Wednesday, January 26, 2011

Sedutan Artikel MWanita - Getah Dan Skim Simpanan Persaraan


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : Getah Dan Skim Simpanan Persaraan
Bil 1419 Jan 2011 
...........Lebih dua tahun sudah berlalu, berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara bulan Januari 2011 ini kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan. Boleh bersaing dengan gaji pegawai kerajaan dan setengah sektor swasta.  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu. "Kita dapat melihat sejak beberapa tahun, antara komoditi yang stabil adalah getah. Ia mengupayakan pendapatan penduduk luar bandar dengan stabil," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti Risda.Kenaikan dalam punca pendapatan atau perniagaan kita seharusnya diikuti dengan kenaikan dalam ilmu kewangan kita tidak kira samada kita tahu membaca atau tidak. Ini hukum kewangan yang saya cipta sendiri. Banyak lagi dalam senarai nanti saya akan dedahkan selagi ada kudrat menulis ruangan ini. Jadi di mana skim pesaraan yang sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri seperti penoreh getah? Satu alternatif yang sesuai ialah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia berkuatkuasa mulai 3 Januari 2010.Berikut tujuan dan rasional mengenai skim ini:......
(
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Tuesday, January 25, 2011

    Kepada Yang Terlepas Seminar Saham Percuma Di KL Dulu

    Seminar percuma ini dalam Bahasa Inggeris.  Tiada kos tersembunyi.

    Seminar di KL terlebih langgan jadi satu lagi akan diadakan di Kelang .
    Daftar dahulu di sini, masa, dan syarat penyertaan dinyatakan sekali.
    http://bit.ly/market2011


    TOPIK: (Buku di sebelah kiri tiada kaitan dengan seminar ini)

    1. Market Outlook 2011
    2. Sectors that will perform well in 2011
    3. Stock picks
    4. How to reduce transaction costs to improve winning strategy
    5. How to have competitive edge using trading tools
    6. How to use technical charts to time entry and exists

    Saturday, January 22, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - MAKSUD TERSIRAT PANTUN EMPAT KERAT


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel : MAKSUD TERSIRAT PANTUN EMPAT KERAT 
     Bil 1418 Jan 2011 
    ...........Kejayaan kewangan kita sedikit sebanyak bergantung kepada pengaruh individu di sekeliling anda iaitu mereka yang bergelar kawan rapat, rakan sepejabat dan keluarga dekat. Akibat dari pengaruh ini kerap kali seseorang itu menjalani kehidupan penuh kebimbangan di samping rasa kekurangan dari segi psikologi. Penyakit ini bukannya berlaku serta merta tetapi ia meresap perlahan-lahan bahkan bertahun-tahun tanpa disedari ketika masih di zaman kanak-kanak. Kesannya mudarat sekali di mana kehidupan menjadi kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kalau terlambat gaji seminggu dua alamat porak perandalah rumahtangga. Jadi bagaimana cara mengubatinya?
    Jawapannya ada dalam pantun empat kerat berikut. Cuba cari jawapannya, ini akan menjadi langkah pertama:

    Sirih pinang daun bawang
    Ke pekan Rabu di bawa jaja
    Si miskin bekerja mencari wang
    Si kaya paksa wangnya bekerja
    (Jawapan diberi dalam artikel hardcopy di majallah).

    Sekarang langkah kedua ialah ,menentukan berapa banyak yang mampu disimpan sebelum gaji anda habis dimakan tuan rumah, tuan tanah, syarikat kad kredit atau kedai elektrik. Secara kasarnya ialah 10% daripada gaji bersih TETAPI kalau 1% pun tak apa. Simpan dulu dalam tabung di rumah. Yang penting bukannya jumlah tetapi niat, kerana niat yang pertama dengan doa akan mula menggerakkan tsunami wang anda. Ya, kekuatan tindakan anda seumpama resmi tsunami, mula gerak dan jangan berhenti. Bagi mereka yang mampu saya cadangkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 30-40%. Kenapa? Ikuti penerangan selanjutnya....(
    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

      Sedutan Artikel MWanita-MERANCANG PESARAAN DENGAN JADUAL HAYAT


      Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
      Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
      Tajuk Artikel : MERANCANG PESARAAN DENGAN JADUAL HAYAT 
       Bil 1417 Jan 2011 
      ...........Persoalannya ialah bagaimana mahu menganggarkan jumlah simpanan bulanan? Dalam artikel ini satu teknik menggunakan jadual hayat ditunjukkan. Semua perkiraan di sini sengaja dipermudahkan jadi mereka yang mahukan maklumat terperinci boleh membaca bab pesaraan dalam buku-buku saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat dan Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah. Atau rujuk penasihat kewangan terdekat.

      Jadual 1 - Jangka Hayat Lelaki dan Perempuan (Jadual boleh dilihat dalam artikel hard copy)
       

      Untuk menganggarkan jangka hayat secara purata, dapatkan umur anda dan jangkamasa hayat dapat ditentukan. Contohnya jika seorang itu berumur 40 tahun maka jika dia lelaki dia dijangka meninggal pada usia 76 tahun, kalau wanita pula ialah 82 tahun. Mari kita kaji satu kiraan untuk penabungan pesaraan yang ringkas bagi En Arvind seorang yang bekerja sendiri berusia 30 tahun . Ini bererti jangkamasa hayat ialah sehingga usia 76 tahun (dari Jadual 1).
      ...(
      Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

        Saturday, January 08, 2011

        Sedutan Artikel MWanita-KOS TERSEMBUNYI DALAM PELAN PENDIDIKAN ANAK


        Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
        Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
        Tajuk Artikel : KOS TERSEMBUNYI DALAM PELAN PENDIDIKAN ANAK
         Bil 1416 Jan 2011 
        ...........Dalam seminar saya sering ditanya antara unit amanah dan insurans/takaful berkait pelaburan, mana satu yang lebih bagus sebagai dana pelaburan pendidikan anak. Kalau soalan sebegini ditujukan kepada konsultan unit amanah atau konsultan insurans/takaful kita sudah agak apakah jawapan mereka. Salah satu versi jawapan yang saya berikan ialah jika kita mahukan cuma pelaburan tulen tanpa apa-apa unsur perlindungan unit amanah lebih sesuai. Jika kita berkeras mahukan perlindungan serentak dengan pelaburan dan juga pelepasan cukai pendapatan maka pelan insurans/takaful berkait pelaburan lebih sesuai. Perbandingan yang lebih realistik cuma layak dibuat oleh seorang perancang kewangan yang akan bertindak sebagai doktor GP (general practitioner) sebelum beliau merujuk kepada "doktor pakar". Doktor pakar dalam kes ini merujuk kepada konsultan bukan sahaja daripada bidang insurans, takaful atau unit amanah sahaja. Hakikatnya ada beberapa instrumen kewangan untuk platform pendidikan anak seperti hartanah, landbanking, koperasi dan skim pelaburan asas tani seperti kelapa sawit.
        Dalam artikel ini saya akan fokus kepada pelan insurans/takaful berkait pelaburan untuk membincangkan apakah kos-kos tersembunyi di dalamnya. Jika anda berjumpa dengan "doktor kewangan GP" sedia maklum bahawa semasa menilai apakah pelaburan yang sesuai, dia akan mengkaji kos-kos yang terbabit. Prinsipnya ialah dalam pelaburan jangan tengok pulangan di hujung sebab ia tidak dijamin malah mungkin tidak ada......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

          Friday, January 07, 2011

          Free Seminar Market Outlook 2011 in KL (Kemaskini 26 January 2011)

          Seminar percuma ini dalam Bahasa Inggeris.  Tiada kos tersembunyi.
          Tarikh jangkaan dalam minggu ke 3 Januari 2011 di Kuala Lumpur.
          Seminar di KL terlebih langgan jadi satu lagi akan diadakan di Kelang .
          Daftar dahulu di sini, masa, dan syarat penyertaan dinyatakan sekali.
          http://bit.ly/market2011


          TOPICS:

          1. Market Outlook 2011
          2. Sectors that will perform well in 2011
          3. Stock picks
          4. How to reduce transaction costs to improve winning strategy
          5. How to have competitive edge using trading tools
          6. How to use technical charts to time entry and exists

          (Nota : Gambar buku di sebelah tiada kaitan dengan seminar ini.)