Friday, January 23, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - STRATEGI HUTANG PERUMAHAN TAK KIRA EKONOMI GAWAT ATAU TIDAK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: STRATEGI HUTANG PERUMAHAN TAK KIRA EKONOMI GAWAT ATAU TIDAK 

Edisi : Bil 1314 Jan 2009

"....Pengurusan hutang perumahan ada tiga strategi - pertama dengan refinance, keduanya dengan mengurangkan pinjaman bulanan dan ketiga dengan merombak kembali kontrak pinjaman perumahan asal. Kalau lebih berani boleh gabungkan sekali ketiga-tiga kaedah. Kesemua kaedah ada kosnya sendiri, kikiskanlah sikap bahawa dalam dunia ini semua kena ada subsidi atau free. Kalau benar-benar percuma sekali pun masih melibatkan nilai masa (time-value). Nilai masa ini bersamaan dengan jawapan kepada soalan, " Jika saya ingin membeli satu jam masa tuan, berapakah harganya?". Jadi berapakah harga masa sejam anda?

Balik kepada 3 kaedah di atas. Yang mana yang terbaik? Ini bergantung kepada situasi kewangan, jenis pinjaman Islamik atau bukan Islamik, disiplin dan psikologi kewangan pengguna. Saya tidak dapat memberikan jawapan di sini. Apa yang akan saya kupas adalah strategi ketiga. Penjelasan saya di sini elok dimanfaatkan bersama seorang perancang kewangan atau konsultan pinjaman. Jika buat sendiri mungkin salah langkah. Saya berikan ingatan ini kepada semua tak kira yang berpendidikan tinggi, rendah atau buta huruf........"

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

1 comment:

melin melinda said...

Penulis yang budiman,

Saya ada terbaca artikel mengenai strategi hutang perumahan ini di dalam mingguan wanita dan di dalam majalah tersebut saudara ada menyatakan bahawa sekiranya ada sesiapa yang berminat dengan tips strategi ini secara lebih mendalam boleh dapatnya melalui meng'emel' kepada saudara bagi tujuan tersebut.

Sehubungan dengan itu, boleh tak kiranya saya mahu mendapatkan buku tu(secara softcopy) melalui email saya iaitu melin3190@gmail.com.

sekian, terima kasih.