Friday, February 27, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH KEWANGAN SPIRITUAL PENJUAL JERUK KAMPUNG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: KISAH KEWANGAN SPIRITUAL PENJUAL JERUK KAMPUNG 

Edisi : Bil 1319 Mac 2009

"...Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Dia terkebil kehairanan kerana masih tiada perubahan. Sementara itu matahari semakin tegak di kepala, tanda pasar bakal  dikunjungi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Atas perasaan yakin kepada Tuhan dia tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Lelaki tua itu bergerak ke arah pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua jeruknya bakal menjadi.

Sesampai sahaja di pasar dia meletakkan barang-barangnya di kalangan penjual jeruk yang lain. Hatinya yakin yang jeruknya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan memeriksa botol-botol jeruk yang ada. Masih belum menjadi!! Dia terkedu seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dimakbulkan...
."
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, February 25, 2009

Klinik Kerjaya dan Menulis Resume oleh Jobstreet

JobStreet akan mengadakan klinik Resume dan Kerjaya.
Mereka yang tidak pasti hala tuju kerjaya, mahukan pertukaran kerjaya, memperbaiki lagi penulisan resume dan bagaimana bersaing dengan sihat digalakkan hadir.
Tarikh: 28 February – 1 March 2009 (Masuk Percuma)
Tempat: AEON AU2 Setiawangsa Shopping Centre (Peta Disini)
Masa:   12.00pm – 4.00pm

Salah satu kerjaya yang boleh dipertimbangkan semasa ekonomi gawat ialah Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi. (Beli bukunya secara online di sini!)

Monday, February 23, 2009

RMIHayat Tangga ke 13 Buku Profesional PTS di MPH Alamanda - Januari 2009

Buku saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat di tangga ke 13 Top 20 Buku Profesional PTS di MPH Alamanda - Januari 2009.

1. Kuasa Minda Separa Sedar (edisi jimat)
2. Menjadi Jutawan MLM (edisi jimat)
3. Buat Duit Dari Rumah
4. Kamus Seerti Bahasa Melayu
5. Rahsia Pelabur Jutawan
6. Kamus Inggeris-Melayu Utk Penterjemah
7. Buat Duit Dengan MLM
8. Buat Duit Dengan Ikan Keli
9. Rahsia Bisnes Orang Cina (edisi jimat)
10. Rahsia Minda Jutawan
11. Kerjaya Sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa
12. Buat Duit Dengan Rumah
13. Rahsia Mengurus Insurans Hayat
14. PDA Untuk Eksekutif
15. Hidup Tenang Walaupun Berhutang
16. Tip Menawan Hati Pelanggan
17. Kaya Dengan Rumah
18. Cara Mudah Mencari Pekerjaan
19. Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes
20. Rahsia Ajaib Untuk Berjaya

Friday, February 20, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CABARAN KEWANGAN TAHUN SELADANG 2009

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: CABARAN KEWANGAN TAHUN SELADANG 2009 

Edisi : Bil 1318 Feb 2009

"...Safuan dan Suhana tidak perlu mempunyai IQ kewangan yang tinggi. Mereka tiada kebolehan untuk meramal pasaran-pasaran kewangan di dunia seperti pakar-pakar ekonomi. Mereka juga tidak menduduki teraju suatu syarikat atau pun memilikki perniagaan sendiri. Bagaimana mungkin rakyat jati Malaysia yang mempunyai pendidikan dan pendedahan kepada segala bentuk subsidi dan bantuan kerajaan mengeluh panjang dalam menghadapi apa yang dikatakan kegawatan ekonomi ini?

Jawapannya warga asing yakin di Malaysia inilah telaga emas. Mereka tidak merengek, merungut atau mempersalahkan pemimpin-pemimpin tempatan. Walaupun badai ekonomi sedang bergerak di seluruh dunia, situasi di negara kita berbeza dengan situasi seperti di Iceland atau di Amerika Syarikat. Kerajaan di Iceland terpaksa meletak jawatan dan di Amerika Syarikat rakyatnya dulu hidup atas kredit (wang palsu). Di Malaysia kerajaan masih kukuh, perbankan masih meneruskan kegiatan dan rakyat Malaysia banyak menyimpan wang benar (bukannya wang janji atas kertas).

Cabaran kewangan yang kita bakal hadapi dalam Tahun Seladang 2009 ini mampu menjatuhkan atau menumbuhkan kita bergantung bagaimana cara kita menanggapinya..
."
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, February 13, 2009

Buku Saya Dalam Perpustakaan Peribadi Seorang Blogger

Sewaktu menjelajah dunia cyber saya terserempak dengan perpustakaan peribadi seorang blogger yang mengandungi buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" (kedua dari kiri dalam gambar). Kerjaya beliau dalam bidang perisian komputer tetapi minat bacaannya memang meluas.

Lihat sahaja posting koleksi buku-buku-nya termasuk buku saya. (Kena scroll ke bawah sehingga nampak gambar rak - senarai di bawah gambar)

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERLINDUNGAN UNTUK WARGA EMAS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PERLINDUNGAN UNTUK WARGA EMAS 

Edisi : Bil 1317 Feb 2009

"...Bagaimanakah caranya seorang anak membalas jasa ibu-bapanya ketika mereka masih hidup? Beberapa perkara yang boleh dilakukan kepada ayah bonda seperti si-anak menghadiahkan kejayaan, memenuhi permintaan selagi mampu dan tidak menyalahi prinsip hidup,menyediakan tempat tinggal,memberi nafkah,memberi perhatian dan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang.

"Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad, Apakah perbuatan disukai Tuhan? Lalu baginda bersabda, "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab,"Berbakti kepada kedua ibu bapa." Apa lagi, ya Rasulullah?" Jawab baginda,"Berjihad pada jalan Tuhan."
(Kata Ibnu Omar sebagaimana diriwaytkan daripada Bukhari dan Muslim)

Mesej di atas berkali-kali disampaikan oleh iklan raya Petronas seperti "Burung Murai", "Kemaafan", "Ayah dah pakai lampin" dan "Ombak Jahat". Dari segi kewangan anak-anak boleh membeli produk kewangan warga emas untuk ibu-bapa mereka. Produk ini sebenarnya mampu dibeli sendiri oleh ibu-bapa tetapi lebih manis kalau dibeli oleh anak sebagai penghargaan. .
."
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, February 05, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - ALAT BANTUAN CELIK KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: ALAT BANTUAN CELIK KEWANGAN 

Edisi : Bil 1316 Feb 2009

"....Penghitung kewangan berbeza dengan kalkulator biasa. Kalkulator biasa sukar memberikan jawapan kepada soalan-soalan di atas. Kalkulator biasa tidak mempunyai butang-butang khusus yang membolehkan pengiraan-pengiraan seperti nilai wang masa depan, ansuran pinjaman atau samada suatu projek pelaburan berbaloi atau tidak. Itu cuma sebahagian kecil sahaja dari kebolehan kalkulator kewangan.Dalam pasaran terdapat beberapa jenis model kalkulator yang popular di kalangan pelajar dan pengamal kewangan. Saya ingin tekankan yang pembaca biasa pun patut mesra dengan kalkulator ini sekalipun pernah gagal dalam ujian matematik di sekolah. Anda tidak perlu berfikir keras atau menghafal formula untuk melakukan perkiraan kerana butang-butang formula sudah sedia ada.

Tetapi barangkali ada yang tertanya-tanya apakah kena ingat formula, atau kena kuasai konsep-konsep algebra, kuasaan, kamiran atau pemfaktoran. Bagaimana nak belajar kalau hafal sifir asas pun belum tentu lepas. Adakah satu cara di mana diperlukan cuma tiga langkah sahaja:."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, February 02, 2009

Saksikan Saya Dalam "Selamat Pagi Malaysia" Rabu 4hb Feb 7.30 pagi

Saya akan muncul selama 15 minit dalam program TV RTM "Selamat Pagi Malaysia" pada hari Rabu 4hb Feb 7.30 pagi. Baharu dapat pengesahan daripada penerbit pagi Selasa ini. Segmen "Sembang Pagi" bermula 7.30 pagi. Tajuk sembang-sembang pagi - "Jimat Semasa Gawat".