Tuesday, January 08, 2013

Kenapa Saya Terkedu Dengan Reaksi Pembaca-Pembaca

Bermula penghujung bulan Disember tahun 2012 saya menulis, khusus untuk majallah Mingguan Wanita, satu siri 4 bahagian berkaitan Strategi Mengumpul Wang Yang Diragui. Matlamat saya menulis siri artikel tersebut ialah menyedarkan orang ramai tentang modus operandi skema secara terperinci seperti kandungan penuh surat-surat pujukan yang digunakan serta bagaimana bakal pelabur akan memasukkan wang ke dalam akaun. Skema ini tidak pernah diluluskan secara rasmi oleh mana-mana badan-badan pemantau kewangan atau bank-bank di Malaysia.

Yang menghairankan saya ialah belum pun habis penerbitan KESEMUA 4 bahagian artikel tersebut, saya menerima banyak sms dan emel dari pembaca-pembaca yang tidak sabar-sabar mahu masuk skema tersebut (modal cuma RM30). Walaupun tajuk artikel " Strategi Mengumpul Wang Yang Diragui " jelas memberi amaran, namun gerak hati menguasai logik pemikiran. Biarpun saya menabur amaran secara halus di celah-celah setiap bahagian siri artikel tersebut, pembaca menyangka saya sudah menjumpai kaedah ajaib cara mengumpul wang sehingga puluhan ribu ringgit dengan bermodalkan RM30 sahaja, campur kos fotostat dan stem. Ada di antara mereka mengalami situasi kewangan meruncing, tekanan jiwa akibat hutang dan beberapa alasan lain sehingga sanggup mencuba apa sahaja kaedah yang tersaji, apatah lagi kalau modalnya cuma beberapa puluh ringgit sahaja.

3 comments:

GBHIJAB said...

saya pun teringin mencuba program ini, sebab..ayat2 ysng saudara tulis dalam artikel saudara sangat positif dan menyakinkan sesiapa sahaja terutama orang yang pening dengan hutang2 keliling pinggang...saya ingin tahu apakah nama program yang dimaksudkan sebab rakan saya pernah cuba mengajak saya untuk mengikuti program ini, namun saya ragu2 dengan program ini..

GBHIJAB said...

saya pun teringin mencuba program ini, sebab..ayat2 ysng saudara tulis dalam artikel saudara sangat positif dan menyakinkan sesiapa sahaja terutama orang yang pening dengan hutang2 keliling pinggang...saya ingin tahu apakah nama program yang dimaksudkan sebab rakan saya pernah cuba mengajak saya untuk mengikuti program ini, namun saya ragu2 dengan program ini..

Sunthara said...

Ada yang panggilnya Dana Rakyat/Saham Rakyat dan Kutu Spiritual. Ayat-ayat dalam artikel yang dikatakan positif BUKAN tulisan saya tetapi diiekstrak daripada sumber/content yang digunakan oleh penganjur untuk memerangkap pembaca. Sebab itu mustahak dibaca keempat-empat bahagian sekali bukan setakat pecahan-pecahan bahagian. Dan kalau baca nada saya (komen-komen saya) bersama dengan tajuk "Skema Yang Diragui" , (diragui, diragui) bukankah itu sepatutnya membunyikan loceng amaran berkali-kali ding,dong,ding dong?