Thursday, September 18, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 3

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Saham Amanah Pelaburan Hartanah-REIT
Edisi : Bil 1296 SEPT 2008
......Sama seperti idea "landbanking" (LB) yang saya ceritakan minggu lepas, pelabur boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk melakukan semua peringkat kerja. Tetapi ada beberapa ciri yang menyebabkan pelaburan hartanah di luar negara ini tidak serupa dengan LB. Antara ciri-ciri yang mustahak:
  • Penggunaan akaun pelanggan yang ditadbirkan oleh satu badan guaman yang berkecuali
  • Mesti menyediakan pelan arkitek
  • Menggunakan secara intensif khidmat konsultan perancangan tempatan yang arif dengan situasi tempatan
  • Pulangan yang dijangkakan dikira berdasarkan angka penilaian yang diberikan oleh kerajaan setempat
  • Sebahagian daripada pegangan pelaburan (plot tanah) dimiliki oleh pengurusan pihak ketiga
  • Membeli cuma tanah yang menurut polisi perancangan kerajaan tempatan
  • Pelabur diberi opsyen dua jenis waranti untuk mengurangkan risiko pelaburan di samping memberi jalan keluar yang menguntungkan pelabur
  • Jika pihak pengurusan masih belum menutup atau mengizinkan penjualan produk berkaitan, pelabur boleh memilih untuk mendapatkan dua jenis pulangan - perkembangan modal (capital growth) dan pembayaran berkala setiap tahun yang dijamin peratusannya, bukannya hanya perkembangan modal sahaja.......
Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

2 comments:

Anonymous said...

hi saudara,
Saya Kamarul ingin bertanya adakah
waktu skrg terbaik utk membeli Unit Trust...

Sunthara said...

Salam Kamarul,

Tidak ada masa terbaik untuk membeli unit trust kerana ia bergantung kepada 3 faktor utama iaitu jangkamasa wawasan anda, strategi pelaburan yang akan anda akan gunakan dan jenis dana yang akan anda beli.

Di sini tidak ada ruang yang mencukupi jadi saya nasihatkan anda merujuk kepada buku saya Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah, anda boleh membaca beberapa bab/ms secara percuma ehsan Google.
http://books.google.com/books?q=sunthara+segar&btnG=Search+Books

Sunthara Segar CFP RFP
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat