Friday, May 29, 2009

Temui saya di Mines Resort City Sempena Read Malaysia 2009

Sempena acara Read Malaysia 2009 saya akan mempromosikan soal "financial literacy" dan semua buku-buku saya:
Tarikh: 1 Jun 2009, Isnin
Masa: 2.30pm - 3.30pm
Tempat: Booth PTS (D11 - D12), Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa, MINES Resort City, KL.

Dapatkan tandatangan peribadi saya jika anda membeli buku-buku saya di booth PTS. Kupon diskaun buku PTS boleh download di sini. Kupon boleh digunakan untuk buku-buku PTS lain sepanjang 29 Mei 2009 - 7 Jun 2009, dari 11.00 pagi - 10.00 malam.

Alat Memeriksa dan Memantau Harga Terkini Unit Amanah

Bagi mereka yang ingin memantau pergerakan harga unit amanah di Malaysia, anda boleh semak di widget "Harga Unit Amanah" ini. Pergi ke sebelah kanan dan scroll ke bawah sehingga nampak kotak widget "Harga Unit Amanah". Anda boleh:


1. memilih ikut kategori Syarikat Unit Amanah
2. menapis dana kegemaran anda melalui "Favourites"
3. gunakan graf kecil "sparkline" untuk melihat pergerakan harga mengikut masa
4. gunakan graf kecil "sparkline" untuk membandingkan corak harga antara dana-dana berbeza kategori
5. dan lain-lain bergantung imaginasi masing-masing

Elok juga dapatkan buku saya (beli online di sini) bagi mendapatkan penerangan tambahan tentang "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah".
Nota: Buku Terbaru saya "Buat Duit Sebagai Konsultan Unit Amanah" kini dalam peringkat terakhir tapisan pihak editor.

Thursday, May 28, 2009

Ekspo Kewangan 2009 di KLCC - 30 dan 31 May 2009

Ayuh kalau ada masa berkunjunglah ke KLCC untuk mengetahui cara-cara menggandakan wang anda dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini. Tapi sesi Bahasa Malaysia tidak ada.

"Themed as Growing Your Money In Turbulent Times, The 5th Public Business Financial Expo 2009 (PBF Expo), an annual financial exhibition & seminar event organized by Money Compass magazine has been officially scheduled on May 30, 31 this year at Kuala Lumpur Convention Centre. The Opening ceremony will be officiated by YB Dato’ Wira Chor Chee Heung, Deputy Minister of Finance."

Brochure untuk umum download di sini. Di bawah video semasa tahun 2008.

Friday, May 22, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - LAPAN DONGENGAN PELABURAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: LAPAN DONGENGAN PELABURAN
Bil 1331 May 2009
...Dari pengalaman saya, mereka yang sentiasa mengadu pasal kerugian pelaburan tidak mengetahui asas pelaburan dan sepatutnya tidak harus melabur dahulu. Mereka juga mungkin tidak sedar tentang dongeng-dongeng pelaburan yang kerap disebarkan oleh penasihat-penasihat yang tidak beretika. Malahan dalam instrumen pelaburan yang terkawal seperti unit amanah sendiri ada dongeng. Dongeng pelaburan tidak jauh berbeza antara instrumen-instrumen pelaburan di merata dunia. Dalam buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" contohnya saya menceritakan dengan terperinci 8 dongeng berikut:

  1. Unit Amanah Sama Dengan Saham
  2. Unit Amanah Adalah Pelaburan Berisiko Tinggi
  3. Unit Amanah Pelaburan Yang Mahal
  4. Lebih Kecil Harga Unit Lebih Banyak Untungnya
  5. Lebih Baik Prestasi Lampau Lebih Bagus Dana
  6. Melabur Dalam Dana Baru Lebih Menguntungkan
  7. Lebih Kerap Pengagihan Untung Lebih Bagus Dana Tersebut
  8. Unit Split atau Belahan Unit Lebih Menguntungkan
Saya ambil contoh Dongeng 1.............

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, May 18, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita -BUMIPUTERA KURANG PENDIDIKAN PELABURANKAH?

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: BUMIPUTERA KURANG PENDIDIKAN PELABURANKAH?
Bil 1330 May 2009
...Yang menarik perhatian saya ialah penyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, "Bagaimanapun peruntukan 51 peratus kepada pelabur bumiputera masih boleh dilanggan." Kenapakah sambutan bukan bumiputera begitu menggalakkan sehingga menyapu bersih kuota seperti rekod-rekod berikut:
  • Pada 2006 unit amanah itu habis dilanggan dalam tempoh 27 minit.
  • Pada 2008 sebanyak 490 juta unit yang diperuntukkan untuk bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh enam jam 10 minit.
Apakah mungkin kerana pendidikan pelaburan di kalangan bumiputera sangat kurang? Apakah kerana bahan bacaan yang sering dibaca oleh golongan bumiputera lebih berunsurkan hiburan, kisah suka duka cinta atau bacaan sampah? Seminar-seminar pengurusan kewangan yang dianjurkan, biarpun kadang-kadang percuma, kurang dihadiri golongan bumiputera. Sedangkan golongan bukan bumiputera berpusu-pusu menangguk timba di perigi ilmu bila saja ada peluang. Ada rakan saya yang memberi pendapat mungkin kerana bahan bacaan dalam kewangan lebih kepada Inggeris. Mungkin benar, jadi saya dan beberapa penulis di Malaysia mengorak langkah menulis dalam Bahasa Malaysia. Contohnya buku-buku saya bertajuk Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi, Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah, Rahsia Mengurus Insurans Hayat, Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful dan Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang......
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, May 12, 2009

Temui saya dalam Apa Kata Wanita bersama pengacara Zamzarina

Unit Ehwal Semasa TV, Jabatan Penyiaran Malaysia menjemput saya sebagai tetamu rancangan Apa Kata Wanita yang disiarkan di TV1. Butir-butir rancangan seperti berikut :

Rancangan : APA KATA WANITA ( SEGMEN ALAHAI KHATIJAH ) bersama Zamzarina
Tarikh : 17 MEI 2009 (AHAD)
Tempat : STUDIO 1, WISMA TV,ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR
Masa Siaran : 10.00 PG - 11.00 PG (SIARAN LANGSUNG)

Sunday, May 10, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KUIZ CELIK PELABURAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: KUIZ CELIK PELABURAN Bil 1329 May 2009

Dua belas Kuiz ini dipetik daripada buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" terbitan PTS Profesional.  Ia bukan satu kuiz siapa yang mendapat jawapan terbaik tetapi ia direkabentuk untuk menyediakan kayu pengukur sejauh mana pemahaman seseorang itu tentang asas pelaburan dan berapa banyak lagi ilmu yang patut ditimba. Kalau lebih banyak salah atau banyak yang tidak tahu lagi bagus, sebab ini mencadangkan sepatutnya orang itu belum bersedia melabur. Jika melabur membabi buta pasti ada risiko rugi ataupun ditipu orang yang tidak bertanggung jawab........

Contoh satu jawapan lengkap :
Soalan 8-    En Jamil inginkan RM200,000 dalam masa 15 tahun lagi. Lebih cepat dia mula menabung lebih kurang jumlah yang perlu disimpan kerana:
Jawapan:     Kadar faedah di atas simpananya akan bertokok (compunding)
Keterangan:     Dunia kewangan berasaskan kepada wang bekerja menghasilkan wang. Ini kerana hikmat faedah kompaun (compunding interest), duit menghasilkan cucu seterusnya cicit walaupun tiada modal tambahan. Bayangkan kesannya kalau modal tersebut ditambahkan dari sebulan ke sebulan. Jadi kalau anda melengahkan melabur untuk satu wawasan tertentu jumlah yang anda perlu simpan lebih besar.
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.