Thursday, January 29, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SURAT JEJAKA KAYA KEPADA GADIS CANTIK BERHAJAT BESAR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SURAT JEJAKA KAYA KEPADA GADIS CANTIK BERHAJAT BESAR  

Edisi : Bil 1315 30Jan-5 Feb 2009

"....Bagi pembaca wanita beranikah anda menulis surat seperti di bawah untuk memancing jejaka ideal pujaan anda. Bagi pembaca lelaki pula agaknya bagaimanakah jawapan anda sekiranya memang mempunyai citarasa yang dipinta wanita ini.

<>

Begitulah bunyi surat penuh harapan dari seorang wanita yang melakukan perancangan kewangannya dengan begitu kreatif tanpa perlu menanti bertahun-tahun. Pembaca lelaki bagaimana pula, apa agaknya jawapan anda, mungkinkah begini:

<>

Cadangan saya kepada pembaca semua, dalam masa kegawatan ekonomi yang bakal datang ini (kalau sememangnya ia datang sehingga menyusahkan hidup kita) cuba dapatkan pengetahuan untuk mengatasinya daripada berfikiran seperti gadis di atas. Kenapa harus bergantung kepada orang lain atau bermimpi macam Mat Jenin?....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, January 23, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - STRATEGI HUTANG PERUMAHAN TAK KIRA EKONOMI GAWAT ATAU TIDAK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: STRATEGI HUTANG PERUMAHAN TAK KIRA EKONOMI GAWAT ATAU TIDAK 

Edisi : Bil 1314 Jan 2009

"....Pengurusan hutang perumahan ada tiga strategi - pertama dengan refinance, keduanya dengan mengurangkan pinjaman bulanan dan ketiga dengan merombak kembali kontrak pinjaman perumahan asal. Kalau lebih berani boleh gabungkan sekali ketiga-tiga kaedah. Kesemua kaedah ada kosnya sendiri, kikiskanlah sikap bahawa dalam dunia ini semua kena ada subsidi atau free. Kalau benar-benar percuma sekali pun masih melibatkan nilai masa (time-value). Nilai masa ini bersamaan dengan jawapan kepada soalan, " Jika saya ingin membeli satu jam masa tuan, berapakah harganya?". Jadi berapakah harga masa sejam anda?

Balik kepada 3 kaedah di atas. Yang mana yang terbaik? Ini bergantung kepada situasi kewangan, jenis pinjaman Islamik atau bukan Islamik, disiplin dan psikologi kewangan pengguna. Saya tidak dapat memberikan jawapan di sini. Apa yang akan saya kupas adalah strategi ketiga. Penjelasan saya di sini elok dimanfaatkan bersama seorang perancang kewangan atau konsultan pinjaman. Jika buat sendiri mungkin salah langkah. Saya berikan ingatan ini kepada semua tak kira yang berpendidikan tinggi, rendah atau buta huruf........"

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, January 15, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KUNCI KEBEBASAN KEWANGAN - HIDUP SEDERHANA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: KUNCI KEBEBASAN KEWANGAN - HIDUP SEDERHANA   

Edisi : Bil 1313 16-22 Jan 2009

"....Jawapan kepada teka-teki ini bergantung kepada gaya-hidup (lifestyle) individu berkenaan. Bagi mereka yang menjalani gaya-hidup materialistik, impian untuk mencapai kebebasan kewangan akan tinggal impian sahaja kerana biar berapa besar pendapatan mereka, mereka akan sentiasa mencari ikhtiar untuk membelanjakan wang mereka. Kadangkala minda mereka ini amat kreatif sekali mencari alasan yang munasabah. Sebaliknya mereka yang mengamalkan hidup sederhana mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai impian mereka.

Saya pasti anda ada mendengar atau barangkali mengenali rakan sekerja, sanak saudara atau kenalan yang pendapatan tidak tinggi tetapi mampu membesarkan keluarga mereka di samping memberi pendidikan yang cukup kepada anak-anak. Dengan berbekalkan pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan entah bagaimana mereka dapat melakukannya. Anihnya kita juga tahu tentang mereka yang bergaji sampai RM5,000 sebulan sentiasa merungut tidak cukup wang apatah lagi untuk mulakan sistem simpanan atau pelaburan. Jadi sebagaimana dengan kehidupan segala-galanya adalah "relatif".

Jadi balik kepada persoalannya - berapakah yang seseorang itu perlu untuk menikmati kebebasan kewangan. Ya - anda mungkin cuma perlu RM 480,000, sebuah rumah dan kereta yang dibayar penuh. Ini tidak bermakna yang kita mesti menunggu sehingga mencapai umur 55 tahun untuk menikmati hidup bebas hutang ini. Mengejar wang memang mustahak tetapi kita perlu juga memperlahankan irama kehidupan moden yang pantas tapi penuh dengan "stress"........"

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, January 09, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BAHASA BAYARAN HUTANG SECARA BERADAB

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: BAHASA BAYARAN HUTANG SECARA BERADAB   

Edisi : Bil 1312 Jan 2009

"....Sebagai pengguna di zaman moden ini kita boleh mencontohi sikap Nabi dengan membayar hutang secara beradab walaupun menghadapi masalah kewangan. Satu cara ialah dengan menulis surat beradab dengan Bahasa Melayu Tinggi untuk membuktikan kita bukannya lari dari membayar hutang. Bahkan surat sedemikian akan memberikan sokongan atas kredibiliti apabila timbul keperluan meminta hutang baru semasa ekonomi pulih......"
".....Bagi pembaca yang berugama Islam sekiranya anda tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.]......."


Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, January 02, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - APAKAH REVOLUSI KEWANGAN ISLAM AKAN BERMULA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: APAKAH REVOLUSI KEWANGAN ISLAM AKAN BERMULA  

Edisi : Bil 1311 Jan 2009

"....Sekarang kerajaan Iran sendiri berminat mempelajari kejayaan Malaysia dalam memperkasakan sistem kewangan Islam. Walaupun Iran antara negara terawal memperkenalkan sistem kewangan dan perbankan Islam di samping Sudan, Pakistan dan Malaysia di era 1980-an, namun hanya Malaysia melangkah ke hadapan. Malaysia kini bukan sahaja menjadi pusat kewangan dan perbankan Islam yang disegani masyarakat antarabangsa bahkan menjadi rujukan kebanyakan negara Islam lain.

Minat masyarakat antarabangsa terhadap sistem kewangan Islam makin mendalam akibat kemeleseten ekonomi yang melanda Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Kerajaan Republikan Amerika terutamanya melalui sistem riba memberikan kebebasan luas kepada rakyatnya untuk memiliki rumah kediaman dengan pelbagai insentif yang menarik seperti membeli rumah tanpa wang deposit, tanpa dokumentasi dan tidak perlu membayar ansuran bulanan selama dua tahun. Bayangkan jika pengguna di Malaysia diberikan kelonggaran sedemikian. Nasib baik sikap "Malaysia Boleh!" tidak diamalkan di sini...... "


Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH TAULADAN NABI SULAIMAN DENGAN SEMUT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: KISAH TAULADAN NABI SULAIMAN DENGAN SEMUT  

Edisi : Bil 1310 Dec 2008

"....Dalam kehidupan seharian kita rezeki berasal dari pekerjaan. Buat kerja atau berniaga hasilnya pulangan (rezeki) kewangan. Dengan pulangan kewangan dapatlah berbelanja membeli pelbagai keperluan kehidupan seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kenderaan dan pelbagai keperluan lain. Kalau ada wawasan jangkapanjang, kita akan membuat persiapan menghadapi hari tua dan menyediakan tabungan untuk anak. Melalui proses dan aktiviti-aktiviti sebegini, kehidupan manusia boleh dirancang dan tindakan yang wajar boleh diambil atau dilakukan untuk memperoleh kehidupan yang normal dan sempurna.

Namun kehidupan kita tidaklah selalunya normal dan sempurna. Pasti wujud liku-liku kesukaran atau “asam garam hidup” simbol halangan yang perlu dihadapi oleh setiap manusia dalam menempuh proses kehidupan ini. Tetapi ada jaminan dari Al-Quran..........Begitulah iman semut dibandingkan dengan iman manusia. "

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.