Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: KUIZ CELIK PELABURAN Bil 1329 May 2009
Dua belas Kuiz ini dipetik daripada buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" terbitan PTS Profesional. Ia bukan satu kuiz siapa yang mendapat jawapan terbaik tetapi ia direkabentuk untuk menyediakan kayu pengukur sejauh mana pemahaman seseorang itu tentang asas pelaburan dan berapa banyak lagi ilmu yang patut ditimba. Kalau lebih banyak salah atau banyak yang tidak tahu lagi bagus, sebab ini mencadangkan sepatutnya orang itu belum bersedia melabur. Jika melabur membabi buta pasti ada risiko rugi ataupun ditipu orang yang tidak bertanggung jawab........
Contoh satu jawapan lengkap :
Soalan 8- En Jamil inginkan RM200,000 dalam masa 15 tahun lagi. Lebih cepat dia mula menabung lebih kurang jumlah yang perlu disimpan kerana:
Jawapan: Kadar faedah di atas simpananya akan bertokok (compunding)
Keterangan: Dunia kewangan berasaskan kepada wang bekerja menghasilkan wang. Ini kerana hikmat faedah kompaun (compunding interest), duit menghasilkan cucu seterusnya cicit walaupun tiada modal tambahan. Bayangkan kesannya kalau modal tersebut ditambahkan dari sebulan ke sebulan. Jadi kalau anda melengahkan melabur untuk satu wawasan tertentu jumlah yang anda perlu simpan lebih besar.
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
No comments:
Post a Comment