Sunday, June 14, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Didik Anak Jadi Usahawan

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: Didik Anak Jadi Usahawan
Bil 1334 June 2009

...Memulakan bisnes adalah jalan terbaik bagi anak-anak mempelajari pelbagai kemahiran dalam hidup di samping membina keyakinan diri. Ibu-bapa boleh membantu anak-anak berjaya dengan memberi tunjuk ajar berkenaan langkah-langkah memulakan bisnes. Bagaimana kalau mereka sendiri tiada pengalaman dalam bisnes?
Satu cara ialah dengan menggalakkan anak-anak bermain permainan "board-game" seperti Catur Bestari.
Bermain sahaja tidak cukup. Ibu-bapa masih kena menanam sikap keusahawanan dari semasa ke semasa. Caranya diberi dalam buku "DIDIK ANAK JADI USAHAWAN" karya Siti Faaizah Ismail. Berikut petikan sinopsis dari buku tersebut:

"Bermula daripada mengenali psikologi, minat dan potensi dalam diri anak-anak, buku ini mendedahkan seribu satu rahsia berkenaan strategi mendidik anak menjadi usahawan sejak kecil. Rata-rata ibu bapa hari ini inginkan kejayaan daripada anak-anak dalam apa sahaja yang mereka ceburi. Setiap bakat dan minat yang ada pada diri anak-anak sebaik-baiknya tidak disia-siakan begitu sahaja, malah ia perlu disalurkan kepada peluang perniagaan yang sentiasa terbuka di depan mata..............

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Untuk memesan buku ini, email atau SMS saya di 017-8719444 untuk maklumat lanjut.

2 comments:

ORAET said...

Apa khabar Tuan?

Saya telah mendapatkan buku DAJU sewaktu pesta buku KL yg lepas..
Sesuai sekali dgn situasi sekarang..

Berbual dgn Sifu Pn.Ainon, beliau juga mengesyorkan buku ini utk pemahaman & pratikal kpd ibubapa..

Manakala untuk anak pula elok membaca karya2 genre usahawan cilik sebagai galakan awal

Semoga Tuan terus sukses..

- Emio -

Sunthara said...

Tuan Emio,ya saya masih waras dan bertenaga. Resensi buku usahawan cilik akan saya lakukan dalam sedikit masa lagi di Mingguan Wanita.