Wednesday, July 27, 2011

Sedutan Artikel MIDI - LAGI CEPAT SIMPAN LEBIH UNTUNG

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: LAGI CEPAT SIMPAN LEBIH UNTUNG
Bil 117 Julai  2011
......Apakah faedahnya jika seseorang itu mula menabung secepat mungkin dan tidak mengambil sebarang wang keluar dari tabungnya sehingga sampai matlamat. Kita lihat situasi tiga insan X,Y dan Z yang prihatin akan masalah kewangan yang bakal dialaminya semasa tua nanti. Mereka berdua tidak mahu terlalu bergantung kepada wang pencen atau simpanan KWSP. X,Y dan Z berusia 30 tahun dan berhasrat membina satu tabung yang akan matang selepas 20 tahun. Pulangan purata setahun dari tabung ini ialah 10 peratus dan jumlah caruman bulanan ialah RM300 atau RM3,600 setahun.
X tanpa berlengah terus memulakan langkah . Lihat Jadual untuk X. Dia yang berusia 30 tahun akhirnya mengumpul 226,809 pada akhir 20 tahun . Jumlah modal beliau 72,000 jadi nisbah untung 3.15 (nisbah jumlah terkumpul melawan jumlah modal)......
Untuk melihat jadual terperinci X,Y dan Z dan analisanya dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, July 26, 2011

Sedutan Artikel MWanita - MESEJ DALAM PENYATA KAD KREDIT


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  MESEJ DALAM PENYATA KAD KREDIT    
Bil 1444 July 2011


....Saya berpeluang berbincang secara peribadi dengan kaunselor-kaunselor AKPK tentang karenah pengguna perbankan yang datang memohon bantuan. Berkaitan hutang kad kredit yang menggunung ramai pelanggan AKPK sebenarnya tidak menyedari maklumat atau amaran yang diberikan dalam penyata mereka. Tak tahu saya samada ini sebab malas, sikap tidak ambil kisah atau masalah membaca. Kadang-kadang ada pengadu yang tidak percaya dan menyalahkan pihak bank kerana menindas mereka walhal dari segi akad, pelanggan telah bersetuju bahawa bank akan mengenakan caj sedemikian dan sanggup dikenakan tindakan undang-undang jika tidak melangsaikan hutang mengikut akad.........

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)