Thursday, August 06, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH 50 USAHAWAN WANITA BERJAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: KISAH 50 USAHAWAN WANITA BERJAYA
Bil 1342 Ogos 2009

Menurut Larry C. Farrel seorang penulis buku berkaitan keusahawanan (buku "Getting Entrepreneurial") 70% manusia berhasrat menjadi usahawan, hanya 15% akan meneruskan niatnya dan hanya 5% akan berjaya. Jadi sanggupkah anda menghadapi cabaran? Bagi mereka yang masih ragu saya cadangkan buku "50 KISAH USAHAWAN WANITA BERJAYA " karangan Puan Norlela Zubir. Beliau melakukan kajian dan menemubual usahawan-usahawan wanita tempatan. Setiap usahawan yang kisahnya diceritakan dalam buku ini memiliki bisnes maju dan berdaya tahan serta menyimpan kisah istimewa membangun dan mempertahankan bisnes masing-masing.   Golongan sasaran pembaca (tidak semestinya insan bergelar wanita sahaja):
  1. Mereka yang takut menceburi bidang perniagaan
  2. Mereka yang kehilangan pasangan dan perlukan motivasi untuk belajar berdikari
  3. Mereka bergelar remaja yang tidak bijak dari segi akademik tetapi percaya kepada kemampuan sendiri
  4. Pelajar universiti yang harus terima hakikat mempunyai ijazah tidak lagi bererti jaminan pekerjaan
  5. Mereka yang sudah bergelar usahawan tetapi mahukan inspirasi tambahan dan idea baharu
  6. Mereka yang malu berjumpa sendiri dengan mentor-mentor secara "live'  ...........

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

3 comments:

Rozaidi Razali said...

how to purchase this book? please give me your account number and amount to bank in. Urgent. Tengah buat research.

Thank you

Rozaidi Razali said...

Bagaimana hendak beli buku ini melalui saudara? Berik no akaun dan harga untuk di bank in. Perlu segera untuk membuat rujukan research.

Terima Kasih.

Sunthara said...

Salam Tuan,buku tersebut tidak lagi dapat dibeli melalui saya tetapi melalui kedai buku MPH atau terus online dari penerbit PTS iaitu di www.bookcafe.com.my, boleh dapat harga diskaun jika kebetulan ada promosi. Terima kasih kerana menunjukkan minat.