Saturday, January 08, 2011

Sedutan Artikel MWanita-KOS TERSEMBUNYI DALAM PELAN PENDIDIKAN ANAK


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KOS TERSEMBUNYI DALAM PELAN PENDIDIKAN ANAK
 Bil 1416 Jan 2011 
...........Dalam seminar saya sering ditanya antara unit amanah dan insurans/takaful berkait pelaburan, mana satu yang lebih bagus sebagai dana pelaburan pendidikan anak. Kalau soalan sebegini ditujukan kepada konsultan unit amanah atau konsultan insurans/takaful kita sudah agak apakah jawapan mereka. Salah satu versi jawapan yang saya berikan ialah jika kita mahukan cuma pelaburan tulen tanpa apa-apa unsur perlindungan unit amanah lebih sesuai. Jika kita berkeras mahukan perlindungan serentak dengan pelaburan dan juga pelepasan cukai pendapatan maka pelan insurans/takaful berkait pelaburan lebih sesuai. Perbandingan yang lebih realistik cuma layak dibuat oleh seorang perancang kewangan yang akan bertindak sebagai doktor GP (general practitioner) sebelum beliau merujuk kepada "doktor pakar". Doktor pakar dalam kes ini merujuk kepada konsultan bukan sahaja daripada bidang insurans, takaful atau unit amanah sahaja. Hakikatnya ada beberapa instrumen kewangan untuk platform pendidikan anak seperti hartanah, landbanking, koperasi dan skim pelaburan asas tani seperti kelapa sawit.
Dalam artikel ini saya akan fokus kepada pelan insurans/takaful berkait pelaburan untuk membincangkan apakah kos-kos tersembunyi di dalamnya. Jika anda berjumpa dengan "doktor kewangan GP" sedia maklum bahawa semasa menilai apakah pelaburan yang sesuai, dia akan mengkaji kos-kos yang terbabit. Prinsipnya ialah dalam pelaburan jangan tengok pulangan di hujung sebab ia tidak dijamin malah mungkin tidak ada......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    No comments: