buku ini sepuluh tahun lepas!
En Won Kit Wai , Perunding Pengurusan Risiko Peribadi, wonkitwai@gmail.com
Buku yang mesti dimiliki oleh bukan hanya mereka yang ingin menceburi bidang takaful / insuran malahan oleh semua wakil mahu pun pengurus agensi. Bagi yang baru menjadi wakil atau yang berminat tetapi belum memulakannya, buku ini berfungsi sebagai kompas yang menunjukkan halatuju dan apa yang anda perlu lakukan apabila membabitkan diri sebagai wakil dalam bidang takaful/insuran.
Bagi yang telah menjadi wakil atau pun sudah bergelar Pengurus Agensi, buku ini berfungsi sebagai bahan rujukan bagi menilai prestasi sendiri dan keberkesan menjalankan tugas sebagai wakil dan pengurus agensi takaful/insuran.
Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan ringkas dan ianya padat dengan gambarajah bagi memudahkan pemahaman. Sebagai penulis dan konsultan berpengalaman Encik Sunthara berjaya mengolah sesuatu topik dengan berkesan sehingga ianya boleh diterima oleh pembaca pelbagai peringkat. Tajuk buku ini nampak senang tetapi bukan mudah untuk mengolah dan menerangkannya supaya diterima oleh para professional dalam bidang takaful/insuran ini tetapi juga oleh pembaca yang bukan ahli dalam bidang ini. Syabas!
En Lutfi, Perunding Takaful, almlut@yahoo.com
Saya baru sahaja membeli buku Buat Duit sebagai Ejen Insuraans & Takaful.Dan buku ini mampu membantu saya yang baru sahaja berjinak-jinak sebagai agen insuran dan takaful.
Dah habis baca buku Buat Duit Sebagai Ejen Insuran.Tq banyak-banyak. Saya rasa patut membeli sambungannya Rahsia Mengurus Insurans Hayat.
En Harizal, Perunding Takaful 017-248xxxx
Terima kasih kerana buku Buat Duit sebagai Ejen Insurans & Takaful, sekarang saya sudah faham lebih mendalam dalam ilmu takaful. Teruskan menulis buku berkaitan takaful.
Sholihin Perunding Takaful Etiqa- 012549xxxx
Post a Comment