Monday, December 12, 2005

Sila cuba Firefox - pencabar Internet Explorer

Saya sudah lama menggunakan Firefox sebagai browser default di sistem operasi komputer saya(Linux dan Windows). Saya lebih senang dengan Firefox kerana alasan-alasan berikut:

  • Blocking POP Up. Jadi kita terbebas dari popup waktu browsing
  • Tab Browsing. Tiap kali buka new web page tidak perlu "open new window" - taskbar juga tidak kelihatan penuh.
  • Enjin pencarian yang mudah dan banyak seperti google, yahoo, ebay, amazon dan yang lain.
  • Installation file kecil 4-5 MB berbanding IE yang sampai puluhan MB.
  • Boleh berfungsi di atas berbagai platform sistem operasi seperti Linux dan Macintosh.
  • Masih banyak lagi lainnya mulai dari plugins, extension, dll yang semakin memudahkan kita waktu browsing.
Klik di sini untuk mulakan pengalaman baru bersama Firefox!!!!

Sunday, November 27, 2005

Kenapa corak dan gaya penulisan saya akan dikekalkan?

Ada setengah pembaca yang berpendapat isi dalam artikel agak "basic" dan tidak memuaskan kehausan IQ mereka. Ada pula satu golongan pembaca yang mengatakan isi yang sama sukar difahami terutamanya oleh suri rumah tangga dan mereka yang tidak mempunyai kelulusan kewangan. Keputusan saya ialah untuk mengekalkan gaya penulisan dan tahap pengetahuan seperti sediakala kerana alasan berikut:

Bagi pembaca yang merasai kurang "layak" untuk membaca hal ehwal kewangan ini, saya nasihatkan keluar segera dari tempurung. Contohnya seperti belajar komputer. Sesiapa pun boleh belajar sendiri perisian komputer sehingga mampu menjadi seorang pakar. Tetapi soalnya ialah sanggupkah dia belajar bahasa komputer,mengikuti kursus atau mencari tok guru. Kalau asyik kata susah, takut meletup, kena belajar bahasa inggeris, hanya tahu pegang alat dapur maka sampai kiamat pun sudah tentu tidak akan dapat menggunakan komputer.

Bagi pembaca yang merasai bahan artikel ini agak "basic"-memang benar-ini disengajakan kerana mengambil kira profil pembaca secara keseluruhan. Lagipun tujuan utama saya menulis ialah untuk membolehkan pembaca mempraktikkan dengan cepat dan tepat. Kalau disajikan yang lebih terperinci takut nanti akan jadi bahan simpanan seperti ribuan tesis-tesis dan bahan ilmiah yang sekadar duduk menjadi debu di menara gading atau penghias rak almari. Bagi mereka yang berminat mengkaji lebih mendalam, semua pengetahuan kewangan yang telah saya curahkan selama ini boleh dirujuk kembali di perpustakaan dan buku-buku kewangan (sayangnya kebanyakan Bahasa Inggeris) di kedai-kedai buku terkemuka seperti Kinokuniya, Borders dan MPH. (Mungkin saya akan buat ulasan buku-buku kewangan yang telah saya baca).

Wednesday, October 19, 2005

Landbanking - Pelaburan Hartanah Di Luar Negeri Tanpa Risiko

Pelaburan harta tanah yang biasa kita dengar ialah berkaitan dengan:
  1. rumah di atas tanah
  2. apartment/kondominium/flat
  3. tanah
Kalau ingin mendapatkan tanah di luar negeri prosesnya lebih rumit dan perlu kajian teliti.
Tapi ramai orang tidak tahu yang kita boleh melantik satu pengurus dana untuk melakukan kerja-kerja di atas.
Konsep pelaburan ini dipanggil landbanking.
Untuk penerangan ringkas secara Flash sila klik di sini

Thursday, September 01, 2005

Bahasa Rahsia Wanita

Memang wanita penuh misteri, apa lagi bahasa mereka.
Pembaca lelaki boleh edarkan kepada lelaki lain sebagai amaran.
Pembaca wanita boleh gunakannya sebagai bahan gurauan.
Bagi mereka yang berurusan dengan wanita dalam pekerjaan sehari-hari mungkin ini dapat membantu menaikkan jualan/pemasaran anda.
Klik di sini untuk mendapatkan maksud sebenar jawapan-jawapan dari wanita (format Flash) .

Wednesday, August 31, 2005

Kemerdekaan Dari Segi Kewangan

Kita baru menyambut kemerdekaan ke 48 tetapi bagaimana dengan kemerdekaan kewangan kita? Bilakah kita akan mencapai kebebasan kewangan? Bagaimana nak mula?
Klik link di bawah untuk maklumat seterusnya (maaf, cuma dalam Bahasa Inggeris)
HAVE YOU PLANNED FOR YOUR FINANCIAL MERDEKA DAY

Friday, July 29, 2005

Ucapan Steve Jobs dalam format ebook

Kepada yang berminat untuk mendengar ucapan secara lisan sila hubungi saya (ilmudigital@gmail.com atau 03-62019250) untuk memesan dalam bentuk ebook yang menerapkan sekali teks ucapannya. Saya akan menghantar CD melalui pos - harga cuma RM8 .


Wednesday, July 20, 2005

Ucapan Steve Jobs , Ketua Apple Computer

Steve Jobs memberi ucapan ini di hadapan penuntut-penuntut di Stanford University. Ucapan ini mengandungi banyak petua praktikal yang berguna bagi kita.

Kisahnya agak sedih juga di mana beliau pernah ditendang keluar dari syarikat belaannya sendiri iaitu Apple Computer. Tetapi beliau tidak berasa dendam, malah berusaha untuk membeli kembali syarikatnya.
Dalam teks ucapan ini anda akan melihat bagaimana:
  • Memupuk semangat keusahawanan waja yang diamalkan oleh beliau dalam 28 tahun lepas
  • Bagaimana "cergas kembali" walaupun dianiaya oleh rakan perkongsian yang amat dipercayai?
  • Bagaimana menghasilkan daya kreatif dan pemasaran dalam dunia perniagaan yang penuh dengan peniruan dan penipuan?
Klik link di bawah untuk kisah penuh (maaf, cuma dalam Bahasa Inggeris)
Kisah Steve Jobs

Thursday, May 26, 2005

Interview Dewan siswa dengan saya tentang karier perancang kewangan

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya perancang kewangan sila ikuti temuramah Dewan Siswa dengan saya baru-baru ini dalam kolumn "Kerjaya".

Terbitannya ialah untuk bulan May 2005. Wajah saya pun ada di situ!

Salam ceria.

Sunthara

Monday, May 16, 2005

Update penerbitan buku saya dengan MWanita

Saya telah menulis semenjak 2 tahun lepas dalam ruangan MWanita dalam artikel terdahulu mengenai strategi yang lebih mendalam tentang perancangan perbelanjaan dan banyak perkara yang berkait dengan topik perancangan kewangan lain. Sekarang saya dengan MWanita sedang dalam proses membukukan artikel- artikel tersebut untuk penerbitan secara buku biasa.

Draf pertama telah saya siapkan dan kini sedang dalam proses penyuntingan dan persediaan penerbitan oleh jentera Mingguan Wanita. Saya difahamkan bahawa terbitan kepada orang ramai akan dipasarkan dalam bulan Disember 2005.

Berikut antara tajuk bab yang terlibat:

  • 7 Kesilapan Kewangan Umum - Berapa Yang Anda Lakukan

  • Siapa Yang Memerlukan Khidmat Perancang Kewangan

  • Kenalilah Tok Guru Perancang Kewangan Anda

  • Formula Untuk Kesihatan (Fitness) Kewangan Anda.

  • Istimewa Untuk Wanita - Kuasailah Urusan Kewangan Anda

  • Untuk Pasangan-Kenalilah Diri Masing-Masing Dari Segi Kewangan

  • Pengenalan Kepada Kursus Kewangan Kilat 7 Langkah

  • Pengenalan Kepada Analisa Keperluan Kewangan

  • Kursus Ringkas Pelaburan Unit Amanah

  • Perancangan Pendidikan Anak

  • Perancangan Pembiayaan Kos Kesihatan

  • Pemahaman Dan Pengurusan Risiko Pelaburan

  • Selok Belok Perancangan Estet (Harta Pusaka) Untuk Waris

  • Merancang Perbelanjaan Untuk Tujuan Keselesaan Dan Jaminan Kewangan

  • Pengurusan Dan Pemilihan Kredit Secara Bijak

  • Di Manakah Subjek Pengetahuan Kewangan Dalam Sistem Pendidikan Kita

Terima kasih di atas kesabaran anda. Teruskan ikuti artikel saya dalam MW.




Wednesday, May 04, 2005

Invitation untuk Gmail telah saya hantarkan!

Gmail invitation untuk 30 orang telah saya berikan.
Sila semak email anda dan cepat-cepat daftar kerana invitation tersebut akan terbatal nanti.
Berikut ialah sedikit tulisan berkaitan G-mail dalam Bahasa Inggeris.

----------------------------------------------------------------------------
WHY GOOGLE GMAIL IS A BIG DEAL?

Google gmail

Free email services are nothing new online.
Hotmail quickly became a very established name before they were
absorbed by Microsoft. Yahoo has their own offering as well in
addition to the many other smaller players.

Why offer free email?

Because it makes great sense for creating loyal traffic to a
site. It serves as the basis for a strong "portal" site.
Microsoft has MSN.com while Yahoo has its own portal site. The
more convenience and information they can offer in one place, the
more traffic and revenue they can create from that site.
Google realizes this and they have taken steps in a big way to
compete.

Google Gmail

Google's new free email service is called gmail.
One thing google is doing to get people to convert over is offer
more email storage space.

A LOT more space.

While hotmail and yahoo typically offer 10mb or under, google
will be giving away 1gb (which equals 1,000mb) of storage. This
will allow up to 500,000 email messages in a free email account.
Currently Google is upgrading to more than 2GB.

Other Google Options

There are other benefits of google's new service. These benefits
make use of some of the technology that google has learned to
perfect.

The most obvious thing google is known for is its search and
research capabilities. These will be worked into gmail.

Google will allow you to quickly and easily locate any
information in any email you ever sent with them.

You will also be able to group related emails in an intelligent
fashion based on content. For example, if you had an ongoing
email conversation with someone based on a specific topic, gmail
will give you the option to intelligently group those related
conversations for easy reference.

Bound To Be Controversial

Another thing that google is known for is its pay-per-click
adwords and adsense programs. Gmail will be incorporating this
technology into their free service as well.

Gmail will be able to tell the context of the email you are
reading and then offer relevant ads on the screen. The example
given is if you someone had emailed you about an upcoming
concert. The gmail program could tell what the context of the
message is and offer related links to buy tickets to the show.

This might tend to get people a bit paranoid, thinking that
google is reading all of their mail. In fact it is done instantly
with their algorithms that they have created over the years.

It is in fact not much different at all that what spam filters
due to your email already. They aren't spying on you. The
algorithms are simply figuring out what ads to serve to you.

Future Possibilities?

One thing is for certain, this will be a major challenge to
Microsoft and Yahoo. I am betting you will see them increase
their email space limits as well.

I would personally love to see google's engineers take a hard
look at coming up with some spam solutions. They are obviously an
innovative bunch. Now that they are entering into the email
business, I wouldn't be suprised to see them come out with some
useful approaches.

One Last Thing

I know I signed up as soon as it was available.

If you are thinking about it also, I would do it as soon as you
could. You have a much better chance of securing the email
account that you want. yourname@gmail.com may quickly disappear
as a lot of people jump on board to take advantage of this new
google offering.