Wednesday, August 26, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - RANCANGAN PERNIAGAAN YANG MEMIKAT HATI BANK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: RANCANGAN PERNIAGAAN YANG MEMIKAT HATI BANK 
Bil 1345 Ogos/Sept 2009

Ketika berbual dengan rakan saya yang bekerja di sebuah institusi kewangan, beliau mendedahkan perkara berikut. Majikan beliau terpaksa menolak permohonan pinjaman perniagaan bukan kerana calun tidak layak tetapi rancangan perniagaan pemohon tidak bermaya. Bahasa sebenar yang digunakan dalam mesyuarat penilaian, "Their business plan sucks!". Dalam pengurusan kewangan peribadi "rancangan perniagaan" jarang disediakan kecuali kalau mendapat bantuan dari seorang perancang kewangan. Jadi bagi mereka yang memang mahu bekerja makan gaji sampai akhir hayat, "rancangan perniagaan" tidak menarik. Tetapi bagi mereka yang mahu mengurus kewangan ala usahawan, menulis rancangan perniagaan (RP) untuk mengurus wang mesti dipelajari.........

Kalau tidak mampu menghadiri seminar atau mengupah orang menulis RP, boleh beli buku dahulu contohnya "RANCANGAN PERNIAGAAN" karangan bersama En Hardimam Md Yatim dan Cik Syarifah Akmam. Mereka menyampaikan fakta dari pengalaman menjadi pensyarah kurikulum keusahawanan di universiti dan trainer dalam bidang pembangunan keusahawanan............

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    (Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KEKELIRUAN PERANAN AKPK

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KEKELIRUAN PERANAN AKPK 
    Bil 1344 Ogos 2009

    Saya ada menerima sungutan dari peserta seminar tentang perasaan dukacita mereka ketika cuba menyelesaikan masalah hutang mereka dengan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) . Setelah saya tanya lebih mendalam, saya dapati perasaan dukacita ini timbul kerana apa yang diharapkan tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya dilakukan oleh AKPK. Harapnya dalam artikel ini saya dapat memadamkan kekeliruan peranan sebenar AKPK.

    Mula-mula sekali fahami betul-betul apa itu AKPK. Ia adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk:
    • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu
    • Memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka
    Sekiranya seseorang mempunyai masalah pinjaman dengan sebuah penyedia perkhidmatan kewangan, terlebih dahulu cuba bincang terus dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Sekiranya masih gagal mencapai penyelesaian boleh cuba rujuk kes ke AKPK untuk bantuan. AKPK tidak menyediakan bantuan kewangan. Saya tekankan sekali lagi bahawa jangan harap satu sen pun dari AKPK sebab ia bukannya tertakluk kepada Akta Perbankan. Wang untuk pembayaran hutang yang empunya hutang mesti datang dari poket sendiri. .......
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Monday, August 17, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KESAKTIAN WANG RM1

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KESAKTIAN WANG RM1 
    Bil 1343 Ogos 2009

    Lihat kembali wang kertas RM1 yang anda punyai. Segala-galanya bermula dari wang sekecil inilah. Ekonomi sekecil keluarga dan gudang sebesar khazanah negara bermula dari wang RM1 berpangkat rendah ini. Sedarilah akan kesaktiannya. Ia mempunyai kuasa untuk merahmati anda dan generasi anda zaman berzaman. Lakukanlah pengorbanan sekarang untuk kekayaan di masa depan.

    Jika direnungkan sedalam-dalamnya wang sebenarnya bukan sahaja satu konsep fizikal. Ia mempunyai ciri "spiritual". Dengan perancangan yang teliti anda bukan sahaja dapat menjaga diri anda sendiri, malahan orang tersayang dan juga untuk generasi akan datang. Jadi kalau anda tidak bermotivasi untuk melakukan bagi diri anda sendiri lakukanlah untuk mereka yang lain.

    Tetapi apa kata kalau segala perancangan anda (contohnya untuk mula satu pelan pelaburan yang sistematik) sengaja ditangguhkan? Adakah anda akan mengalami kerugian? Mari kita siasat berapakan kos menunggu ini (the cost of delay)..........
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Thursday, August 06, 2009

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH 50 USAHAWAN WANITA BERJAYA

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KISAH 50 USAHAWAN WANITA BERJAYA
    Bil 1342 Ogos 2009

    Menurut Larry C. Farrel seorang penulis buku berkaitan keusahawanan (buku "Getting Entrepreneurial") 70% manusia berhasrat menjadi usahawan, hanya 15% akan meneruskan niatnya dan hanya 5% akan berjaya. Jadi sanggupkah anda menghadapi cabaran? Bagi mereka yang masih ragu saya cadangkan buku "50 KISAH USAHAWAN WANITA BERJAYA " karangan Puan Norlela Zubir. Beliau melakukan kajian dan menemubual usahawan-usahawan wanita tempatan. Setiap usahawan yang kisahnya diceritakan dalam buku ini memiliki bisnes maju dan berdaya tahan serta menyimpan kisah istimewa membangun dan mempertahankan bisnes masing-masing.   Golongan sasaran pembaca (tidak semestinya insan bergelar wanita sahaja):
    1. Mereka yang takut menceburi bidang perniagaan
    2. Mereka yang kehilangan pasangan dan perlukan motivasi untuk belajar berdikari
    3. Mereka bergelar remaja yang tidak bijak dari segi akademik tetapi percaya kepada kemampuan sendiri
    4. Pelajar universiti yang harus terima hakikat mempunyai ijazah tidak lagi bererti jaminan pekerjaan
    5. Mereka yang sudah bergelar usahawan tetapi mahukan inspirasi tambahan dan idea baharu
    6. Mereka yang malu berjumpa sendiri dengan mentor-mentor secara "live'  ...........

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    (Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

    Monday, August 03, 2009

    RISIKO HANTAR LAPTOP UNTUK SERVICE

    Sebelum menghantar laptop atau komputer untuk dibaiki, pilih betul-betul juruteknik atau kedai. Ini bagi mengelak data peribadi dan data perbankan dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ada juga juruteknik yang akan memberikan diagnosa yang salah kerana mahu mendapat untung. Lihat video di bawah tentang satu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa di England untuk memerangkap mereka yang terlibat.