Tuesday, May 31, 2011

Sedutan Artikel MWanita - MERANCANG PENGAGIHAN PAMPASAN PERLINDUNGAN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  MERANCANG PENGAGIHAN PAMPASAN PERLINDUNGAN     
Bil 1436 Mei 2011

......Jalan penyelesaian yang praktikal dan rendah kosnya ialah insurans atau takaful. Bil saya sebut kos maksud saya bukan premium atau sumbangan. Dengan caruman bulanan dua digit sahaja akaun untuk isteri jika berlaku musibah boleh meningkat 5 ke 6 digit. Tetapi awas pastikan polisi/sijil masih aktif DAN penamaan dirancang dengan betul. Aspek penamaan yang betul kurang diberikan perhatian oleh segelintir konsultan takaful. Cara penamaan wasi dan waris berbeza dalam Akta Takaful dan Akta Insuran bagi kedua-dua pelanggan Islam dan bukan Islam. Walaupun suami menamakan isterinya dalam borang penamaan isterinya tidak semestinya secara automatik menerima 100% pampasan tersebut. Ini lebih ketara lagi jika berugama Islam. Sebabnya isteri terpaksa membahagi-bahagikan pampasan tersebut kepada pewaris-pewaris sah seperti ibubapanya dan anak-anak. Dalam situasi tertentu bahagian isteri dalam sistem Faraid (pembahagian pusaka Islam) hanyalah 1/8 dari harta pusaka tersebut.Bagi suami yang berugama Islam pastikan jumlah perlindungan yang dipohon mencukupi. Mengapa? (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Monday, May 23, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - WANG POKET DARI IKLAN SYARIKAT KORPORAT


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel :  WANG POKET DARI IKLAN SYARIKAT KORPORAT    
    Bil 1435 Mei 2011

    ......sudah tentu sukar bagi orang biasa seperti kita berjumpa satu persatu dengan syarikat korporat dan memeterai perjanjian di mana mereka membayar kita untuk perkhidmatan kita. Jadi elok kita menggunakan pihak ketiga yang akan melakukannya untuk kita. Lebih mustahak lagi pihak ini memang diakui dan biasa berurusniaga dengan syarikat-syarikat korporat seperti New Straits Times (NST),The Star,Berita Harian, Coca Cola,Bata, Intel,uMobile, CIMB Bank dan Nike.
    (Hubungi saya untuk mendapat kursus ebook wang dari iklan syarikat korporat dalam Bahasa Malaysia. Ia mengandungi 10 Module dari a hingga z yang menerangkan bagaimana bermula dari "zero ke hero".)
    Di Malaysia ada dua pihak ketiga sedemikian yang saya akan panggil N dan I. Mereka menjadi orang tengah antara kita dengan syarikat-syarikat di atas. Kita tidak perlu membayar yuran sebaliknya kita yang akan dibayar dengan syarat kita memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan korporat N atai I. Apa yang kita perlu ada ialah sebuah blog (ini percuma pun boleh) dan ilmu bagaimana diterima masuk dalam rangkaian pengiklanan N dan I. Satu lagi ialah ilmu dalaman iaitu bagaimana ingin bermula dengan langkah yang betul kerana pemilihan antara pihak ketiga N atau I ini boleh menentukan pendapatan pasif kita enam bulan dari sekarang. Mudah mendapat kelulusan N tetapi pendapatan di masa akan datang terbatas. Pendapatan dari I pula lebih lumayan tetapi mereka mempunyai kriteria pemilihan yang lebih ketat. Ramai blogger berpengalaman sendiri tidak tahu pantang larang yang dikenakan oleh I menyebabkan permohonan mereka ditolak...(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

      Tuesday, May 17, 2011

      Sedutan Artikel MWanita - GRADUAN BIAYA HIDUP DENGAN HUTANG


      Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
      Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
      Tajuk Artikel :  GRADUAN BIAYA HIDUP DENGAN HUTANG    
      Bil 1434 Mei 2011

      Bagi mereka yang Muslim, barangkali perlu membaca kembali Al Quran atau meneliti Hadis dari segi aspek pengurusan kewangan Islam. Berikut beberapa petikan yang boleh menjadi permulaan untuk menimbulkan keinsafan sebelum terpaksa berjumpa kaunselor AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) atau diisytihar muflis sebelum meniti usia 35 tahun.
      Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja."
      (Surah Al-Dukhan: ayat 31).
      Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana.
      (Surah Al-Furqan: ayat 67)
      Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
      (Surah Al-Israk: ayat 27)
      Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya "Peranan Nilai dan Akhlaq Dalam Ekonomi Islam"  memberi contoh pembaziran yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara disedari atau tidak. Walaupun contoh yang diberikan oleh beliau mungkin tidak relevan untuk golongan muda tetapi apa yang kita ambil ikhtibar di sini ialah mentaliti yang perlu diserap. Contoh yang diberikan beliau; mengabaikan ternakan dan tanaman, tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh dimakan, membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur, tidak menyelenggara rumah kediaman, kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak.  (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

        Sedutan Artikel MIDI - RM42B HARTA BEKU SALAH SIAPA

        Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
        Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
        Tajuk: RM42B HARTA BEKU SALAH SIAPA
        Bil 113 Mei 2011
        ......Ada pembaca (Muslim dan Bukan Muslim) pernah bertanya kepada saya samada perlu atau tidak instrumen pengurusan pusaka untuk mentadbirkan harta pusaka. Jawapan saya dari segi mutlak memang tak perlu sebab ada undang-undang yang boleh membantu. Tetapi inilah masalahnya, apakah prosesnya mudah, atau adakah sanggup menunggu jangkamasa yang lama turun naik mahkamah, atau sanggup menggadaikan harta sendiri dahulu sementara menanti harta pembahagaian dan seribu satu macam atau lagi. Sekiranya proses perundangan di negara kita secekap sistem pengangkutan awam kita (senyum sinis) maka mungkin kita tidak perlu perkhidmatan perancang pusaka atau penulis wasiat. Malangnya ini bukan fakta yang terjadi. Maksud saya masalah-masalah perundangan, bukan pasal menyumbat rezeki ratusan perancang pusaka Islam dan bukan Islam di Malaysia.
        Contohnya tuntutan hartanah yang melibatkan Kanun Tanah Negara (National Land Code) atau peraturan pejabat pusaka yang memang banyak karenah. Bukan semua waris mempunyai sikap rajin dan kesabaran yang boleh dibanggakan. Cumanya sekiranya jumlahnya tuntutan tidak padan dengan proses kos pengagihan pusaka dari A ke Z, lebih baik ambil dulu apa yang boleh atau lupakan habuan di hayat ini. Biar cucu atau cicit menuntut mencuba nasib pula.....
        Untuk mengetahui salah siapa dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

        Tuesday, May 10, 2011

        Sedutan Artikel MWanita - DILEMA PEMINDAHAN DARI AKAUN KWSP KE UNIT AMANAH


        Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
        Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
        Tajuk Artikel :  DILEMA PEMINDAHAN DARI AKAUN KWSP KE UNIT AMANAH   
        Bil 1433 Mei 2011 

        Kalau peserta seminar bertanya kepada saya, "Elok ke pemindahan dari akaun kwsp ke unit amanah ini?, jawapan saya Ya dan Tidak bergantung kepada profil kewangan masing-masing. Tujuan saya menulis ialah untuk menjelaskan bahawa sekali lagi pendidikan kewangan yang rendah di negara kita akan mengundang bukan sahaja salah faham sedemikian malah lain-lain pelaburan yang sudah dan bakal ada di dalam atau luar negara.

        Melabur dalam unit amanah ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging theory). Sebaliknya jika melabur secara lump-sum, samada secara tunai mahupun menerusi pemindahan dari KWSP, anda perlu beri perhatian kepada timing : iaitu bila nak beli dan bila nak jual? Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi dalam pelaburan anda.

        Contoh: Anda beli pada harga jualan 1.00. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, anda memeriksa harga dan mendapati harga belian 1.05 sen, anda boleh jual semula unit amanah anda untuk mendapatkan keuntungan. Jika tidak mahu menjual pun tidak mengapa kerana ada kemungkinan harga boleh naik lebih tinggi dari itu. Tapi bagaimana kalau  harga menurun, di sini anda boleh cut loss maksudnya keluar dari pelaburan ini atau ambil peluang untuk tambah unit kerana apabila harganya naik boleh jual semula untuk dapat untung.
        (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

          Sedutan Artikel MIDI- LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT

          Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
          Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
          Tajuk: LANGKAH TERBARU BANK PUSAT TENTANG KAD KREDIT
          Bil 112 Mei 2011
          Saya petik falsafah berikut dari seorang sahabat tatkala bertanya kenapa dia memiliki kad kredit. Jawab beliau, "Visa atau MasterCard itu hanyalah sebagai alat untuk kegunaan manusia, terpulang kepada manusia bagaimana mahu menggunakannya. Jika digunakan secara jahil buruklah akibatnya dan andai digunakan secara bijak boleh membawa mendapat manfaat bagi mereka yang menggunakannya."
          Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Nor Shamsiah Mohd. Yunus ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit. Kita akan lihat implikasi 6 syarat berikut:
          Untuk perincian 6 syarat dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.