Tuesday, June 28, 2011

Sedutan Artikel MWanita-SENAPANG MESIN DENGAN PERANGKAP EKONOMI


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  SENAPANG MESIN DENGAN PERANGKAP EKONOMI   
Bil 1440 June 2011

.....Cuba lihat pusingan perangkap ekonomi ini. Katakan gaji pekerja awam ditingkatkan. Pekedai pula macam kucing nampak ikan, selamba cuba naikkan harga. Pihak pekerja swasta pun ingin juga mengalami kenaikan gaji atau gaji minima. Penyelesaian secara kenaikan gaji atau elaun cuma bersifat sementara. Ia hanya menangguhkan masalah. Ini kerana kerajaan pun mempunyai simpanan terbatas. Keadaan ini sama seperti keluarga di rumah. Isteri, anak, datuk atau nenek akan meminta tambahan belanja atau duit poket dari ketua keluarga (si bapa). Si bapa tidak boleh cetak duit sewenang-wenangnya kerana tegahan undang-undang. Sama juga dengan kerajaan. Kenalah guna diplomasi kewangan, mana yang tidak meruncing ditangguh serta dicari jalan penyelesaian.
Kalau anda benar-benar serius mahukan sumber ilmu yang sistematik dari peringkat asas ke tahap lanjutan seperti peluru berangkai dalam senapang mesingan,hubungi saya tetapi awas tidak semuanya percuma.

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Wednesday, June 08, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - KOS KEWANGAN JIKA MENUNGGU ATAU MENANGGUH


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel :  KOS KEWANGAN JIKA MENUNGGU ATAU MENANGGUH   
    Bil 1438 June 2011 


    .....Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Dari segi pengiraan nilai masa wang dalam sistem kewangan konvensional jawapannya terletak pada keajaiban "compound interest". Setiap hari anda menunggu, setiap jam yang anda menangguh adalah mirip membakar sebahagian daripada wang akan datang anda. Sudah semestinya keputusan anda memerlukan sedikit pengorbanan. Misalnya berkorban agar keperluan didahulukan dan kehendak ditangguhkan selama mungkin. Satu lagi pengorbanan ialah berdasarkan babak berikut dari filem Tamil klasik.
    Tapi sebelum itu ingat tak kos menanti yang kita kira bersama-sama di atas. Ada banyak faktor yang boleh mengganggu hasrat seseorang untuk mengelak kos tersebut. Tetapi kita boleh mengatasinya dengan mengamalkan strategi tertentu. Contohnya bagaimana “menggunakan” orang yang anda sayangi untuk berjimat dengan lebih banyak. Atau bagaimana menjamin 100% yang anda tidak akan terlebih belanja ketika keluar membeli belah. Atau bagaimana mengetahui dengan lebih jelas hakikat kedudukan kewangan anda sekarang. Apakah satu ayat yang sangat berkuasa untuk dilafazkan jika anda ingin sentiasa berjimat? Apakah perbelanjaan yang kita sepatutnya boleh jimatkan secara konsisten pada setiap bulan? Hubungi saya melalui email atau sms untuk mendapat 15 strategi secara percuma dan 30 lagi pada kadar yang berpatutan. Wajib ada email kalau tiada pinjam kawan punya atau buka akaun gmail dengan segera.

    (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

      Sedutan Artikel MWanita - KAITAN PELABURAN HARTANAH DENGAN ROTI CANAI


      Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
      Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
      Tajuk Artikel :  KAITAN PELABURAN HARTANAH DENGAN ROTI CANAI    
      Bil 1437 June 2011 

      Bagus sangat ke melabur dalam hartanah ini? Satu persoalan yang sudah bermain-main di kalangan manusia semenjak tanah mula dijual beli. Dalam tahun 1626 wakil pentadbiran Belanda iaitu Gabenor Peter Minuit membeli Pulau Manhattan daripada puak Red Indian tempatan secara tukar barang dengan barangan seperti manik, kain dan kapak bernilai USD24 (nilai wang ini diukur pada kurun ke 19). Selain contoh ini terdapat banyak bukti sejarah yang mengesahkan bahawa pembelian hartanah memang menguntungkan.
      Berbalik kepada zaman 1Malaysia. Tidak dinafikan risiko melabur dalam hartanah agak tinggi, kalau rugi, bukan rugi seringgit dua malah senang-senang boleh menjadi negatif beribu, berpuluh ribu atau terus muflis. Pakar pelaburan biasanya menyenaraikan beberapa sebab mereka yang gagal dalam pelaburan hartanah ini:
      • Tak ada panduan yang betul, sekadar main tikam-tikam.
      • Membeli dikawasan lokasi yang silap.
      • Lokasi yang dipilih lambat membangun
      • Pemaju yang tidak beretika atau terpaksa gulung tikar walaupun jujur .
      • Suka dengar kepada spekulasi dan khabar angin terutamnyaa melalui internet.
      (Untuk pembacaan seterusnya tentang kaitan dengan roti canai dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
      Hubungi saya di email atau sms untuk mendapatkan ebook dan video digital dalam Bahasa Malaysia tentang strategi pelaburan hartanah dari seorang pakar pelabur Bumiputera yang low profile.