Saya telah menulis semenjak 2 tahun lepas dalam ruangan MWanita dalam artikel terdahulu mengenai strategi yang lebih mendalam tentang perancangan perbelanjaan dan banyak perkara yang berkait dengan topik perancangan kewangan lain. Sekarang saya dengan MWanita sedang dalam proses membukukan artikel- artikel tersebut untuk penerbitan secara buku biasa.
Draf pertama telah saya siapkan dan kini sedang dalam proses penyuntingan dan persediaan penerbitan oleh jentera Mingguan Wanita. Saya difahamkan bahawa terbitan kepada orang ramai akan dipasarkan dalam bulan Disember 2005.
Berikut antara tajuk bab yang terlibat:
-
7 Kesilapan Kewangan Umum - Berapa Yang Anda Lakukan
-
Siapa Yang Memerlukan Khidmat Perancang Kewangan
-
Kenalilah Tok Guru Perancang Kewangan Anda
-
Formula Untuk Kesihatan (Fitness) Kewangan Anda.
-
Istimewa Untuk Wanita - Kuasailah Urusan Kewangan Anda
-
Untuk Pasangan-Kenalilah Diri Masing-Masing Dari Segi Kewangan
-
Pengenalan Kepada Kursus Kewangan Kilat 7 Langkah
-
Pengenalan Kepada Analisa Keperluan Kewangan
-
Kursus Ringkas Pelaburan Unit Amanah
-
Perancangan Pendidikan Anak
-
Perancangan Pembiayaan Kos Kesihatan
-
Pemahaman Dan Pengurusan Risiko Pelaburan
-
Selok Belok Perancangan Estet (Harta Pusaka) Untuk Waris
-
Merancang Perbelanjaan Untuk Tujuan Keselesaan Dan Jaminan Kewangan
-
Pengurusan Dan Pemilihan Kredit Secara Bijak
-
Di Manakah Subjek Pengetahuan Kewangan Dalam Sistem Pendidikan Kita
Terima kasih di atas kesabaran anda. Teruskan ikuti artikel saya dalam MW.
No comments:
Post a Comment