Friday, November 19, 2010

Sedutan Artikel MWanita - AMANAT JUTAWAN DARI KOTA SINGA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : AMANAT JUTAWAN DARI KOTA SINGA
 Bil 1410 Nov 2010 
...........Barangkali ramai dari kita tidak mengenali jutawan Melayu dari negara jiran iaitu Singapura. Abang Abu adalah seorang usahawan yang berwibawa dan sungguh terkenal di sana. Beliau banyak memberi nasihat yang bernas dan membina kepada umum tentang perniagaan, cara terbaik mengendalikan kewangan dan kehidupan sebenar sebagai seorang jutawan. Tetapi perjalanan hidup beliau suatu masa dulu boleh mengalahkan drama TV........
Para pembaca sekelian terutamanya mereka yang pernah mengadu nasib dengan saya, itulah titik permulaan Abang Abu. Beliau menjadi jutawan 4 tahun kemudian, ketika berumur 26 tahun! Beliau boleh menyerah kalah tetapi tidak sedemikian. Di manakah titik permulaan anda? Adakah kita mahu menunggu terkena dugaan berat dari Tuhan baru nak bermula?   Dalam seminarnya Abang Abu secara tak langsung mendedahkan teknik menggunakan wawasan kecil bagi membantu mana-mana orang mencapai status seorang jutawan:........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Hubungi saya melalui email atau sms handphone untuk mendapat sampel penuh video bocor kira-kira 10 minit dari seminar  Abang Abu yang mengandungi tips kewangan jutawan (format mp4).

Sunday, November 14, 2010

Sedutan Artikel MIDI - CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG
Bil 102 Nov 2010
......... Bagaikan adegan dalam drama sinatron, beliau telah menyerahkan apa sahaja yang beliau miliki malah menggunakan kad kredit ke tahap maksimum bagi membantu perniagaan suami. Suami kemudiannya diberi taklimat oleh rakan. Menurut tilikan mereka pelaburan yang dibuat ke atas perniagaan yang kini berada ditahap membimbangkan akan dapat membantu menaikkan perniagaan itu semula apabila pelaburan tambahan dibuat. Disebabkan oleh tindakan suami yang tidak tahu mengurus dan melabur wang, Puan Yati kini berada di dalam keadaan tertekan setelah semua kad kredit mencapai tahap maksimum malah akaun bank beliau turut berada di tahap sifar tiap hujung bulan.Mana-mana wanita yang menghampiri usia warga emas inginkan persaraan yang selesa. Tetapi Puan Yati sebaliknya dibebani dengan hutang piutang yang banyak. Jatuh pula dugaan kedua. Disebabkan tidak sanggup bersemuka dengan bebanan hutang yang menimbun, suami beliau telah menceraikan beliau dan meninggalkan beban hutang sebanyak RM70,000. Puan Yati tidak percaya dengan nasib yang menimpanya dan dihantui dengan fikiran yang kusut untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak.........
(Hubungi saya melalui email atau handphone untuk maklumat lanjut bagaimana kes seperti Puan Yati dapat diselesaikan tanpa perlu bersemuka dengan institusi-insitusi kewangan tempat dia berhutang.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Saturday, November 13, 2010

Sedutan Artikel MWanita - GOLONGAN PROFESIONAL JUGA TIDAK TERKECUALI


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : GOLONGAN PROFESIONAL JUGA TIDAK TERKECUALI
 Bil 1408 Nov 2010 
...........Mereka muda dan mewah, tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada bankrap. Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000 setiap pemiutang.Tersebut kisah Tuan Z seorang  peguam muda yang  berjaya.  Masih lagi bujang dan mempunyai  hanya seorang tanggungan iaitu nenek. Pada  usia  30 tahun,  beliau  telah pun memiliki satu kereta sport, satu kereta mewah dan dua kondominium hasil dari titik peluh  beliau. Beliau mempunyai mentaliti sanggup berusaha menghadapi rintangan dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini. Beliau juga percaya kepada falsafah wang boleh membeli  apa  sahaja. Tuan Z memang gemar dengan perhatian yang diberikan orang ramai apabila melangkah bergaya dengan pakaian lelaki lengkap ditempah khas. Gaya  hidup  mewah, kesukaan terhadap barangan berharga dan berjenama sebegini turut menjadi ikutan ramai golongan profesional........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, November 09, 2010

Sedutan Artikel MIDI - DILEMA TABUNG PENDIDIKAN ANAK TAK CUKUP

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: DILEMA TABUNG PENDIDIKAN ANAK TAK CUKUP 
Bil 100 Nov 2010
......... Pada tarikh matang dia mengharapkan pokok dikembalikan dengan dividen atau keuntungan tambahan. Tapi akibat inflasi Puan Maria besar kemungkinan berhadapan risiko dana tersebut tidak cukup. Ada dua jalan keluar. Pertamanya ambil pinjaman baru contohnya pinjaman peribadi,refinance rumah kediaman atau gadaikan simpanan emas/barang kemas. Kedua cari organisasi yang sanggup memberi biasiswa. Tetapi kalau diberi biasiswa nanti sanggupkah terikat dengan kontrak, contohnya wajib berkhidmat selama sekian tahun. Bagaimana pula dengan persaingan dengan pemohon-pemohon lain yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang lebih hebat? Dalam ertikata lain biarpun anaknya layak tetapi bantuan biasiswa tidak semestinya automatik.
Mungkin ramai ibubapa tidak sedar bahawa di Malaysia ada pakej simpanan pendidikan anak yang memberikan biasiswa automatik disamping memaksa tabiat menabung. Konsep ini berasal dari pengalaman dua negara iaitu Kanada dan Australia. Pada pertengahan tahun 1950-an Dana Biasiswa Kanada diperkenalkan dengan apa yang digelar sistem ‘Kekunci’ (‘Lock-in’) di mana untuk memastikan Dana Biasiswa, syaratnya mesti menyimpan dengan serius. .........
(Hubungi saya melalui email atau handphone untuk maklumat lanjut pakej simpanan diatas)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, November 07, 2010

Sedutan Artikel MWanita - BAJET 2011 DAN PINJAMAN PERUMAHAN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BAJET 2011 DAN PINJAMAN PERUMAHAN
 Bil 1407 Nov 2010 
...........Tapi dari sudut lain ia boleh membawa kesan negatif. Hairan? Masih ingat skim beli kereta dengan pemanis 0% bayaran pendahuluan?  Lepas canang dipukul habis-habisan dan kereta keluar showroom apakah yang berlaku? Banyak kereta yang ditarik oleh bank sebab kegagalan pembeli mengotakan janji bayar ansuran. Tanya pihak recovery bank kalau nak tahu cerita dalaman. Tak payah lagi bersila depan TV menonton drama swasta. Bandingkan persamaannya dengan cerita pinjaman perumahan yang gagal dibayar, kesudahannya bank tarik semula rumah untuk dilelong.
Untuk memahami kesan negatif ini,saya perkenalkan dulu konsep ASET dan LIABILITI dari pandangan seorang usahawan bukannya akauntan. Pandangan ini sudah wujud turun temurun sejak manusia berurusniaga. Ianya diberi nafas baru dan  dipopularkan oleh Robert Kiyosaki dalam bukunya "Rich Dad Poor Dad" dan "Cashflow Quadrant". Definasi asal diberi En Kiyosaki:
ASET mendatangkan aliran tunai positif, LIABILITI menyebabkan aliran negatif tunai. Kalau saya ada satu harta fizikal yang boleh dipegang, dari segi akaun memang patut direkodkan dalam lajur "HARTA". Tetapi jika harta ini menyebabkan pendarahan alirtunai maka mengikut definasi Kiyosaki, ia bukannya harta malahan liabiliti.
............
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)